19 SEPTEMBER 2026, 12:14
Cepatnya sampai...
Seingat aku, semalam aku ada order satu power bank 20000mAH for the price of RM22.99. Currently aku menggunakan milik anak aku yang tak digunakan dan lying idle bergelimpangan begitu sahaja. Aku gunakanlah ia 'on and off' bilamana aku pakai tablet. Dah banyak minggu aku gunakan. Tablet Samsung dan HanZhong ni pula bila dah sering diguna, mungkin selalu amat charging dan effect wear n tear, batterinya mudah depleted. Pernah juga aku rayau rayau kat MR DIY di Melaka Mall, harga untuk powerbank 20000mAH, biasanya diatas RM60. Besar gedabak lak tu. Manakala yang 10000mAH hanya around RM20 ke RM30 sahaja. Masa tu belum berhajat lagi mencari yang baru lagi powerful. Tiada keperluanpun.
Tidaklah mendesak sangat berajat memiliki powerbank bersaiz besar berpunca dari tablet yang kerap kena charge. Biar dah charge penuhpun, duration kegunaannya sekejapan sahaja. Tidak sampai sejam dah terpadam. So, aku manfaatkanlah powerbank yang ada berbrand Pineng. Since ianyapun 'barang' lama, maka conditionnya tidak berapa bagus, al-maklumlah.
Namun yang initiate aku mendapatkan yang baru berpunca dari kerapnya vtt memasuki fyp aku. Kejap kejap muncul bilamana aku buka tiktok. Bermacam model dan attractive harga diwar-warkan oleh content creator cum influencer mahu menjual produk mereka. Dari satu jenis/brand appeared ke lainnya dengan macam macam gimmick mereka buat. Satupun tak lekat pada pemerhatian aku. Cumanya, yang satu ni brand ni yang entah macamana boleh minat lak. Brandnya pun pelik, 'Power-Box' berkapasiti 20000mAH. Harga lak terjangkau. Langsung aku tekan order dengan memilih warna 'purple'. Yang dipromosikan berwarna kuning menyala terserlah, tidak berapa sesuai memilikinya. Aiman tak kisah pasal brandnya. Apa yang lebih aku pandang adalah harga yang mereka 'offer'. Terjangkau dengan harga dan akupun boleh kompromi dengan kualitinya. Taklah aku expect yang ianya akan elok selamanya. Slogan 'ada rupa, ada harga' - lah seolah aku mempersetujui.
Dalam jangkaan tibanya selepas aku buat pesanan, dijangkakan pada 20/09 paling awal atau lewatpun pada 21/09 bersamaan hari Isnin. Aku taklah kisah sangat bila sampainya. Namun, ketika aku berlenggeng sambil layan youtube didesktop dalam bilik, orang rumah memaklumkan akan ada 'parcel' untuk aku sampai. Aik, setahu aku, hanya baru semalam aku buat pesanan. Tak mungkinlah, pagi ni sekitar 11:50am dah sampai. Aku bertelingkah sendirian sambil mengenakan t-shirt. Mungkin boleh jadi juga. Tidak mustahil dan ianya boleh berlaku. Aku bergerak bergegas ke arah laki umairah yang tercegat kat verandah rumah. Melihat dari bungkusan kecil comel maka dah agaklah pastinya powerbank yang aku order sekitar pagi Jumaat semalam.
Perrhh...cepat tibanya.
No comments:
Post a Comment