Tuesday, October 6, 2026

Sering nau lupanya

Tuesday, 06 Oct 2026 @ 05:17pm

Sering nau lupanya

Sekitar menunggui lovely siapkan juadah untuk makan tengahhari, intailah as usual akan youtube video of all topics yang diuploadkan oleh para influencer dan content creator dalam pelbagai bidang. Tak adanya being selective. Mana yang tergerak nak nengok atau tertarik dengan tajuk yang dipaparkan, terus saja aku intai tengok. Hendak lihat isu semasa pasal politik dan hal negara, boleh klik video Demi Negara, PapaBerry, Papagomo aka Sir Azri, Isu Semasa by Isham Jalil amongst yang selalu aku follow. Kalau hal banding membanding antara Malaysia dan Indonesia, keraplah check video Sari Ting Ting, Elsa Widianti Putri, Jantung Pisang, Boru Naga, Zainal Story, Toha Reaction, Bang Ray, Cak Lonjong,  Cak Mojib atau Timaji Serumpun. Boring dan bila boring sesangat, jenguk lak Abang Gan, Uncle I love Melaka, Mekanika dan seumpamanya yang memperkata dan reactions pasal kereta.

Kalau hendakkan kelainan, aku sering juga view 'travelog' oleh pelbagai orang seantero dunia. How they view dan beri pandangan akan tempat 'menarik' yang mereka kunjungi. Bila rasa sentimental dengan Melayu, aku rujuk akan Sandal Jepit, yang membuat pengambaran berjalan jalan santai dalam kampung di kepulauan Riau. Sayu sedih bercampur baur melihatkan keadaan semasa terkini akan orang sebangsa di nusantara kita ni. Ni, kalau dah kesiiiiiiaaaaankan sangat, apa kata, kau saja-lah yang datang membantu perekonomian mereka. Apa lah...aku sekadar nak ekspresi perasaan, ini pun kau nak kacau. Relaxs arrghhh.

Entah macammana, sebagai kelainan ditengahhari ini, aku klik pula video pasal grammar bahasa arab di screen besar Sony 49" Android TV. Topik 'Celik Arab' untuk kelas ke 18 tentang 'Masdar'. Aku memang sering ikuti kelas Ustaz Ahmad Syauqi Salleh akan video yang ada dalam koleksi dan turut juga 'langgan' saluran Arab Aula dia.

Seingat aku, setahun sebelum bersara iaitu pada birthday aku, Februari 2023, aku daftar dan mulai 09/02/2023, ikuti kelas Bahasa Arab secara berdepan bersemuka di Kolej Komuniti Tangga Batu. Tamat ikuti serta perolehi sijil penyertaan, aku join kelas online pula. Video pengajarannya aku download dan simpan untuk rujukan dimasa mendatang. Bila aku hendak memahami pelbagai topik, seringlah aku akan view balik video penghasilannya. Ada catatan mengenainya regards alasan menyertainya dan muatnaik ke dalam blog 'Dari Puncak Bukit'.

Samada perkara ini iaitu kerap lupa adalah hal yang 'common' bersifat universal atau cuma aku seorang sahaja yang alaminya. Bilamana sesuatu yang kita pernah lakukan/lafazkan dan perlahan lahan mulai meninggalkan amalan tersebut, samada disengajai mahupun tidak, tendency untuk stuck sering mendatangi diri. Risau lah. Macam kita mulai 'sombong' tak pasal pasal.

Amat penting sebenarnya untuk kita kerap mengulang ulangi terutamanya berkenaan perkara yang baik bermanfaat. Selagi mana kita dibenar diizini OlehNya, seharusnya kita perlu bersyukur berterima kasih, akan keberadaan kat dunia ni.

Trivia tentang sesuatu dan gagal mengingatinya dengan yakin amat memalukan aku sendiri bila dibaca dan dihuraikan oleh Ustaz Syauqi akan satu ayat yang didalamnya ada pattern 'masdar'. Aku gagal respond dengan segera akan 'tasbih' biarpun jelas ada terjemahan ayat ke-130 Surah Taha(20:130). Antara ingat ingat lupa, kelu hendak lafazkan.

Bila di-probe, 'ibu quran' maka pantas saja dijawab Al-Fatehah. Sepantas kilat and in split second. Misal lagi, laungan 'takbeer' kedengaran, langsung spontan beramai sebut, 'Allahu Akhbar'. Tapi bila dinyatakan via ayat ke 130, surah Taha ni akan 'tasbih', aku boleh jadi bebal lak. Bukannya tak tahu, tapi gagal ingati akan kalimah 'Subhanallah(Maha Suci Tuhan) seketika itu. Barulah terkial kial recall balik. Begitu jugalah dengan istilah 'tahmeed' iaitu ucapan pujian kepada Allah by saying 'Alhamdulillah'. Namun kalau disebut pasal 'tahleel', laju jerrr associate-kan dengan berdoa untuk kesejahteraan roh orang yang telah meninggal dunia dan penghujungnya ada 'makan makan'. Kalimah 'La ilaha illa Allah'(Tiada Tuhan melainkan Allah) segera terpacul menyebut.  

Beginilah jadinya bila kita abai dan tidak mahu mengulang ulanginya. Sepatut seharusnya, ianya telah sebati pada diri. Harusnya, automatically, spontan dijawab. 

Kena selalu buat self-check ni. Muhasabah diri bro. Kena buat audit diri akan amalan dan perlakuan diri sendiri akan kekurangan kesilapan yang perlu segera dibaiki before dihisab oleh Allah swt. Kena baca rujuk...muhasabah-diri-sebelum-dihisab-allah

Insya-Allah, moga dipermudahkan Oleh-Nya.

Monday, October 5, 2026

Gonna make you sweat...

05 OCTOBER 2026, 06:08 PM


Gonna make you sweat...


Kus semangat... nyaris aku tidak melanggar 'makhluk' dua beranak yang tetiba melintas. Memang mereka bernasib baik. Aku tidak apply menekan minyak ketikanya aku mendaki bukit memasuki taman aku ini. Segalanya macam dah direncanakan untuk berlaku. Ibu monyet dengan anak-nya yang begayut didada mamanya macam kilat seberangi jalan dalam taman berhampiran port operasi pembuatan 'nasi ayam' peniaga nasi ayam pasar malam. Dah hendak masuk ke 6:30pm, masih lagi dua beranak ni keluar berkeliaran. Mungkin cari sisa makanan disitu agaknya. Berpeloh dibuatnya. Kalau tak, tentu berdosa aku membunuh melanggar dua beranak tanpa sengaja.

                                                                Kasi korang berpeluh...

Awal lepas bersarapan, aku telah dikerah mendapatkan gas memasak buat 'stand-by'. Order musim hendak PRN ni agak bertujai lak masuknya. So, tidak lengah lagilah aku laksanakan 'misi' mendapatkannya. Sering aku ke U-center, kedainya buruk tak tersusun, tapi tetap ada pengunjung datang membeli. Tapi buat kali ini, aku ke kedai orang kita pula. 'Kedai Jimat' milik Shamsuri B. Hj Jaya yang betul betul berdepan dengan masjid Raudhatu Al-Jannah. Sempat berbual bertanya. Kalau call for delivery, harga yang di-charged adalah RM30.00, berbanding RM26.60 andai self service. Terasa renyahnya angkut yang kosong dan tatang yang 'penuh' masuk ke dalam rumah. Diusia yang cenggini, rasanya aku kena buat pilihan. Even tokay kedai auntie Minnie of 'Wellcome Mini Market' dalam taman ni yang masih muda alias laki dia-lah dalam awal 50-an gitu, dah kena 'slip-disc'. Dikhabarkan lama ditahan wad dan aktivitinya makin terhad dan terus tidak lakukan tugasan menghantar 'gas door-to-door' lagi. Wife ada tanya lah kat auntie Minnie ni masa dia singgah kat kedainya, lalu dikhabarkan yang laki dia confined kat rumah berkerusi roda dek penangan 'slip-disc'.


Sesampai dirumah, badan macam dedau bila angkat masuk gas 'penuh berisi'. 16.5kg per tong. Berpeloh dibuatnya. Ditanya lovely, makanan dak 'put'(kependekan gelaran buat kucing Siam yang dinamai 'Putih') tak beli ke. Aku balas nanti lepas Asar baru gerak pergi. Alasan aku, beli gas kat kedai jimat depan masjid.

phobia...bab angkat mengangkat ni


Around 5:00pm, aku mulai memandu santai akan Kanchil 'purple' penuh nostalgia aku ni, menuju ke Family Store di Melaka Mall. Smooth saja pergerakan aku ke sana. Capai apa yang patut aku capai. Tak lengah lagilah, balik ke markas. Lelama kat luar apa bikin. Senior citizen cam aku ni dan sensorang pula, it's much better for me lingering kat rumah. Banyak hal yang bermanfaat boleh aku lakukan. Aktiviti seharian, day in day out, adalah hafali fahami grammar 'quranic arabic' dan bila moods datang, berkaryalah aku di digital journal about somethings yang menarik perhatian seketika itu. Tapi pada petang ni, aku 'have to'. Janji mesti ditunaikan.

                                                    Put...Put..., pasal kau, aku kena pi beli.

Pemanduan ke Melaka Mall, aku secara auto-nya didendangkan dengan lelagu yang aku download ke dalam pendrive. Once aku start engine, android player akan terus sambung main lagu dari folder. Kali ini, tajuk lagunya dengan lagu yang didengari macam tak sama. Di screen tertera...Gonna make you sweat..., tapi lagu yang sering didengari dan tidak asing ni, asyik meratibkan Everybody dance now, sekejap sekejap diulangi akan everybody dance now. Lama tak dengau.


Kita layannn...


Saturday, October 3, 2026

Econsave BB...dikunjungi lagi

Saturday, 03 October 2026 @ 06:11pm

Econsave BB...dikunjungi lagi

Pagi ini, selesai bersarapan di Infasha, bergerak santai sekitar 11:00am ke Econsave. Pasaraya besar tidak se gah Carrefour dan berpindahmilik jadi 'Lotus', mahupun pesaing lainnya iaitu 'Giant' yang kini tinggal nama sahaja dikunjungi oleh kami saban awal bulan. Bertujuan mendapatkan keperluan dapor dan juga bahan membuat kuih, terutamanya kentang untuk pembuatan karipap, dikira tanpa gagal untuk dikunjungi. Pattern diawali bersarapan dan menonong ke sana seolah suatu routine bulanan.

Bagaimanapun buat kali ini, aku cukup bersedia. Ibarat serampang dua mata. Selain dapatkan barang keperluan masakan untuk seminggu dan 'niaga', aku dapatkan juga 'bukti' sahih akan apa yang aku perkata perjelaskan dalam kunjungan terdahulu.

Zoom-in kat kelapa muda

Kat bahagian buah




Artikel 'Banyak yang nak dikabaukan' yang aku uploadkan sebelum ini terserlah kekurangan 'bukti'. Aku banyak memperkatakan ikut pandangan aku. Mungkin bagi 'reader' yang manja dan hendak kena suap sahaja akan 'loss' dan gagal hayati denyut rasa seketika dihadapkan perkara yang aku usulkan. I'm more prepared this time. 

Melapang terlihat...


                                                            Buktinya...bukan cakap kosong.

Kejutan yang aku alami sebulan lalu kini dibuktikan. Aku memang teruja amat dengan something yang lain dari kebiasaan. Adakah hal ini, ketara sangat dan exclusively cuma pada diri, tak perlulah aku perbandingkan dengan orang lain. Sudut pandang dan 'thinking' kita berbeza. Ada perkara yang diperkata oleh kita sungguh sungguh tapi tidak bermakna langsung buat mereka. Begitulah juga dengan kehairanan dan kejanggalan mereka, mungkin tidak diluahkan properly, tidak pula pelik buat aku. So, everybody ada pemahaman dan penakulan terhadap sesuatu hal. Biarkanlah sahaja. Nak kecoh sangat kejadah apa. Tak gitu, bro.

Menghampiri pintu masuk, aku dah keluarkan phone dan posisi untuk ambil 'video' akan digital promotion screen kat entrance. Pengunjung lain yang sesama happen berdekatan, mungkin memandang bersangka aku begitu 'jakun' akan sesuatu yang dah jadi hal normal ni. Let it be. Peduli apa aku. Aku pilih angle yang sesuai agar tiada sesiapa yang 'inter-frame'. Bikin potong 'stim' aje, macam Pak Selamat yang selalu kacau laporan harian pemberitaan pasal 'kehilangan' MH370.

Aku terus merakam moment yang sememangnya mahu aku buktikan pada 'reader' akan hal yang aku perkatakan dalam kunjungan pertengahan September, which was my latest turned up kat Econsave ni. Begitu jugalah akan stainless steel display table yang gantikan totally all the half-steel half wood punya display table. Beroda tentunya. Memudahkan pekerja mereka menolak menarik membersihkan kawasan sekelilingnya. Banyak angle aku rakam. Tak dapat elakkan akan figura tak berkenaan yakni pelanggan yang tekun memilih perishables items ikut penilaian mereka.

Mereka buatlah 'kerja' mereka. Manakala aku melayani tujuan terpenting aku ke sini. Mana yang aku rasa pelik dan lain dari kebiasaan, maka aku akan rakamlah for catatan luahan yang akan datang.

Biarlah aku dengan dunia aku. I'm not bothering others and hopefully others also shouldn't bother of what I'm doing. Selagi mana sesuatu yang boleh membahagiakan diri sendiri, lakukanlah. Dah dipenghujung usia, buat apa berdendam akan perkara yang tidak mungkin mampu merubahnya sendirian. Hujung hujung sendirilah hadapi tekanan dan kalau makin parah, boleh terjangkit 'depression'.

Haru dibuatnya. Dah satu hal pula, anak juga saudara mara bersusah susah hendak membetulkan kita. Daripada elok elok dendiam dan tenang tenang harungi sisa usia, tak pasal pasal menyusahkan orang lain lak.

Errmmm...

Monday, September 28, 2026

Hendak membohongpun...patut patut lerr

Monday, 28 September 2026 @ 16:37pm

Hendak membohongpun...patut patut lerr

Siap aku set-up meja kat bilik, sebaik tibanya aku dari JB, aku pun duduk duduk la di gaming chair buruk aku ni  sambil layan vtt. Paling trending buat aku lerr pasal pembayaran STR ke-4 buat tahun 2026. Diberita, dikhabar dan diviralkan di medsos or socmed akan payment paling awal adalah pada hari ini, iaitu bermula dari 28/09/2026 secara berperingkat. Malah 'kondifen' bagi pemilik akaun tiktok menyenaraikan bank dan masanya dikreditkan ke akaun penerima. Memasing bolehlah semak sendiri selepas itu, unjur mereka.


Pengorbanan seorang ayah


Meja gaming aku, sebagai ayah bertanggungjawab, aku swap dengan meja tulis yang aku beli di Lotus atau Mydin kat Taman Rini dulunya untuk kegunaan aku masa datang ziarah rumah sewa Ucop kat Taman Seri Bahagia, Tampoi. Aku mahu si Yaseer selesa 'belajar' menyambong sem ke-3-nya. Sabtu sampai, aku sendiri yang 'semangat' memasangnya semula serupa dengan apa yang aku lakukan hari ini.


Aku pelik dan amat hairan, kenapalah terlalu mudah orang sekarang ni menyebarkan berita tanpa usul periksa ke media sosial. Kalau benarlah bagai dikhabarkan, tentulah amat gembira buat mereka yang mengharap menantikan 'pembayaran' ini. Bagaimana pula kalau ianya sekadar hendak manipulasi orang yang 'klik' view page mereka. Mungkin bagi mereka yang begitu mengharapkan, dengan lihat page yang berlainan membicarakan hal yang sama, berita yang dibacanya adalah sahih dipercayai benar.


Tanpa rasa bersalah...


Sanggup ya, bebudak sekarang ni, permainkan harapan dan perasaan orang lain yang tiada kaitan saudarapun. Cumanya saudara sesama Islam. Aku rasa tentunya berbakul mereka yang buat 'onah' ni disumpahi. 


Aku pulak yang tak leh 'brain' akan perangai orang sekarang ni. Asal boleh dan asal ada peluang saja nak perdajalkan orang. Ingat ya, kalau sengaja hendak nayakan orang, suatu hari nanti dan tanpa terduga, 'harapan' awak juga akan terima 'karma'.


Please lah. Jadilah warga yang berguna kepada masyarakat.

Sunday, September 27, 2026

Baru benar benar faham

Sunday, 27 September 2026 @ 10:02am

Baru benar benar faham

Awal pagi ini, bila aku kahak-kan lendir yang melekat, berkeping keping darah beku keluar dari mulut. Begitulah, bila aku paksa paksakan batuk dengan kuat, selalunya akan keluarlah kahak bercampur darah beku dari saluran mulut. Makanya, buat seketika ini, aku biarkan sahaja macam tiada masalah akan permasalahan aku ini. Symptoms apakah yang 'menyerang' akan aku tatkala ini. Perlu dapatkan penjelasan dan kepastian dari mereka yang pakar. Appointment aku yang akan datang adalah pada penghujung November nanti. Takutnya belum penghujung bulan 11, penhujung 'hayat' aku pulak yang tiba. Naya ni.


Baru kini aku benar benar mengerti akan makna lebih dalam setelah sendiri alami rasainya. Sebelum ini bila ada orang merintih simpati mengatakan dirinya amat sengsara, kita 'berlakon' seolah bersimpati turut rasainya menunjukkan 'emphaty', sedangkan tidak lagi alaminya sendiri. Malah dalam segala aspeks kehidupan, kita tidak akan tahu apatah lagi mengerti sungguh sungguh selagi belum rasainya sendiri.


Bila diri kekurangan berbanding orang lain, misal contohnya kodong kaki ditakdir kemalangan. Kita yang melaluinya tentulah tidak akan sama perasaan dengan mereka yang melihat secara zahir keadaan kita. Mungkin tanpa diucapkan takut tersinggung, berkomen dalam diri, kesian dia. Kalau didengari pula, takutnya 'sentap' tak tentu pasal. Orang yang terkena musibah dengan yang tidak, sensitifnya berbeza.


Setiap dari kita punyai jalanan hidup yang berbeza. Terpulanglah buat mereka dan aku sendiri untuk akui ataupun tidak. Namun malangnya, samada disedari ataupun tidak, kita sering pula berlumba mahu 'hal' yang sama terjadi pada diri. Tentulah perkara yang seems to be good menguntungkan jadi perhatian. Setiap kita punya ujian hidup yang berbeza. Katalah ditakdirkan terima 'anugerah/rezeki' anak yang sama bilangan misal 5 orang. So tiadanya rasa iri sesama.


Bagaimanapun jalanan hidup masih 'jauh' ke penamatnya. Permulaan yang sama tapi yang membezakan adalah pengakhiran. Yakinkah diri yang kita tidak akan ditimpa petaka/ujian dihari mendatang. Atau asyik bimbang rungsing akan ujian yang bertimpa hadir. Muslihat perencanaan Allah swt adalah diluar pengetahuan kita. Nobody knows. Ramal-lah, tak mungkin sama dengan apa yang kita inginkan. Setiap satu yang kita bakal dapat itu ada 'package'-nya tersendiri.


Sendirilah kena fikirkannya dalam dalam.

Thursday, September 24, 2026

Menu tengah hari cadangan 'TikTok'

 24 AUGUST 2026, 05:32 PM


Menu tengah hari cadangan 'TikTok'


Sejak dua menjak ni, aku more self-centered. Aku lebih berbicara, memikir dan rungsingkan pasal diri sendiri. Selain dari menyibukkan diri menghafali membiasakan diri akan bahasa arab dan membaca al-quran setiap pagi, aku juga kerap menerawang akan masa lalu yang tentunya kekal segar dalam ingatan dan langsung aku perturunkan di journal digital yang pelbagai aku create-kan. Alasannya, bila satu 'crush' atau terhilang, ada back-up di 'tempat' lain. Biasanya, ada salinan. In between, aku membaca buku genre autobiography dalam pemilikan aku di verandah. 


Bila keletihan, intai youtube. Kalau tidak ada yang menarik, tutup tv lalu membongkang lepas makan tengahhari. Omputih kata...take a nap. Memikirkan lebih amat pasal orang lain, pasal masyarakat di lingkungan yang mana tidak mampu aku merubahnya, adalah lebih elok aku 'pleased' diri sendiri dalam kembara 'pulang' ke negeri asal. Memanglah kita tidak akan ketahui terarah ke kanan atau kekiri. Namun setiap apa yang kita laku laksanakan adalah 'bayangan' akan ke mana arah tuju kita. Masing masing boleh merasainya. Bebal sungguhlah dan amat malanglah diri  tak tahu titik penghujung perjalanan seorang pengembara kat dunia ni.


Semalam lepas Asar, berehat sambil layan VTT @ video tiktok. Video pendek yang trending yang melintas kat aku punya 'fyp'. Kalau hendak lihat tentang sesuatu topik, just search dengan taip di column yang disediakan. Entah macam mana deretan video tentang menu lauk tengahhari mendominasi. Lepas satu...satu. Tergiur lak. Macamlah aku boleh makan semua. Dari banyak banyak lauk yang di-video-kan, aku tertarik akan 'tenggiri masak asam 'jawa' atau as orang 'alai' named it as Tenggiri masak chencuan'. 

                                                Kata Dak Ecah pun, macam dah kat tekak...

Timbul lak idea hendak makan. Aku maklumkan kat orang rumah, esok hendak ke family store cari ikan tenggiri, for main lunch dish. Terasa macam dah kat 'tekak'. Sejurus selepas bersarapankan pisang nipah goreng yang dibeli di Tg Gading, Muar digerai jual duku RM20 for 4 kilo, menonong ke FS, tak sempat tunggu 'berak'. Kira kira 'sanggup' skip walau diri tidak berapa selesa. Selagi boleh tahan, aku tahanlah.


Setiba di FS, parking penuh. Senin pagi pun boleh penuh. Lama lepas tu baru perasan yang hari ini Melaka public holiday pasal 'TYT Birthday'. Patut ler. Bebudak sama lorat terlari lari dalam pasaraya cina hawau ni. Majoriti yang terpandangkan adalah kalangan orang kita. Orang melayu kiri kanan, berselisih trolipun orang kita. Realiti yang tidak mampu dinafikan. Agaknya, memang takdir orang kita ni lebih selesa jadi pembeli dari penjual.


Menonong ke table display ikan. Banyak lak tenggiri segar bugar 'fresh' diperagakan petugas Bangla yang digajikan. Macam dah dirancang rancangkan. Pilih yang sesuai Dan minta petugas bahagian cutting untuk siang dan potong sebesau telapak tangan. Balik nanti, lovely tidak perlu lagi hendak tanding tanding keratin beberapa bahagian lagi. Boleh 'direct' lakukan apa yang perlu dijadikan 'gulai' tengahhari ni.

Gua makan dulu..


Having said and done akan apa yang sepatutnya, akhirnya terhidanglah lauk cadangan TikTok diatas meja.


Jemput makan semua...jom lerr.

Saturday, September 19, 2026

Cepatnya sampai...

19 SEPTEMBER 2026, 12:14

Cepatnya sampai...

Seingat aku, semalam aku ada order satu power bank 20000mAH for the price of RM22.99. Currently aku menggunakan milik anak aku yang tak digunakan dan lying idle bergelimpangan begitu sahaja. Aku gunakanlah ia 'on and off' bilamana aku pakai tablet. Dah banyak minggu aku gunakan. Tablet Samsung dan HanZhong ni pula bila dah sering diguna, mungkin selalu amat charging dan effect wear n tear, batterinya mudah depleted. Pernah juga aku rayau rayau kat MR DIY di Melaka Mall, harga untuk powerbank 20000mAH, biasanya diatas RM60. Besar gedabak lak tu. Manakala yang 10000mAH hanya around RM20 ke RM30 sahaja. Masa tu belum berhajat lagi mencari yang baru lagi powerful. Tiada keperluanpun.

Tidaklah mendesak sangat berajat memiliki powerbank bersaiz besar berpunca dari tablet yang kerap kena charge. Biar dah charge penuhpun, duration kegunaannya sekejapan sahaja. Tidak sampai sejam dah terpadam. So, aku manfaatkanlah powerbank yang ada berbrand Pineng. Since ianyapun 'barang' lama, maka conditionnya tidak berapa bagus, al-maklumlah. 

Namun yang initiate aku mendapatkan yang baru berpunca dari kerapnya vtt memasuki fyp aku. Kejap kejap muncul bilamana aku buka tiktok. Bermacam model dan attractive harga diwar-warkan oleh content creator cum influencer mahu menjual produk mereka. Dari satu jenis/brand appeared ke lainnya dengan macam macam gimmick mereka buat. Satupun tak lekat pada pemerhatian aku. Cumanya, yang satu ni brand ni yang entah macamana boleh minat lak. Brandnya pun pelik, 'Power-Box' berkapasiti 20000mAH. Harga lak terjangkau. Langsung aku tekan order dengan memilih warna 'purple'. Yang dipromosikan berwarna kuning menyala terserlah, tidak berapa sesuai memilikinya. Aiman tak kisah pasal brandnya. Apa yang lebih aku pandang adalah harga yang mereka 'offer'. Terjangkau dengan harga dan akupun boleh kompromi dengan kualitinya. Taklah aku expect yang ianya akan elok selamanya. Slogan 'ada rupa, ada harga' - lah seolah aku mempersetujui.



Dalam jangkaan tibanya selepas aku buat pesanan, dijangkakan pada 20/09 paling awal atau lewatpun pada 21/09 bersamaan hari Isnin. Aku taklah kisah sangat bila sampainya. Namun, ketika aku berlenggeng sambil layan youtube didesktop dalam bilik, orang rumah memaklumkan akan ada 'parcel' untuk aku sampai. Aik, setahu aku, hanya baru semalam aku buat pesanan. Tak mungkinlah, pagi ni sekitar 11:50am dah sampai. Aku bertelingkah sendirian sambil mengenakan t-shirt. Mungkin boleh jadi juga. Tidak mustahil dan ianya boleh berlaku. Aku bergerak bergegas ke arah laki umairah yang tercegat kat verandah rumah. Melihat dari bungkusan kecil comel maka dah agaklah pastinya powerbank yang aku order sekitar pagi Jumaat semalam. 

Perrhh...cepat tibanya.

Thursday, September 17, 2026

Anak Lima

16 SEPTEMBER 2026, 16:50

Anak Lima

Pagi ini selesai sahaja berrsarapan berdua di Infasha, lovely order roti telor dengan nescafe manakala aku sekadar roti kosong dengan teh tarik, bergerak santailah sepertimana perancangan ke Econsave di Batu Berendam. Very close dengan LTAB Melaka, cewwah cehwah. 

Sesampai dipasaraya besar ini, as usual, barangan keperluan membuat karipap akan top the list. Tentunya kentang 10kg per bag akan diburu. Kali ini harganya adalah sedikit mahal, iaitu RM18.00 per bag gitu. Mahal murah, kalau dah sampai singgah tu, kena sambarlah juga. Kali ni cuma angkut 2 bag sahaja. Menurut pertimbangannya, menghampiri hujung bulan nanti akan kerap berada diluar maka aktiviti niaga sedikit 'slowdown'. Ke JB, hantar sikoret memulakan sesi semester barunya. Kemudian ke Shah Alam angkut abangnya selesai buat 'praktikal' kursusnya di Kapar. Bercuti dalam seminggu dan diserahkan kembali ke kampus buat semester barunya.

Macam biasa juga, aku sering memerhati akan perubahan dalam premis niaga Econsave ni samada berbeza dari sebelumnya atau kekal sama. Juga akan gelagat pelanggan yang hadir seketika itu untuk sendiri mengertikan. Last kehadiran, perubahan yang aku kesan adalah display table for perishable items-nya dari berkepuk kayu kini telah fully guna stainless steel. Nampak lagi kukuh dan kemas hygiene. Kali ni pula kehadiranku diperlihatkan akan elektronic display screen sebentuk sebiji macam 'smartphone' sebesar size tv 60 inci yang dipasang vertical di ruang entrance. Moving picture dari satu slide ke slide yang lain akan barangan yang dijual seiring harganya tentunya menarik minat pelanggan especially-nya aku lerr untuk berhenti seketika. Normal buat sesiapa jua, akan terpegun melihat something yang berbeza berlainan dan 'moving scrolling' yang pastinya akan tertoleh melihat. 

Sedang lovely tekun memilih barang yang dia mahu beli, aku pula dilekakan dengan 5 bebudak perempuan bergelak ketawa menolak nolak sesama mereka.  Awalnya aku tidak berapa perasan tapi seiring bergerak dari rak ke rak, aku mulai perasaan sesuatu. On and off kekadang seorang, kekadang berdua dari mereka ini mendatangi sepasang suami isteri yang mana si isterinya menolak customer trolley. Hubby kelihatannya macam 'muka pecah rumah'. Looks bengis garang. Bininya cute-lah juga, besar tinggi tidak seperti ordinary size wanita Melayu. Komen aku, dah jodoh dia. So tidaklah aku bubuh perut sangat. Dilokasi lainnya, 5 budak perempuan yang macam tak semengah perangai ni berkerumun bersama. Terlari lari, tolak menolak dan gelak gelak berkeliaran berdekatan pasangan tadi.

Bila aku amat amati, terutama yang berlima tu, wajah mereka ada iras iras dan lebih meyakinkan aku hampir sama cam muka 'emak'-nya. Aku bukanlah orangnya hendak menentukan sapa sapa. Tapi ternyata, yang aku lihat ini, sah sah kelima lima anak gadis adalah anak kepada pasangan tu. Dressing mereka semua hampir serupa iaitu mengenakan pakaian serba gelap. Selang setahun dua antara mereka dilahirkan rasanyalah. Memang aku yakini mereka datang 'shopping' sekeluarga. Maklumlahkan, hari ini kan ker public holiday. Hari Malaysia, 16 of September. Kalau satu rumah diangkut, pastinya pakai MPV besar. Barangkali kalau tak Vellfire/Alphard, mungkinlah Staria Hyundai yang 7 seater atau cowkia cowkiapun Exora.

                                            Anak dia...lima beb, ikut pattern seman lobang


Semasa beratur hendak bayar di kaunter, aku maklumi orang rumah pasal pasangan yang punyai anak lima ni yang semuanya pompuan. Komennya bersahaja dan tidak seperti aku yang kehairanan keganjilan. Dia lebih komited dengan urusan pembelian. Tak ambil port pasal hal ni. Aku tak salahkan dia sekadar beri komen yang pada aku tak berapa 'ngam' dan tak menepati jangkaan aku yang mana cenderung kearah kehairanan. Dia tak 'involved' langsung sepertimana aku. Aku ikuti dan awasi setiap gerak geri anak anaknya itu setelah aku rasakan besaunya ahli keluarganya itu.

Rezeki memasing. Kita sebagai hambanya harus akur dengan ketentuan dariNya. Siapalah kita untuk jatuhkan sebarang kesimpulan yang biasanya lebih dipengaruhi perasaan sendiri. Perancangan Allah swt mengatasi jangkaan kita sebab Dia adalah Maha Mengetahui, Maha Merancang dan Maha Berkuasa keatas sesuatu dan segalanya.

Berserah diri bertawakkal-lah kita agar diberkahi atas kehidupan kat dunia ni. Ameen.

Tak tanya, tak cuba ... camner nak tahu

Tak tanya, tak cuba ... camner nak tahu

Thursday, 17 September 2026, 03:10pm

Sejak awal minggu lagi, banyak hal hendak aku perkatakan sebermulanya hari Isnin lagi yang menarik perhatian aku. Kisah singgah minum dan berbual dengan owner 'Janda Viral', pasal display table dari kayu bertukar baru ke stainless steel kat Econsave Batu Berendam dan hal bersarapan berdua di Infasha.

Namun bertangguh bertangguh sampai sudah menyampai hari Khamis dah hari ini, masih belum termula lagi. Aku berkarya bukan kerana dipaksa terpaksa tapi memang tabiat mencerita mendokumenkan setiap yang aku lalui dan kalau boleh...kalau boleh lah setiap hari, sekadar pleasing-kan own pleasure. At my age, being somebody memanglah jadi kebanggaan. Namun aku rela being 'low profile', tenang tenang jalani sisa sisa hidup yang masih berbaki.

Selepas mandi berpakaian, segera sedut dua puff 'spiolto', aku bergerak ke verandah lelepak kat kushion antik menantikan lovely siapkan sarapan. Sejak malam lagi, hajat hendak bercerita hal bersarapan jadi fokus utama. Bila tengah duduk duduk tu, lori angkut sampah southern waste memecah hening pagi sekitar 10:00am. Hening pagi eekk, walau dah nak ke tengahari... biar betul kau Ni. Alah...kasi 'tense' sikit jerr. Suasana tenang taman jadi bingit seketika. Aku yang baru hendak on-kan chromebook terpaku melihatkan pergerakkan lori seolah menonton perarakan 'kereta berhias'. Di belakang lori yang perlahan bergerak, pekerja angkut sampah berdiri sambil memegang besi untuk mereka bergayut sambil mata berpusing pusing melihat keadaan sekeliling. Terpatuk patuk hidungnya berkulit putih dengan sosok badan yang agak sasa gak. Mana perginya orang tempatan sampai pekerja angkut sampahpun dah di dominasi oleh pendatang Nepal ni. Ehh...omak ni, esieh belajar tinggi tinggi, buat malu kat orang jer, suruh den buat kerja ni. Habis tu...hendak kan anak orang, tak perlu berduit. Apo la kau ni...jang.

Tapi bila selesai bersarapankan nasi goreng 'putih', aku plan hendak pulangkan 2 kotak botol kaca air Long's Chan kat Rembia dan segera memulakan perjalanan kesana. Maka tertangguh lagi. Lelaulah sekali lovely sebagai peneman. Bila hendak mulai bergerak ke destinasi, aku berkira kira hendak top-up minyak kat stesen petronas bukit katil, on the way ke sana.

Dalam hati bertelingkah lak. Nak keluarkan cash atau buat pembelian di pump sahaja. Leceh nak jalan masuk ke dalam stesen. Lebih mudah kat pump sahaja. Malangnya, panduan tatacara penggunaan kad dipump ada terpampang tapi aku tidak pernah lagi gunakan. Takut terbuat silap. Teringat lak akan abang attentant senantiasa ber-cap dan ber-masker, kalau kerja la hari ni, minta dia tolong ajarkan aku. Berharap sangatlah yang ia bertugas pagi ni.

                                                    Nampak mudah...takut lak, nak mencoba


Bila menyampai kat stesen, terpandang terpongok dia dibangku di pump no. 6. Alhamdulillah, bertugas dia hari ini. Petak ditempat dia duduk tu tiada kenderaan lalu aku parkir berhampirannya. Selalunya, lepas matikan engine, menonong masuk ke dalam stesen buat bayaran terlebih dahulu. Tapi kali ini, meluru kearahnya spontan ucapkan salam. Segera pula dibalas ucapan aku tu. Aku mohonlah jasa baiknya untuk ajar tunjuki aku cara beli minyak di pump. Bangkit dari lepak kat bangku, sambil sebut 'boleh'...lalu dimintanya dari aku akan credit card. Aku balasi pula, guna debit. Okay, katanya. 

Dia sentuh kad kat 'logo' QR dan terteralah beberapa pilihan. Nak masuk RM10, RM20, RM30 atau RM50 dan beberapa pilihan tuangan lagi. Aku nyatakan for RM50. Cepat jarinya sentuh petak RM50. Next screen yang keluar, arahan masukkan phone no. . Aku cakap, pakai mesra kad. Dia capai dari tangan aku dan masukkan ke slot. Then baru dia masukkan pula IC aku. Katanya untuk harga subsidi. Okay...dah boleh tuang, dia mengarahkan aku. Perrgh, jadi boss kau ya...bang. Tanpa banyak bunyi, aku angkatlah nozzle masukkan ke tangki kereta. Selesai, berterimakasihlah aku kat dia. 

Dah terlanjur dia membantu, aku mintalah izinan untuk berselfie. Awalnya, dia berasa uneasy. Tapi memandangkan yang aku sering singgah tuang minyak disini, dalam terpaksa dia merelakan. Namun namanya, bila berkali ditanyai, tidak mahu didedahkan. Aku hormati 'privacy'-nya.


Tq...bang



Actually memang dan amat senang sungguh. Mulai berani hendak cubanya sendiri dilain kesempatan. Selama ini, takut takut mahu gunakan. Bila dah saksi tatacaranya dan sendiri lakukan, berkeyakinan mulai datangnya keberanian. Tak sabar rasanya mahu lakukan lagi.

Kebaikan yang spontan ketara aku 'perasan' adalah tidak perlu berlama lama didepan pump. Mungkin kita akan melengahkan atau bazirkan masa orang lain, kereta dibelakang yang menunggu ada urusan penting perlu disegerakan. Selesai isi minyak, kita dah boleh keluar dari petak. Berhajat hendak beli jajan kat dalam stesyen, parkirlah dikawasan yang disediakan. Tak menyusahkan orang lain tentunya.

Hendak tak hendak, kita kena venture akan perkara 'baru' di lingkungan. Pastinya demi kebaikan kesenangan bersama. Takut tak bertempat dan terlampau berhati hati pun banyak ruginya dari untung. Moralnya, senantiasalah berhati hati dalam setiap tindakan. Tambahan pula sekarang ni 'scammer' boleh terjadi bermacam cara. Berselindung menyamar sampai sukar dikenal dipastikan.

Tuesday, September 15, 2026

Janda Viral

15 SEPTEMBER 2026, 16:56

Janda Viral

Pagi ini, awal lak keluar berdua dengan lovely bertujuan. Kak Mon pada sebelah malamnya ada membuat tempahan karipap panas-panas for 60pcs and must reach her house before 8:00am. Makanya selesai mandi dan laksanakan apa yang perlu dilakukan oleh seorang hamba setiap pagi hari routinely, aku mengenakan pakaian harian biasa aku. Tak cerewet manapun pasal berpakaian ni. Asal decent dan selesa, sudah memadai.

Ketepatan masa alias punctuality memang jadi teras kepercayaan pelanggan. When demanded at sekian sekian masa, kita tak perlu banyak argue. Seboleh mungkin kenalah 'cuba'. By 7:30am, dah mencacak Alza memasuki jalan besar. Queue memanjang rasanya dari round-about lepas jambatan sampailah ke trafik light depan masjid. Cecepatlah aku potong barisan sebelum kereta dari arah sekolah kebangsaan mendatangi. Lagi lengahlah jadinya nanti. Dari merah ke hijau dan sekejapan dah merah balik. 

So aku ambil option belok susur kiri memasuki menuju taman merak dalam perancangan menghantar sekotak karipap ke merak mas. Smooth sahaja memandangkan ianya adalah laluan dalam taman. Selesai menyerahkan, lovely mengajak ke Infasha seperti yang dicadangi pada sebelah malam sebelumnya. Aku pangkah untuk minum kat rumah sahaja kerana dah plan hendak hantar servis berkala akan 'Alza' kat IKS Malim yang aku booked at 10:30am.

Berdepan dengan jalan utama bersebelahan rumah Kak Mon, kedapatan 2 gerai sebelah menyebelah berjualan sarapan dikerumuni oleh orang kita juga. Singgah bermotor dan ada yang berkereta. Syor aku untuk beli nasi lemak bungkus, segera ditolaknya tanpa beri sebarang alasan. Kemudian aku buka cadangan kedua, nasi lemak bonda kat duyung, terus sahaja dipersetujui. Maka bergerak santailah ke sana. Nah kau, dari kena nasi lemak bungkus yang 'biase biase', sampai kat Duyong ni, dia demand nasi lemak plus sambal kerang(additional) manakala aku pekena top-up rendang daging. Total kopak RM15.00, RM7 for tambahan sambal kerang dan bakinya price for nasi lemak rendang daging aku.

Selesai bersarapan, hendak puaskan hati, aku ke tandas biarpun gesaan belum datang. Cuba gak, tapi bila lama nau mencangkung rasa macam cramp lak kaki. Ni, 'cramp' tu apa?. Ala, cramp tu cakap omputih, melayunya kejang kaki iaitu keadaan apabila otot kaki especially kat bahagian betis tetiba menegang mengeras terasa sakit gitu. Bohonglah kalau tak pernah alami. Keluar dari tandas tu, akupun mengenakan kembali pakaian yang sedia aku pakai. Kau masuk tandas bogel kerr. La....benda nipun nak kena detail-kan ke. Interested nampak dengan story aku ni. Tak gitu, cuma sekadar bertanya, hendakkan kepastian bro. Kalau kat rumah, aku akan bertuala mandi ke tandas. Sebab itulah bila hendak kemana mana, aku akan pastikan aku berkeadaan selesa terlebih dahulu. Tak perlu risau bab labur melabur lagi.

Sampai kat servis center Perodua Malim ni berbaki dalam 15 minit dari booking time iaitu at 10:30am. Tanyalah kat budak yang ambil kunci dan buku 'rawatan' alza. Ramai yang datang termasuk jenis walk-in. Esokkan cuti 16/09, seolah nak ajar aku. Kalau camni, lambat la siapnya. Dia diam sahaja tak menjawab. Kalau tahu, adalah lebih baik aku tunda ke lain hari. Lagilah dia membungkam menundukkan kepala terdiam. So, aku tunggu seketika bilamana petugas mereka membuat inspection dan siapkan laporan lalu aku dipanggilin. Bersetuju dengan parts yang perlu ditukar-ganti dan maklumkan jumlah keseluruhan yang patut dibayar, aku turunkan tandatangan tanda setuju. 

                                                Temubual ni yang gamit aku untuk singgah


Tak lengah lagi, aku pun keluar dari office dan menuju ke kedai 'janda viral'. Saja nak-kan vibes walhal dahpun sarapan kat rumah tadi. Sesampai kat warung tepi jala ni, si owner dah jeritkan nasi lemak janda 'alai'. Eeh, cam tahu jer atau kebetulan yang aku ni orang alai. Dia tengah bahagi bahagikan kepada mereka yang terpancing memakannya. Aku mencari meja yang jauh sikit yang kosong. Lepak sambil melihat suasana sekeliling. Tak ada lak budak datang ambil pesanan. Bangkitlah aku ke tempat bro Zam tengah tarik teh didalam kabin. Order teh tarik. Menunggu dia siapkan, aku capai kuih kodok pisang dan bidaran aka kuih bijan @ kuih bom serba satu. Beredarlah menatang teh dan kuih dalam piring ketempat aku mula mula duduk. Sekilas terpandangkan Rafi, owner kedai ni, kat meja berhampiran tengah lepak berbual dengan kenalannya sambil melihat keadaan. Mana yang dia rasa kena perbetulkan, dia arahkanlah staf lain untuk lakukan. Kemas meja, ambil order atau tambah kuih. Dia pula seolah memantau pergerakan pelanggan. Mana yang dia 'cuak', dia bertanyalah staf sama ada si polan dah bayar ke belum.

memantau dari meja 'Control tower'

Big boss lak lelorat serve


Mana pelanggan yang order mee bodo, dan tiada staf atau sibuk dengan tugasan, dia sendiri yang bangun dan bawakan ke meja pelanggan kat sebelah aku. Mungkin sekitaran 11:00am, pelanggan yang kunjungi mungkinlah tidak serancak diawal paginya ketikanya dia tengah 'live' kat tiktok membancuh air untuk customer yang singgah tapi vibes 'sempoi santai'-nya tetap ada.Gelak ketawa memecah suasana, sambil kedengaran pekikan dari dalam cabin memaklumkan...'teh tarik....siap' bertingkahan. 

Melihatkan dari jenis makanan yang tersedia dan dibuat fresh keluar dari kuali, rasanya per-head tak lebih dari RM10.00. Dari anggaran aku-lah, mungkin kunjungan sehari kena lebih dari 200 orang untuk dia 'breakeven' operational cost per day. Below than that, mungkin peritlah. Tapi aku rasalah dengan publisiti yang dibuatnya dan aktif pula, mungkn dapat boost up kunjungan orang setempat untuk datang support niagaan-nya.Malah aku terpanggil untuk singgah bilamana seminggu sebelum, aku lihat vtt-nya di-interview oleh satu stesyen radio swasta milik astro la. Sejarah termulanya niaga dan diwarisi pula dan berborak dalam omputih lagi seolah memancing aku untuk datang. Bukan calang calang orang ni. Keep it up, bro.

Masa aku hendak buat pembayaran, boraklah dengan dia yang aku ada saksikan aksi dia membuat air secara 'live' pada awal paginya. Dia ucapkan terima kasih bila aku katakan yang aku ada subscribe channel dia. Eehhh, ramah lak dia borak. Langsung aku 'signal' kat dia untuk berselfie sebagai kenangan yang aku hadir kat kedai dia.

Rafi and Me


Moga business turunan dari ayahnya akan kekalkan 'legacy' nasi lemak janda berterusan jadi feveret spot orang setempat untuk bersarapan. 

Harap harapnya begitulah.

Sunday, September 13, 2026

Sedih ... dipinggirkan

Sedih ... dipinggirkan

Sunday, 13/09/2026 06:08pm 

Aku ke Family Store @ Melaka Mall seusai solat Asar di rumah. Sempat lagi lihat youtube pasal S70 Lite dan Prime yang sejak seminggu ni diwar-warkan as S70 Rahmah. Kononnya, harga dijangkakan dibawah RM60K, something yang mengejutkan buat kereta segment C. Public arouser yang sesama influencer dan content creator pasal kereta 'create' adalah bertujuan menarik perhatian potential buyer dan juga bakal pembeli jenama kereta lain untuk 'hold-on' terlebih dahulu akan hajat tu. Video yang hampir serentak dibuat oleh mereka purposely, menerangkan specs yang ada pada model Lite dan Prime mereka. Video sebelum pelancaran rasmi dalam seminggu lagi adalah berniat agar semua orang untuk stay focus yang mana akan ada kejutan mengenai harga 'rasmi'.


Sorry...kita nak angkat Traz


Sedang leka dengarkan keletah para penjual kereta yang membuat penjelasan mengikut cara mereka tentunya setelah mendapat arahan pihak atasan, aku dikejutkan dengan panggilan dari luar bilik agar segera dapatkan barangan keperluan membuat karipap. Sejak lepas makan tengahari tadi telah diingatkan agar segera beli kari daging dan kari ikan jenama Baba's. Aku ia-kan dengan maklumi akan ke FS selepas Asar nanti. Seketika itu jugalah aku tutup youtube dan put my desktop computer ni dalam mode 'sleeps'. Kalau off-kan terus, lambat lak hendak recover balik.


Terlanjur dah kat FS, tekak ni macam hendak makan 'buah melaka' lerr pulak. Aku bergegas ke section menempatkan tepung pulut dan gula melaka situated setelah selesai dapatkan barangan pembuatan karipap tu. Melihatkan pelbagai brand, size dan bentuk gula melaka ni diperagakan, hati ini seolah berbangga pasal makin banyak produk orang melayu 'berjaya' menempatkan diri di rangkaian peruncitan orang tionghua ni. Namun rasa bangga cuma seketika sahaja. Bila aku 'zoom-in' kat nama syarikat dan alamatnya, nyatalah banyaknya under syarikat Cina hawau. Samada cuma packaging semata atau totally diusahakan oleh bangsa yang tak sedar diri ni, aku menjadi makin teliti sebelum membeli. Di shelf yang separas pinggang semuanya adalah keluaran bangsa dia tapi menggunakan 'brand' melayu. Keluaran Melaka Jaya, sounding memanglah melayu tapi alamatnya di Kota Laksamana. Bagi yang tahu...tahulah dan bagi yang tidak tahu menahu akan terus beli. Seingat aku, area Kota Laksamana adalah kawasan bandar dan being dominated by Chinese. I'm in doubt ianya adalah syarikat bumiputera. Memang tak la.


Nak tipu siapa. Aku ni, sebahagian usia, hampir 33 tahun lamanya, terlibat secara langsung dalam bidang retail la. I'm not the one yang mudah kena tipu pasal hal ini. All the tricks, semuanya dalam pocket. Dah masak benar. Jenama mereka jerr yang hendak mereka promote. Sedih bila aku sendiri sahkan dengan pelbagai jenama melayu yang cuma diberi 2/3 facing sahaja tapi diletakkan di para paling bawah. Bagi pelanggan yang tidak sensitif dan tak kisah serta tidak mahu ambil kisah, pastilah akan capai barang keperluan pada paras 'eye level'. Strategy meletakkan barangan jualan pada 'golden line' ni adalah yang paling efektif kerana tendency pelanggan akan ambil produk, tak kisahlah apa jenama pun, yang diletakkan pada kedudukan ini. 


Benda cenggini aku dah belajar la masa ambil kursus 'pemasaran' peringkat diploma(external couse - UK) setaraf general degree. It was way back in 1984, July till 1987/8 di ITM, Shah Alam. Nak kata aku ni 'Lone ranger'...lone ranger-lah. Peduli apa aku. Semana mungkin dan sebolehnya buat diri, akan aku pastikan seandainya ada produk melayu dalam kategori yang aku cari, ianya menjadi keutamaan. Tiada kompromi dalam perkara ini. Niat dihati semata mata mahukan usaha niaga orang kita bergerak. Biar perlahan mana sekalipun selagi bertahan dan terus bergerak ke depan, insya-Allah akan maju juga.

Kata ransangan bersifat universal


Perseverance, surely you'll succeed.

Apa ertinya

 Apa ertinya

Sunday, 13 September 2026, 11:23AM

Seminggu dua ni, aku kerap dihadapkan via my fyp akan tiktok vtt pasal usia seseorang. Rajin dan banyak lak masa mereka mencari memaklumkan orang 'lain' mengenai usia orang yang 'famous' dikenali. Apa sebenarnya yang mahu diberitahu kat aku. Perlukah aku berhenti sejenak mengenangkan seseorang yang ditonjolkan itu, kerap ditampilkan dari generasi 'baby boomers'. 


Katakanlah...


Onn tak Onn


Bagi golongan bebudak, apatah lagi Gen Z, hal mati kematian ni memangpun mereka tidak bubuh perut langsung. For them, ianya something very 'weird' to talk about. Berbeza pula dengan aku yang lebih dikenali sebagai geng 'baby boomers' merujuk kepada generasi yang lahir lepas Second World War or WW2. Periodnya adalah dari 1945 till 1964. Tak kisahlah siapalah yang rajin sangat membuat pengkelasan ikut suka dia aje. Namun setidak tidaknya, kita dapat bezakan dari kelompok mana datangnya sekilas ketahuan akan tarikh lahir seseorang. Ada ciri ciri yang ketara membezakan antara setiap golongan.


Barangkali mungkin mereka merasakan 'kematian' jarang datang menjemput pada golongan bebudak lepas milinium ni. Percent yang amat kecil malah kurang dari 2%, hal sedemikian tidak begitu significant. Umum merasakan kematian lebih 'dekat' kepada golongan yang berusia 60-an keatas. Peringkat usia setengah abad dan keatas menjadi fokus utama bila membicarakan soal kematian. Rata rata bagi mereka dalam segmen ini menganggapkan kematian dikalangan mereka yang berusia 50-an keatas adalah sesuatu yang normal. Lain-lah kalau yang berusia dibawah 50-an, kematian yang terjadi itu adalah sesuatu yang 'tragis'. Dirasakan tidak sepatut seharusnya terjadi.

Panduan generasi


Zack...kasi hadam okay


Namun hakikatnya, kematian boleh terjadi kepada setiap insan yang lahir kat atas dunia ini. Selagi mana seseorang itu 'bisa' bernafas maka 'date of death' sememangnya telah termaktub sejak azali lagi. Do we realized it. Anehnya kita semua setuju and sepakat menerima pengkelasan dinamakan sebagai Gen X, Gen Y dan Gen Z dan apa apa lagi pengkelasan yang bakal diujudkan kemudian nanti. Namun bila bab kematian, semua kita seakan tidak mahu akui yang mati akan 'hadir' pada bila bila masa sahaja. Antara bernafas dan berhenti bernafas itu cuma sedetik berjarak. Malah penuh yakin, buat yang baru mengenal hidup, yang jarak masa mereka adalah amat panjang.

Thursday, September 10, 2026

Tanpamu ... Tidak akan ada kami

Thursday, 10 September, 2026 @ 08:57pm 

Tanpamu ... Tidak akan ada kami

Risau dengan anak rambut yang kian menjalar, ketara lagi dibahagian side-burn, dan tangguh bertangguh dari sehari ke sehari lalu aku berpergianlah ke 'port' guntingan biasa aku. Mana lagi, Kedai Gunting Rambut Wendy lerrr. Not because of the charged price which I must admit the cheapest 'in town' but rather I feel comfortable being at that place. Ianya mengembalikan banyak nostalgia sejak sekian lama pada diri. 


Selalunya aku akan parkir dibahu jalan besar. Kelainan pada kali ini, aku masuk kekanan dan parkir betul betul dihadapan kedai guntingnya. Menonong masuk. Kelihatan oleh aku akan pembantunya, dulu amoi belasan tahun tapi kini dah dalam lingkungan 30-an. Masih bujangan pada penglihatan 'mata' aku. Tiada pelanggan seketika itu. Aku cuma cakap kat dia, gunting 'pendek' macam biasa. Of course, she understood and damnedly sure yang dia ketahui apa stylo yang aku maksudkan. Sempat lagi tanyakan boss dia, sebaya lak ngan aku, yang boss nyonya-nya itu cuti. Patut la kanchil silver sama model cam aku punya tiada ditempat biasa dia parkir. Aku take over tempat boss dia.


Memandangkan dia dah terbiasa dengan tugasan yang dia buat hari demi hari, pantas benar gerakan jemarinya bersama gunting wired trimmer dan sikat  beraksi terlihatkan bila aku renung di cermin besar terpampang, sekejapan sahaja dah selesai. RM10 sku scan QR yang dipamirkan kat atas meja. Once completed, kedengaranlah dalam bahasa cina, tak tahu-lah mandarin ke, hokkien ke atau logghat apa ker, menyatakan transaksi pindahan wang tu dah completed. Kalau kat recorded voice tu yang automatically 'berbunyi' mencarut ke apa, ia kan aje lah.


Sat aku hendak bergerak pergi, lori setengah tan Gardenia pulak menghalang. Maka duduk duduklah aku seketika di park bench yang disediakan diluar kedai gunting unisex Wendy ni. Scroll lah vtt Tiktok as passing time seketika. Macam macam ada. Sambil sambil tu menjeling kat lori Gardenia tadi. Masih belum selesai lagi. Once kedengaran sliding door lori dirapat ditutup, pengendali cum driver mulai menghidupkan engin. Lambat nau, aku berbisik sendirian. Bila dia dah mulai bergerak, segeralah aku menghidupkan kanchil dan perlahan lahan menuju ke Alai, kampungku.

Iya la tu...sampai halangi aku, dah kenapa bro!

Sampai di gazebo yang direka dihasilkan oleh Atok Sham dari bahan binaan lebihan tersedia atas arahan kak aku, berbayar tentunya, aku teringat hendak dapatkan kayu papan. Sering kelupaan bila disana. Kali ini berbeza. Menonong aku cari sekitar stor. Macam macam khazanah tersimpan tersedia. Terpandanglah sekeping papan dalam 2 kaki lebih, macam papan pintu. Sesuai, terus aku kutip dan letak bersebelahan ketika duduk santai di gazebo.


Idea mahu membuat kelainan pada bilik agar kelihatan minimalist, bak kata bebudak sekarang, dan lebih cenderung kepada save budget, maka barangan tak pakai tapi bukan barangan terbuang ya aku cari. Tiada yang khusus aku tetapkan tapi akan aku dapatkan sesuatu yang praktikal sifatnya. Aku tak mahu drill dinding lagi berbanyak lubang tapi manfaatkan yang sedia ada. Lagi banyak drill makin berserabut jadinya. Target mencari board yang kecil yang boleh dilekatkan pada dinding. Dalam rayau rayau mencari terpandanglah akan sekeping papan yang aku angkut balik ni diatas para. Ketuk ketuk, padu bunyinya. Papan bervarnis dan berkeadaan baik dan tiada tanda dimakan anai anai. Then, selesailah pencarian. Just nice gitu.


Terbaik...fantastic, good job Zack

Selesai Asar, segeralah aku keluarkan cordless drill yang lama bebenar tidak digunapakai. Well, tiada keperluan. So aku check dan test akan lithium battery-nya, kelihatan conditionnya masih mantap. Sekejapan sahaja siap. Tak-lah berpenat penat menebuk 'extra' lobang. Add dua skru berjarak atas papan tu untuk disangkutkan 4-Gang power adaptor. Kemas beb macam profesional carpenter punya kerja apa. Di tiktok digambarkan akan sliding casing akan 4-gang power adaptor ni which aku turut terpancing membelinya. Cuma kelemahan ketaranya, bila lama dan tak mampu tampung berat dengan clipnya yang pendek, sering jatuh ke lantai. So, aku kena improvise agar ianya kekal statik senantiasa.


Berkemahiran jugak aku ni, seolah ada 'magic' touch. Sentuh apa apa, wish apa yang dikehendaki...terhasil apa yang dibayangkan.




Monday, September 7, 2026

Terkezut kita

 07 SEPTEMBER 2026, 01:34 PM


Terkezut kita


Semalam, ketika dipetangnya hari menghampiri Maghrib, lovely memaklumkan 'makan luar' lepas solat. Aku tertanya tanya, siapa yang nak belanja ni. Dimaklumkanlah yang anak Nyah-nya yang koret hendak belanja makan. Diberitahukan yang dia baru dapat 'gaji' setelah sebulan bekerja dengan 'JnT'. Respond aku seketika itu, alhamdulillah. Tentunya kalau ditanyapun, 'on tak on... kita kasi on-lah'.


Mungkin dah terniat berhajat hendak belanjai kedua orang tua-nya hasil gaji dari bekerja 'sementara' dengan syarikat penghantaran barangan ini. Syarikat baru yang makin dominan menyaingi kehebatan shopee Xpress. Malah mulai meninggalkan jauh dibelakang akan Poslaju, Gdex, Lalamove dan beberapa pengendali lainnya.


Tentu sahaja kita terharu akan hasrat hendak belanjai kami. Kita tidak memaksa. Sure, memang tak terlintas langsung. Agaknya dia mencontohi abangnya yang kalau balik bercuti dari Johor sering dan kerap mengajak aku dan mamanya serta dia  untuk 'eating out'. Tempat yang ditujui pun bukanlah calang calang tempat. Western dan port makan yang gah dan sekali masukpun above RM150 dah tentunya tak lari.


Mamanya memilih untuk ke Ibrahim Satay di Semabok bila disuruh pilih port makan. Diperjelaskan segera yang satay disana agak sedap  berbanding tempat lain. Mungkin tak mahu demand lebih lebih. Pasti bermuslihat alasan yang diberi. Rasanya tidak mahu sampai membebankan. Aku pula seperti biasa, mengikut sahaja. Tidak mahulah berbantah berbalah biarpun rasa macam nak cuba makan kat kedai lain. 


Berbual kosong sementara menungguin 'order' sampai. Tak ada 'topik' yang serius diperkatakan. Lebih kerap memasing intai phone memasing. Sekali sekala exchanging pertanyaan dan luahkan pandangan akan hal yang remeh dari apa yang trending di-view sesama akan vtt or youtube.

As seadanya...alhamdulillah


Sampai pesanan, terus nikmati makanan yang terhidangkan. Rezeki nikmati hasil titik peluh anak dihargai dan disyukuri olehku. Aku mendoakan kehadrat Illahi agar dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. Juga agar dijauhkan dari segala mara bahaya dan petaka.


Ameen Ya Allah, Ameen Ya Rahmaan, Amin Ya Raheem.


Wednesday, September 2, 2026

Banyak nak dikhabaukan

Wednesday, 02 September, 2026 @11:41am

Banyak nak dikhabaukan

Seharusnya semalam lagi aku dah duduk duduk kat verandah melayankan kisah kisah semasa dan kenangan untuk didokumenkan. Memang minat aku mahu menulis apa yang aku mahu perkatakan saat semasa ini. Namun disebabkan beberapa kekangan, garang nau hendak merakamkan 'peristiwa' yang melingkungi diri, ianya terpaksa diabaikan.


Main reason-nya, setelah terkejut akan pemergian 'laki' sepupu orang rumah kat Batu Gajah, perancangan awal bersemangat mahu laksanakan terpaksa ditunda. Selesai menziarah dan bersolat jenazah, aku sendiri mencadang dan bergerak mendapatkan duku sekitar Muar. Rasanya dah berminggu jugalah tidak menjamahnya. Ke hulu ke hilir, badan mulai dedau. Ditambahi pula membelasah duku yang 'freshly plucked' dari kebun, bukanpun banyak cuma seco'et jer, perut terasa uneasy, mengeras tetiba macam orang kena kembong perut gitu. Mood hendak berkarya terpaksa dilupakan.


Sejak sebelum 31/08/2026, banyak kejutan aku alami. Mahu sahaja seketika itu ingin aku luahkan rasa dan perasaan. Tapi dek kerana tidak statik dirumah dan cuma boleh fokus bilamana dirumah dan comfortable lagi jika di 'bilik gerakan', kesesuaian masa dan keletihan tidak memungkinkan untuk berkarya. Berita mulai membayar ansuran bulanan rumah dari orang rumah, penyerahan 'amplop' dari menantu, both-nya on 30/08 dan juga pemakluman Yusree sendiri akan tempat dia buat 'intern' di Kapar membuatkan aku lega bersyukur atas Anugerah pemberian-Nya.


Hampir serentak kehadiran berita yang mententeramkan fikiran. Tetiba macam tidak kecukupan masa. Terhalang dari satu perkara ke satu perkara yang lain. Tentunya aku harus menyantuninya dengan sehabis baik. Pun begitu, fokus mahu mencatat setiap hal yang aku alami dan lalui tidak pernah terabai.


First thing first. First and foremost adalah 'jangkaan' aku akan janji yang dikhabarkan. Aku pada awalnya agak curiga. Berharap takutnya akan tinggal harapan yang pastinya akan mengecewakan. Walaupun aku tidak take it 'lightly' mahupun 'seriously', bagi aku kalau ianya benar benar jadi kenyataan, ianya harus aku syukuri. 


Akhirnya, semalam, dia melunasi ansuran bulanan. 01/09/2026 adalah tarikh 'keramat'.Aku sepatutnya malu pada diri sendiri. Aku tidak mahu membebani didirinya akan bebanan yang seharusnya akulah orangnya yang dipertanggungjawabkan. Kesediaan membantu hasil 'penceritaan' yang superb oleh mama-nya begitu mengharukan. Apalagi yang patut aku panjatkan kepadaNya selain dari ucapan alhamdulillah dan bersyukur penuh yakin akan anugerah limpahan rezeki terhadap kami sekeluarga.


Aku tidak berani mengatakan malah amat berhati hati agar apa yang dianugerahi ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Moga moga perjalanan hidupku di hari 'muka', diberkahi. Terhindar dari berkeluh kesah akan hal yang buruk dan bukan bukan yang tidak berlaku lagi. Memang sifat aku mudah menjadi 'takut' tidak terdaya hendak melawan andai ditakdirkan sebegitu.

Monday, August 31, 2026

Merdeka 69

Monday, 31 August 2026, 10:26am

Merdeka 69

Ketika aku sedang membersihkan meja 'patio' aku ni, tetiba terdengarkan bunyi kuat engine kapalterbang di ruang udara atas Taman Bukit Katil. Makin lama makin kuat. Tengah terbongkok bongkok mengelap meja yang hancing lekit dengan tompokan kekuningan percikan air kencing kucing jiran sebelah membuatkan aku, stop for a while. 

                                                     Ooo...ni ghupernya yang buat bising.

Apa ke hawau pepagi... bunyi bukan main bising ni. Keluarlah aku menjengah. Nampaklah ekor kapalterbang besar gedabak tiga biji, jenis pengangkut. Patutpun bukan main bising lagi. Sebelum tu, kedengaran bunyi yang membingitkan tapi sekejapan sahaja. Pastinya datang dari fighter jet. Baru teringat aku. Hari ni hari kemerdekaan. Ada parade kat Klebang, katanya. Patut lerr.


Hampir terlupa lak aku pasal independent day. Diperingkat usia cenggini, sambut menyambut merdeka ni sudah dikira lama berlalu. Tiada apa yang hendak dibanggakan. Lahirpun lepas 7 tahun 'peristiharan kemerdekaan'. Tidakpun terlibat secara langsung gembleng tenaga untuk memerdekakan negara. Adalah lebih penting buat generasi lepas merdeka mengalas memikul tanggungjawab dan bebanan sebagai sebuah negara yang 'baru' merdeka. 


Ya, masa zaman sekolah dahulu, kedatangan 31 Ogos setiap tahun memang amat ditunggu dinanti nantikan. Selain ianya 'public holiday', acara perbarisan serta aturcara dari awal hingga akhir akan disaksikan secara langsung di peti tv memasing. Awal pagi lagi sudah melekap kat depan tv. Tak mahu terlepas. In fact, apa sahaja aktiviti atau tugasan yang biasanya dilakukan, ditangguhkan kalau boleh seketika dan mana yang mungkin terus dianjakkan ke lain hari. Mana yang tidak dapat dielakkan, haruslah diselesaikan seberapa segera yang boleh, biasanya kalau bapak yang suruh. Menonong pergi buat. No excuse.  Semua ini semata mata tidak mahu terlepas menyaksikan siaran langsung. Dulu mana ada 'youtube' beb. Kalau masa tu dah ada, tak perlulah bersusah susah. Boleh sahaja view it during our spare time. Tak perlu nak lorat lorat.


Seiringan dengan peningkatan usia dan kini dah masuk kedalam golongan 'warga emas', everything pasal merdeka dan apatah lagi sambutan merdeka tidak mengujakan. Normal dan biasa biasa sahaja. Nothing to shout about. Lebih memikirkan situasi diri pasal kesihatan, pasal financial dan terlebih penting amat 'concerned' bab bekalan hendak dibawa pulang. Cukup ke tidak, bangkrup merana tanggung derita atau berbahagia nikmati 'anugerah' Allah swt buat selamanya.


Guess what... nobody knows but firmly believe that there is something exclusively for ownself. Semua orang berharap yang baik baik. Tak gitu bro.