Saturday, October 31, 2026

Lain kalilah atau ini kali la ... terngiang ngiang

31 OCTOBER 2026, 15:28

Lain kalilah atau ini kali la...terniang ngiang

Hari ini bermulalah masanya. Sejak beberapa minggu ni, Melaka menjadi tumpuan pemain politik dan kaki politik. Tentunyalah mereka yang berkepentingan paling sibuk sekali. For those yang sekadar mengikuti dek viral via medsos dan trending, it's just another episode of our life. 

Menang kalah bagi kita tidak punyai makna apapun. Lainlah buat mereka yang obsess dan deeply involved. Bagi mereka, kemenangan adalah something yang didambakan. Kerna dengan kemenangan memungkinkan banyak laluan akan terbuka didepan mata. Memasing boleh buat tafsiran dan andaian sendiri.

Bagi mengabadikan moment yang panas dan makin memanas sekarang ini, setiap info-grafik pasal PRN Melaka yang melintas di-fyp, aku download and save. Malas lah nak komen bebanyak. Biar data berbicara kerana memang ianya tidak menipu. Terpulanglah kepada mereka yang 'brilliant' apatah lagi yang kaki spin untuk mengolah maklumat yang tersedia dan mudah di akses ni untuk kepentingan 'perjuangan' masing masing.

Parti bertanding

Calon yang berhajat

28 jerr yang terpilih


As for me, keterlibatan hanyalah merasai vibes penamaan calon mengimpikan bergelar 'YB' untuk mungkin selama 5 tahun kedepan ni. Kita tidaklah tahu sebenarnya akan niat mereka mahu menjadi pemimpin kawasan yang ditandingi. 

Paling pasti, mereka yang tidak berjaya menambat hati pengundi, slowly but surely dapat merasai detik detik terima hakikat kekalahan. Adat bertanding, kalau tak kalah, pastinya di istiharkan pemenang. Sebelom tiba moment 'kejayaan', tentulah pelbagai usaha memujuk pengaruhi pengundi berdaftar memilih dirinya untuk dipangkah.

Bak kata sedara jaoh aku yang duduk kat England sana tu, 'No pain, no gain' or kalau ditranslate-an ke Bahasa Melayu secara literal atau 'harfiah' adalah kenalah bersakit sakit terlebih dahulu untuk capai sesuatu hajat. Tapi kalau ikut lenggok gaya bahasanya, lebih accurate dengan perumpamaan 'Kalau tidak dipecahkan ruyong, masakan dapat sagunya'.

Segalanya akan diketahui pada malam 14/11/2026 nanti. Kalau Dato' Najib pernah viral dengan 'Super Ring'-nya, aku untuk malam 'keputusan' dah maklumkan kat lovely untuk 'standby' kacang rebus dalam semangkok. Sambil kunyah, layanlah pemenang 'bertuah' tu yang akan dijulang dilambong.

Hendak jugalah lihat 'moment' bilamana keputusan diumumkan pada Sabtu malam
minggu nanti. Kita pun faham, masuk bertanding semua yakin akan mendapat kemenangan. Tiada siapapun yang masuk bertanding meramalkan kekalahan. Mental kena kuat. Siapa pandai memujuk dan kena dengan caranya pasti dapat meraih undi. Moment of truth akan sampai jua.

Terbanyak undian mengikut kata hati pemilih adalah pemenangnya. Redhalah akan ketentuan Dari-Nya.

Tuesday, October 6, 2026

Sering nau lupanya

Tuesday, 06 Oct 2026 @ 05:17pm

Sering nau lupanya

Sekitar menunggui lovely siapkan juadah untuk makan tengahhari, intailah as usual akan youtube video of all topics yang diuploadkan oleh para influencer dan content creator dalam pelbagai bidang. Tak adanya being selective. Mana yang tergerak nak nengok atau tertarik dengan tajuk yang dipaparkan, terus saja aku intai tengok. Hendak lihat isu semasa pasal politik dan hal negara, boleh klik video Demi Negara, PapaBerry, Papagomo aka Sir Azri, Isu Semasa by Isham Jalil amongst yang selalu aku follow. Kalau hal banding membanding antara Malaysia dan Indonesia, keraplah check video Sari Ting Ting, Elsa Widianti Putri, Jantung Pisang, Boru Naga, Zainal Story, Toha Reaction, Bang Ray, Cak Lonjong,  Cak Mojib atau Timaji Serumpun. Boring dan bila boring sesangat, jenguk lak Abang Gan, Uncle I love Melaka, Mekanika dan seumpamanya yang memperkata dan reactions pasal kereta.

Kalau hendakkan kelainan, aku sering juga view 'travelog' oleh pelbagai orang seantero dunia. How they view dan beri pandangan akan tempat 'menarik' yang mereka kunjungi. Bila rasa sentimental dengan Melayu, aku rujuk akan Sandal Jepit, yang membuat pengambaran berjalan jalan santai dalam kampung di kepulauan Riau. Sayu sedih bercampur baur melihatkan keadaan semasa terkini akan orang sebangsa di nusantara kita ni. Ni, kalau dah kesiiiiiiaaaaankan sangat, apa kata, kau saja-lah yang datang membantu perekonomian mereka. Apa lah...aku sekadar nak ekspresi perasaan, ini pun kau nak kacau. Relaxs arrghhh.

Entah macammana, sebagai kelainan ditengahhari ini, aku klik pula video pasal grammar bahasa arab di screen besar Sony 49" Android TV. Topik 'Celik Arab' untuk kelas ke 18 tentang 'Masdar'. Aku memang sering ikuti kelas Ustaz Ahmad Syauqi Salleh akan video yang ada dalam koleksi dan turut juga 'langgan' saluran Arab Aula dia.

Seingat aku, setahun sebelum bersara iaitu pada birthday aku, Februari 2023, aku daftar dan mulai 09/02/2023, ikuti kelas Bahasa Arab secara berdepan bersemuka di Kolej Komuniti Tangga Batu. Tamat ikuti serta perolehi sijil penyertaan, aku join kelas online pula. Video pengajarannya aku download dan simpan untuk rujukan dimasa mendatang. Bila aku hendak memahami pelbagai topik, seringlah aku akan view balik video penghasilannya. Ada catatan mengenainya regards alasan menyertainya dan muatnaik ke dalam blog 'Dari Puncak Bukit'.

Samada perkara ini iaitu kerap lupa adalah hal yang 'common' bersifat universal atau cuma aku seorang sahaja yang alaminya. Bilamana sesuatu yang kita pernah lakukan/lafazkan dan perlahan lahan mulai meninggalkan amalan tersebut, samada disengajai mahupun tidak, tendency untuk stuck sering mendatangi diri. Risau lah. Macam kita mulai 'sombong' tak pasal pasal.

Amat penting sebenarnya untuk kita kerap mengulang ulangi terutamanya berkenaan perkara yang baik bermanfaat. Selagi mana kita dibenar diizini OlehNya, seharusnya kita perlu bersyukur berterima kasih, akan keberadaan kat dunia ni.

Trivia tentang sesuatu dan gagal mengingatinya dengan yakin amat memalukan aku sendiri bila dibaca dan dihuraikan oleh Ustaz Syauqi akan satu ayat yang didalamnya ada pattern 'masdar'. Aku gagal respond dengan segera akan 'tasbih' biarpun jelas ada terjemahan ayat ke-130 Surah Taha(20:130). Antara ingat ingat lupa, kelu hendak lafazkan.

Bila di-probe, 'ibu quran' maka pantas saja dijawab Al-Fatehah. Sepantas kilat and in split second. Misal lagi, laungan 'takbeer' kedengaran, langsung spontan beramai sebut, 'Allahu Akhbar'. Tapi bila dinyatakan via ayat ke 130, surah Taha ni akan 'tasbih', aku boleh jadi bebal lak. Bukannya tak tahu, tapi gagal ingati akan kalimah 'Subhanallah(Maha Suci Tuhan) seketika itu. Barulah terkial kial recall balik. Begitu jugalah dengan istilah 'tahmeed' iaitu ucapan pujian kepada Allah by saying 'Alhamdulillah'. Namun kalau disebut pasal 'tahleel', laju jerrr associate-kan dengan berdoa untuk kesejahteraan roh orang yang telah meninggal dunia dan penghujungnya ada 'makan makan'. Kalimah 'La ilaha illa Allah'(Tiada Tuhan melainkan Allah) segera terpacul menyebut.  

Beginilah jadinya bila kita abai dan tidak mahu mengulang ulanginya. Sepatut seharusnya, ianya telah sebati pada diri. Harusnya, automatically, spontan dijawab. 

Kena selalu buat self-check ni. Muhasabah diri bro. Kena buat audit diri akan amalan dan perlakuan diri sendiri akan kekurangan kesilapan yang perlu segera dibaiki before dihisab oleh Allah swt. Kena baca rujuk...muhasabah-diri-sebelum-dihisab-allah

Insya-Allah, moga dipermudahkan Oleh-Nya.

Monday, October 5, 2026

Gonna make you sweat...

05 OCTOBER 2026, 06:08 PM


Gonna make you sweat...


Kus semangat... nyaris aku tidak melanggar 'makhluk' dua beranak yang tetiba melintas. Memang mereka bernasib baik. Aku tidak apply menekan minyak ketikanya aku mendaki bukit memasuki taman aku ini. Segalanya macam dah direncanakan untuk berlaku. Ibu monyet dengan anak-nya yang begayut didada mamanya macam kilat seberangi jalan dalam taman berhampiran port operasi pembuatan 'nasi ayam' peniaga nasi ayam pasar malam. Dah hendak masuk ke 6:30pm, masih lagi dua beranak ni keluar berkeliaran. Mungkin cari sisa makanan disitu agaknya. Berpeloh dibuatnya. Kalau tak, tentu berdosa aku membunuh melanggar dua beranak tanpa sengaja.

                                                                Kasi korang berpeluh...

Awal lepas bersarapan, aku telah dikerah mendapatkan gas memasak buat 'stand-by'. Order musim hendak PRN ni agak bertujai lak masuknya. So, tidak lengah lagilah aku laksanakan 'misi' mendapatkannya. Sering aku ke U-center, kedainya buruk tak tersusun, tapi tetap ada pengunjung datang membeli. Tapi buat kali ini, aku ke kedai orang kita pula. 'Kedai Jimat' milik Shamsuri B. Hj Jaya yang betul betul berdepan dengan masjid Raudhatu Al-Jannah. Sempat berbual bertanya. Kalau call for delivery, harga yang di-charged adalah RM30.00, berbanding RM26.60 andai self service. Terasa renyahnya angkut yang kosong dan tatang yang 'penuh' masuk ke dalam rumah. Diusia yang cenggini, rasanya aku kena buat pilihan. Even tokay kedai auntie Minnie of 'Wellcome Mini Market' dalam taman ni yang masih muda alias laki dia-lah dalam awal 50-an gitu, dah kena 'slip-disc'. Dikhabarkan lama ditahan wad dan aktivitinya makin terhad dan terus tidak lakukan tugasan menghantar 'gas door-to-door' lagi. Wife ada tanya lah kat auntie Minnie ni masa dia singgah kat kedainya, lalu dikhabarkan yang laki dia confined kat rumah berkerusi roda dek penangan 'slip-disc'.


Sesampai dirumah, badan macam dedau bila angkat masuk gas 'penuh berisi'. 16.5kg per tong. Berpeloh dibuatnya. Ditanya lovely, makanan dak 'put'(kependekan gelaran buat kucing Siam yang dinamai 'Putih') tak beli ke. Aku balas nanti lepas Asar baru gerak pergi. Alasan aku, beli gas kat kedai jimat depan masjid.

phobia...bab angkat mengangkat ni


Around 5:00pm, aku mulai memandu santai akan Kanchil 'purple' penuh nostalgia aku ni, menuju ke Family Store di Melaka Mall. Smooth saja pergerakan aku ke sana. Capai apa yang patut aku capai. Tak lengah lagilah, balik ke markas. Lelama kat luar apa bikin. Senior citizen cam aku ni dan sensorang pula, it's much better for me lingering kat rumah. Banyak hal yang bermanfaat boleh aku lakukan. Aktiviti seharian, day in day out, adalah hafali fahami grammar 'quranic arabic' dan bila moods datang, berkaryalah aku di digital journal about somethings yang menarik perhatian seketika itu. Tapi pada petang ni, aku 'have to'. Janji mesti ditunaikan.

                                                    Put...Put..., pasal kau, aku kena pi beli.

Pemanduan ke Melaka Mall, aku secara auto-nya didendangkan dengan lelagu yang aku download ke dalam pendrive. Once aku start engine, android player akan terus sambung main lagu dari folder. Kali ini, tajuk lagunya dengan lagu yang didengari macam tak sama. Di screen tertera...Gonna make you sweat..., tapi lagu yang sering didengari dan tidak asing ni, asyik meratibkan Everybody dance now, sekejap sekejap diulangi akan everybody dance now. Lama tak dengau.


Kita layannn...


Saturday, October 3, 2026

Econsave BB...dikunjungi lagi

Saturday, 03 October 2026 @ 06:11pm

Econsave BB...dikunjungi lagi

Pagi ini, selesai bersarapan di Infasha, bergerak santai sekitar 11:00am ke Econsave. Pasaraya besar tidak se gah Carrefour dan berpindahmilik jadi 'Lotus', mahupun pesaing lainnya iaitu 'Giant' yang kini tinggal nama sahaja dikunjungi oleh kami saban awal bulan. Bertujuan mendapatkan keperluan dapor dan juga bahan membuat kuih, terutamanya kentang untuk pembuatan karipap, dikira tanpa gagal untuk dikunjungi. Pattern diawali bersarapan dan menonong ke sana seolah suatu routine bulanan.

Bagaimanapun buat kali ini, aku cukup bersedia. Ibarat serampang dua mata. Selain dapatkan barang keperluan masakan untuk seminggu dan 'niaga', aku dapatkan juga 'bukti' sahih akan apa yang aku perkata perjelaskan dalam kunjungan terdahulu.

Zoom-in kat kelapa muda

Kat bahagian buah




Artikel 'Banyak yang nak dikabaukan' yang aku uploadkan sebelum ini terserlah kekurangan 'bukti'. Aku banyak memperkatakan ikut pandangan aku. Mungkin bagi 'reader' yang manja dan hendak kena suap sahaja akan 'loss' dan gagal hayati denyut rasa seketika dihadapkan perkara yang aku usulkan. I'm more prepared this time. 

Melapang terlihat...


                                                            Buktinya...bukan cakap kosong.

Kejutan yang aku alami sebulan lalu kini dibuktikan. Aku memang teruja amat dengan something yang lain dari kebiasaan. Adakah hal ini, ketara sangat dan exclusively cuma pada diri, tak perlulah aku perbandingkan dengan orang lain. Sudut pandang dan 'thinking' kita berbeza. Ada perkara yang diperkata oleh kita sungguh sungguh tapi tidak bermakna langsung buat mereka. Begitulah juga dengan kehairanan dan kejanggalan mereka, mungkin tidak diluahkan properly, tidak pula pelik buat aku. So, everybody ada pemahaman dan penakulan terhadap sesuatu hal. Biarkanlah sahaja. Nak kecoh sangat kejadah apa. Tak gitu, bro.

Menghampiri pintu masuk, aku dah keluarkan phone dan posisi untuk ambil 'video' akan digital promotion screen kat entrance. Pengunjung lain yang sesama happen berdekatan, mungkin memandang bersangka aku begitu 'jakun' akan sesuatu yang dah jadi hal normal ni. Let it be. Peduli apa aku. Aku pilih angle yang sesuai agar tiada sesiapa yang 'inter-frame'. Bikin potong 'stim' aje, macam Pak Selamat yang selalu kacau laporan harian pemberitaan pasal 'kehilangan' MH370.

Aku terus merakam moment yang sememangnya mahu aku buktikan pada 'reader' akan hal yang aku perkatakan dalam kunjungan pertengahan September, which was my latest turned up kat Econsave ni. Begitu jugalah akan stainless steel display table yang gantikan totally all the half-steel half wood punya display table. Beroda tentunya. Memudahkan pekerja mereka menolak menarik membersihkan kawasan sekelilingnya. Banyak angle aku rakam. Tak dapat elakkan akan figura tak berkenaan yakni pelanggan yang tekun memilih perishables items ikut penilaian mereka.

Mereka buatlah 'kerja' mereka. Manakala aku melayani tujuan terpenting aku ke sini. Mana yang aku rasa pelik dan lain dari kebiasaan, maka aku akan rakamlah for catatan luahan yang akan datang.

Biarlah aku dengan dunia aku. I'm not bothering others and hopefully others also shouldn't bother of what I'm doing. Selagi mana sesuatu yang boleh membahagiakan diri sendiri, lakukanlah. Dah dipenghujung usia, buat apa berdendam akan perkara yang tidak mungkin mampu merubahnya sendirian. Hujung hujung sendirilah hadapi tekanan dan kalau makin parah, boleh terjangkit 'depression'.

Haru dibuatnya. Dah satu hal pula, anak juga saudara mara bersusah susah hendak membetulkan kita. Daripada elok elok dendiam dan tenang tenang harungi sisa usia, tak pasal pasal menyusahkan orang lain lak.

Errmmm...

Friday, October 2, 2026

Nak makan ketupat lerr...pulak

02 OCTOBER 2026, 14:40

Nak makan ketupat lerr...pulak

Pagi ini, dalam 8:00am, aku sekali lagi harus ke Taman Merak Mas hantarkan tempahan karipap ke rumah Kak Mon. Setiba kat rumahnya, kelihatan SUV Mitsubishi Expander milik anak buah didepan pintu rumah. Segera aku angkut kotak karipap 60pcs plus satu tray 10pcs untuk Kak Mon seraya ucapkan salam. Dijawab oleh budak lelaki sekitar usia awal 30-an yang melepak menunggui karipap pesanannya di kerusi malas dalam covered verandah. Serahkan kepadanya sambil memaklumkan yang duit dah ditransferkan. Ucapkan terimakasih dan berundur bergerak balik. Aku membelok ke kanan keluar dari deretan baris belakang rumah kak mon via jalan 11/3. Tetiba terperasankan Expander SFF XXXX didepan aku queing up di simpang hendak ke Melaka Mall. Cepatnya dia, anak buah yang order karipap tu bergerak kedestinasi tujuan. Mungkin perlu segera sampai.

Sekejapan sahaja aku sudah berada didepan rumah. Semalam dia dah rancang lepas hantar 'pesanan' ke rumah kak mon dan ita solok gaung,  ajak singgah sarapan pula. Selesai dia bersiap, bergeraklah dengan Alza ke Solok Gaung pula. On the way balik, aku berhajat lak hendak pekena ketupat. Bila menyampai kat round about Ayer Molek, segera ke TPI or Taman Pengkalan Indah. Ku katakan, cuba try kedai sarapan Melayu Ujung Pasir kat deretan lot kedai berdekatan ngan Mixue. Dia diam. Tak pasti lak bersetuju mahupun tidak. Aku pulak tak menoleh pasal fokus pada pemanduan. Setibanya didepan kedai yang dimaksudkan tu, shutter belum roll-up lagi. Makna kata depa tak niaga hari ini. Tiada rezeki pekena ketupat lawan rendang daging.

Masih tak berputus asa, cadangan berikutnya adalah ke Padang Temu. Ada warong betul betul tepi jalan. Bersidai bergantongan ketupat daun kelapa memujuk pelanggan singgah membeli. Selalu terperasankan bila berpergian ke Alai melalui jalan ni. Dah terbayangkan dan tahu benar lokasinya dimana. Terus tekan minyak menuju destinasi. Sekali lagi, hajat tidak kesampaian. Even dalam kereta lagi dah aku cadangkan, beli bungkus... balik buat air jerr. Dari kejauhan tak kelihatan. Bila menghampiri, ternyata tak niaga lak pagi jumaat ni. Both senyap seketika. Aku lanjutkan pemanduan konon hendak lajak ke Telok Mas. Namun bila hendak menyampaikan ke Jambatan merentasi sungai Duyong, aku himpit tepi. Berpatah balik ke padang temu. Dalam pada hendak memecut, orang rumah perasan akan gerai tepi jalan terlindong pokok, berjualan sarapan pagi kedapatan ketupat juga. Cecepat maklumkan aku. Spontan aku melihat cermin belakang sebelum membrek, takot ada kereta menunda terlalu rapat dibelakang. Berhentilah lepas beri signal dan reverse hampiri gerai dia. Rezeki tidak salah alamat. Mungkin akulah ditugaskan untuk penyerahan 'rezeki' pada pagi jumaat yang mulia ini.


Rezeki tak salah alamat...katanya

Dah atas meja...jom lerr



Rupanya, ada rezeki aku hendak jamah ketupat pagi jumaat ni. Sesuatu yang tidak tersangkakan. Actually dah 'putus' haraplah untuk bersarapankan ketupat. Don't mind sangat-lah. Banyak lagi menu sarapan pagi yang boleh aku dan lovely singgah minum kat port sarapan yang kerap dikunjungi. Tinggal lagi, hajat hendak ber-ketupat tetiba kuatlah, itu yang melilau mencari.

Kita tidak akan pernah tahu, what will happens next. Segalanya telah diatur. 

Monday, September 28, 2026

Hendak membohongpun...patut patut lerr

Monday, 28 September 2026 @ 16:37pm

Hendak membohongpun...patut patut lerr

Siap aku set-up meja kat bilik, sebaik tibanya aku dari JB, aku pun duduk duduk la di gaming chair buruk aku ni  sambil layan vtt. Paling trending buat aku lerr pasal pembayaran STR ke-4 buat tahun 2026. Diberita, dikhabar dan diviralkan di medsos or socmed akan payment paling awal adalah pada hari ini, iaitu bermula dari 28/09/2026 secara berperingkat. Malah 'kondifen' bagi pemilik akaun tiktok menyenaraikan bank dan masanya dikreditkan ke akaun penerima. Memasing bolehlah semak sendiri selepas itu, unjur mereka.


Pengorbanan seorang ayah


Meja gaming aku, sebagai ayah bertanggungjawab, aku swap dengan meja tulis yang aku beli di Lotus atau Mydin kat Taman Rini dulunya untuk kegunaan aku masa datang ziarah rumah sewa Ucop kat Taman Seri Bahagia, Tampoi. Aku mahu si Yaseer selesa 'belajar' menyambong sem ke-3-nya. Sabtu sampai, aku sendiri yang 'semangat' memasangnya semula serupa dengan apa yang aku lakukan hari ini.


Aku pelik dan amat hairan, kenapalah terlalu mudah orang sekarang ni menyebarkan berita tanpa usul periksa ke media sosial. Kalau benarlah bagai dikhabarkan, tentulah amat gembira buat mereka yang mengharap menantikan 'pembayaran' ini. Bagaimana pula kalau ianya sekadar hendak manipulasi orang yang 'klik' view page mereka. Mungkin bagi mereka yang begitu mengharapkan, dengan lihat page yang berlainan membicarakan hal yang sama, berita yang dibacanya adalah sahih dipercayai benar.


Tanpa rasa bersalah...


Sanggup ya, bebudak sekarang ni, permainkan harapan dan perasaan orang lain yang tiada kaitan saudarapun. Cumanya saudara sesama Islam. Aku rasa tentunya berbakul mereka yang buat 'onah' ni disumpahi. 


Aku pulak yang tak leh 'brain' akan perangai orang sekarang ni. Asal boleh dan asal ada peluang saja nak perdajalkan orang. Ingat ya, kalau sengaja hendak nayakan orang, suatu hari nanti dan tanpa terduga, 'harapan' awak juga akan terima 'karma'.


Please lah. Jadilah warga yang berguna kepada masyarakat.

Sunday, September 27, 2026

Baru benar benar faham

Sunday, 27 September 2026 @ 10:02am

Baru benar benar faham

Awal pagi ini, bila aku kahak-kan lendir yang melekat, berkeping keping darah beku keluar dari mulut. Begitulah, bila aku paksa paksakan batuk dengan kuat, selalunya akan keluarlah kahak bercampur darah beku dari saluran mulut. Makanya, buat seketika ini, aku biarkan sahaja macam tiada masalah akan permasalahan aku ini. Symptoms apakah yang 'menyerang' akan aku tatkala ini. Perlu dapatkan penjelasan dan kepastian dari mereka yang pakar. Appointment aku yang akan datang adalah pada penghujung November nanti. Takutnya belum penghujung bulan 11, penhujung 'hayat' aku pulak yang tiba. Naya ni.


Baru kini aku benar benar mengerti akan makna lebih dalam setelah sendiri alami rasainya. Sebelum ini bila ada orang merintih simpati mengatakan dirinya amat sengsara, kita 'berlakon' seolah bersimpati turut rasainya menunjukkan 'emphaty', sedangkan tidak lagi alaminya sendiri. Malah dalam segala aspeks kehidupan, kita tidak akan tahu apatah lagi mengerti sungguh sungguh selagi belum rasainya sendiri.


Bila diri kekurangan berbanding orang lain, misal contohnya kodong kaki ditakdir kemalangan. Kita yang melaluinya tentulah tidak akan sama perasaan dengan mereka yang melihat secara zahir keadaan kita. Mungkin tanpa diucapkan takut tersinggung, berkomen dalam diri, kesian dia. Kalau didengari pula, takutnya 'sentap' tak tentu pasal. Orang yang terkena musibah dengan yang tidak, sensitifnya berbeza.


Setiap dari kita punyai jalanan hidup yang berbeza. Terpulanglah buat mereka dan aku sendiri untuk akui ataupun tidak. Namun malangnya, samada disedari ataupun tidak, kita sering pula berlumba mahu 'hal' yang sama terjadi pada diri. Tentulah perkara yang seems to be good menguntungkan jadi perhatian. Setiap kita punya ujian hidup yang berbeza. Katalah ditakdirkan terima 'anugerah/rezeki' anak yang sama bilangan misal 5 orang. So tiadanya rasa iri sesama.


Bagaimanapun jalanan hidup masih 'jauh' ke penamatnya. Permulaan yang sama tapi yang membezakan adalah pengakhiran. Yakinkah diri yang kita tidak akan ditimpa petaka/ujian dihari mendatang. Atau asyik bimbang rungsing akan ujian yang bertimpa hadir. Muslihat perencanaan Allah swt adalah diluar pengetahuan kita. Nobody knows. Ramal-lah, tak mungkin sama dengan apa yang kita inginkan. Setiap satu yang kita bakal dapat itu ada 'package'-nya tersendiri.


Sendirilah kena fikirkannya dalam dalam.