Thursday, April 11, 2024

Raya Ke-2

Thursday, 11/04/2024 @ 10:21am

Sekejapan sahaja, hari ini dahpun second day of raya. Berbeza dan penuh kelainan. 

Aku sudah berusia 60+ dan tidak bekerja. Tiada lelorat lagi hendak fikirkan antara raya dengan 'option' bekerja Raya. Selama ini, setiap kali datang Ramadhan malah seminggu sebelum, setiap pekerja perlu plot-kan option cuti raya.

Keperluan ini perlu bagi memudahkan pihak HR prepare 'budget' untuk duit raya kepada mereka yang bertugas masa raya nanti. Disebabkan telah lama bekerja, maka option yang diambil tahun sebelumnya dijadikan asas untuk tahun berikutnya. Mudah kata, kalau tahun lalu bekerja masa raya maka pada tahun ini dibenarkan bercuti raya untuk 5 hari berturut.

Bagi yang bujang dan 'lapar' duit, terpulang pada empunya diri menawarkan diri untuk bertugas sempena raya. Pihak pengurusan tentunya mengalu-alukan mereka ini. Lebih ramai lagi baik. Aku begitu mengenali mereka yang suka bekerja pada hari raya ini. Hendak ditanya lebih lebih takut nanti ada yang sentap. Lantak dia oranglah.

Tinggal kenangan sahaja kepada diri. Aku tidaklah hendak mengulas pasal perkara ini lebih lebih. Imbauan kisah yang aku lalui dahulu akan isu bekerja time raya datang sendirinya. Biarpun begitu aku perlu move on.

Kali ini raya tentulah berbeza. No time constraints. Apa sahaja yang hendak aku lakukan, tiada kekangan. Tiada yang menegah dan tidak perlu fikirkan perkara yang mungkin berbangkit atas tindakan yang aku ambil.

Kita tidak mampu menentukan sesuatu yang diluar kawalan. Mustahil. 


Sunday, March 31, 2024

Antara Kalimah 'Allah' dengan haramkan sebut 'kafir'

Makin cacamarba pula. Dalam kita sedang berpuasa dan makin memanasnya isu Kalimah 'Allah' yang dijadikan brand stokin dan dijual oleh KK mart cepat menjadi perhatian semasa umat Melayu Islam, tetiba muncul 'mangkuk hayun' menambahkan lagi kemarahan. Samada perkara ini adalah suatu 'game' oleh pihak tertentu yang ingin menimbulkan keresahan atau punyai agenda yang lebih besar lagi terancang, perlu sesangatlah pihak yang berkepentingan membendungnya dengan bijak.



                                            Hendak alihkan perhatian ker...


Sejak memasuki Ramadhan, kita dikejutkan dengan kedai serbaneka KK Mart yang kemaruk sangat hendak membolot perniagaan runcit keatas orang Melayu Islam sehingga sanggup menjual stokin berjenama 'Allah'. Banyak sudah diulas oleh pempengaruh @ influencer yang pelbagai background mengkritik tindakan 'biadap' pengurusan perniagaan orang cina ini yang tidak pernah serik menguji sensitiviti orang islam. Menyakat sehingga ketahap yang tidak boleh hendak 'brain' sebegini bukanlah sesuatu yang terlepas pandang sepertimana yang dikatakan pihak pengurusan mereka dalam permohonan maaf ketika sidang akhbar mereka. 


Bagi yang tidak cepat melatah, perbuatan biadap sedemikian punyai motif bertujuan. Perlunya pihak yang menjaga ketenteraman awam segera bertindak mencari 'dajal' yang mengatur gerakkerja bersistematik mereka. Ikut logik akal- lah, mana mungkin orang Islam sendiri yang punya angkara. Sudahlah ekonomi orang Melayu tidak kuat walaupun pengguna Islam adalah terbesar, mahu menghasilkan produk untuk pasaran sendiripun tidak berupaya dek kerana kurangnya sokongan dari bangsanya sendiri, maka tentulah pelik menuduh angkara sabotage hendak meruntuhkan perniagaan bangsa cina.


Seperti orang membaling batu sembunyi tangan. Tidak mengaku satu hal, lebih teruk lagi menuduh orang lain pula tanpa bukti dan sekadar andaian sendiri. Agaknya sipelaku ini tidak menjangkakan yang orang Islam Melayu ini mampu sepakat hendak memboikot outlet mereka yang dibangga-banggakan telah capai  sebanyak 881 buah diseluruh negara. Gelombang kesedaran orang kita untuk saling membantu sesama yang mulai disedari mereka tentu sekali menjadi kerisauan dan bakal menjadi mimpi ngeri seandainya tidak diurusi mereka dengan bermuslihat sehabis baik.



                                            Kasi Boikot Sama Dia la...


Seminggu ini pula heboh pasal seorang Islam bertaraf menteri mewar-warkan yang dia mengharamkan anak yang dilahirkannya untuk tidak mengungkapkan perkataan 'kafir'. Apa maksud tu. Mungkin hendak mengalih perhatian umat Melayu Islam dari isu Kalimah 'Allah' atau sengaja mahu meniupkan lagi api kemarahan. Nampak kontradik dengan apa yang telah dilakukan oleh KK Mart. Kita pula disuruh lunak berlembut dengan mereka yang tidak mengaku dan ingkar perintah Allah swt.


Pelik tindakan menongkah arus yang diambil oleh 'makhluk' ini. Allah swt telah address mereka yang tidak Islam ini sebagai 'kafir', tup tup dia yang datang dari mana menegaskan untuk mengharamkan istilah 'kafir' dari digunapakai. Apa authoriti dia untuk memaksa orang Islam agar menggunakan istilah 'non-muslim' bila merujuk kepada mereka yang bukan Islam. 


Aku sekadar orang biasa sahaja. Namun bilamana dihadapkan dengan hal sedemikian, tentulah aku akan berpihak kepada membela agama yang cuba dipersendakan oleh golongan yang tidak mengakui keujudan tuhan pencipta sekalian alam ini. As simple as that. Apa yang hendak dipeningkan. Bukankah telah termaktub dalam surah Al-Kafiruun. Buatlah apa sahaja terhadap agama kamu ikut selera kamu. Tapi apa kejadahnya pula sibuk mengganggu hal ehwal agama lain. Lantak hang la.


Nampak sangatlah puak yang mendatang ini cuba bermain api. Maklumlah, konon katanya ekonomi telah mereka kuasai, kini kuasa politik sudah hampir kedalam genggaman. Maka naturally-nya akan mulai menunjukkan 'true colours' mereka.


Sudah sampai masanya dan belum terlambat untuk kita umat Melayu Islam bertaut menguatkan silaturrahim dan perkukuhkan benteng pertahanan demi menyekat dan membinasakan pakatan mereka. Mereka ini seolah tidak sabar sabar lagi hendak menguasai negara. Malah telah memasang angan angan dengan pelbagai perancangan dalam menyisihkan kepentingan orang Melayu pribumi yang merupakan tuan tanah ini.


Semoga keikhlasan dan kesatuan hati semua kita mendapat keredhaan dariNya. Ameen.

Friday, March 29, 2024

18 Ramadhan bersamaan Jumaat ke-3 berpuasa

Friday, 29 March 2024 @ 11:14


Sekejapan sahaja kita telah berada pada hari ke-18 berpuasa. Masa memangnya bergerak macam biasa. Cumanya... kitalah yang harus bertindak seiringan dan accordingly. Andai gagal cope dengan perkara yang seharus dan sesuai untuk dilakukan pada masa dan ketikanya, bermakna kitalah yang terlepas peluang merebutnya.


17 Ramadhan adalah hari nuzul quran. Hal ini semua kita sudah sedia maklum. Tidak tahulah aku dan mungkin jugalah segelintir dari kita yang tidak tahu dan lebih teruk lagi tidak mahu ambil tahu dan ambil pusing akan apa sahaja yang berlaku seiringan masa dan terkini. Bagi mereka yang 'istimewa' ini, malanglah hidupnya. Tidak ambil pot dan tidak kisahpun akan apa yang berlaku disekitar lingkungan kehidupannya. 


Bila melihat kedalam diri aku pula, terasa sesangat akan banyak perkara yang gagal aku perbuat perlakukan dalam merebut segala kelebihan bulan Ramadhan kali ini. Aku patut malu pada diri sendiri. Bercakap berhajat untuk laksanakan segala amalan baik lagi digalakkan sempena Ramadhan dengan perlaksanaan yang kerap culas amat membimbangkan. Banyak sangat hal yang seolah cuba lengahkan. Ujian yang pelbagai bentuk ini memakan masa berharga aku.


Kena sebijik aku. Bertepatan dengan Jumaat hari ini, teks khutbah lebih membicarakan tentang al-quran. Tertunduk mendengar setiap butir kata yang dilafazkan oleh Imam 2, Imam Yusuf Zakaria. Aku masih terkial kial. Perlu buat follow-up segera.


Rujuk Teks Khutbah untuk lebih maklum... Rebutlah Ganjaran Membaca al-Quran


Rungsing memikirkan hal kehidupan. Pening akan kenaikan harga hampir dalam apa jua dengan ketiadaan pendapatan dek telah bersara sejak February lalu makin menghimpit diri. Dalam masa yang sama perlu 'move on' menghadap puasa yang kini berbaki 12 hari sahaja lagi. Ikut urutannya, phasa ke-3 atau phasa terakhir Ramadhan, menjadi kebiasaan buat mereka yang ketahui dan menjadi amalan akan menggandakan peribadahan pada 10 hari terakhir Ramadhan. 


Kesempatan yang tersisa ini dan aku sendiripun tidak ketahui samada dapat bertemu pada Ramadhan yang akan datang perlulah dimaksimumkan sekarang. Bercakap memang senang. Hendak laksanakan segala bentuk peribadatan yang patut adalah cabaran buat diri.


Semoga Allah swt mempermudahkan aku. Ameen. 

Sunday, March 24, 2024

Selarikan yang dibaca dan difahamkan dan perlulah dipraktikkan...

 24 MARCH 2024, 10:15


Selarikan yang dibaca dan difahamkan dan perlulah dipraktikkan...


Pagi ini aku ambil sedikit ruang masa untuk aku ulangbaca akan bahasa arab book 2, lesson 5. Sudah sekian lama aku mengunapakai madinah arabic by Shaykh Dr. V. Abdur Raheem dengan berpandukan video tutorial dari pelbagai ustaz yang mengulasnya. Variasi dari menontonnya membuatkan diri makin mudah memahaminya. Bukan sekadar memudahkan tapi beberapa sisi yang kurang jelas yang mungkin tidak di-emphasize-kan oleh mereka yang terlepas pandang dan lagi memungkinkan aku untuk lebih mengetahui maklumat tambahan akan sesuatu topik yang dimaklumkan mereka.


Begitupun setiap apa yang di maklumi oleh mereka yang 'alim' dalam bidang memasing andai tidak diberi perhatian serta dipraktikkan tentulah tidak akan membawa aku kemana mana. Perlunya ada follow-up dan pertingkatkan lagi latihtubi agar aku benar benar mantap memahaminya. Sering sangat dicadangkan oleh mereka yang tidakpun aku kenali secara dekat apatah lagi untuk berbual bercakap berdepan agar kita sering membaca al-quran untuk kenalpasti format dan konsep grammar yang dipelajari. Kenapa sesuatu perkataan itu irab-nya dhammah, fattah mahupun kasrah. Bila ketikanya tanween dan mengapa pula ada masanya hanya dhammah. Maksudnya kita kena cekap mengenali dan akan memudahkan lagi pemahaman dalam pembacaan bahasa arab dan terutama sekalilah akan al-quran ynag menjadi matlamat utama aku.


Dalam aku membuat latihtubi akan latihan ke-empat pelajaran ke-5 berkenaan الفاعل و المفعول به , aku terpukul dengan soalan ke-8 seperti tertera dibawah ini,



سمع بلال الأذان و ذهب الى المسجد    



Setiap kali aku menulis kembali dan tandai mana satu dalam ayat itu ianya adalah الفاعل dan mana pula المفعول به , terasa sangat yang aku seperti 'gagal' untuk fahami ayat ini. Bagi yang fahami ayat ini seharusnya akan lakukan hal yang sama sepertimana Bilal lakukan. In real life, untuk menepati masa adalah suatu cabaran. Terlalu banyaknya faktor yang datang untuk alih perhatian, lengahkan atau lebih tragis lagi tidak menepati langsung. Samada ada kita mampu sampai awal sebelum azan berkumandang bergantung kepada sejauhmanakah kita sanggup mengkesampingkan perkara yang cuba mengagalkannya. Masing masing akan diuji. Jaya gagalnya membanteras adalah ujian 'besar' dariNya. 


Stigma 'tetamu yang diundang' dengan mereka yang tidak dikisahkan samada mahu segera ataupun tidak kekadang berbalah dalam diri. Begitupun untuk tergolong didalam mereka yang diiktiraf sebagai 'tetamu' pilihan pastinya menjadi impian setiap yang istiqamah. Namun terpulanglah kepadaNya jua menentukan sebaliknya. Banyak caranya untuk pastikan diri segera ke masjid. Terpulanglah kepada diri samada mahu berusaha kearah itu. Setiap kita, diyakini punyai smartphone dan senantiasa berada dalam jangkauan dan dengan menetapkan 10 minit sebagai alerting oneself sebelum masuk waktu azan rasanya bukanlah masalah besar. Hendak comply itulah yang agak musykil dapat disempurnakan selalu senantiasa. Namun berusaha ikhlas dalam mematuhi perintah Allah yang pentingnya pastinya akan dipermudahkan olehNya jua.


Moga moga dengan mengulang baca dan ulang menulisnya dalam usaha memantapkan lagi dan bertepatan dengan Ramadhan yang sedang dilalui ini, diharapkan aku akan kekal istiqamah untuk sampai awal ke masjid berjemaah selalu. Usaha bersegera ke masjid telah aku paksakan pada diri sebermulanya aku tamat bekerja bergajian pada awal February lalu. Kebiasaan yang telah aku mulai ini diketika usia sudah kepenghujungan diharapkan akan kekal istiqamah.


Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, Engkau permudahkanlah segala urusan aku dalam usaha mendekatkan diri kepadaMu. Ameen@Perkenankanlah.

Friday, March 22, 2024

Jumaat ke-dua di bulan Ramadhan 1445H

22 MARCH 2024, 11:19


Jumaat ke-dua di bulan Ramadhan 1445H


Masa sememangnya terus bergerak mengikut aturannya. Cuma kita sahajalah yang gagal menyedarinya. Sering sangat kita akan bertangguhan dalam laksanakan apa sahaja tugasan. Baik ianya berupa perintah agama mahupun tanggungjawab pada kehidupan duniawi. Bila kerap dan senantiasa melengah lengahkan segala 'obligation' dalam kehidupan maka mudahnya kita berandaian tidak kecukupan masa. Walhal, kitalah yang gagal bertindak seiringan dan accordingly dengan situasi semasa. 


Biarpun begitu bagi yang cepat tersedar akan bingkas bangkit mengejar membuat apa yang tertinggal. Lebih lebih lagilah buat diri aku yang hakikatnya tidak kecukupan masa menuju penghujung hayat. Banyak yang terlihatkan dan sedia maklum, ada dikalangan yang masih muda dan dalam usia aktif bekerja tetapi telah dijemput pulang. Lebih awal dari kita yang sudahpun melepasi usia bersara mandatory @ 60. Takdir keatas setiap orang adalah 'istimewa' dan khusus untuk dirinya. Even sehingga kini, setiap detik dan langkahan yang aku ambil begitu merungsingkan. Kita tidak ketahui akan apa yang diuntukkan dimasa mendatang ini. Bimbang dan risau senantiasa kerana diri yang kudrat yang tersisa tidak mungkin sanggup mengalas ujian yang pada pandangan diri agak berat.


Biarpun Ramadhan kali ini agak berbeza dari tahun tahun sebelumnya, aku masih terkial kial menyesuaikan diri. Banyak panduan yang diaturkan oleh mereka yang lebih 'alim' dan bertahun tahun mengulanginya setiap kali Ramadhan akan tatacara mengharungi setiap hari berpuasa, bersistematik lagi lebih bermanfaat untuk diikuti. Dalam dunia yang makin maju, segala perkara yang baik bermanfaat segera boleh dikongsikan demi kebaikan sejagat. Capaian yang mudah dan hanya perlu ikutinya sahaja dan tidak perlulah lagi mencari menyelongkar akan apakah yang sepatutnya dibuat setiap kalinya ber-Ramadhan. Malah, aku yang bukanlah alim dan sekadar biasa biasa sahaja tapi berhasrat untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya tidak patutlah aku melepaskan peluang merebut akan segala kebaikan associated dengan Ramadhan. Makanya segala 'ilmu' yang dianjurkan perlulah aku lakukan dengan tekun dan ikuti segala nasihat yang diberi berpandukan amalan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.


Siapalah kita untuk pertikai. Para ilmuan dan ustaz yang prihatin akan umat islam yang telah bersusah payah menyediakan 'package' amalan yang sesuai dan perlu dipraktik dibulan Ramadhan maka kitalah yang harus menyambut baik dan bertindak seiringan. Kita tidak perlu bersusah payah. Cuma ikuti sahajalah panduan yang dianjurkan mereka yang lebih mengetahui dari kita. Segala zikir yang dianjurkan, amalan sembahyang malam dengan segala bacaan yang perlu juga disediakan. Bukankah ini memudahkan. Semoga usaha mereka dan disampaikan kepada orang lain dalam pelbagai medium, rasanya semua kita akan mengetahuinya kepada mereka yang rajin buka facebook, tik tok dan apa sahaja apps yang ada. 


Tepuk dada dan tanyalah kemampuan dan kesediaan diri untuk beramal. Banyak artikel yang memaklumkan agar merebut peluang beramal dibulan mulia ini. Rasanya amat malanglah kepada kita yang diberi kesempatan berada dibulan Ramadhan ini tapi masih tidak mengetahui akan kelebihan bulan yang ditunggu tunggui oleh mereka yang mahu beramal. Gandaan pahala yang disediakan pastinya menjadi pemangkin buat mereka yang biasa-biasa terutamanya diri aku sendiri untuk merebutnya. Pastinya semua kita telah maklum sesangat akan perkara ini.


Kini telahpun memasuki phasa kedua(11 Ramadhan - 20 Ramadhan) dan buat mereka yang istiqamah di peringkat 10 hari yang pertama, tentunya akan lebih bersemangat mengandakan peribadatan di phasa berikutnya. Aku juga tidak mahu ketinggalan. Aku juga mahukan ganjaran yang lebih dikala usia yang makin tersisa ini. Peluang berjumpa dengan Ramadhan bukanlah kita yang mahukan tapi dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka-mereka yang Dia mahukan. 


Apakah bilamana kita yang dipilih bertindak sepi. Tentulah ada sesuatu yang 'misteri' mengikut sudut pandangan kita tapi inilah ketentuan dariNya buat diri dalam merebut setiap kebaikan dan kelebihan Ramadhan ini.


Semoga aku mampu menjalani ibadah puasa dengan segala amalan yang dianjurkan sehinggalah berakhir Ramadhan pada tahun ini.


 Insya-Allah

 

Friday, March 15, 2024

Jumaat pertama Ramadhan 1445H

15 MARCH 2024, 10:21

Jumaat pertama Ramadhan 1445H

Pagi ini sebaik bangun membersihkan diri @ 5:00am aku bersiap untuk bersahur. Manakala orang rumah pula telah dikejutkan seawal 4:00am untuk penyediaan makan sahur. Katanya lewat dari waktu itu, tidak terkejar hendak siapkan juadah. Memang telah menjadi kebiasaan atau sudah tradisi, bangun bersahur berjuadah nasi sejak anak kecil lagi. Jadinya kebiasaan yang dia lakukan saban tahun setiap Ramadhan dan berterusan mungkin sehinggalah penghujung hayat andai diizinkanNya. Aku sekadar mengikut dan andai dipertikai untuk lewatkan penyediaan sahur mungkin mood dia lari. Aku okay sahaja. Mana yang dia rasa selesa, kita turutkan.

Memang berbeza dengan sambutan Ramadhan pada tahun tahun sebelum ini. Aku kan sudah tidak bekerja lagi. Maka banyak masa dan semestinya aku bersyukur dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. Memang banyak perkara baru mahu aku laksanakan. Amalan amalan yang dianjurkan untuk diperbuat diperbanyakkan sepertimana yang dianjurkan oleh mereka yang lebih 'alim' cuba dipraktikkan bertatih perlahan lahan. Beberapa zikir yang bersesuaian dan dicadangkan oleh ustaz tempohhari sebelum menjelang bulan puasa dan dicari maklumat yang lebih rapi di internet membolehkan aku menghafal dan melafazkannya dalam meniti hari dan memanfaatkan masa disepanjang bulan Ramadhan ini.

Kalau surf internet, sememangnya banyak zikir zikir yang boleh diambil dibaca sepanjang bulan ramadhan ini. Pencarian aku lebih aku fokuskan kepada satu artikel mengalakkan viewer-nya untuk banyakkan lafazkan 4 zikir disepanjang Ramadhan.

1. Memperbanyakkan membaca kalimah tauhid La ila ha illallah'




    
2. Beristighfar @ mohon ampunan kepada-Nya




3. Memohon kepada Allah s.w.t. untuk memasuki syurga




4. Berlindung dengan-Nya daripada terjerumus ke dalam neraka




Bagi yang berkeinginan membaca artikel penuhnya, bolehlah rujuk link...empat-zikir-sepanjang-ramadhan/


Amalan bersegera ke masjid berjemaah telah aku mulai sebaik sahaja aku on mandatory retirement @ 60 since 02/02/2024. Lebih tenang menjalani kehidupan selepas tidak bekerja bergajian. Masa dipergunakan untuk mencari bekalan kesana pula. Perlakuan yang aku buat saban hari ini adalah paksaan terhadap diri yang selama ini liar mendatangi masjid. Kononnya atas alasan komitmen kepada kerja cari rezeki. Apapun aku amat berterima kasih kepadaMu, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem, yang mengizinkan aku untuk bertemu dengan Ramadhan lagi.

Macam biasalah juga setiap kali berjumaat, khutbah yang disampaikan akan bertepatan bersesuaian dengan suasana semasa. Makanya khutbah kali ini berkisar tentang Ramadhan dan peluang yang tersedia didalamnya. Isikandung khutbah hari ini buat seluruh negeri Melaka untuk dihayati bersama.


Moga aku diberi kesihatan dan kekuatan untuk beribadah dan terhindari dari sifat malas yang sering mendatangi diri seolah cuba menghalangi segala amalan yang baik yang ingin aku perbuat. Dalam sedar tidak sedar, kini kita telah berada pada hari keempat berpuasa. Hari ini juga adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Banyak perkara amalan yang baik bersempena hari jumaat ini perlu aku rebut. Kalau bukan diri ini yang lakukan siapa lagilah orangnya yang hendak lakukan. 

Semua kita berhajatkan agar diri menjadi lebih baik. Akupun tidak terkecuali sebenarnya. Harapan aku, agar Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dan lagi cemerlang. Segala perkara yang baik baik dengan amalan yang dianjurkan dilaksanakan penuh keikhlasan. Diharapkan juga ianya bukan terhenti sebaik genapnya 30 hari Ramadhan tapi berterusan dibulan seterusnya. Malah perlu digandakan lagi.

Aku bukannya mahu menunjuk kepada orang lain tapi inilah ikrar aku dan rasanya inilah yang dimahukan kepada insan lain agar berubah. Berubah dari keadaan sekarang kepada suatu peningkatan peribadahan yang lebih mantap. Memang benar setiap perubahan memerlukan pengorbanan. Ini adalah hukum alam. Mana ada tetiba sahaja berubah menjadi lebih baik tanpa adanya tindakan-tindakan yang bersesuaian kearah itu. 

Masa buat diri makin singkat. Sering dan kerap sesangat aku alami sesak nafas. Tidak boleh renyah sembarangan. Mudah penat. Sukar bernafas dan terasa sedutan udara seperti tidak kecukupan. Aku bergerak against time dirasakan. Kesuntukan masa untuk serba serbinya. Mana hendak didahulukan dan mana pula perlu disegerakan. Segalanya seolah berkecamuk. Ibarat orang tidak kecukupan masa. Segala sesuatu, kalau boleh mahu dilaksanakan serentak.

Perlunya perancangan yang lebih rapi akan bagaimana cara terbaik mengendali membahagi masa. Keutamaan harus dikenalpasti. Barulah ada aturan. Bak kata M. Zain, 'yang dulu didahulukan'. 


Tuesday, March 12, 2024

Ramadhan Kareem

 12/3/2024 05:59 


Hari ini adalah hari pertama Ramadhan 1445H. Hari ini jugalah merupakan hari yang pertama aku berpuasa dengan tiada risaukan akan komitmen kerja bergajian. Tamat sudah aku menghambakan diri mencari 'wang' dalam mengharungi kehidupan. Akan sampai suatu masa yang kita akan tinggalkan apa yang pernah kita mulakan dahulu. Inikan lumrah alam. Malah perkara ini akan berulang kepada orang lain yang terkemudian dari aku. Kisah 're-cycle' kehidupan akan berterusan tapi dengan versi dan zaman yang berlainan. Apa yang pasti ianya akan menuruti corak yang sama. Tiada banyak bezanya.


Moga lebih baik dari tahun sebelumnya...Insya-Allah


Semasa kini, dengan usia yang semakin lanjut dirasakan yang diri begitu banyak tertinggal. Momen yang patutnya diraikan ketika muda dan bertepatan tapi terasa seperti telah jauh tidak bersesuaian lagi. Samada diri tidak berkesempatan ataupun mungkin tidak berhak langsung dek kerna hambatan kepada aktiviti harian memasing. Beruntunglah kepada mereka yang menikmati pada masa yang sepatut dan seharusnya. Ingat lagi akan keperluan berbuat seperti yang dijadual ditetapkan. Tiada ruang untuk menangguh atau meninggalkan keperluan tersebut. Peraturan yang harus diikuti tanpa gagal telah menyekat kebebasan untuk melakukan sesuatu yang lain dalam masa yang serentak. Mustahil ianya dapat dilakukan. Hairanlah andai kita dapat berada didua tempat yang berlainan dalam satu masa.


Pun begitu, aku amat bersyukur dan berterimakasih kepadaMu, ya Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup. Keberadaan aku di Ramadhan kali ini tentulah telah ditakdirkan. Tentu sekali aku masih diberi peluang untuk menebus kesilapan kesalahan yang telah lalu. Seharusnya juga aku perlu berbuat dengan lebih baik bermutu dari peribadatan yang selama ini telah aku lakukan. Barangkali dan rasanya peluang yang perlu aku beranggapan buat terakhir kalinya ini harus aku manfaatkan sehabis baik. 


Dikala usia yang sudahpun memcecah 60 tahun, apakah perlu lagi aku teragak agak dan menunggu nunggu dilain masa untuk berubah. Agak weird la andai hal yang terlalu obvious masih bertangguh. Umur yang tersisa dianggapkan sebagai suatu hal yang normal sahaja. Ditambahi dengan 'isyarat' kesihatan diri yang mulai ketara. Kesukaran bernafas, penglihatan yang kian kabur, rambut hitam berkilat dulunya dah makin putih menipis, selera makan awal lagi sudah menurun dan lebih ketara lagi fizikal bentuk badan yang menyusut dengan kulit berkedut jelas terserlah. Maka maklumlah akan kesemua tanda tanda ini sebagai pengingat diri yang kita bakal dijemput pulang. Hanya detik masanya sahaja yang pasti akan sampai dan biasa diandaikan sebagai 'misteri' ketibaannya.


Bila merenungi akan rakan persekolahan dan sebaya yang telah kembali menemui sang pencipta yang mana pada pengetahuan kita lebih bernasib baik kehidupan duniawi mereka berbanding dengan diri membuat kita yang masih bernyawa termanggu memikirkan. Apakah yang kena kita hadap dimasa mendatang ini. Terlalu memikirkan akan sesuatu yang kurang jelas jadi ataupun tidaknya pasti akan membuatkan diri seolah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti sedangkan apa yang telah sekian lama Allah swt janjikan pada setiap Ramadhan selagi ada hayat tidak begitu dihiraukan. Pelik dan amat menghairankan. Kekadang kita begitu mudah dipesongkan dengan apa yang terjadi. Lebih lebih lagi yang menguntungkan pada orang yang dikenali. Tanpa berlengah lagi yang kitapun mahukan sepertimana yang telah diperolehi oleh orang lain. Sikap manusia mana mungkin beralah dengan orang lain. Prinsip kalau mereka boleh berjaya maka akupun tentu juga boleh. Bagaimanapun kita gagal 'membaca' akan kesungguhan kegigihan serta banyaknya masa yang diperuntukkan oleh mereka yang 'terpilih' untuk berjaya. Kita cuma dan hiraukan akan 'kejayaan' yang terbukti. Adakah akan menarik diri untuk bersaing sepertimana yang telah ditunjukkan oleh mereka yang berjaya ini. Terserah.


Konsentrasi kepada Ramadhan 1445H ini seharusnya lebih dan berganda dari tahun sebelumnya. Ini barulah dikatakan ada peningkatan. Bercakap berazam adalah satu hal yang berbeza dengan tindakan yang patut dilakukan. Bertindak lebih 'strenuous' walau kudrat makin melemah amat perlu dalam memastikan yang setiap usaha yang kita perbuat itu mampu menghasilkan sesuatu yang baik bermanfaat. Paling asasnya usaha kita itu mendapat balasan dan kurniaan 'pahala' dariNya. Kita tidak akan tahu akan perbuatan yang manakah lebih diterimaNya. Tugas kita dikesempatan peluang berada dibulan yang mulia ini melaksanakan dan merebut akan segala peluang membuat 'pahala' sebanyak mungkin. Masa buat aku dan yang sebaya seusia makin singkat sudah. Hendakkah lagi berlengah bertangguh.


Banyaknya cadangan dari mereka yang prihatin dalam merencana perjalanan berpuasa sebulan Ramadhan ini. Saling mengingati adalah amalan mulia yang mendatangkan kebaikan bersama. Maka bermacam macam pelan yang diutarakan. Samada berbentuk pdf, video ceramah dan panduan yang mudah lagi jelas boleh dicapai via youtube dan diperpanjangkan oleh sesama kita via facebook, instagram dan tik tok. Rasanya, takkan satupun maklumat yang sebegini baik ini tidak melalui memasing punya 'fyp'. Musykil rasanya andai tidak pernah. 

Rujuk artikel ini...sebagai pencambahan minda, 6-tips-untuk-bersedia-menerima-bulan-ramadhan-tahun-2024 dan Panduan_Amalan_di_Bulan_Ramadhan.pdf

Dimana ada kemahuan maka tentulah ada cara untuk mendapatkannya. Okay-lah...katalah kita orangnya yang tidak suka bersosial dan tidak mahu dipengaruhi dengan unsur unsur negatif dan melekakan diri. Apakah perkara kebaikan yang turut sama terdapat dalam media sosialpun hendak diketepikan begitu sahaja. Spesis orang seperti ini mungkin ada tapi bukanlah ramai manapun. Kena dengan cara menerangkan akan mudah mengikut sampai akan terpacul kekesalan, 'apasal lambat bagitahu...kalau tak lagi dulu aku dah lakukan'.


Memasing dari kita ini punyai tahap kesedaran yang berbeza. Segalanya bergantung kepada pendedahan sejak kelahiran sehinggalah ketahap usia semasa. Begitu jugalah dengan tindakan susulan yang akan diambil. Baik buruk atau betul salah perilaku yang dipilih kekadang bukan empunya diri yang mahu tapi dipengaruhi oleh faktor sekitaran. Begitulah 'takdir' mengambil tempatnya. Ketetapan Illahi mana mungkin dapat diubah menurut kemahuan sendiri. Kita cuma mampu dan perlu menuruti setiap detik kejadian dengan penuh tabah dan mengharapkan keredhaan dariNya. 


Ujian memasing adalah khusus buat diri. Manakala kita yang melihat yang terzahirkan itu perlu bermuhasabah diri. Mohon dijauhkan dari segala musibah serta berdoa mengharapkan segala kebaikan dari setiap tindakan yang kita ambil. Kita tidak akan tahu tentang apa yang diuntukkan kepada kita dimasa mendatang nanti.


Semoga tabah harungi setiap dugaan kehidupan. Ameen.


Saturday, March 9, 2024

Tiada jalan kembali

Setiap kali aku mendengari lagu ini diradio dahulunya ketika dizaman bebudak, aku akan segera berkata...apa ke bende la lagu ni. Spontan terkeluar luahan menafikan. Sering sangat diketika itu juga dan kerap jugalah diucapkan oleh ustaz ketika mendengar ceramah di masjid Alai dan ketikanya juga dialam persekolahan akan guru guru kekadang menyebut, 'sesat dihujung jalan, baliklah kepangkal jalan. Dimasa zaman bebudak dahulu memanglah tidak lekat statik. Kejap kesana kejap kesini bergaul dengan rakan sekampong bila hari cuti sekolah especially-nya masa hujung minggu. Bermain berborak sesama just to parsing time sebelum maghrib menjelang. 


                                             Betul ke....'Tiada Jalan Kembali'..., I'm in doubt.


Radio dizaman awal 70-an adalah medium hiburan utama. Lagu lagu yang akan dimainkan, tapi lebih kerap diucapkan oleh para DJ sebagai 'diputarkan', amat dinanti nantikan pendengar. Akulah orang itu bilamana tiada apa hendak dibuatkan atau adanya kekangan untuk keluar rumah misalnya hujan. Ketika itu akan melekap mendengar celotehan mereka. Santai santai mendengar and that's it. Setakat itu sahajalah. Tiadanya hendak feeling feeling layan lagu yang dikumandangkan. Namun dengan peredaran masa dan suasana, aku mulai kritis akan apa sahaja seiringan dengan peningkatan usia. 


Minat kepada mendengar serta menghayati lagu makin bercambah bilamana aku menjadikan ianya suatu obligasi untuk hadir menempel ketempat orang memasang memainkan lagu dari 'rekod atau piring hitam' dimajlis orang kahwin dikampong. Sengaja duduk dan cuba berbual mesra dengan pengendalinya yang kebiasaannya adalah tuanpunya rekod yang cari makan menyewakan perkhidmatan 'meriuhkan' majlis perkahwinan. Bila sudah kerap hadir dan pengendalinya sudah mulai comfortable dengan aku, aku akan membuat request lagu yang ingin aku dengari dan minati at that time. Jaranglah permintaan aku ditolak lebih lebih lagilah lagu itu dah ada dimeja didepan mata. Priviledge ini jarang boleh diperolehi kepada yang saja saja walk-in meminta favourite song diputarkan. Mungkin kalau bertegas dan yang me-request itu adalah kerabat tuan rumah, pengendali rekod dalam terpaksa perlu patuh. Tapi situasi ini jarang berlaku. Hanyalah mereka yang betul betul 'fanatik' dengan lagu akan sekerapnya berdamping dengan operator atau pengendali public-entertainment ini


Sambil santai santai hari ini, akupun lebih attentive-lah mendengarnya. Mendayu melodinya dengan kemasukan gitar orang india...sitta nama-nya dan bergabung dengan tabla dan percussion moden lainnya. Lenggok slow dangdut pop bersesuaian dengan lirik lagu seolah merajuk. Arrrgh, lelaki merajuk. Ya, si J. Mizan kena dendangkan ikut arahan pencipta melodi/lirik dan tentunya mendapat approval dari penerbit albumnya ini. Dari komen yang aku baca di you-tube oleh mereka yang sezaman meletopnya lagu 'Tiada Jalan Kembali' diketahuilah yang lagu ini menjadi siulan dan kegemaran adalah sekitar 1975. Tahun ini aku di darjah 5. Masih mentah untuk ketahui persoalan cintan cintun. Memang tidak terasa apa apa significant-nya lagu ini ketika sedang hadapi 'ujian' besar bersekolah iaitu Peperiksaan Penilaian Darjah 5.


Aku tak hendaklah hendak perkatakan hubungan antara kekasih. Tapi aku lebih kepada 'keadilan' dalam bercinta. Mana ada aturan yang perlu both side patuhi. Saling khianat mengkhianati adalah. Malah kebanyakan lagu 'putus' cinta ini dek kerana tiadanya kesetiaan. Namun dalam hal 'break-off' ini, pihak lelakinya tidak rugi apa apapun. Bodohnya adalah kepada sebelah perempuan. Apa sudah desperate sangatkah hendak berlaki. Kuasa memilih adalah ditangan lelaki. Manakala yang perempuan pula cuma berhak untuk menerima ataupun tidak.  Kalau tidak sudi, yang lelakinya tidak rugi apa. He can pick another girl, for sure. 


Dalam lagu yang aku dengari ini, option yang dipilihnya tiadapun salah. Dia bebas membuat decision. Biasanya yang perempuanlah yang berharap sangat yang dirinya bakal terpilih menjadi suri hidupnya. Selalunya hal ini tidak akan terjadi secara tidak sengaja. Si lelaki akan membuat beberapa ujian keserasian dalam menguji kesetiaan bakal pasangan hidup. Perempuan tidak boleh sewenang wenangnya hendak 'test' lelaki. Pantanglah pada lelaki andai diketahuinya gadis yang diidamkan digoda oleh kumbang lain dan apatah lagi terjebak mengikut. Once hal diketahui, percayalah, immediately kena reject-lah. Perempuan at the losing-end. Ini hakikat yang sukar disangkal. 


Pengalamanlah yang mendewasakan seseorang. Percintaan kali pertamanya putus ditengah jalan tapi pandai penulis lirik ini tidak diberitahunya kita akan angkara siapa. Namun melalui filter 'sekatan penilaian' based on beberapa kriteria pemilihan yang dia sendiri tetapkan, akhirnya dia telah membuat keputusan dan isytiharkan yang dirinya sudah 'berpunya'. Harap harap jodohnya berkekalan sepanjang hayat. This is baru 'real' gentleman bukannya 'gentelman'. Perkahwinan is no-nonsense business.


Malangnya siperempuan yang gagal menerima realiti kehidupan ini. Mereka adalah amat 'fragile'. Silap sikit bermakna meranalah sepanjang hidup. Itulah bila membelakangkan orang tua dalam hal memilih jodoh. Konon kata, kolotlah suruh orang tua jodohkan. Orang sekarang lebih percaya cari sendiri jodoh. Kriteria pemilihan tidak conform kepada ajaran agama. Boleh main pandai pandai sendiri. Fikir yang terlihat cuma, asal handsome saja sudah terkujat. Never realised that perkongsian dalam perkahwinan memerlukan komitmen yang bukan kepalang banyak dan ragamnya. Boleh ke gitu.


Rasakan...mendapatlah. Menyesal tidak sudah. 

 

Tuesday, March 5, 2024

Berusaha lebih gigih...

Semasa ke pasar besar Melaka, sempat berbual bual dengan Abang Amy, individu yang aku kenali sejak zaman bujang lagi, aktif berjualan ikan. Bekerja dengan towkay ikan seorang india sudah bertahun lamanya. Pertama kali aku perasan yang dia membantu niaga ikan di pasar ketikanya Pasar Besar Melaka dibangunan berhampiran bersebelahan jalan dengan Melaka Terminal. Lama dan bersungguh mencari rezeki demi membesarkan keluarga dengan 4 anak. Orang kelantan yang berhijrah bermastautin di Semabok ini mulai aku kenali ketika membeli burger jualannya yang 'unik' rasanya diawal 80-an. Mana mana pasar malam dan terpandangkan van lite-ace buruk berwarna putih, pastinya dia sedang beraksi membakar burger. Awalnya dia berseorangan berniaga. Kemudian beberapa bulan berikutnya, sudah ada pembantu. Tugas pembantunya hanyalah mengambil pesanan dan membungkus burger yang telah disiapkan daging burger oleh dia.


Bersalaman erat aku dengan dia sambil berbual bertujuan 'mengorek'. Kebiasaannya aku ke pasar besar ketika dihujung minggu. Memandangkan yang orang rumah mencadangkan mulai kali ini lebih 'comfortable' tidak berasak asak seperti kebiasaannya pada hari minggu, aku mengikut sahaja dan menerima pakai alasan yang diberi. Sebenarnya, bersimpati sesangat yang lututnya sering sakit sakit bila berdiri lama dek kerana BMI-nya terlebih dan kalau berasak berjalan akan menyukarkan pergerakan dan juga melengahkan orang lain yang berurusan di pasar. Membeli keperluanpun dalam mode santai. Tidak terkocoh kocoh dan tenang memilih mana yang berkenan. Peniaga pun tidaklah stress sangat kerana bilangan pengunjung pada pagi ini tidaklah ramai. Setiap lorong lenggang dan hendak berjalanpun tidak terhalang. Pandangan kepada ikan yang diperagakan penjual tidaklah seberapa banyak tapi memadai untuk dipilih pembeli.


Antara peniaga ikan yang regular aku beli bila ditanya memaklumkan yang dia ambil ikan sedikit sahaja kerana hari biasa selalunya tidak ramai pengunjung. Boleh lagi berborak borak santai sambil dia pula kerap kali terserempak dengan regular pelanggan yang melintas dan dalam jangkauan suaranya akan melontarkan 'opening remarks' kepada mereka. Perasan sangat yang lain orang, lain cara dia menegur. Memang peniaga kena perlu ramah. Ini penting agar mereka yang ditegur seolah dihargai dan berkemungkinan akan singgah membeli darinya. Kalau bukan pada hari ini, tentu sahaja pada masa mendatang.


Lama juga aku tidak berteguran dengan Abang Amy ni. Selalunya bila melintas digerai dia berjualan kelihatan tengah sibuk melayan pelanggan yang singgah bertanya mahu membeli ikan. Bertegurpun berjarak. Angkat tangan dan dia spontan juga akan membuat aksi yang sama dan itupun kalau dia perasan akan kehadiran kita. Namun pada hari ini kelihatan di gerainya tiada pelanggan lain yang menghampiri kecualilah aku yang sudah kedepan meninggalkan orang rumah dan 'body-guard-nya' melelau trolley-cart berisi ayam, daging serta tenggiri dari peniaga melayu. Digerai lainnya pula, dia mencadangkan untuk beli sekelau ikan pari. Gerai peniaga cina. Pantas aku cantas sambil menunjukkanikan pari yang diperagakan dikedai Abang Amy kita berniaga ini. Akur dengan cadangan aku lalu menunjukkan sekelau ikan pari yang diambil dan ditimbang oleh pembantunya. Aku berjabat erat dengan Amy ini.


Terus aku lepaskan my first salvo. Puasa ni, masuk bazaar ke? Dijawabnya, tidak. Tahun ini dia tidak aktif di Bazaar Ramadhan. Menurutnya, keempat empat anaknya telah tamat belajar. Kat Mesir, kat U Islam Malaysia kat Nilai, di Johor dan Selangor. Aku turut berbangga atas usaha gigihnya menyekolahkan anak anaknya keperingkat tertinggi. Semuanya memiliki ijazah dan salah seorang anaknya akan menyambung ke peringkat PHD. Memang berbaloi usaha berniaga burgernya menampakkan hasil yang bagus. Kerungsingan aku akan 'amaran' pegawai kat Melaka juga yang memberi amaran agar peniaga peniaga pasa malam cum bazaar ramadhan untuk tidak sewenang wenangnya menaikan harga jualan memasing fall on deaf ears. Dia seperti tidak berminat hendak komen akan statement yang aku berikan malah lebih bersemangat beria-ia menceritakan perihak anak anaknya yang telah bekerja.


Terpaksalah aku ikut tempo dia. Akupun maklumilah dia yang aku masih ada 2 anak lagi yang bersekolah. Ditambah lagi tidak bekerja dan tentunya tidak berpenghasilan makin menyukarkan diri menghadapi 'pesta' kenaikan harga. Kenaikan barangan asas, kenaikan cukai SST dan kenaikan tariff letrik dan air jelas akan membebankan orang terbanyak. Setelah siap ditimbang dan disiang kulit ikan pari oleh pembantunya, dia cuma minta dibayar RM22 sahaja dari harga asal yang dimaklumi pembantunya setelah ditimbang RM25 harganya.


Balik ke rumah, tidak lengah lagilah aku panggil si Yusree, yang sekadar melepak tidak buat apa selain makan sahaja tatkala tengah 'down' mengenang nasib yang intern atau latihan industrinya masih belum berkeputusan, untuk keluarkan barangan 'perishables' dan diangkut ke dapur. Bergegas aku ke family store di Duyung mendapatkan barangan keperluan basuhan baju yang tertangguhkan semalam. Terbayang, bangunan Abdul Hadi, orang kaya Duyung, yang menempatkan Family Store ini dikerumuni oleh orang Melayu sahaja. Pekerjanya pula adalah Bangla dan cuma juruwangnya sahaja yang menampakkan bebudak Melayu mencari rezeki. Kalau tidak dikuatkuasakan undang undang, nescayalah cashier juga turut dimonopoli oleh bangsa asing. Permainan orang yang tidak mahu melihat bangsa Melayu kuat di tanah tumpah darahnya ini.

Kita lakukan role kita...niaga bang.


Terpandangkan parkir kosong berdepan dengan Mr. D.I.Y. lalu cecepatlah masuk. Dalam pada hendak mematikan engine, kelihatanlah seorang pemuda bangsa kita tengah berborak dengan motornya sarat dengan barangan untuk pembuatan burger. Rasanya dia terlibat secara langsung dalam penjualan burger. Tentunya dia ada kiosk tepi jalan kat mana mana area yang berhampiran. Dan boleh diagakkan juga yang dia tentunya akan turut serta dalam Bazaar Ramadhan yang akan bermula pada 12/03/2024 nanti. Akan lebih bersemangatlah lagi dalam mencari rezeki untuk diri dan keluarganya. Al-maklumlah, bila masuk bulan puasa, kuasa membeli dan kemaruk hendak makan macam macam akan mencanak dalam memuaskan nafsu memasing. Ini sekadar pandangan aku. Aku sendiripun dahulunya punyai pandangan dan alami perkara yang sama. Tapi kini tidaklah. Nafsu makan tidak sehebat dulu. Makan sikitpun sudah sesak nafas. Mana mungkin pelahap macam masa muda dulu.


Dalam pada peniaga sebangsa berkira kira dan bersemangat mencari rezeki lebih di bulan ramadhan nanti, tetiba dengan sombongnya pihak yang mewakili kerajaan telah memberi amaran kepada peniaga kecil kecilan melayu untuk tidak sesuka hati sahaja menaikan harga jualan memasing. Tiada perundingan, tiada kompromi dalam soal harga makanan yang bakal dijual nanti. Anihnya bila melibatkan kenaikan barangan yang dikawal selia oleh 'cartel' makanan yang umumnya ketahui dipegang kejap oleh mereka yang berpengaruh dan punyai kata putus dalam memberi lampu hijau kepada pihak kerajaan samada okay ataupun tidak lebih ketara menikus dan pandai pula membuat kenyataan kewajaran kenapa harga barangan kawalan lagi perlu dinaikkan. Cukup berdiplomasi dengan mereka yang berpengaruh. 

Lebih sudu dari kuah nampak...dalam orang awam tengah risau pasal harga naik, bacalah berita ini, cukai-sst-naik-peniaga-bazar-ramadan-diberi-amaran. Dahulupun pada Melaka juga, isu pasal makan telur. Apapun tak boleh...

Malang dan amat malang sebenarnya, sudahlah tidak berupaya melawan tapi terus dilanyak dihukumi jika cuba menentang arahan pihak berkuasa kononnya. Nantikanlah bila mereka yang teraniaya dan sengaja dianiaya ini secara berjemaah menyumpahi mereka dan berdoa kepada Allah swt bagi yang religiously muslim akan balasan dariNya kepada mereka yang ditindas. Ketika itu mungkin kesombongan dan kebongkakkan yang entahlah kepada siapa mahu ditunjukkan kekuasaan yang sekelumit sahajanya itu mahu dibanggakan.


Bila ini ditakdirkan berlaku dan secara auto-nya tersedar, maka bak kata Hamid Gurkha pun...dah lambat dahhh...

 

Thursday, February 29, 2024

Selagi kudrat masih tersisa

Harapan dan kemahuan jarang benar bergabung. Tatkala mengharapkan sesuatu, kudrat yang ada tidak mampu mengapainya. Ini yang terjadi berlaku pada diri. Bukan sekali, bukan juga sekadar kedua kalinya tetapi kerap berlaku. Sukar untuk dimengertikan andai diperhati secara ringan sampailah kini.


Ketika disekolah rendah lagi, kebanyakkan murid berhasrat berhajat untuk ke sekolah berasrama penuh. Juga diberitahu yang syarat minimum kemasukan ke sana perlu mendapat keputusan 'Penilaian Darjah Lima' 2A, 3B. Andai result lebih baik iaitu mendapat 5A, tentulah lebih cerahnya peluang. Pihak pengurusan sekolah telah memaklumkan untuk mengisi borang kemasukan ke MRSM ketika itu di pejabat. Memasing yang berminat segeralah mengambil borang setelah keputusan dikeluarkan.


Seingat akulah, peperiksaan Penilaian Darjah Lima @ 1975 aku itu berlangsung pada bulan October rasanya. Menjelang penghujung penggal persekolahan, keputusan diperolehi. Ditakdirkan aku cuma berjaya mendapat 2A3B. Layak memohon tapi perlu bersaing untuk dipilih. Maka si bodoh ini penuhkanlah borang dan siap perlu buat karangan ringkas in english lagi akan sebab mahu ke sekolah berasrama penuh ini. Dahulu, hanyalah MRSM yang diujudkan atas cetusan idea pemimpin yang berpandangan jauh mahu melihat anak anak Melayu yang pintar cerdik untuk dibimbing menjadi pewaris negara.


Malangnya, sepanjang tahun 1976 dimana aku berada di darjah enam yang aku anggapkan tahun 'honeymoon' sebelum ke tingkatan 1, tiada apa apa perkhabaran dari pihak pengurusan sekolah. Atau mungkin juga hanyalah mereka yang berjaya dimaklumi. Mereka yang tidak berjaya yakni yang tidak layak tidak perlulah diberitahu. Buang masa sahaja dan akan menguris perasaan kalau tidak pandai menerima hakikat yang awak tu gagal masuk kesana.


Ini adalah kegagalan besar aku dalam usia muda baru mengenal kehidupan. Kalau ikut budak budak sekarang, tentulah sentap. Tapi pada tahun tahun aku bersekolah rendah ketika itu ianya lebih kepada terikut ikut. Apa yang rakan rakan lain buat, eehhh kita jugapun sama sibuk nak buat. Zaman bebudak lagi masih tidak nampak 'laluan' mana yang dimahukan. 


Biarpun begitu perjalanan kehidupan diteruskan. Keputusan Penilaian Darjah Lima aku tidak layak untuk ke High School secara 'automatic'. Hanyalah mereka yang berkeputusan minimum 3A keatas tersenarai kesana. Manakala yang keputusan lebih rendah telah ditetapkan ke Sekolah Menengah Air Leleh(SMAL). Sekolah menengah baru yang aku dan rakan rakan senasib kesana adalah batch kedua. Makna kata, baru 2 tahun beroperasi. Tahunnya adalah 1977. Peralatan kelengkapan off course-lah semuanya baru.


Kenangan semasa belajar di sekolah baru yang persepsi murid BHES ketika 1976 menganggap yang SMAL adalah untuk bebudak 'bodoh' Secara mudahnya, those yang berjaya ditempatkan secara auto ke MHS pastilah berbangga menjadi warga sekolah kedua tertua di Malaysia. Memang terasa hati tatkala hendak melangkah masuk. 


Namun tanggapan 'nakal' mereka yang merasa bernasib baik itu sedikitpun tidak melemahkan aku untuk perbaiki diri seiringan dengan usia meningkat remaja. Cabaran dan dugaan memangnya sentiasa ada dan kita sebenarnya 'terdedah' kepada segala bagai ujian kehidupan.


Tidak berjaya diperingkat baru hendak mengenal hidup, tidak bermakna yang kita akan senantiasa dibawah. Keupayaan dan potensi diri perlu di tonjolkan demi perbaiki kehidupan di hari muka.


Bila menyemak kedudukan aku kini diusia 60, inilah kesungguhan dalam menempuh ujian, menongkah arus dan membuka ruang untuk sendiri bernafas di sudut dunia yang sedar semuanya adalah permainan dunia.


Harapnya, aku tabah harungi segalanya sehinggalah ke penghujung hayat. Ameen.

Wednesday, February 28, 2024

Menjaring Harapan

 Rabu, 28/02/2024 @ 07:48am


Macam tidak terasa yang masa bergerak mengikut aturan. kita pula yang buat buat tidak perasan. Balik dari masjid sebentar tadi, aku berehat bersantai di sofa fesyen lama seketika. Seminggu lepas ketika ber-shopping di Mydin MITC, orang rumah telah membeli sarung kusyen yang baru. Typically seorang perempuan. Mungkin tidak gemar tengok sarung kusyen yang sudah kusam dan agak lama tidak berjaga rapi. Pemilihan warna dan corak terserah kepadanya menentukan mana yang sesuai berkenan dihati. Aku hanya perlu bayar di kaunter check-out.



Siap bersarungkan...


Berapa lama aku mampu mengharungi hidup kat atas dunia adalah atas pertimbangan DariNya. Apa yang pasti dan dirasai sendiri betapa cepatnya masa berlalu ditinggalkan. Hanyalah imbauan kenangan yang dilalui itu sekadar perbandingan. Masa diusia muda mana ada kesempatan untuk healing healing. Hah, inilah ketikanya bila sudah kurang komitmen pada kerja bergajian yang memakan sebahagian besar masa yang diperuntukkan kat aku. 


Sesiapapun tidak akan mengerti dan ketahui dengan jelas akan apa yang bakal dan pasti berlaku dihari muka. Semua kita mengharapkan sesuatu. Sesuatu yang tidak diketahui.

Aku bersera kepadaMu, ya Allah.

Tuesday, February 27, 2024

Kisah yang mencalar hari aku

Aku spontan termanggu memikirkan betul ataupun palsu akan apa yang aku telah baca ini. Sukar untuk aku menerima hakikat. Portal berita yng entah macammana aku boleh ter-klik masuk amat meruntun hati dan perasaan. Sebagai seorang yang berusia dan sudahpun melepasi 60 tahun, tanggapan aku kepada sibapa yang diberitakan telah berumur 70 tahun tapi masih 'gagah' mencari rezeki keluarga. Betullah selagi berdaya dan berkemampuan, mencari rezeki adalah perlu. Membaca tajuknya sahaja sudah membuatkan aku 'kecut' perut. Adakah kisah ini sengaja di-exaggerate-kan dan dilepaskan ke 'online' dalam mendapat rating tinggi. Atau ianya kisah yang benar terjadi dan punyai 'nilai' berita yang luarbiasa tidak terjangkakan boleh terjadi serta perlu pihak awam dan masyarakat di lingkungan untuk diheret mengetahuinya.


Sekitar 10:00 malam semalam selepas lelah menelaah dan membuat latihtubi akan bahasa arab, aku ambil sedikit ruang masa ke fb seketika. Sekadar untuk ketahui akan perkara yang facebooker yang ramai jumlahnya memaklumkan segala apa yang mahu mereka laporkan. Baik maklumat yang disampaikan maka baik jugalah natijahnya. Aku 'filter' maklumat mengikut apa yang aku mahu tahu dan dekat dengan diri. Perkara yang melalaikan sedayanya cuba dielakkan. Aku tidak terus baca article-nya tapi terus klik kat ruangan komen. Diketika aku scroll ke kisah ini, sudah terdapat sekitar 17 komen. Memang menjadi tabiat aku untuk membaca meneliti komen yang dihamburkan spontan oleh reader. Semasa diera suratkhabar tengah popular ditahun 80-an, ruangan komen pembaca ada tapi ianya menyiarkan pandangan dan pendapat akan kisah yang dilaporkan oleh orang suratkhabar seminggu sebelumnya. Tidaklah seperti kini, on the spot, pembaca boleh luahkan 'concerned' dan apa sahaja ikut sudut pandang masing masing.


Lama aku terpaku memikirkan. Apakah aku mampu serap ujian seperti yang bapa berusia 70-an ini lalui. Tentu sahaja kita mohon dijauhkan. Kita tidak tahu sebenarnya akan apa yang telah terjadi pada keluarga 'malang' ini. Kita cuma mengetahuinya setelah dilaporkan. Betul salah terpulanglah kepada mereka yang mengangkat kisah kehidupan masyarakat ini untuk dijadikan ikhtibar. Sudut penceritaan dan pandangan jujur mereka yang melaporkan mengikut sisi dan gaya penceritaan mereka. Ikut mana yang selesa dan mana yang difikirkan sesuai untuk ditujukan kepada 'audience' pembacanya. Hal ini aku tidak pedulikan sangat. Apa yang yang aku terkejut kehairanan akan bagaimana mereka sekeluarga, anak beranak dan mereka dilingkungan menerima hakikat yang ada didepan mata mereka. Saban hari mengetahui dan setiap ketika mata kepala sendiri yang melihatnya. Dunia sudah makin tidak peduli dan mempedulikan orang sekitaran. Hidup aku biarlah aku yang urusi. Jangan sibuk bertanya menuding menyalahkan sedangkan tiada huluran bantuan membantu meringankan beban.


Rujuk laporan...70-year-old-grab-rider-proves-age-is-just-a-number/ dan di portal...https:///bapa-usia-70-tahun-terpaksa-jadi-food-rider-12-jam-sehari-untuk-tanggung-dua-anak-lelaki-menganggur/


Setakat bercakap, semua orang boleh. Bertindak membantu perlukan banyak masa, modal tenaga dan kewangan. Siapa pula yang sudi tatkala semua orang turut punyai masalah memasing yang pada pertimbangan mereka adalah lebih perlu diselesaikan terlebih dahulu. Melihat kedalam diri, bukanlah hendak perbanding atau mengatakan yang nasib aku seketika ini adalah lebih baik dari Abang Zakaria Abdul Wahab ini. Please don't get me wrong. Perkara sedemikian adalah tidak mustahil untuk berlaku kepada orang lain. Mungkin nasibnya telah ditakdirkan demikian. 


Bagi aku, mungkinlah bila di-interview dan perlu bercakap from the bottom of his heart. Bukan menyalahkan dirinya semata mata. Namun pengorbanan seorang ayah yang punyai naluri kebapaan yang utuh being taken for granted amat mendukacitakan aku. Tiada perasaankah buat sianak membiar memaksa si-ayah yang selama ini telah membesarkan mereka, anak lelaki lagi, tapi tidak pndai membalas mengenang budi. Kudrat orang yang berusia lanjut sekuat manalah. Apakah mereka akan tersedar bila source of income and no more food on the table yang dijana oleh ayah kandungnya tetiba berakhir. Sanggupkah mereka gelabar mengelupur mencari jalan menyara hidup mereka sendiri. Sebagai anak lelaki yang didik dan dibimbing selayaknya tentu sahaja tidak akan sanggup membiarkan orang tua yang kudrat makin melemah dan sepatutnya sudah menjadi 'geng' masjid tapi tabah bekerja dilapangan.


Ini adalah sebahagian kisah kehidupan masyarakat yang disingkap agar menjadi pedoman berguna kepada mereka yang mahu beringat dan minta dijauhkan dari timpa bala yang mungkin lebih dasyhat dari apa yang dihadapi oleh Abang Zakaria kita.


Ya Allah, mohon dijauhkan dari petaka sedemikian. Ameen.  

Friday, February 23, 2024

Dekat tapi masih jauh...

Kekadang hampir pening memikirkan. Dirasakan yang sesuatu itu bakal dimiliki tetiba hilang dari jangkauan. Andailah sesuatu yang bakal berlaku itu diketahui lebih awal, tidaklah memasang angan angan berkeyakinan.


Kita tidak akan tahu apakah yang akan terjadi dimasa mendatang nanti. Namun kita sering mengharapkan yang baik baik sahaja untuk terjadi. Manakala yang tidak memanfaatkan diri pada pandangan diri sendiri akan sedayanya cuba untuk dielakkan. 


Lumrah manusia memang beginilah sifatnya. Malahan terus terusan mengharapkan penuh pasti akan perkara yang menguntung lagi mengayakan diri. Berharap tanpa meragui dan penuh yakin. Rasanya akupun tidak terkecuali. Siapa yang mahu kesusahan. Siapa orangnya yang memang ternanti nanti petaka. Mustahil ada yang berharap sedemikian. Rata ratanya semua kita ingin dan mahukan yang memanfaat dan menghadirkan kegembiraan.


Namun hakikat yang sering terjadi dan sememangnya kerap pula berlaku adalah sebaliknya. Mengharapkan berjaya dalam perkahwinan, contohnya, tapi seketika kemudiannya selepas beberapa tahun melayari alam perkahwinan alih alih bercerai bertalaq. Adakah memang berniatkan begitu. Tentu sahaja tidak pernah terlintas. Inilah yang dikatakan 'takdir' dariNya. Ketetapan yang telah lama tersedia dan diluar pengetahuan insan yang lemah tentulah sukar untuk dibantah dipertikai. Siapalah kita untuk tuntut penjelasan kalaupun mungkin boleh.


Menyombong diri menyangah akan setiap apa yang terjadi yang tidak menuruti kehendak adalah sesuatu yang memalukan diri. Siapa sebenarnya yang berkuasa. Janganlah kita lebih ingkar dari umat umat terdahulu yang dilaknat dan jauh lebih 'brutal' argument yang diutarakan mereka. Mereka lebih dahulu menentang, mereka jugalah yang tidak mengakui akan kekuasaan sang pencipta.


Anihnya, mengapa kini kita tanpa sedar bertindak melampau. Tidakkah dimaklumi oleh mereka yang mengetahui akan kebinasaan umat terdahulu yang derhaka akan arahan perintah. Keras kepala dan merasakan tiada yang dapat menahan api kemarahan mereka yang tidak berpuashati dan menuruti apa yang dia pepandai atur.


Mana boleh macam tu.

Thursday, February 22, 2024

Dah tahu dah cara short-cut

22 FEBRUARY 2024, Thursday @ 08:57

Sejak aku mengunapakai bluetooth terkini, ada beberapa fungsi yang masih gagal aku garap dengan baik. Setiap kali hendak guna, aku terpaksa manually pergi ke setting. Kemudian click bluetooth and search device untuk pairing. Selepas dah pairing, baru boleh access apps yang ada aku install. Kekadang terasa agak rumit hendak mengendalikan. Bukan disebabkan ianya baru tapi bila rujuk manual yang ada pula terlalu ringkas dan ada hal yang aku tidak faham.


Bukan untuk HP Slater 7 saja, Samsung Tablet A6(2016) SM-P585Y juga aku hadapi permasalahan yang sama. Setelah hampir beberapa minggu, baru pagi ini aku beranikan diri 'trial & error' akan segala key yang ada di keyboard. Memang tidak selesa kalau kita tidak berapa cekap mengguna.


on dulu...



Namun pada pagi ini, aku cuba cari kaedah yang pernah aku lakukan dan mungkin boleh di-apply. So, aku simultaneously tekan key FN + android + lambang bluetooth. Tetiba di screen tertera cursor. Wow, amazing. Kekadang apa yang kita rasakan macam susah sahaja tapi bila sudah 'berjaya' lakukan mungkin tidak disengajakan dan jadi sepertimana yang dihajati, tentu sahaja life akan jadi mudah. 


Pengalamanlah yang memberi sedikit sinar akan perkara yang harus ikut aturan awal akhirnya. Umumnya kita takut malah takut sesangat mencuba perkara yang tidak pernah diketahui. Kurangnya ilmu dan tiadanya daya juang yang tinggi tidak memungkinkan untuk berani memcuba. Kita juga mudah patah semangat  serta takut gagal yang akan memberi kesan berpanjangan. Lebih lebih lagi yang mudah 'associate-kan diri dengan stigma 'suwey'. Anggapan negatif kepada diri sendiri. Kita tidak akan tahu sejauhmana kemampuan andai tidak berani memcuba. 


Hidup ini keras. Hanya mereka yang berani bersungguh hadapi rintangan sahajalah yang berhak mengapai kejayaan. Mana yang tidak berupaya, please be behind.

Wednesday, February 21, 2024

Kekal bertahan

Sudahpun 21 haribulan. Keadaan untuk berubah kepada yang lebih baik hakikatnya amat sulit. Bukan disulitkan oleh keadaan sekitar ataupun halangan yang seperti sengaja diujudkan tapi lebih kepada inner-self dalam menongkah arus. Kita tidak akan tahu apakah yang bakal terjadi disuatu hari kehadapan. Rasanya dan pastinya semua kita yang waras pemikiran dan sedar akan apa yang dijangkakan tidak pasti akan terjadi. Kekuatan diri kena padu serta bulat tekad capai matlamat. Halangan dihadapi penuh teliti berhemah. Jadikan sempadan untuk tidak ulangi kesilapan lalu tanpa disedari.


Aku telah memasuki minggu ketiga persaraan. Target utama aku kini adalah memastikan yang aku harus berjemaah di masjid. Samada dikhariah sendiri atau mana mana masjid yang disinggahi, aku akan cuba pastikan yang aku 'present' myself sebelum berkumandangnya azan. Banyak kelebihan yang mengiringinya. Hanya kitalah yang harus merebut peluang tersedia. Buat mereka yang meyakini, pertolongan Allah swt amat hampir.


Kekal istiqamah adalah pengharapan. Namun takdir ketentuanNya perlu pasrah menerima. Diketika masa masih menyebelahi aku, kesempatan harus aku manfaatkan sebaik mungkin. Berkobar kobar bersemangat diawal persaraan dalam mengapai agenda yang aku hajati ini mungkin normal buat sesiapa yang mahukan perubahan. Semoga aku mendapat perkenan dariNya. Tiada sesiapapun yang ketahui akan apa yang bakal terjadi. Kita senantiasa berdoa berharap agar hal yang baik baik sahaja untuk berlaku. Tidak salah rasanya berprasangka sedemikian. Bukan setakat segelintir orang tapi besar kemungkinannya yang semua kita berpendirian agar something yang menguntungkan untuk berlaku pada diri. Juga semua kita andai diberi pilihan, if adalah choice, tidak mahukan perkara yang merugi dan membuang masa menimpa diri.


Betapapun komitmen diri mendekat bertaqarrub dengan Allah, sedikit sedikit hubungan dengan manusia yang tidak banyak membantu kearah yang aku mahukan mulai terserlah. Menyisih atau tersisih adalah proses normal. Dapat dirasai sendiri. Kalau diamat amati seolah 'misteri' yang sukar dimengertikan dan apatah lagi untuk diperjelaskan. Sebabnya kita tidak akan tahu dan memang tidak perlu ambil tahu. Semua yang terjadi berlaku pastinya bersebab. Ini sangkaan kita.


Merenung memikirkan setiap keanihan yang hadir dilingkungan makin membuatkan diri 'takut' untuk berbuat silap membuang masa. Ilmu yang menjadi bekalan ke sana perlu aku perbanyak pertingkatkan. Haruskah aku perlu malu tatkala umur yang semakin lanjut dan tenaga kudrat yang mulai melemah. Masing masing kita ada perjalanan serta 'destiny' yang berbeza. Tidak perlu kesal mengesali. Jauh lagilah untuk berbangga dengan ilmu yang dimiliki. Semua kita adalah didalam pemerhatian.


Banyak kalilah hadis @ cerita pengkisahan tentang terlintasnya niat seorang 'abid' yang terdorong untuk melakukan perkara maksiat dengan seorang yang sememangnya bergelumang dengan dosa berhajat berbuat kebaikan. End-up perkisahan ini begitu 'tragis'. 


Sekadar untuk 'refresh', sila rujuk link...cerita-rasulullah-tentang-ahli-ibadah-yang-masuk-neraka-


Bukan permulaan yang tidak berapa cantik dibubuh perut sesangat tapi pengakhiran yang baiklah menjadi keutamaan. Kita tidak tahu akan untung nasib pengakhiran hidup ini. Segalanya berkemungkinan. 


Adakah kita bersedia hadapinya?




Monday, February 19, 2024

Permulaan minggu ke-3 Februari

Pagi ini, at this very hour @ 9:35am, aku mengadap HP Slater 7. Aku mulai mengunapakai gadget ini berpunca dari pembelian bluetooth keyboard 'Xplorer Docker 2'. Bluetooth ini adalah kenang kenangan @ memento bekerja mengakhiri karier di Aeon. Selesa dan boleh dipakai dimana sahaja sekitar rumah. Kalau rasa hendak duduk di porch, aku cangkinlah keluar. Andai sambil menonton tv, cukup sekadar dipangkuan sambil tangan menekan keyboardnya. Dan selalu juga selepas mengulangbaca dan buat latih tubi akan bahasa arab al-quran di bilik, aku beralih meluahkan pandangan dan apa sahaja yang terlintas dihati di gadget ini.


Serasi berdua


Gabungan kedua peranti ini sudah semacam serasi pada diri. Maksudnya aku akan beri lebih tumpuan dalam mencoret sesuatu dimedium 'personal journal' yang aku download. Apa lagi yang boleh aku lakukan kini tatkala tahap kesihatan tidak memungkinkan aku untuk mendera diri lakukan tugasan yang berat sepertimana ketika diusia muda. Aku tidak boleh mati akal. Pendapatan bulanan telah terputus dengan sendirinya sebaik bersara. Aku bukan bekerja dengan kerajaan. Tidak pernah terlintaspun untuk aku berkhidmat dengan kerajaan. Bersebab dan seolah menafikan aku membuatkan aku 'merajuk' dari menjadi hamba kerajaan.


Biarpun masa sudah berlalu, aku adalah orangnya yang ada autoriti untuk perjelaskan. Sebabnya aku yang menghadapi dan tahu perit jerihnya meniti hari sehinggalah ke usia aku menjangkau 60 tahun. Memang dan senantiasa berasa cemburu kepada mereka yang berpeluang mencari makan dengan kerajaan. Bergajian tetap, pelbagai elaun diperolehi, cutipun banyak dan sering sangat bila tibanya event event besar, misalnya menjelang Sambutan Raya Puasa ada pula pemberian menyambut raya dan juga bantuan persekolahan tatkala sampainya musim sekolah dibuka.


Sekali imbas, pelbagai kemudahan dan keistimewaan diperolehi oleh 'anak' emas kerajaan. Pendam sahaja perasaan ini mengenangkan jauh berjaraknya dengan golongan pekerja swasta. Terdetik difikiran, mana mana yang bekerja swasta...pandai pandailah hendak hidup. Dipupuk dibelai dan dimanjai senantiasa akan kaki tangan kerajaan. Rata ratanya kemana sahaja pejabat kerajaan yang aku berurusan pasti terpandangkan mereka berpakaian kemas. Bekerja dalam suasana berair-cond adalah perkara wajib. Tidak kisahlah yang bergaji rendah, apatah lagi yang berpangkat lagaknya bukan 'main'. Pandang mereka yang datang macam kucing kurap. 


Biarpun demikian, hidup kena diteruskan. Biarkanlah mereka dengan cara dan karenah mereka. Kita perlu pasrah dan berusaha segigih mungkin demi mencari rezeki. Bukankah telah diketahui yang rezeki Allah itu maha luas. Dia akan memberi kepada sesiapa yang cekal berharap dan rajin berusaha.


Sunday, February 18, 2024

Salah pengendalian

Semalam, lima minit lagi sebelum tibanya waktu maghrib aku bergegas ke Kancil yang di parkir mengiring bergandingan MAQ & MBB dibaru jalan didepan rumah. Sudah genap sepusingan minggu aku paksakan diri berada di masjid sebelum azan berkumandang. Semoga aku terus diberi kesempatan untuk hadir berjemaah setiap waktu sembahyang seusai telah seminggu juga aku bersara dari kerja makan gaji.


Masa yang masih diberi ini harus aku senantiasa memanfaatkan sebaik mungkin. Cepat aku masuk dan 'start' engine. Sekali pulas sahaja, mengaum dia berbunyi. Sebelum ke masjid, sebaik selepas makan tengahhari dan adalah dalam kurang lebih 3:00pm, aku bersegera ke pusat pencucian kereta. Dari sehari ke sehari aku berhajat hendak hantar cuci akan MAQ... namun sering tertangguhkan. Burung yang tumpang singgah bertenggek tidur saban malam di pokok dibahu jalan dan 'membuang' isiperut mereka di awal pagi sampai sudah bertepek tepek dibumbung kereta. Nampak tak berapa semenggah. Mungkin akan dianggap orang yang melihatnya berandaian betapa tidak kisahnya tuanpunya kereta. Malas ke apa.

Kasi mandi...




Aku selalu 'rotate' penggunaan 3 jentera yang dimiliki untuk dilelau ke masjid. Ikut mana yang berkenan. Antara MCX... , MAQ... dan terkadang MBB..., aku lebih selesa dengan MAQ. Alasannya adalah ianya jentera yang aku telah gunakan dan paling banyak berjasa dalam mencari rezeki di AEON sejak permulaan millinium lagi.


Tersilap jangkaan dan lambat ketahui masalahnya mungkin boleh mendatangkan bahaya andai berulang lagi. Terus sahaja aku tekan brek dan masuk gear R bilamana engine mulai panas. Dalam masa memandang kebelakang, akupun masuk gear reverse. Tetiba engine mati. Aku hidupkan lagi sekali engin kereta dan setelah hidup aku lakukan hal yang sama. Engine kembali mati. Tertanya tanya, apa masalahnya. In-split second barulah aku realised yang kereta yang ingin aku gunakan ini pengendaliannya adalah manual. Harus tekan pedal clutch terlebih dahulu sebelum apply gear reverse. Spontan aku tepuk dahi mengakui silap sendiri.


Mungkin telah beberapa hari dek kerana ianya tidak kelihatan bersih, aku terabai memandunya. Lebih kepada gunakan dua jentera yang berkendalian auto. Tekan brek, masuk gear dan terus tekan pedal minyak. Maka meluncur mengarah bergerak mengikut pemanduan.


Moral of the story, yang baru lebih mudah pengendalian namun yang lama harus pandai belainya ikut aturan yang ditetapkan. Sekiranya keras kepala ikut kemahuan sendiri tanpa akui perbezaan yang tersedia ada maka besar kemungkinan mendatangkan kesulitan yang membebankan 'pocket'. Ini baru ingatan yang harus dipatuhi senantiasa. Sekiranya gagal menuruti hukum dan aturan yang ditetapkan yang tentunya bertujuan bermatlamat maka kacau bilaulah jadinya.


Nasib baiklah aku cepat tersedar dari 'silly mistake' yang tidak terduganya ini yang telah aku lakukan. Kalau tidak maka akan lambatlah untuk diri sampai ke masjid.


I've learnt my lesson.