Showing posts with label Aku dan Lagu. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Lagu. Show all posts

Tuesday, July 14, 2026

Menanti terus menanti

Tue, Jul 14th 2026 @ 12:14pm

Menanti terus menanti

Dah tengahhari khamis. Aku bermalas malas di verandah, upgrade sikit, at porch area. Memang memasing bebas boleh berbuat apa sahaja yang dia mahukan. Biarpun dipandangan orang, mungkin katanya agak weird, namun bagi aku-lah biarkanlah asalkan tidak sampai menyalahi norma norma kehidupan. Salah kah bernostalgia. Aku mengganggu kau orang kah. Tidak kan. Jadi apa isunya. Apa mungkin yang kau orang semua semua ni jealous the way I'm leading my sisa sisa usia.


Entah macammana lagu nyanyian Dell pulak bermain main difikiran. Auto-spontan pula or spontaneously ianya hadir. Aku jarang kumandangkannya. Ironi-nya boleh tetiba hadir. Selalunya aku mainkan 'Aku dalam Hayalan' yang ada selingan bunyi si Dahlan ni sendawa beberapa kali bila sampai kat part chorus. Sering aku tergelak kecil sampai bertanya sendirian, boleh lak sempat bersendawa bagai. Adakah gimik disengajakan atau macammana...khusus pada lagu ni sebagai 'kelainan'. Mungkinkah begitu. Selalu juga aku akan sekalikan mendengar 'Sabda Cinta' which seems macam sequel atau sambungan kisah impian khayalan si mamat.


It's just a habit of me akan associate-kan kisah yang dinyanyikan pada diri, seolah aku-lah yang lalui alaminya. Aku mudah untuk berfantasi berkhayal. Kena bayar kah untuk berkhayal. Gratis lah, percuma gitu. Setting lagu ini adalah ditepian pantai. Malam ke siang juga berkemungkinan. More appropriate adalah disebelah petang. Aku andaikan apa yang dinyanyi dan apa yang pencipta lagu ni ingin sampaikan adalah pengharapan yang tinggi kepada sang kekasihnya akan jadi milik mutlaknya sepanjang hayat.


Keseorangan ditepian pantai lepas tongkatkan RX-Z Fairway Blue kat pantai Klebang. Memandang kearah laut yang tenang dengan mengelunjurkan kaki diatas rumput. Hingar bunyi kenderaan di jalan klebang orang berpergian ke Melaka atau balik ke rumah setelah habis bertugas tidak aku hiraukan sangat. Hati tengah deep fikirkan kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Mampu tidaknya tanggung anak orang. Berkecamuk memikirkan. Dan lagu 'menanti dan menanti' seolah menguatkan semangat dan jadi booster moga pasangan yang diidamkan jadi nyata. Timeline-nya, lepas keluar dari Kolompo, sekitar awal 1991 lepas rasakan yang KL 'keras' buat diri. 

                                                        Konon cari ketenangan la...gitu

Selebihnya, aku ikut plot cerita lagu ini. Dari berangan angan berharapkan agar ianya menjelma didepan mata meleret leret sampailah mengenggam erat bertekad wish yang ianya akan jadi isteri pula. Leka sampai ke nak ke maghrib barulah aku bergerak kembali ke rumah.


Moga menanti dan menanti 'sesuatu', akhirnya akan aku gapai sepenuhnya jadi milik. Apa yang 'hadir' sehingga saat ini adalah ehsan dari Illahi yang mendengar kelohan rintihan diri.


Akan datang tidak ketahuan lagi. Moga kehidupan aku diberkati hinggalah ke penghujung hayat. Ameen.

Monday, June 29, 2026

Dihari persandingan mu

 28 JUNE 2026, 02:22 PM


Dihari persandingan mu


Hari minggu hari ini. Semalam dalam haluan balik ke rumah dari berziarah biras yang mengejut kematiannya menumpang HRV MDV XXXX milik biras dari Durian Tunggal ke Temerloh, lagu yang catchy mendayu dari koleksi 80an, dalam Alza ini menarik perhatian untuk aku ulas. 


Selain aku mengulang memantapkan pemahaman dan kelancaran membaca al-quran by knowing every aspects related to quranic words, biasanya aku take a break seketika dengan lakukan aktiviti lain. Paling aku minati adalah mengulas whatever issue yang hadir menjengah. Entah kenapa lagu dari Abang Mokhtar ini kembali mengembalikan nostalgia tahun tahun 80an. Kerap jugalah aktiviti menulis dan mendengar lagu aku sekalikan. Both aktiviti ini setidak tidaknya pleased-kan diri sendiri which aku tidak jemu. Orang lain mungkin berbeza cara untuk healing healing. Pergi mampuzz...bak kat Diva AA.


Lenggok dangdut meluahkan kesedihan seolah aku pula yang merasa melaluinya episod duka ini. 'Sudah nasib untung badan, kekasih menjadi... milik orang'. Tapi 'gentle' mengharap mendoakan agar kekasihnya itu berbahagia dengan suami, moga hidup sentosa aman damai berumahtangga.

                                                                layankan ajer...

Sebelum sampai ke situasi yang membuatkan insan terluka kecewa ni pastilah adanya 'plot' twist. Akan ada yang play victim tersakiti. Bilamana mahu break off dan tidak mahu blame sesiapa maka sesuatu tindakan kena ambil. Kita tidak tahu apa punca. Sebab musabab menjadi 'teka teki' Tiada siapapun yang mampu menelaah dengan tepat. Adakah hubungan tidak direstui keluarga atau mungkin ada pakwe baru. Siapa khianati siapa sebenarnya. Apahal yang betinanya entah ke gatal jer ajak couple. Desperate sangatkah nak berlaki. Tapi yang jadi mangsa keadaan adalah aku yang bersungguh bersetia mahu bikin kasi jadi. Siottt lah.


Sesuatu yang terjadi biasanya ada punca termulanya. Semua tu terkait. Seharusnya kedua pihak kena akui dengan penuh yakin yang ianya adalah Ketentuan @ Takdir Illahi. Hati kita akan dibolak balik bersebab tentunya. Semuanya adalah perancangan Dari-Nya. Kita sekadar berandaian yang bukan bukan. Kekadang amat jauh tersasar kerana kita ni tidak tahu apa apa. Firasat dan jangkaan amat terbatas sifatnya. Do we all ever know what will happen in the future. Definitely, it's a big 'NO'.


Bukankah telah disimpul dimuktamadkan oleh orang terdahulu dari kita yang mana, 'Jodoh pertemuan, ajal maut' bukannya kita yang tetapkan. Obviously, kita tidak ada kemampuan menentukan. Adakah kita menyedarinya. Ada sesiapa yang berani mahu menafikan. Ada...kalau ada, aku nak tengok orangnya.


Terimalah hakikat ini dengan tenang sabar. Pastinya akan ada jodoh yang sempurna sesuai buat diri. Masanya akan tiba jua. Antara lambat dengan cepat.


C'mon bro., Tak mau sedeh sedeh arrgh.


Saturday, January 17, 2026

Usah terlalu memikirkan...its my worries, my problems

Saturday, 17 January 2026 @ 08:01pm

Usah terlalu memikirkan...its my worries, my problems

Memang, benda ini selalu sangat mengunjungi diri. It's just that, one cant help but to admit it. Lagi kerap fikirkan malah makin selalulah 'depa' duk singgah dalam hati. Normal dan lumrah dalam kehidupan.

Runsing akan hal yang belum tentu jadi tidaknya. Takut gagal tatkala belum mencuba. Ibarat berjalan dalam gelap. Kita tidak tahu akan apakah kemungkinan kemungkinan yang bakal dihadapi. Rasanya semulajadilahkan, bimbang tidak mampu lalui dengan jayanya.

Bercakap guna bibir atas bawah memanglah senang. Tapi masa menghadapi apa jua 'calamity' especially-nya yang luar jangka dan tidak pernah dilihat seumur hidup, bohonglah kalau tiada sedikitpun rasa ragu. Aku tidak terkecuali. Mungkin juga degree-nya lebih tinggi dan kekadang paling tinggi. Lebih terok lagi, ada jugak yang buat tak reti, selamba ajer mukanya. Que sera, sera...what ever will be, will be... . Aku tak mampu perjelaskan 'pendirian' orang sebegini. Biaq pi no... .

Ia-lah, belum diuji memang action-nya pun semacam. But once hadapi realiti, ketika itu Hanya Allah swt sahajalah yang lebih maklum. Kita pula yang melihat dari jauh sekadar tertanya tanya, 'Apa sudah jadi ni...' At any time, kalau Allah berkehendakkan ianya terjadi dan keatas sesiapapun jua, sekelipan mata sahaja atau sesegera mungkin ia-nya akan terjadi.

Hakikatnya segala yang terjadi itu membuktikan yang kita ni, you and me and of course, all of us, adalah insan yang lemah tidak berdaya. Malah kita senantiasa akan diuji. Tak kiralah samada berupa kemewahan 'duniawi' such as gagah sihat serta tampan, punyai harta kemewahan yang banyak atau mungkin juga punyai tanah yang ber-relung relung luasnya. Ataupun didera penuh deritaan sejak kecil sampailah ke usia lanjut tapi masih bertahan hidup, silih berganti bertimpa timpa pulak ujian bencana yang kena hadap. Malah kita pepandai menyimpulkan sebagai dirundung malang. Antara dua situasi yang 'extreme', kita boleh periksa sendiri dimanakah kedudukan kita disaat ini. If dapat limpahan kurniaan, bersyukurlah. Jika senantiasa ditimpa musibah, bersabarlah. Setiap apa yang kita lalui jalani itu punyai 'muslihat' yang jarang benar kita mampu rungkaikan dengan tepat.

So, bila dah tahu kat kedudukan mana kita berada 'sekarang' ini, apakah yang lebih 'urgent' untuk mengkoreksi diri. Yakni proses 'muhasabah diri' termanya dalam bahasa arab gitu. Takkan-lah masih hendak buat bodo ajer. Takkan-lah tiadapun sekelumit perasaan takut gementar hendak berdepan dengan sang pencipta nantinya. Boleh pasti akan hidup selamanya...kau rasa?.


                                        It's my life...kau peduli aperr..

Bak kata Dr Alban pun, It's my life....it's my life... , beria -ia dia laungkan penuh kesombongan. Siap pakai back-up singer tolong ingatkan semua orang, stop bugging me, stop bothering me, stop forcing me and stop yelling me.

Adios @ goodbye..

Tuesday, November 18, 2025

Download lagu AI cover

Monday, 17 November 2025 , 10:09am

Semalam petang macam biasalah 'take a break' lepas mengulang pengukuhan bahasa arab al-quran, aku layan lagu di youtube. Gian mendengar lelagu ini bukanlah baru sekarang tapi sudah lama develope sejak pertengahan 70an. Sepertimana yang aku pernah nyatakan iaitu aku ini seorang yang 'pemalu'. Tidak suka berinteraksi dengan orang. Biarlah aku dengan dunia aku. Selesa bersendirian dibilik kalau tiadanya keperluan untuk keluar kemana mana. 

Bro., hang buat apa memerap dalam bilik tu. Eeehh awak ni, ikut suka akulah. Sejak zaman bersekolah lagi, kecenderungan untuk lepak dirumah sahaja tiada mendatangkan masalah. Aku lebihkan masa untuk diri aku. Bukannya aku tidak berinteraksi dengan orang tapi berpada dan bertempat. Petangnya lepas asar join bebudak kampung bermain bola atau sepak takraw tapi selalunya main badminton. Game bersifat 'individu' memang suited dengan akulah. Keupayaan bermain single berjaya membuktikan yang aku tidak mengharapkan bantuan orang lain. Ertikata lainnya, berdikari tak mahu berharap bergantung apatah lagi ehsan dari orang lain. Ini... aku lah.

Sesuatu yang menjadi kebiasaan atau habit yang saban waktu dibuat akan berlanjutan mungkin sehinggalah di jemput pulang. Masing masing punyai cara untuk 'pleased' diri sendiri. Pedulikan cakap cakap orang. Kita usaha lakukan apa yang kita gemar selagi mana tidak bercanggahan dengan norma masyarakat dan agama. Usaha mencari rezeki kat atas dunia perlu dilaksanakan tapi tidaklah terlalu obsess. Cukup memadai menampung keperluan diri dan keluarga. Tidak berlebihan dalam banyak hal. 

Begitupun hubungan dengan keluarga dan masyarakat setempat berjalan seperti biasa. Orang menegur menyapa, kita jawab. Orang senyum kat kita, kita balas senyuman mereka. Hendak gaduh gaduh buat apa. Lebih lebih lagi usiapun sudah 'above' 60's. Bikin pening dan susahkan hati, apa kejadahnya. Dipenghujung usia hidup perlu tenang tenang. Bermuhasabah diri dan fikir berusaha mendekatkan diri dengan sang penguasa alam semesta ini.

Banyak dari kalangan yang seusia yang ambil mudah. Don't bother at all. Apa agaknya, hidup ini sekadar main-main aje ke. Namun bagi yang bijak dan ketahuan kemana arah tujuan, setelah sekian lama mensia siakan masa yang dilalui, pastinya merasakan masa yang tersisa ini perlu di manfaatkan sebaiknya.

Berbalik kepada kecenderungan aku pada lelagu ini, entah macammana lagu lagu yang dicover oleh AI diuploadkan ke youtube mengamit perhatian. Bagusnya arrangement lagu bantuan AI dirasakan cocok dengan pendengaran aku. Lebih mantap dari versi asal. Apalagi, tanpa berlengah, terus aku downlowd mana mana lagu yang aku sukai. Tidak sampaipun sejam lamanya aku dengari lagu yang ada dan muat-turunkan yang diminati, hasilnya sebanyak 46 lagu telah aku download. Segeralah aku copy ke MP3 Gain untuk setting volume lagu, agar tiada yang terlalu perlahan atau terlalu kuat bunyinya. Selesai semuanya, aku letaknya dalam folder 'AI Cover - Fast Dangdut & Rock'.

List of 46 songs


                                                        Belanja...'Mas Joko'
 
                                                 
                               Already dalam pemanduan ke F/Store
 
                                
Aku kemudiannya transfer ke pendrive untuk halwa pendengaran menemani pemanduan. Orang tua tak sedau diri. Dah tua tua pun masih buat perangai lagi. Bro. relaxs la. Bukannya tak leh move on, it's just something yang dirasakan berbaloi untuk hearing it. For my hearing pleasure-la, salah ker. Bukannya aku terlalu fanatik sampai terabai perkara yang harus aku beri keutamaan. Aku sudah 'pencen' dan sekadar mencari hiburan yang bukannya sampai melekakan. Are you jealous, bro... Come on lah. 

Aku adalah aku. That's it.

Sunday, October 19, 2025

Perkemas dan tingkatkan pemahaman

Perkemas dan tingkatkan pemahaman

19/10/2025 18:35

Hari Ahad, lebih tepat lagi petang Deepavali buat kaum India yang didatangkan 'khas' dari Selatan India oleh pihak British ke Malaya masa itu, tengah getok mempersiapkan menyambut 'Perayaan Cahaya'-nya. Aku tidak perlu sibuk dengan budaya dan keagamaan mereka yang dianuti. Perasan dia orang ini, agamanya itu dapat memandu kehidupan disini dan selepas kematian nantinya. Biarlah mereka yang begitu meyakini 'Kepercayaan' membuat ulangan 'ritual' turun temurun. Ironinya,kita yang 'tuan' tanah ini kena hormat pulak.

Apa yang samanya dengan kita, masyarakat peribumi yang berkurun sudah anuti Islam, adalah persiapan menyambut hari 'keagamaan' memasing. Sesuatu yang dekat menyentuh hati adalah 'kepulangan' anak dari perantauan bertujuan menyambut hari 'mulia' dengan keluarga. Disamping itu, rumah perlu diperelok, dipercantik dan diperkemaskan semungkin yang boleh dan termampu. Makanan yang khusus untuk sambutan ini turut disiapkan untuk dinikmati bersama serta dikongsi dengan tetamu yang datang berziarah. Tidak lupa juga berpakaian serba baru dan terkini lagi dalam memeriahkan suasana.

Pada pandangan aku, perkara yang melingkari perayaan ini tidak dihayati dengan betul. Menganggapkan 'kejayaan kemenangan' berpuasa sebulan Ramadhan ini dengan kegembiraan yang melampau dan keterlaluan sehingga 'leka' akan hal hal yang perlu diutamakan. Sembahyang tiang agama. Bagi yang biasa biasa, selalunya menangguhkan sembahyang hingga ke hujung waktunya. Sedangkan 'konsep' berpuasa itu sendiri tidak dihayati sesempurnanya.

Balik Kampung

Song by Sudirman Arshad

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang

Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang

Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Balik Kampung - Sudirman [Lirik Lagu].mp4

Tetiba aku terperangkap dalam kemeriahan 'Deepavali' ini. Anak yang baru sahaja mendaftar masuk sambung belajar di UiTM, Pasir Gudang pada 27/09/2025, telah menghubungi mama-nya untuk dijemput pulang. Alasan-nya 'universiti' bercuti untuk Deepavali nanti yang jatuhnya pada Isnin, 20/10/2025. Mengigal gigal hendak balik bercuti sebaik habis kelasnya pada Jumaat on 17/10/2025. Tahu sesangat akan siapa yang punyai 'soft' spot button. Orang rumah berjanjilah untuk datang jemput selepas beberapa kali hubungi sejak Isnin(13/10/2025).



                                                        Sudirman - Balik Kampong


Aku jenis tidak suka berbantah tanpa alasan. Lebih lebih lagi, dirinya berada jauh ditempat orang. Bagi memenuhi hasrat untuk pulang  merasai vibes pulang bercuti, aku terpaksa rela bersetuju. Aku sebolehnya tidak mahu hampakan permintaannya.


Layan kan ajer-lah...

Sunday, July 20, 2025

Eddie yang mengembalikan nostagia : Sambungan

 

Eddie yang mengembalikan nostagia : Sambungan

Jul 19, 2025, 12:04 PM

Pada mulanya, aku mati mati, ingatkan lagu ‘Segalanya Sudah Berakhir’ adalah nyanyian Zamree. Terkeliru antara Zamree dengan Eddie ni. Suarapun hampir hampir sama. Malah lelagu yang didendangkan mereka berdua ini juga mirip sama genre, hampir tidak ketara antara kedua penyanyi yang popular pertengahan 80an dahulu.

Begitu yakinnya aku, goggle-lah nama penyanyi Zamree di youtube search. Berderet keluarnya lelagu yang pernah dinyanyi dipopularkan oleh beliau ini. Selain dari lagu yang sinonim dengannya yang top ketika itu adalah ‘Tugu Cinta’. Top the list pencarian lagu dari Zamree. Kemudiannya, ‘Sendiri Kesepian’ dan lain lain lagu nyanyiannya yang tidak berapa biasa mendengarnya. Mana perginya lagu Segalanya Sudah Berakhir. In split second bila video Tugu Cinta atau Sendiri Kesepian dikumandangkan, automatik nama Zamree yang pop-up.


Zamree ... masa muda dulu.



Cuba lagi sekali, goggle, tetap tunjukkan senarai lagu yang hampir sama urutannya. Hampir putus asa aku. Lalu aku key-in ‘Segalanya Telah Berakhir’ pula. Berderet video lagu ini yang muncul. Baru aku tahu, lagu ini adalah nyanyian Eddie Hamid. Boleh tak ingat penyanyi lagu ini. Maklumlah, lelagu di era 80-an hanyalah sekadar untuk pendengaran sahaja. Tidaklah sangat aku bubuh perut. Lagipun sudah puluhan tahun ditinggalkan. 

Sekarang ini dengan bantuan ‘search engine’ yang pelbagai, segala pencarian adalah mudah. Ibarat directory ‘card’ di library. Hendak pastikan dimanakah sesuatu buku yang mahu dicari maka menononglah ke directory membuka mencari setiap pigeon hole akan nama pengarang atau tajuk buku bagi memudahkan pencarian di-shelf menempatkan buku tersebut. Tidak payah pergi jauh jauh dah sekarang ini. Cuma isikan senarai pencarian dan click ‘enter’. Auto pantasnya akan terteralah ‘keputusan’ pencarian. Bukan cuma mengkhusus untuk sesuatu ‘topik’ malah hampir segala perkara boleh dicari di access dengan cepat sekali.

Dalam sibuk mencari lagu yang aku maksudkan, terdapatlah juga ‘video’ yang memaparkan keadaan semasa Zamree Razief. Dari pembacaan artikel yang terkait dengannya, barulah aku tahu yang aku dengan penyanyi ‘popular’ lahir di tahun yang sama iaitu 1964. Sebaya rupanya. Aku tidak berapa pasti penyebabnya sedemikian rupa. Tapi yang jelas bilamana merujuk membandingkan dengan mereka yang sesama terlibat didalam industri hiburan berkongsi ‘pattern’ perjalanan kehidupan yang hampir sama.



                              Perihal Zamree yang baru aku ketahui..



                                            Situasi semasa Abg Zamree kita...

Aku bukanlah seorang pengkritik sosial sehebat ‘Ku Seman Ku Hussin’ atau Faisal Tehrani di era 90-an menyeberang millennium ini atau sebelumnya, Shahnon Ahmad atau A. Samad Said yang lebih awal dari mereka yang sekadar menyebut berapa nama malah ramai lagi. Namun, lagi awal dari mereka semua, di pertengahan membawalah ke penghujung abad ke-18 akan sosok bernama Munsyi Abdullah. Ada yang menyebut Abdullah Munsyi. Apapun ianya merujuk kepada orang yang sama dan tersohor pada zamannya. Sesiapa yang pernah membaca karangan Bro Munsyi ini pastinya akan terpanggil persoalkan apakah benar sepertimana yang diungkapkannya dalam naskah ‘Pelayaran Abdullah’ juga di ‘Hikayat Munsyi Abdullah’ tentang keadaan semasa orang Melayu ketika itu. Begitu juga aku bukanlah orangnya yang mampu mencetus ‘perpaduan ummah’ malah memang tidak layakpun. Aku tiada autoriti hendak kritik apatah lagi mahu mengujudkan masyarakat Melayu yang benar benar menghayati menyebarkan syiar syariat Islam dalam kehidupan.

Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa akan individu yang kurang bernasib baik mengikut ‘perkiraan’ aku sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Sekadar merenungi ‘ketetapan takdir’ yang tertimpa kepada mereka yang menerima ‘ujian’ kehidupan yang pada pandangan peribadi aku adalah agak extreme. Tak orang tak kita. Cuba selami perasaan mereka sekadar termampu.

Bagi mengabadikan 'sumbangan-nya' yang membuatkan aku meng-idola akan dirinya kerana kedua-dua lagunya ini memang 'masuk' menemani diri.


                                        Sendiri Kesepian ler... pulak


                                                    Tugu Cinta


Tetiba rasa bersalah hadir ‘menegur’. Teringat aku akan khutbah jumaat semalam yang memperkatakan persoalan membuka aib seseorang. Apakah mungkin aku salah seorang pelakunya. Bagi memastikan diri tidak bersalahan, aku ulangi membaca teks yang aku download dari FB JAIM yang memaparkan keseluruhan teks khutbah berbentuk PDF. Rasanya seperti tidak, namun mungkin juga aku terlepas pandang dan tanpa disedari menyamai ciri dan tindakan ‘insan’ yang membuka aib seseorang either directly or indirectly. Aku tidak lakukan purposely mahu mengaibkan. Mintak dijauhkanlah.

Reader boleh menyemaknya akan teks khutbah semalam, di-link : Peliharalah Aib Saudaramu.


Dikatakan membuka aib orang adalah sesuatu perbuatan yang sangat tercela dan tentu sahaja boleh merosakkan reputasi serta maruah individu tersebut. Benar, masing masing antara kita ini punyai ‘keaiban’ dan rahsia ‘peribadi’ yang cenderung merujuk kepada kekurangan dan kelemahan diri. Andai sengaja dibongkar mendedahkan rahsia peribadi dan mengungkit kesilapan masa lalu tentulah akan mengakibatkan memalu dan menjatuhkan maruahnya.




Apapun, aku hanya sekadar merenungi menginsafi diri setelah membaca mengetahui ‘hardship’ akan saudara Zamree di situasi sekarang dimana ‘kami’ telah dipenghujung usia. Mungkin lambat menyedarinya dek leka di-uliti persona dunia yang sementara sifatnya. Semua kita pastinya ada membuat kesilapan. Ini perkara lumrah kerana kita adalah hamba yang lemah mengharapkan ‘ikhsan’ dariNYA.

Seriau juga untuk komen berlebihan takut nanti aku tanpa disedari tergelincir tergolong kalangan orang yang membuat fitnah mengaibkan orang lain.

Al-Quran 24:19

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلْفَٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 


English - Sahih International

Indeed, those who like that immorality should be spread [or publicized] among those who have believed will have a painful punishment in this world and the Hereafter. And Allah knows and you do not know.


Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

Get Quran App: gtaf.org/apps/quran
#GreentechApps

Saturday, July 12, 2025

Eddie yang mengembalikan nostalgia

 

Eddie yang mengembalikan nostalgia

Jul 8, 2025, 1:27 PM

Hari ini aku memandu ke Econsave Batu Berendam mendapatkan kentang ‘lagi’ untuk pembuatan karipap. Didalam pemanduan ini aku layankan folder 80an 2, lagu lagu mp3 yang aku pilih untuk pendengaran pemanduan. Dari beratus lagu yang aku parked dalam folder ini, aku programkan ‘random from folder’. Maksudnya lagu lagu yang akan berkumandang nanti tidaklah mengikut urutan @ alphabetical order. Randomly akan tetiba terdengarkan dan tertera tajuk lagu di screen.

Eddie Hamid, penyanyi era 80-an
          

                                                        Segalanya Telah Berakhir...


Terkait dengan lagu yang didengari ini, ‘Segalanya Telah Berakhir’, tetiba imbauan kenangan menghampiri. Teringat lagi semasa baru join Jaya Jusco cawangan Melaka dan sesama pula menjadi perintis kepada outlet Jusco yang pertama diluar Lembah Klang, mulalah mencari ‘member’ yang sekepala. Disebalik kesibukan bertungkus lumus melaksanakan tugas memasing dalam mengejar masa pembukaannya pada 18 October, 1991, sempat lagi berkenalan mendapatkan kawan baru. Tidaklah janggal sangat bila datang ke tempat kerja. Dalam tempoh sebulan dari tarikh pembukaan rasmi, semua pekerja ‘baru’ dilonggokkan dalam satu shift sahaja. Normal shift, ketika itu mulai dari 9:00am sampailah ke 5:00pm. Makanya tentulah sering bertemu dan sedikit demi sedikit memasing menyesuaikan diri sesama pekerja dan premis baru serba modenlah juga masa era 90-an.

Setelah berlangsungnya pembukaan rasmi oleh Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik(1982 - 1994) selaku ketua menteri Melaka, dipecahkan kepada 2 shift. Shift pagi dari 9:30 pagi ke 5:30 petang. Manakala shift petang pula dari 2:30 petang sampailah ke 10:30 malam. Operasi perniagaan open to customer @ business hour adalah dari 10:00 pagi ke 10:00 malam setiap hari. Hebohlah juga dimana warga Melaka mendapat pusat membeli-belah serba moden dan banyak kelainannya dari pasaraya yang sedia ada. Parking luas serta ada parkir di roof-top dan berbangunan sendiri. Kejutan yang orang Melaka lalui serta aku sebagai pekerja tentulah berbangga menjadi sebahagian dari keujudannya adalah pengalaman yang baru bersejarah.

Selang beberapa bulan selepas hari bersejarah ini, suasana tetap meriah dan senantiasa ramai orang kita yang datang merasai sendiri ‘kelainan’ yang terdapat di Jaya Jusco. Ruang yang luas untuk supermarket dengan susun atur yang strategik memukau pengunjung/pelanggan yang datang buat pertama kalinya. Peralatan rumah, sebut sahaja apanya dia, pasti akan ditemui dan koleksi pakaian dari fesyen terkini ketika itu dari hujung kepala sampai ke hujung kaki akan dibantu oleh ‘pembantu jualan’ yang telah dilatih membantu memudahkan pencarian.

Bilamana ‘everything’ sudah settle down, tibalah masanya untuk ambil ‘cuti’ berjadual yang siap telah di-plotkan di monthly roster bagi department memasing. Kata bebudakpun take ‘a long break’. Aku tidak berapa pasti siapa punya cadangan, samada aku atau Dak Halim orang Jasin yang jadi rakan rapatlah andai hendak dikatakan demikian. Apa yang pasti pada pagi hari yang dijanjikan dalam kurang lebih ke 11:00 pagi aku dah parkir RX-Z Fairway Blue kesayangan di kawasan parkir Panggung Cathay. Selang beberapa ketika, muncul-lah Si Halim dengan motor Honda Cup ber-absorber ‘gantung’. Lihat dari appearance motornya itu, rasanya mungkin motor orang tuanya ataupun abangnya. Malaslah hendak tanya bebanyak.

Aku terima plan cuti ‘sehari’ dan temani-nya bersiar-siar sekitar bandar Melaka. Sebenarnya, aku telah dapat rasakan riaknya hendak berhenti kerja dan cuba mencari ‘rezeki’ di tempat lain. Agaknya, dia tidak berapa yakin yang bekerja di bidang peruncitan boleh juga menjamin penghidupan untuk masa ke-depan. Aku berhasrat hendak suntik ‘semangat’ juang kedalam dirinya dan inilah peluang aku melakukan sesuatu. Tiada tujuan tertentu bertemu dibandar ini. Sekadar mahu hiburkan hati, katanya. Lalu aku cadangkan ke bangunan seberang jalan setentang panggung Cathay. Didalamnya ada bowling alley dalam 12 lorong sebaris, kalau hendak main la, atau kita ber-karaoke. Ada beberapa outlet yang menyediakan perkhidmatan ini. Aku lebih cenderung kepada ber-karaoke dari bermain bowling. Dia setuju. Menyeberanglah kami berdua memasuki bangunan yang juga menempatkan hotel diatasnya. 2 floor dari bawah adalah shoplot perniagaan. Hampir tiada yang ‘vacant’ ketika berjalan sambil mengintai-intai menyampaikan ke outlet karaoke.

Aku pula yang set ‘mood’. Aku cadangkan untuk ‘try’ lagu nyanyian Zamree berentak slow kecewa, Sendiri Kesepian. Kemudian beralih ke fast tempo pula, juga lagu dari Zamree lagi, tapi tetap alunkan rasa ‘frust’ kecewa cinta iaitu ‘Tugu Cinta’. Aku boleh layan dan dia juga boleh layan kedua-dua lagu ini yang bernada rendah tak perlu terjerit-jerit. Puas nyanyi beberapa kali, aku ajak dia uji kekuatan vokal nyanyikan lagu Eddie Hamid, ‘Segalanya sudah berakhir’ secara berduet. Nyanyi sorang memang tak mampu nak ikut. Mulanya dia ambil part ‘rendah’, manakala aku try chorus-nya yang bernada tinggi. Kemudian aku suruh dia buat part chorus dan aku ambil intro part yang rendah. Ketawakan sesama sendiri bila tidak berjaya sudahi part bernada tinggi. Sesama back-up bila suara tidak ‘sampai’ hampir mencungap jugalah dibuatnya. Rasanya adalah dalam sejam mengurungkan diri di bilik karaoke itu. Tidak ramai pengunjung kerana hari itu adalah hari bekerja dan bukannya hujung minggu.

Terperanjat aku, dia belanja minum juga selain dari bayar ‘harga’ untuk lagu yang sesama nyanyikan. Air botol dengan gelas berisi ais. Coke antara minuman botol yang top dikalangan remaja. Aku, walaupun remaja ‘lanjut’, boleh layan bebudak yang 4-5 tahun lebih junior dari aku. Sambil berborak kosong lebih kepada soal kerja di Jusco tentang pengalaman hadapi gelagat customer dan perangai sesama staf, aku masuk pasal mahu cari kerja lain. Kata Si Halim ini, seronok bukan tak seronok kerja dengan Jusco, cumanya dia tidak berapa yakin atau lebih kepada suasana kerja yang dirasakan kurang selesa. Maklumlah senantiasa berdepan dengan perangai cerewetnya pelanggan dan sukar hendak berinterasi secara bersopan. Mungkin juga kekangan masa dan rasa terkurung didalam bangunan yang mana aku pernah rasai lebih awal darinya. Ikutkan, aku juga tidaklah suka sangat tapi semasa dan selepas aku ditemuduga, aku bertekad untuk kerja di syarikat Jepun ini selama mungkin. Aku sudah hampir ke angka 30 tapi masih belum ‘settle down’ soal kerjaya. Lainlah dengan Si Halim ni yang baru meninggalkan ‘alam’ persekolahan. Masih fresh tidak tahu kerja apa yang patut dibuatnya. Berbeza dengan aku yang bertahun di Kuala Lumpur mencuba pelbagai kerja tapi kecenderungan lebih kepada ‘customer service’ dalam bidang sales.

Aku cuba naikkan keyakinan dirinya dengan bersetuju akan hasratnya hendak berhenti dengan diri aku, bukti hidup, sebagai contoh. Segala pancaroba yang aku lalui selama ini, aku ikhlas menerangkan kepadanya. Dia tidak berbunyi, cuma mendengar penuh attentive setiap apa yang aku katakan. Ada hal yang aku exaggerate dalam menyedapkan cerita untuk pengetahuan dan contoh yang selayaknya dicontohi. Selesai misi aku membantu memulihkan ‘semangat’-nya, kami menuju mendapatkan ‘kuda’ memasing. 

Aku ucapkan terima kasih atas belanja nyanyi dan minum sebelum memasing menunggang ke destinasi tujuan. Aku rasa puas dapat nasihatkan dirinya agar lebih berkeyakinan dan berjaya dalam lapangan pekerjaan yang dia sendiri pilih nanti. Ingin juga untuk aku mengetahui keberadaan dan situasinya tapi mustahil kerana hilang dari radar aku selang beberapa bulan kemudiannya. Belah macam tu aje.

Harapan aku dan mungkin harapan semua orang juga, semoga dirinya berjaya mengapai akan apa yang selama ini dicari.

Tuesday, January 14, 2025

Makin Lama makin 'sukar'

14 January 2025, Tuesday : 07:15am

Makin lama makin 'sukar'

Aku tidak mampu untuk menafikan tetapi hakikatnya makin banyak yang aku cuba pelajari dirasakan begitu sukar dan payah pula hendak memahaminya dengan pasti. Mungkinkah daya ingatan aku yang kian menurun seusai usia yang makin lanjut.


Begitupun, amat sukar untuk aku memahami segala yang terjadi pada diri. Diminggu awal Rajab dan sekarang ini telah berada di minggu kedua-nya pula, aku berusaha mengandakan pengulangan dan sekian banyak latihtubi yang tersedia untuk di-tackle dengan bersungguh. Memang perit or tough, tapi aku tidak harus mengalah malah akan teruskan sehinggalah 'berjaya' sepenuhnya.

 

Makin bersemangat bilamana aku menonton kembali video clips akan kaedah yang tuntas dalam mengulangkaji serta memahamkan akan apa yang dibaca serta kekal mengingatkannya sehinggalah ke akhir hayat ini.


Kekal istiqamah dan senantiasa fokus, insya-Allah dengan Izinan Darinya jua, mempermudahkan urusan aku ini. Adalah sesuatu yang tidak keterlaluan dan ikuti 'fitrah' yang apa sahaja yang dilakukan secara cincai dan tiada matlamat yang jelas adalah satu 'urusan' yang membuang masa dan sia-sia.


Untuk berjaya tidaklah semudah sekadar mengimpikannya sahaja. I wish I am rich ..., tapi tentu sahaja harus disusuli dengan usaha yang terancang. Begitulah juga keinginan untuk mahir serta fasih menyebut akan bahasa arab, seharusnya memerlukan method yang ampuh lagi berkesan. Disamping itu juga kenalah berusaha keras serta kekal fokus agar apa yang diimpikan itu akan mampu digapai.


Di pagi Selasa ini, aku 'take a break' bagi membolehkan aku meluahkan akan 'sesuatu' yang aku sedia maklum. When the going get tough, seharusnyalah the tough juga kena get going. Hakikatnya bila berada di situasi seperti ini, diri merasa amat lemah seolah tidak terdaya melawan menghadapi rintangan. Situasi yang 'tough' mulai dirasakan menjadi 'rough' pula. Mengalah bukanlah satu pilihan yang  bagus walau ainya mudah  dilakukan, tetapi melawan hadapinya adalah yang terbaik.



                      Billy Ocean - When the going get tough, the tough get going


Harus diingati sepertimana yang diperturunkan oleh nenek moyang kita dalam bab 'berusaha' ini akan pepatah atau boleh juga dikatakan perumpamaan dalam memotivasi diri iaitu, Yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak mungkin akan datang bergolek.


Harapan aku, sebelum menutup mata, agar aku capai sasaran yang telah lama aku tetapkan. Aku bukannya hendak berlumba dengan orang lain. Jauh sekalilah hendak membanding bandingkan dengan sesiapa. Aku cuma mahu mempertingkat serta mencabar diri menjadi seorang yang lebih baik dari 'semalam' yang telah berlalu.


Memanglah masa yang telah berlalu itu tidak mungkin akan kembali. Tapi dimasa kini dan 'detik' ini, seharusnyalah aku mengutip apa yang tertinggal dek kealpaan diri semasa mudanya aku. Menyesal tentu menyelubungi diri tapi janganlah sampai menyalahkan diri keterlaluan. Segala yang telah berlaku sebelum ini bukanlah atas keinginan tapi telah ditakdirkan keatas diri.


Setiap orang akan diuji. Setiap kita perlu menyantuni sesuai dengan 'tahap' serta keadaan yang dihadapi.


Akuilah yang semua kita pastinya akan diuji. Makanya kenalah bertindak dan lakukan dengan sebaik mungkin.

Thursday, July 25, 2024

Sayu pula hati ini

25 JULY 2024, 14:50


Sayu pula hati ini


Dah puas dengar dan sampai sudah naik bosan dibuatnya akan lelagu bergenre 'Funky & Groovy', sebelum bergerak ke KKM Ayer Keroh, aku beralih untuk mendengar lelagu dari genre lain pula. Antara pilihan 60-an dan pop dangdut, aku memilih pilihan kedua. Folder dangdut ni pula aku splitkan mengikut seleksi yang aku buat. A. Ramlie - 70-an Dangdut, A. Ramlie - Rentak Dangdut, Pop Dangdut(Malaysia), Dangdut Indon dan koleksi dangdut ikut artis, D. J. Dave, Ramlah Ram dan Malek Ridzuan dalam simpanan aku. Tidak perlu fikir lama berlengah, terus aku press folder Malek. Hampir menyampai ke-20 lelagu berirama dangdut dari penyanyi ini aku pilih untuk didengari sebagai halwa telinga pemanduan ke KKM.


Masa perjalanan pergi tidaklah terasa sangat tetapi dalam haluan balik dari KKM termula segalanya. Aku mudah sangat tersentap dan cepat perasa orangnya. Cepat sahaja untuk segera merasai kesedihan keresahan hati orang lain. Kekadang tanpa disuruh suruh, aku pula yang terhegeh hegeh menganggapkan yang 'insiden' yang terjadi dikhabarkan orang atau menyaksikannya sendiri terjadi kepada diri. Naturally ianya datang sendiri. Mungkin akibat dari terlebih amat membaca 'genre' autobiography sejak awal 80-an lagi. Mungkin dan amat pasti rasanya yang hal minat membaca buku bercorak kisah peribadi seseorang menjadi faktor utamanya.


Biar tidak berlaku dan tidak pernah dan tidak mungkin berlaku tapi aku kekadang menerawang mengandaikan yang aku akan ditimpa dengan 'musibah' sedemikian. Entahlah bagaimana termulanya. Saja hendak 'layan' perasaan dan membuai rasa kesedihan yang mungkin sahaja boleh terjadi. Tiada yang mustahil untuk terjadi. Tidak pelik kalau itulah yang terjadi. Sememangnya hidup dan kehidupan ini adalah 'suatu' perjudian. 


Ketika berhenti di persimpangan Ayer Keroh - Bukit Beruang atau arah melintangnya Sungai Putat - Kontingen Polis(Ayer Keroh Heights), aku perhatikan seorang penunggang Grab-food dari cermin sisi kiri pandang belakang, bergerak perlahan meleleh seolah melambatkan pergerakan ke persimpangan ketika lampu trafik masih 'merah'. Tergerak pula hati ini tanpa disuruh suruh melihat gelagat dirinya. Terus sahaja aku menyelinap masuk kedalam dirinya seolah akulah orangnya. Diketika yang sama, lagu yang didengari makin mendayu dayu mengiringi suasana yang dilihat.

Cari rezeki - Tanggungjawab

                                                            Henyak...sampai lunyai

Aku bukanlah bermaksud menghina tapi sekadar membuat 'projection' dan associate situasi yang terjadi didepan mata. Benda bukan kena bayarpun. Takkanlah melihat apa yang ada disekeliling merupakan suatu kesalahan. Kalaulah pihak Kerajaan semasa yang memerintah yang di gelar Kerajaan Madanon yang konon claim berteraskan Islam Madani imposed dan luluskan RUU pasal hal ini, maka makin loratlah jadi bahan 'gelak' di social media akhirnya. 


Melihat pada orangnya, rasanya telah bekeluarga. Usiapun kalau ikut firasat aku mungkin dipertengahan 30-an. Seorang lelaki normal dalam usia 30-an, rata ratanya sudah berkahwin. Jarang kedapatan dalam masyarakat kita buat golongan lelaki Melayu tidak berkahwin diusia sebegini. Andai ada, ianya suatu kekecualian atau an exception to the general rule, clause yang senantiasa kedapatan dalam 'law' yang aku pelajari masa zaman bersekolah dahulu di ITM. Aku cuba membayangkan dirinya tengah memikirkan bagaimana hendak 'membahagiakan' keluarga kecilnya yang lambat laun akan berkembang. Tatkala diusia sebegini masih 'strive' demi survival keluarga dengan fikirkan makan minum keluarga, rumah andai bersewa perlu dilunaskan tanpa gagal saban bulan. Keperluan anak yang sedang membesar jika berzuriat perlu diadakan dan harus juga sediakan pelbagai keperluan pembelajaran mereka. 


Kalau tidak tabah dan berani hadapi segala yang mendatang, mungkin mengalah begitu sahaja. Jalan keluarnya bercerai mungkin dirasakan pilihan terbaik. Tapi aku dare to be different. Aku beranggapan dia masih waras dan kental semangat juangnya. Being a gentleman is not a choice but a 'favourable' must. Buktikan kita bukanlah lelaki lemah serta gagal hadapi cabaran hidup. Maruah diri lebih penting dari 'lari' mengalah untuk bertanggungjawab. Aku tidak diajar untuk menjadi seorang yang lemah walaupun bapak aku tidak memberi 'pembelajaran' secara khusus. Aku menilai kesungguhan bapak melalui apa yang dia lakukan. Melihat sendiri kegigihan orang tua membesarkan aku walaupun dia tidak pernah bercakap berdepan akan kesukaran yang ditempuhinya. Tentulah dia ada 'pride' sebagai seorang bapa. Mana mungkin buat mereka yang tabah dan cekal sebagai ketua keluarga memaklum seolah meraih simpati dari anak anak akan kesungguhan ketulusan diri. Respect to be earned and not to be demanded. Mungkin prinsip ini dipertunjukkan secara senyap dan aku turuti serta hayati apa yang bapak pernah buat dahulu. 


Begitu jugalah aku harapkan yang dia yang zahirnya seorang 'food delivery' pada pandangan orang awam seperti aku tidak tersalah sangka. Memang hidup sekarang ini amat perit dan kejam. Usaha yang kita curahkan mungkin berganda lipatnya tetapi hasil yang diperolehi tidak seberapa mengikut penilaian semasa dari sudut 'materialistik' orang lain. Pedulikan cakap cakap orang. Tangan yang mencincang maka biarlah bahu sendiri yang memikul segala yang mendatang. Hidup sekarang ini memang 'keras'. Lingua-franca bebudak sekarang di social media yang digunapakai ini malah aku sendiripun 'suka' mengungkapkannya dalam penulisan aku.


Namun disebabkan aku tengah 'tenggelam' dengan kesayuan lagu lagu dendangan Malek Ridzuan yang didengari teramat amat mendayu ini, aku pepandai sahaja cuba kaitkan lagu 'Maakan Ku Kasih'. Betapa pilunya perasaan bilamana kita yang beria-ia sangat ingin membina keluarga bahagia tapi diwaktu yang sama pasangan pilihan pula berubah hati serta pendirian. Seolah sesuai 'background music' yang keudara ketika itu membawa motor melelau hati yang sedang lara. Aku, bagi akulah memang tidak boleh 'nak brain' andai benar benar terjadi. Remuk hati beb. Memanglah berkemungkinan andai itulah takdir yang tersurat. Siapapun tidak mampu membaca akan apa yang tersirat didalam hati pasangan yang tentunya mendapat restu kedua belah pihak dan yang lebih terpenting sekali si-buah hati pengarang jantung mahu bersetia bersama lelaki pilihan yang didambakan.

                                                Malek Ridzuan - Maafkan Ku Kasih

Bak kat orang, langit tidak senantiasa cerah. Bila datangnya ribut kencang melanda dan tanpa tersangkakan boleh merubah segalanya. Sekelip mata dan sebegitu mudahnya boleh berubah hati. Dalam dunia yang serba mencabar dan boleh dilihat dibuktikan ini akan segalanya dan tidak sangup bersusah berpayahan bersama mengharungi, maka mudah sangat ikatan yang tersimpul rapi boleh terburai begitu sahaja. Mudahnya lafazkan...'apa boleh buat, jodoh aku dengan dia sekadar cukup sampai disini sahaja'. Bukan menuduh, bukan mahu bersangka jahat tapi inilah trend sekarang ini. Berjanji bersetia bagai hendak 'rak'...segala galanya sanggup diharungi bersama. Namun bila sudah mula terasa peritnya kehidupan berterusan beberapa lama dan tiadanya tanda tanda pengakhiran, membuatkan si-dia tidak tahan lagi untuk kekal bersabar. Minta berpisah menjadi pilihan terakhir, jalan keluar yang paling mudah pada sangkaan. Hakikatnya, berpisah bercerai akan lebih merumitkan keadaan. Buktinya banyak kalau mahu dinyatakan. Rasanya tidak berbaloi.


Iri dengan corak kehidupan kengkawan satu sekolah malah sekampongpun sudah cukup untuk dijadikan alasan. Tidak mampu membaca yang corak kehidupan setiap orang adalah berbeza. Memasing perlu ikuti rentak kehidupan berlainan tapi tetap gagal dimengertikan.


Aku mungkin tidak mampu hendak gambarkan lagi keadaan mereka dua atau sekeluarga seterusnya mungkin untuk seminggu, sebulan, setahun dan beberapa tahun kehadapan tapi cukuplah dengan gambaran yang dilagukan oleh Malek Ridzuan ini. Lagu berikut ini memang tidak pernah akan terlintas oleh pasangan yang mahu bercerai tapi rentetan selepas perceraian hampir mirip mengikuti urutan yang diandaikan penulis liriknya.

                                                            Malek Ridzuan - Perpisahan

Nasib orang kita sudah tahu tapi nasib diri masih menjadi tanda tanya tidak berjawaban pasti. Harungi sahajalah. Bukankah hidup ini satu perjudian. Kata seorang brother influencer yang aku suka...'lanyak sampai lunyai'. Tidak kisahlah.

Monday, July 22, 2024

Don't Stop...jangan berhenti

22 JULY 2024, 13:16


Don't stop...jangan berhenti


Aku keluar sedikit lewat ke KKM Ayer Keroh hari ini. Puncanya layan youtube kat tv bertemankan orang rumah sekitar 8:30am. Tiada apa yang hendak dikejar kejar. Kini didalam mode santai gitu. 


Di fyp sejak semalam lagi heboh pasal tersalah cakap. Bilamana minda tidak synchronize dengan apa yang dilafazkan maka beginilah jadinya. Serba tidak kena. Hajat hendak memanipulasi tapi sendiri pula yang terbelit. Inilah akibatnya bila tiada rasa kebertanggungjawaban dalam diri bila menghamburkan sesuatu yang hajatnya hanya mahu memberuntungkan diri tapi hujung hujungnya menjadi cercaan para netizen. Tiada siapa menyangka dan tiada siapapun menduga. Benda bila hendak berlaku, tiada sesiapapun yang mampu menghalanginya.


Leka layankan pelbagai clip video pasal hal titik bengik yang berlaku didalam masyarakat semasa yang menjadi 'viral'. Pasal khilafnya menteri perkatakan bacaan 'qunut nazilah' sebelum rukuk dan celuparnya influencer muda yang baru setahun jagong cuba pertikai orang agamawan dengan tersingkap aib tanpa sengaja dek terkhilaf juga membaca 'qunut nazilah' penuh berkeyakinan. 


                                                Sebelum Rukuk ker...sebelum sujud
                                

                                                            Hah...ambek kau!!!.

Leka sampai terlewat bersarapan dan terlewat jugalah ke KKM. Hampir ke 11:00am baru meletakkan 'buku rawatan' ke kaunter pendaftaran. Belum sempat melabohkan buntut di bench menunggu, aku segera mencari tandas. Sebenarnya sebelum mencari parkir kosong berkeliling disekitar premis KKM, dah rasa hendak memerut. Tapi aku bertahan mencari tandas terdekat dan biarlah aku mendapatkan nombor giliran terlebih dahulu. Namun 'seru' hendak lepaskan hajat makin mendesak. Tanpa berlengah lagilah segeralah aku mencari 'port' yang aku suka. Selesai hajat kembalilah aku ke kaunter pendaftaran semula menunggu nama 'Zaini Bin Ali' diulang sebut. Memang aku sudah agak, ketika melepaskan hajat, petugas kaunter akan memyebut memanggil nama aku untuk urusan selanjutnya. Bila dia nampak kelibat aku berdiri di spot yang sama dan maybe-lah dia sudah familiar dengan muka dan appearance aku maka segeralah dia ulang perdengarkan nama aku via microphone didepannya. Belum sempat aku berkata apa apa, belum sempat hendak buka smartphone sementara menunggu, dia terlebih dahulu berkata, 'en....ke tandas ke tadi.' Aku sekadar mengangguk dan ucapkan terima kasih kat dia yang sabar menunggu.

pasal kekhilafan dan nature's call...jadi lewat lak


Selesai berurusan, aku melangkah santai ke Alza yang aku parkir didalam compound KKM Ayer Keroh ini. Bila kena makan obat didepan petugas KKM Najmi dan sejurus selepas itu bangkit bergerak didalam panas tengahhari yang membahang ke 'jentera' yang menunggu. Lepak seketika layankan lagu 'funky & groovy' sebelum memandu keluar walau kepala terasa pening kesan langsung dari makan obat. Ketika berhenti di persimpangan lampu trafik didepan MBMB, lagu dari folder yang aku compile sejumlah 92 songs yang aku dengari kini mulaikan  'intro...' lagu seterusnya. Susunan lagu yang secara 'auto' being alphabetically arranged beralih ke huruf 'K'. Texts...'K.I.D...Don't Stop' tertera di screen and starts moving from right to left. Keseorangan didalam kenderaan ditengahhari mendengar lagu yang aku download tapi jarang aku dengar membuatkan aku terhanguk hanguk melayankan rythmn lagu bergenre funky yang aku minati masa tahun 80an dahulu.

                                                                K.I.D. ... Don't Stop
                                    

Apa ke bende lagu yang aku dengar nie...kejap kejap...don't stop...kejap kejap...don't stop, selang beberapa ketika... keluar lagi, eeh, don't stop. Adalah sampai 5 kali dia meratib...'don't stop', barulah disebutnya pula...'the music'. Oooo...dia hendak cakap...don't stop the music. Berposak posak mengulang ulang 'don't stop'. Duration lagu nie adalah dalam 6 minit lebih panjangnya. Diulangnya beberapa kali sampai penghujung lagu. Seingat akulah mungkin lagu ini punyai lyrics terpaling pendek. Faham...faham, aku memang faham yang lagu ini memanglah untuk depa 'menari' sakan. Apa nak kecoh bro, aku sekadar perjelaskan apa yang aku mahu perjelaskan. Relaxs okay....kau relaxs...kau relaxs. Jangan hendak tunjuk bagus okay. Ha..ha..ha.


Apapun, memasing bergerak berjalan diatas jalur kehidupan memasing. Mereka dengan penghidupan mereka dan aku dengan karenah aku. Semua ada urusan sendiri sendiri. Rasanya tidak perlu memberatkan benak memikirkan kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku terjadi. Segalanya menuruti sepertimana yang Allah swt telah aturkan. Namun kita telah dingatkan bahawa setiap apa yang terjadi berlaku itu perlu direnungi dengan penuh berhemah buat diri memperbetuli semampunya sehingga ke tahap paling sempurna sebelum diri 'pulang' ke tempat asal nanti.


Tambahan pula junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, memaklumkan yang  'mereka' yang paling baik adalah mereka yang paling memberi 'manfaat' kepada orang lain. Kalau hendak dirungkaikan memang tidak mampu untuk aku ulas sebaik mereka yang lebih 'alim' yakni yang lebih mengetahui. Mungkin, link ini dapat kembangkan minda kita untuk memahaminya lebih jelas. Rujuk dan fahamkan...paling-bermanfaat...antara kita sesama.


Moga bermanfaat hendaknya.




Friday, May 10, 2024

Pendek habis...

 9/5/2024 08:28


Selepas balik dari menghantar Yaseer ke sekolahnya, aku macam biasalah segera meluru ke bilik. Sekitar 7:30 ke 7:45 mengikut keadaan trafik semasa namun tidak terkeluar dari jajaran masa ini akan sampai ke rumah. Mungkin 'semangat' dah mai dan aku perlu santuni dengan penuh tertib berhemah. Sambung akan pemahaman dan ulang tonton video yang berkaitan dengan 'arabic madina' yang aku ikuti sekian lama. Kekadang bila ingin dapatkan kelainan dan variasi, aku semasa kini turut ikuti konsep 'grammar' dan 'sarf' dari pengajar lain secara berselang seli. Additional 'tugasan' yang aku buat ini adalah semata mata mahukan momentum pembelajaran kendiri aku ini mantap berkeyakinan.


Tengah bersemangat dan sedang memulainya, orang rumah pula telah siap menyediakan sarapan. Anak 'Nyah'-nya yang baru pulang dari kerja shif malam perlu disediakan sarapan. Kalau tidak ada apa apa yang hendak dimakannya, monyoknya berhari harilah jadinya. So, without failed, seminggu kerja malam maka akupun terjebak sama. Bersarapan 'terlalu' awal. Kekadang aku 'skip' bila juadah yang disediakan untuk anak Nyah-nya itu tidak menepati selera aku. Waktu yang 'afdal' aku bersarapan adalah sekitar 10:00am. Sekali sekala 'lawa' orang rumah makan diluar. Tidak jauh manapun, cuma dalam 5 minutes distant dari rumah. Port makan yang regular dikunjungi menyediakan 'special' menu ikut 'tekak'.


Gangguan. Melorot sahaja aku keluar dari bilik dengan buku dibiarkan terbuka, cuma video sahaja yang aku 'pause' seketika. Bila dengau aje 'mee goreng mamak' home-cook dihidangkan orang rumah dengan memanggil menyuruh aku keluar dari bilik. Tidak lengah lagilah terus terkam. Antara favourite juadah sarapan pagi aku dan mana boleh dilepaskan. Selesai makan bersegeralah aku menyambung 'tugasan' yang selalu sangat tertangguh.


Tetiba ketika tengah layan video, kepala macam terasa berat sengal. Makin aku picit picit makin menjadi pula. Amat tidak menyelesakan. Melunjurkan kaki dibucu katil berehat. Masih tidak kurang sakitnya. Agakkan aku, mungkin rambut dah makin tebal tidak bergunting. Relaxs santai sahaja menunggui waktu sekitar 11:00 untuk ke kedai 'amoi'. Tukang gunting peribadi aku sejak aku bujang lagi. Pernah juga aku mencuba tempat lain namun aku lebih selesa bila dia yang memberi khidmat gunting rambut aku. Aku dah tetapkan hanya kedai dia sahajalah yang akan aku kunjungi selagi ada hayat.


Rasa berat kepala masih tidak berkurangan. Takut juga aku kalau kalau ada penyakit yang datang menghinggap. Kita lagilah tidak bekerja bergajian. Andai ditimpa penyakit yang 'kronik' pastinya memerlukan kos rawatan yang besar, mungkin lagi cepatlah aku 'melingkop'. Mohon dijauhkan. Duit simpanan bersara kWSP bukan banyak manapun. Buat sara diri keperluan makan pakai dan belanja dapor bolehlah bertahan untuk tempohmasa kurang 10 tahun kalau berdua sahaja. Tak geti geti 'standby' nak balik. Berlama lama atas dunia atau sekejapan adalah atas' ikhsan' dan takdir dariNya. Kita tidak mampu untuk mengetahui kesemuanya tapi rasanya perlu bermuhasabah diri dan renungi penuh keinsafan. Kudrat tenaga makin melemah, pancaindera turut menurun fungsi tugasan dan penyakit mudah mendatangi diri. Input yang dikumpul sepanjang kehidupan ini layak menyedarkan diri untuk ketahui kedudukan semasa 'life cycle' diri. Kalau tidak sedar dah ke penghujung, hanya Allah jualah Yang  Maha Mengetahui.


Bila tiba masa hendak berpergian, aku mengenakan 'proper' pakaian selayaknya sebagai insan yang sudah berusia 60+. Tiadanya hendak stylo stylo lagi. Kata Malek Redzuanpun, 'cukup sampai disini...sayang. Relakan perpisahan ini...Walau berat dihati dan berat perasaan...Tempuh dengan ketabahan...'. Sampai waktu 'time' sembahyang, singgahlah dimasjid yang berdekatan. Takkanlah hal inipun hendak kena ingat selalu. Should be already come naturally dalam diri. Hendak membiasakan at initial stage memang 'perit'. Tapi bila sudah dibiasakan dan kerap 'hadir' tanpa gagal, hendak 'skip' tanpa sebab akan timbul rasa bersalah pula pada diri. Sudah mengetahui tapi seolah ingkar.


Elok sahaja masuk ke kedai gunting rambutnya, tiada seorang pelangganpun. Segeralah aku duduk dikerusi sambil 'amoi' yang sedang beborak santai dengan pembantu tukang gunting bingkas menghampiri. Aku beritahu dia yang kehadiran aku ke kedainya mahukan agar aku digunting pendek sambil maklumkan selalu sangat sakit kepala. Aku agakkan yang rambut aku tebal sangat agar dia faham maksud aku. bagi memudahkan gambaran rambut yang aku inginkan, beritahulah dia supaya mengunting 'macam' orang baru balik haji. Dia diam sahaja tidak berbunyi. Risau gak aku, dia faham atau tidak. Mungkin sikap professional dia untuk laksanakan terlebih dahulu tugasan sebelum akui mutu kemahiran yang dimilikinya.


Balikkan dalam balikkan



Nah kau, tak perlu cukur, melapang...


Tak lamapun untuk selesai berguntingan. Kepala aku bukannya besau sangat. Memang pantas jari jemarinya bertingkahan diantara gunting ditangan kanan dengan sikat ditangan kirinya. Pembantunya pula seorang left-handed, so kedudukan pegangan gunting dengan sikat 'terbalik' tentunya. Dia tanggalkan kain 'pelindung' yang membeliti leher aku dari terlekatnya keratan rambut pada pakaian aku. Kemudian mengambil sponge kuning bersegi empat tepat serupa bongkah 'jongkong' emas mengesat cebisan rambut yang melekap pada leher dan sekitar muka, kot kot masih ada lagilah. Bangkit bangunlah aku melihat ke cermin besar dihadapan sambil muka aku alihkan kekanan dan kekiri. Dia tercegat berdiri menantikan sesuatu, mungkin 'komen' hasil kerja yang disiapkan ikut penerangan aku tadi. 


Aku beritahunya, it's quite okay dan seolah beri 'order' kat dia, supaya gunting seperti 'ini' bila aku datang berguntingan lagi dikedai dia. Dia senyum sambil anggukkan kepala seraya aku hulurkan RM10 sebagai 'harga' gunting semasa sekarang ini. Aku suka cara dia. Tidak banyak karenah tapi cekap dengan kerja yang dilakukan. Mungkin dia sudah tetapkan yang 'kerjaya' yang dia sudah mahir bertahun lamanya ini serta tidak putus putusnya pelanggan yang datang berguntingan membawa 'pendapatan' tanpa perlu bayar pengiklanan, mana mungkin hendak berhenti sekerat jalan. Seingat akulah dia sudah kerap sangat keluar negara melancung. Berbaloi kepada mereka yang cekal berusaha dan menjaga 'kualiti' perkhidmatan. Syabas aku ucapkan.



                                  Phil Collins - Do You Remember


Sementara menunggui lampu traffik yang agak lama di persimpangan Duyong-Bukit Katil, aku memotret diri didalam kereta. Teringatkan peristiwa zaman bersekolah dengan hebatnya trend musik era 'Grammy Award' menjadi ikutan remaja ketika itu. sanggup aku mencukur rambut didahi kiri dan kanan semata mata hendak resemblance dengan Phils Collins. Top dia masa itu dan aku adalah yang agak fanatik kat dia. Memang betul ramai lagi artis seangkatannya yang aku suka tapi disebabkan hal ini cuma dialah yang 'top' the list. Orang lain peduli apa aku. Ini pilihan aku. Ketawa sendirian aku didalam kereta. Cakap dengan bebudak sekarangpun bukannya mereka mengerti apapun. Tiada feel langsung mungkin kerana diri tidak pernah berada dizaman 'gemilang' itu. Sekadar mendengar bolehlah. tidak akan sikitpun teruja macammana beria-ia kita bercerita. Only those yang sesama hadir pada zaman tersebut yang mengerti merasai menjiwai apa yang kita katakan padanya. For sure, berbaloi berborak dengan mereka yang seangkatan.


Memandangkan mamat ini amat aku minati, aku 'hadiah' kan satu lagi lagu diruangan coretan aku ini. Sekadar abadikan kenangan.



                                  Phil Collin - I wish it would rain down


Namun sekarang ini, hanyalah menjadi kenang kenangan semata. Akan kekal dalam lipatan sejarah perjalanan kehidupan ku. Selingkar kenangan 'manis' yang akan aku ingati sesegar seolah baru sahaja berlalu.


Saturday, March 9, 2024

Tiada jalan kembali

Setiap kali aku mendengari lagu ini diradio dahulunya ketika dizaman bebudak, aku akan segera berkata...apa ke bende la lagu ni. Spontan terkeluar luahan menafikan. Sering sangat diketika itu juga dan kerap jugalah diucapkan oleh ustaz ketika mendengar ceramah di masjid Alai dan ketikanya juga dialam persekolahan akan guru guru kekadang menyebut, 'sesat dihujung jalan, baliklah kepangkal jalan. Dimasa zaman bebudak dahulu memanglah tidak lekat statik. Kejap kesana kejap kesini bergaul dengan rakan sekampong bila hari cuti sekolah especially-nya masa hujung minggu. Bermain berborak sesama just to parsing time sebelum maghrib menjelang. 


                                             Betul ke....'Tiada Jalan Kembali'..., I'm in doubt.


Radio dizaman awal 70-an adalah medium hiburan utama. Lagu lagu yang akan dimainkan, tapi lebih kerap diucapkan oleh para DJ sebagai 'diputarkan', amat dinanti nantikan pendengar. Akulah orang itu bilamana tiada apa hendak dibuatkan atau adanya kekangan untuk keluar rumah misalnya hujan. Ketika itu akan melekap mendengar celotehan mereka. Santai santai mendengar and that's it. Setakat itu sahajalah. Tiadanya hendak feeling feeling layan lagu yang dikumandangkan. Namun dengan peredaran masa dan suasana, aku mulai kritis akan apa sahaja seiringan dengan peningkatan usia. 


Minat kepada mendengar serta menghayati lagu makin bercambah bilamana aku menjadikan ianya suatu obligasi untuk hadir menempel ketempat orang memasang memainkan lagu dari 'rekod atau piring hitam' dimajlis orang kahwin dikampong. Sengaja duduk dan cuba berbual mesra dengan pengendalinya yang kebiasaannya adalah tuanpunya rekod yang cari makan menyewakan perkhidmatan 'meriuhkan' majlis perkahwinan. Bila sudah kerap hadir dan pengendalinya sudah mulai comfortable dengan aku, aku akan membuat request lagu yang ingin aku dengari dan minati at that time. Jaranglah permintaan aku ditolak lebih lebih lagilah lagu itu dah ada dimeja didepan mata. Priviledge ini jarang boleh diperolehi kepada yang saja saja walk-in meminta favourite song diputarkan. Mungkin kalau bertegas dan yang me-request itu adalah kerabat tuan rumah, pengendali rekod dalam terpaksa perlu patuh. Tapi situasi ini jarang berlaku. Hanyalah mereka yang betul betul 'fanatik' dengan lagu akan sekerapnya berdamping dengan operator atau pengendali public-entertainment ini


Sambil santai santai hari ini, akupun lebih attentive-lah mendengarnya. Mendayu melodinya dengan kemasukan gitar orang india...sitta nama-nya dan bergabung dengan tabla dan percussion moden lainnya. Lenggok slow dangdut pop bersesuaian dengan lirik lagu seolah merajuk. Arrrgh, lelaki merajuk. Ya, si J. Mizan kena dendangkan ikut arahan pencipta melodi/lirik dan tentunya mendapat approval dari penerbit albumnya ini. Dari komen yang aku baca di you-tube oleh mereka yang sezaman meletopnya lagu 'Tiada Jalan Kembali' diketahuilah yang lagu ini menjadi siulan dan kegemaran adalah sekitar 1975. Tahun ini aku di darjah 5. Masih mentah untuk ketahui persoalan cintan cintun. Memang tidak terasa apa apa significant-nya lagu ini ketika sedang hadapi 'ujian' besar bersekolah iaitu Peperiksaan Penilaian Darjah 5.


Aku tak hendaklah hendak perkatakan hubungan antara kekasih. Tapi aku lebih kepada 'keadilan' dalam bercinta. Mana ada aturan yang perlu both side patuhi. Saling khianat mengkhianati adalah. Malah kebanyakan lagu 'putus' cinta ini dek kerana tiadanya kesetiaan. Namun dalam hal 'break-off' ini, pihak lelakinya tidak rugi apa apapun. Bodohnya adalah kepada sebelah perempuan. Apa sudah desperate sangatkah hendak berlaki. Kuasa memilih adalah ditangan lelaki. Manakala yang perempuan pula cuma berhak untuk menerima ataupun tidak.  Kalau tidak sudi, yang lelakinya tidak rugi apa. He can pick another girl, for sure. 


Dalam lagu yang aku dengari ini, option yang dipilihnya tiadapun salah. Dia bebas membuat decision. Biasanya yang perempuanlah yang berharap sangat yang dirinya bakal terpilih menjadi suri hidupnya. Selalunya hal ini tidak akan terjadi secara tidak sengaja. Si lelaki akan membuat beberapa ujian keserasian dalam menguji kesetiaan bakal pasangan hidup. Perempuan tidak boleh sewenang wenangnya hendak 'test' lelaki. Pantanglah pada lelaki andai diketahuinya gadis yang diidamkan digoda oleh kumbang lain dan apatah lagi terjebak mengikut. Once hal diketahui, percayalah, immediately kena reject-lah. Perempuan at the losing-end. Ini hakikat yang sukar disangkal. 


Pengalamanlah yang mendewasakan seseorang. Percintaan kali pertamanya putus ditengah jalan tapi pandai penulis lirik ini tidak diberitahunya kita akan angkara siapa. Namun melalui filter 'sekatan penilaian' based on beberapa kriteria pemilihan yang dia sendiri tetapkan, akhirnya dia telah membuat keputusan dan isytiharkan yang dirinya sudah 'berpunya'. Harap harap jodohnya berkekalan sepanjang hayat. This is baru 'real' gentleman bukannya 'gentelman'. Perkahwinan is no-nonsense business.


Malangnya siperempuan yang gagal menerima realiti kehidupan ini. Mereka adalah amat 'fragile'. Silap sikit bermakna meranalah sepanjang hidup. Itulah bila membelakangkan orang tua dalam hal memilih jodoh. Konon kata, kolotlah suruh orang tua jodohkan. Orang sekarang lebih percaya cari sendiri jodoh. Kriteria pemilihan tidak conform kepada ajaran agama. Boleh main pandai pandai sendiri. Fikir yang terlihat cuma, asal handsome saja sudah terkujat. Never realised that perkongsian dalam perkahwinan memerlukan komitmen yang bukan kepalang banyak dan ragamnya. Boleh ke gitu.


Rasakan...mendapatlah. Menyesal tidak sudah.