Wednesday, September 2, 2026

Banyak nak dikhabaukan

Wednesday, 02 September, 2026 @11:41am

Banyak nak dikhabaukan

Seharusnya semalam lagi aku dah duduk duduk kat verandah melayankan kisah kisah semasa dan kenangan untuk didokumenkan. Memang minat aku mahu menulis apa yang aku mahu perkatakan saat semasa ini. Namun disebabkan beberapa kekangan, garang nau hendak merakamkan 'peristiwa' yang melingkungi diri, ianya terpaksa diabaikan.


Main reason-nya, setelah terkejut akan pemergian 'laki' sepupu orang rumah kat Batu Gajah, perancangan awal bersemangat mahu laksanakan terpaksa ditunda. Selesai menziarah dan bersolat jenazah, aku sendiri mencadang dan bergerak mendapatkan duku sekitar Muar. Rasanya dah berminggu jugalah tidak menjamahnya. Ke hulu ke hilir, badan mulai dedau. Ditambahi pula membelasah duku yang 'freshly plucked' dari kebun, bukanpun banyak cuma seco'et jer, perut terasa uneasy, mengeras tetiba macam orang kena kembong perut gitu. Mood hendak berkarya terpaksa dilupakan.


Sejak sebelum 31/08/2026, banyak kejutan aku alami. Mahu sahaja seketika itu ingin aku luahkan rasa dan perasaan. Tapi dek kerana tidak statik dirumah dan cuma boleh fokus bilamana dirumah dan comfortable lagi jika di 'bilik gerakan', kesesuaian masa dan keletihan tidak memungkinkan untuk berkarya. Berita mulai membayar ansuran bulanan rumah dari orang rumah, penyerahan 'amplop' dari menantu, both-nya on 30/08 dan juga pemakluman Yusree sendiri akan tempat dia buat 'intern' di Kapar membuatkan aku lega bersyukur atas Anugerah pemberian-Nya.


Hampir serentak kehadiran berita yang mententeramkan fikiran. Tetiba macam tidak kecukupan masa. Terhalang dari satu perkara ke satu perkara yang lain. Tentunya aku harus menyantuninya dengan sehabis baik. Pun begitu, fokus mahu mencatat setiap hal yang aku alami dan lalui tidak pernah terabai.


First thing first. First and foremost adalah 'jangkaan' aku akan janji yang dikhabarkan. Aku pada awalnya agak curiga. Berharap takutnya akan tinggal harapan yang pastinya akan mengecewakan. Walaupun aku tidak take it 'lightly' mahupun 'seriously', bagi aku kalau ianya benar benar jadi kenyataan, ianya harus aku syukuri. 


Akhirnya, semalam, dia melunasi ansuran bulanan. 01/09/2026 adalah tarikh 'keramat'.Aku sepatutnya malu pada diri sendiri. Aku tidak mahu membebani didirinya akan bebanan yang seharusnya akulah orangnya yang dipertanggungjawabkan. Kesediaan membantu hasil 'penceritaan' yang superb oleh mama-nya begitu mengharukan. Apalagi yang patut aku panjatkan kepadaNya selain dari ucapan alhamdulillah dan bersyukur penuh yakin akan anugerah limpahan rezeki terhadap kami sekeluarga.


Aku tidak berani mengatakan malah amat berhati hati agar apa yang dianugerahi ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Moga moga perjalanan hidupku di hari 'muka', diberkahi. Terhindar dari berkeluh kesah akan hal yang buruk dan bukan bukan yang tidak berlaku lagi. Memang sifat aku mudah menjadi 'takut' tidak terdaya hendak melawan andai ditakdirkan sebegitu.

No comments: