Saturday, July 4, 2026

Mungkinkah terjadi

04 July, Saturday @ 5:08pm

Mungkinkah terjadi

Pada setiap satu haribulan, perkara pertama yang kena aku laksanakan adalah melunasi ansuran bulanan TBK650 @ RM399.00. Andai terlewat, tambah lagi at least RM5.00 as a penalty charged. Jadinya dalam persoalan ini senantiasa perlu be 'on-time'. Awal awal dahulu harus ke bank tapi selari dengan perubahan masa dan kecanggihan teknologi, tak perlu lagi keluar rumah. Lakukan perbankan dalam talian or online banking. Dah bertahun transaksi sedemikian aku buat. Mudah dan pantas. Tak perlu lagi ke bandar cari cawangan banknya yang terdekat. Apa yang paling penting mestilah ada 'balance' dalam account.


Selesai makan tengahhari sekitar 3:00pm pada Rabu bersamaan 01/07, segeralah aku membuat pembayaran. Tak sanggup bertangguh didendai sebanyak RM5.00 tu. Everything is within reach. Why need to delay somemore. Tentunya tidak munasabah bertangguh.


Selesai membuat transaksi, 'successful' note being notified, tak sampai seminitpun dari pihak bank via MAE apps. Aku pun tak lengah lagi merebahkan badan dikatil berehat menanti waktu Asar pula. Tapi bila memikirkan yang balance masih agak besar lagi buat seorang pesara 'swasta' yang fully bergantung dengan baki simpanan yang tersisa membuatkan aku payah lak hendak lelapkan mata. Namun aku paksakan diri untuk lelap seketika biarpun aku sedia maklum, masalah tidak akan selesai bila terjaga nanti. Tetap kena hadap.


Bila aku keluar dari bilik dalam setengah jam berikutnya beberapa minit sebelum asar, aku melabuhkan bontot di kerusi antique jati. Intai youtube yang tengah ditonton orang rumah. Segeralah dia memaklumkan yang Usop akan bantu bayar. Pantasnya berita baik ni didengar. Mungkin agaknya masa tengah makan tadi dia dengar fahamkan luahan aku akan kakak yang lekit benar hendak sambung bayar akan ansuran rumah. Dah diberi ruang tawaran untuk ringankan beban dan cuma buat ansuran selama kurang dari 5 tahun saja dan bakal aku wariskan tapi dianggap sepi sahaja. Tidak mahu pula diberikan sebab kenapa. Offer ni dah lama aku beritahu malah sebelum dia berkahwin lagi. Tak berpandang jauh pula. Menolak tuah.


Memanglah setiap 'perjanjian' ada terms and conditions yang kena turuti. Menurut aku, proposition yang aku kenakan itu tidaklah membebankan. Malah menguntungkan kepadanya jua. Susah aku nak 'brain'. Jadinya andai ada yang lain sanggup memikul mengalas, maka tawaran akan revoked terbatal dengan sendirinya.


Tak tahulah macammana dan bagaimana lovely boleh yakinkan 'anak nyah'-nya. Caranya lebih effective dari cara aku pengaruhi keputusan. Mungkin dia banyak bermain dengan 'emosi' didorong rasa kasihan. Cara aku pula lebih kepada 'if' iaitu buat pilihan 'A' atau 'B'. Bila buat ini maka akan dapat begini. Tapi tolak yang ditawarkan maka pemilikan akan bergantung kepada keadaan.


Mendengarkan perkhabaran ini membuatkan aku sedikit ceria. Biarpun probabiliti jadi atau tidaknya adalah sukar untuk aku pastikan sangat. I'm not giving serious thought about it tapi aku tidak pula anggapkan ianya perkara ringan temeh juga.


Bagi aku, kalau benar sanggup, tentulah aku lega dengan berita ini. Sekurang kurangnya tidaklah aku terlalu memendam rasa berpanjangan dan memikirkan keterlaluan.


Semoga harapan impian aku menjadi nyata.