07 MAY 2026, 11:54
Ada kejutan lagi...
Hari ini, ya hari inilah, baru aku berkesempatan menukilkan apa yang ingin aku luahkan akan hal yang terjadi ketika sampainya aku ke 'home sweet home' pada petang Selasa. Memang teruja. Malah semalam gak hendak aku lakukan. Tapi sejak paginya semalam membawalah ke tengahhari berada diluar dan selepas zohor pula ke Padang Temu sampailah ke petangnya hari. Jamuan petang hosted by rakan grup sekolah to gather-gather bertanya khabar bersemuka. Jadinya, pagi inilah aku 'curi' sedikit ruang untuk aku laksanakan hajat yang tertangguh.
Ketika sampai dari Johor dalam anggaran ke 6:00 petang selepas makan tengahhari di taman Sri Bahagia, Tampoi, aku terperasankan satu bungkusan diatas round hanger di ampaian. Mananya tak nampak...pagar rumah betul betul rapat dengan ampaian. Maklumlah rumahpun bukan besar mana. Setelah membuka pagar rumah oleh 'lovely' dan menonong membuka pintu sliding masuk ke dalam. Aku pula yang berada didalam kereta, reverselah berpandukan built-in camera masuk kedalam porch area. Ketika hendak rapatkan kembali pagar, terlihatlah aku akan parcel diatas round hanger.
Sekali imbas terlihat, terpacullah, 'Apsal kakak tak angkut masuk sebelum keluar pergi kerja...' Memujuk sendirian, mungkin dia tak perasan. Kalau dah diletakkan sebegitu rupa, pastinya parcel ni bukan berstatus 'COD' tapi dah berbayar. Lihatlah aku alamat pengirimnya, L3-13, Level 3 Digital Centre. Ni mesti pasal gadget phone atau takpun pasal computer, aku mengagak spontan. Kalau bukan kakak mesti si Ucop-lah yang punya. Lalu akupun lihatlah column Recipient Details(Penerima). Zoom in kat nama. Pendek aja. Zaini Ali. Sah untuk aku rupanya. Bila masa pula aku ada buat order. Tatang parcel tu, ringan berbentuk square. Kuboid. Macam kotak extrernal DVD player. Sebelum aku angkat, terus aku snap gambar dikedudukan yang memula aku terperasan.
Terus masuk dan letak kat meja tulis aku. Selesai keluarkan segala khazanah yang diangkut pulang masuk ke dalam rumah yang biasanya bebudaklah yang lakukan. Memandangkan hanya aku berdua sahaja, maka tiada orang lainlah selain aku yang kena keluarkan. Apa lagi, kasi unboxing lah. Benar sangkaan aku. Seingat akulah telah beberapa kali aku minta si Ucop checkkan built-in dvd slot kat Asus computer yang si Yasser tak pakai lagi tu. Selain terperuk tak diguna adalah lebih baik aku manfaatkan. Aku dah ada 2 laptop chromebook tapi window laptop tak ada. Alasan yang diberinya, space dia dah diguna untuk tambah memory untuk laptop tu. So, aku terima dan redha-lah dengan alasan yang diberi. Tak sangka pula aku yang dia senyap senyap dah orderkan satu external dvd.
Pagi Isnin lepas sarapan, aku panggil dia masuk ke bilik aku periksakan HP USB External DVDRW Drive yang macam bermasalah. mungkin dah terlalu lama tidak digunapakai atau memangnya sudah tidak boleh pakai lagi. Sejak seminggu sudah aku mencuba pasang tapi 'not working'. Entah kenapa. Kesempatan meminta dia sendiri check based pada kemahiran dan pengalaman yang dia ada, dia mengesahkan yang circuit bermasalah. Dia memaklumkan yang dia dapatkan yang baru. Memang aku tidak menyangka selang sehari cuma, set baru sudah berada ditangan.
Segeralah aku buka parcel. Ternyata benar sangkaan aku. Ambil gambar dan forward-kan kat Ucop memaklumkan yang aku telah 'selamat' menerimanya. Dia pilih brand 'Asus' sama macam laptop yang asalnya dia beli dahulu buat kegunaan Yusree masa daftar masuk ke UiTM, Pasir Gudang. Tak lengah lagilah segala disc gambar dan video lagu dan mp3 aku cuba running-kan via Asus laptop. Everything 'smooth'. Kemudian aku running kat HP mini desktop lak. Ok. Tiada masalah. Rasa cukup puas hati. Apa yang aku benar benar hajati seolah tertunai. Bukan aku tapi anak pula yang penuhkan hajat aku.
Alhamdulillah.


No comments:
Post a Comment