Monday, November 2, 2026

The Siblings...putu piring

Monday, 02 Noember 2026 @ 02:45pm

The Siblings...putu piring

Bersarapan lagi pagi ni di Infasha Bukit Katil. Port sarapan 'wajib' andai pepagi keluar untuk ke Econsave Batu Berendam dapatkan barangan pembuatan karipap atau ke Mydin MITC untuk keperluan rumah setiap awal bulan.


As usual as always, menu sarapan kami, roti canai dan teh tarik for me and for lovely berupa roti telur bawang dan nescafe tarik. Kekadang saja, aku cuba roti telur bawang. Tanpa 2 roti telur bawang, receipt pembayaran adalah dalam RM8.60 jer. Ya, simple breakfast for couple tua macam kami. If, both ambil roti telur bawang plus air yang kekal sama, harganya akan jadi RM11.60. Kali ni lak, aku kekal dengan teh tarik dan dia pilih teh 'O' pula. Total paid by me, RM10.20 saja.


Dalam menanti menunggu sampainya sarapan, memasing layan vtt di phone memasing. Aku lebih ke online shopping platfom, intai produk yang related dengan buku dan aktiviti penulisan aku. Sedangkan lovely lebih kepada video yang sedang trending. Tetiba, dia tunjukkan video yang singgah di fyp-nya akan penjual putu piring kat Taman Pengkalan Indah. Kat mana ni, katanya kat bukit katil. Aku segera perjelaskan yang ianya kat stesen pencawang elektrik area Pengkalan Minyak, kat TPI. Taman baru buka yang ada Family Store occupied 10 pintu kedai sederet. Ooohhh, dia respond macam tahu kat mana ianya situated. Jelaslah yang dia 'purak purak' tahu tapi hakikatnya masih kabur akan exact place lokasi kiosk 'kedai payung ni'. Nak kena cuba ni.


Menjadi macam satu kemestian pula bilamana ada 'port' makan yang viral dan dalam lingkungan jarak dan harga maka segeralah mencadang untuk datang mencuba. Dahulu aku yang kerap ajak untuk pi cuba. Kedai Mak Rentan kat Padang Temu yang dipromokan kat Tiktok. Juga Rumah Makan Melaka dengan tagline, Syurga Makanan Kampong dan Dak Lin Celop Tepung kat Pantai Siring, so to speak, antara contoh kedai sarapan/makan tengahari. Tapi sejak akhir akhir ni, dia pula yang 'galak' mencadang untuk try cuba test.


Selesai berurusan kat Mydin MITC tu, aku memandu santai santai ke Taman Pengkalan Indah. Budak sekolah masih kena kurong lagi. Melintas depan SMK Bukit Katil, km9 jalan tun kudu, tiada 'jammed', makin singkat lah masa untuk sampai ke destinasi tujuan. No need 'WAZE' dan tak jugak perlu pun download apps Tuju yang dicadangkan oleh Bang Non untuk sampai. Aku... budak Melaka lerr.


Masa parkir dibahu jalan berdepan cuma beberapa langkah ke gerainya, aku hulorkan phone aku untuk dirakamkan gambar aku tengah beraksi membeli. Ingatkan dia sekadar snap sahaja sepertimana yang aku arahkan malah siap buat 'video' juga. Okay lah.

Cam orang have have...bersilang tangan 


                                                                Ada yang viral-kan lak

Selesai memunggah barang dapor dari Alza dan mulai lakukan tugas hakiki tengahhari, memasak lerr, dia cuba try test akan putu piring yang diperkatakan. Rating nya super tinggi. Lembut, tebal dan terasa gulanya. Kira dan senang cakap...perfect memuaskan. Sambil tu maklumkan kat aku yang tengah intai youtube kat Sony android TV, harap harapnya dia kekalkan kualiti. Risau amat lovely, takut takut bila dah 'top', ada lak yang slack tentang kesedapan berkurangan.

                                                        Putu Piring Siblings i-molek

Hal kualiti dan citarasa pembeli memang perlu diberi keutamaan. Jika buat sambil lewa, reputasi niaga yang baru hendak bertapak berkembang akan makin sukar untuk bertahan lama. Memang dah jadi 'pattern' peniaga, bilamana demand dah banyak dan berpotensi maju, mula lah datang 'jahat' niaga. Mana yang boleh dikurang, akan dikurangilah. Konon nakkan untong lagi 'besar' dalam masa singkat. Etika niaga kalau cenggini lah, memanglah padah akhirnya.


Aku bukanlah hendak nakut nakutkan mereka yang terlibat dalam niagaan mereka. Sebenarnya, tak ke manapun. Untuk berjaya dalam bisnes makan ni terpaling penting adalah 'repeat' buying dari pelanggan. Sudahlah harga per transaksi tak seberapa, RM5 for 5 keping, dan kalaulah 'volume' per hari tak boleh breakeven kos pembuatan maka penatlah niaga tak 'untong'.


Aku berharap agar business adik beradik ni resilience dan berkembang maju. Sokongan dari orang sebangsa bukanlah bersifat 'perkauman' tapi demi memperkasakan ekonomi orang kita sendiri. Biar sama sama berjaya. Biar ekonomi berlegar dan kukuh dikalangan kita.


Setidak tidaknya adalah orang kita yang senang kehidupan di tanahair tercinta ini. Bagi aku, tahulah caranya untuk aku survive dalam sisa usia yang tersisa ini.


Wish all...good of luck.