Thursday, September 10, 2026

Tanpamu ... Tidak akan ada kami

Thursday, 10 September, 2026 @ 08:57pm 

Tanpamu ... Tidak akan ada kami

Risau dengan anak rambut yang kian menjalar, ketara lagi dibahagian side-burn, dan tangguh bertangguh dari sehari ke sehari lalu aku berpergianlah ke 'port' guntingan biasa aku. Mana lagi, Kedai Gunting Rambut Wendy lerrr. Not because of the charged price which I must admit the cheapest 'in town' but rather I feel comfortable being at that place. Ianya mengembalikan banyak nostalgia sejak sekian lama pada diri. 


Selalunya aku akan parkir dibahu jalan besar. Kelainan pada kali ini, aku masuk kekanan dan parkir betul betul dihadapan kedai guntingnya. Menonong masuk. Kelihatan oleh aku akan pembantunya, dulu amoi belasan tahun tapi kini dah dalam lingkungan 30-an. Masih bujangan pada penglihatan 'mata' aku. Tiada pelanggan seketika itu. Aku cuma cakap kat dia, gunting 'pendek' macam biasa. Of course, she understood and damnedly sure yang dia ketahui apa stylo yang aku maksudkan. Sempat lagi tanyakan boss dia, sebaya lak ngan aku, yang boss nyonya-nya itu cuti. Patut la kanchil silver sama model cam aku punya tiada ditempat biasa dia parkir. Aku take over tempat boss dia.


Memandangkan dia dah terbiasa dengan tugasan yang dia buat hari demi hari, pantas benar gerakan jemarinya bersama gunting wired trimmer dan sikat  beraksi terlihatkan bila aku renung di cermin besar terpampang, sekejapan sahaja dah selesai. RM10 sku scan QR yang dipamirkan kat atas meja. Once completed, kedengaranlah dalam bahasa cina, tak tahu-lah mandarin ke, hokkien ke atau logghat apa ker, menyatakan transaksi pindahan wang tu dah completed. Kalau kat recorded voice tu yang automatically 'berbunyi' mencarut ke apa, ia kan aje lah.


Sat aku hendak bergerak pergi, lori setengah tan Gardenia pulak menghalang. Maka duduk duduklah aku seketika di park bench yang disediakan diluar kedai gunting unisex Wendy ni. Scroll lah vtt Tiktok as passing time seketika. Macam macam ada. Sambil sambil tu menjeling kat lori Gardenia tadi. Masih belum selesai lagi. Once kedengaran sliding door lori dirapat ditutup, pengendali cum driver mulai menghidupkan engin. Lambat nau, aku berbisik sendirian. Bila dia dah mulai bergerak, segeralah aku menghidupkan kanchil dan perlahan lahan menuju ke Alai, kampungku.

Iya la tu...sampai halangi aku, dah kenapa bro!

Sampai di gazebo yang direka dihasilkan oleh Atok Sham dari bahan binaan lebihan tersedia atas arahan kak aku, berbayar tentunya, aku teringat hendak dapatkan kayu papan. Sering kelupaan bila disana. Kali ini berbeza. Menonong aku cari sekitar stor. Macam macam khazanah tersimpan tersedia. Terpandanglah sekeping papan dalam 2 kaki lebih, macam papan pintu. Sesuai, terus aku kutip dan letak bersebelahan ketika duduk santai di gazebo.


Idea mahu membuat kelainan pada bilik agar kelihatan minimalist, bak kata bebudak sekarang, dan lebih cenderung kepada save budget, maka barangan tak pakai tapi bukan barangan terbuang ya aku cari. Tiada yang khusus aku tetapkan tapi akan aku dapatkan sesuatu yang praktikal sifatnya. Aku tak mahu drill dinding lagi berbanyak lubang tapi manfaatkan yang sedia ada. Lagi banyak drill makin berserabut jadinya. Target mencari board yang kecil yang boleh dilekatkan pada dinding. Dalam rayau rayau mencari terpandanglah akan sekeping papan yang aku angkut balik ni diatas para. Ketuk ketuk, padu bunyinya. Papan bervarnis dan berkeadaan baik dan tiada tanda dimakan anai anai. Then, selesailah pencarian. Just nice gitu.


Terbaik...fantastic, good job Zack

Selesai Asar, segeralah aku keluarkan cordless drill yang lama bebenar tidak digunapakai. Well, tiada keperluan. So aku check dan test akan lithium battery-nya, kelihatan conditionnya masih mantap. Sekejapan sahaja siap. Tak-lah berpenat penat menebuk 'extra' lobang. Add dua skru berjarak atas papan tu untuk disangkutkan 4-Gang power adaptor. Kemas beb macam profesional carpenter punya kerja apa. Di tiktok digambarkan akan sliding casing akan 4-gang power adaptor ni which aku turut terpancing membelinya. Cuma kelemahan ketaranya, bila lama dan tak mampu tampung berat dengan clipnya yang pendek, sering jatuh ke lantai. So, aku kena improvise agar ianya kekal statik senantiasa.


Berkemahiran jugak aku ni, seolah ada 'magic' touch. Sentuh apa apa, wish apa yang dikehendaki...terhasil apa yang dibayangkan.




No comments: