Saturday, August 29, 2026

Joey BPR... rebah

 29 AUGUST 2026, 06:43 PM

Joey BPR...rebah

Dipetangnya hari yang kian meredup cenggini, aku makin resah sendirian. Hari ni aku lambat lak nak intai baca posting whatApps rakan sekolah. Hanya setelah selesai Asar tadi baru aku view. Ada 90 messages belum dibaca. Rupanya, ada info baru dimaklumkan. 

Kebiasaannya, early morning, message yang dihantar berupa ucapan 'salam' solely initiated by Md Nor dan jawabnya yang berderet muncul berselang. Tapi untuk hari ini dikhabarkan juga akan sebahagian rakan sekolah update tentang pertemuan ziarah ke rumah Said Deraman yang terkena musibah. Bonding rakan sekolah still strong buat sekelompok yang akrab.

Tapi yang paling memberi kejutan adalah vokalis BPR iaitu, JOEY, rebah meninggal bila selesai dendangkan 2 lagu di pentas. Sesuatu yang luar jangka. Sihat boleh bergerak berjalan tiada sebarang 'tanda' namun boleh mengakhiri hayat sedemikian rupa. Tq kat Azman Sagap aka 'coco' yang buat breaking news seawal pagi gak. Follow suit dari rakan lain up-kan condolonces yang pelbagai but with universal similar message.

Banyak laporan di media digital memaklumkan hal ini. Rujuk...Joey BPR rebah... for details.

Terasa berapa dekat rapatnya antara hidup dan mati. Tiada yang membatasinya baik dari segi masa tibanya, dimana tempatnya dan cara apakah dimatikan. Memang tidak terjangkakan. Hadirnya sepertimana yang aku pernah ungkapkan, can be at anytime and at anywhere. Bersedia ataupun tidak oleh kita, tiadanya kompromi. Mana mungkin boleh merayu bertangguh ke sekian sekian masa. 

Harus terima realiti ini. Kita tiada kuasa tapi Dia-lah Yang Amat Berkuasa. Dia jugalah yang Amat Mengetahui lagi Maha Merancang. Kita tidak akan pernah tahu akan apa yang akan terjadi dimasa mendatang. Jauh lagilah untuk menetapkan mengikut apa yang dimahukan.

Thursday, August 27, 2026

Makcik tak ikut...

27 AUGUST 2026, 23:49

Makcik tak ikut...

Sekitar dalam pukul 2 petang tadi, ketikanya aku gerak keluar dari Alai, kampongku sayangi, untuk balik ke Bukit Katil, aku singgah kat Gerai Buah Gemok di Ayer Molek. Aku tidaklah gelarkan orang sesuka saja. Tapi bilamana tuan punya diri yang 'kenal-kan' dirinya as Gemok maka aku sekadar turuti sahaja. Hasrat hati teringin hendak pekena goreng pisang 'nangka' untuk menu malam nanti.

Selesai aku bersarapankan cempedak goreng dan gesaan untuk 'berak' macam tak mau datang dan ditambahi pula tugasan menghantarkan kuih tempahan ke Ita Solok Gaung, maka abaikan sahaja 'penantian' untuk ke jamban. Seingat aku pada Isnin pagi, ketika itu hujan melebat tetiba menyampai kat kedai makan bersambung dengan rumahnya. Aku pula tidak membawa payung. Kuyup aku ni untuk turun menyerahkan 'karipap' dan kuih rengas. Dia memberi 'signal' dengan mendepakan telapak tangannya seolah menyuruh jangan keluar dari kereta. Seketika kemudian, anaknya datang berpayung sambil ditangannya memegang duit 'merah'.

Bila dia menghampiri, aku pula menyuruh anaknya itu ke seat belakang untuk angkut frozen karipap dan menu baru, kuih rengas. Bila sahaja dia membuka pintu belakang, akupun cakap, maaf ya...pakcik tak ada payung dalam kereta. Dia angguk dan menyerahkan RM22.50 dan spontanlah ucapan terima kasih aku 'hambur'kan. Selesai urusan, aku bergerak keluar dari Solok Gaung. In my mind, ke Alai datang berziarah lagi. Automatically aku memandu ke destinasi yang disasarkan.

Sesaja berborak kosong. Serampang dua mata. Datang berjengah sambil lihat keadaan dirinya. Tak pulak aku bawa 'buah tangan' bersama. Mungkin dia pun faham. Hampir ke tengahhari lah juga bersantai di gazebo. Kemudian mohon untuk beransur pulang. Tergerak lak hendak singgah beli pisang buat juadah sebelah malam. Aku mintalah si Shah Affandy alias Gemok timbangkan aku pisang nangka sesuai untuk digoreng. Dia rekomen sesisir dan terus aku bayar harga yang dia tetapkan. Segeralah aku berrlalu pergi.

Singgah lak kat Family Mart TPI mendapatkan barangan yang dipesan suruh beli. Masa hendak buat pembayaran, ramah pulak cashier menegur menanya, 'Makcik tak ikut...'. Terpanjat boboy. Wah... camni tak leh nak 'try', aku berseloroh mengusik. Tersenyum tersipu sipu dia. Since dia yang beri bola tanggung, aku layanlah bertanya. Dia maklumkan yang dia asal orang bukit rambai tapi duduk kat PD(paya dalam), berkahwin dengan orang sana. Belum ada anak lagi. Aku respond kat dia agar bersabar dan kerja rajin rajin. Terlanjur ramah gitu, aku mintalah izin berselfie. Mahu lak dia. Kira sporting gak. Sempat lagi aku send gambar Dak Nadhirah kat 'lovely'


Sihat bugar orangnya


Perjalanan hidupnya bagi pandangan aku, mungkinlah baru bermula. Tak kisahlah apapun kerjaya. Apa yang penting sesama saling hormat hormati. Kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku dimasa mendatang. Didoakan agar dia yang mengenalkan dirinya sebagai Nadhirah dan pasangan hidupnya yang pasti dicintai berbahagia sampailah ke penghujung usia.

Tuesday, August 18, 2026

Shopping spree turns to shopping rampage

Shopping spree turns to shopping rampage

Tuesday, 18 August 2026 @ 11@07am

Semalam, bersarapan pagi di Infasha Bukit Katil di ajakin sama 'lovely', aku melelau-lah minah majid di sekitaran vicinity. Konon mahu mencari pisang 'nangka' buat gorengan minum kala malam nanti. Port yang sering dikunjungi adalah kat kedai gemok berdepan dengan SK Ayer Molek, betul betul ditepi jalan sebelum sampai jambatan rentasi sungai 'Duyong'.

Lepas bersarapan kalau-lah dirumah, dia tentunya dah bergolek sambil nonton youtube sampai 'lelap' dragged hingga ke tengahhari. Itulah routine hariannya dirumah. Sedangkan aku, lepas sarapan, lek lek sambil buat nukilan merapu di verandah nungguin time untuk masuk jamban. Berak lerr. It's just satu kebiasaan.

To be more precise, lepas aku mandi dan mengenakan pakaian, aku sedut 2 'puff' Spiolto dan selang sepuluh minit gitu barulah bersarapan. Selesai makan juadah pagi, aku beralih tempat duduk di verandah pula. Kalau tak sambung baca autobiography, terkini 'The size of the world' of Jeff Greenwald, aku capai nota ringkas pasal grammar Arab yang aku pelajari secara kendiri bagi kekal ingati akan 'lenggok' bahasa Arab dan kalau datang mood mahu berkarya, aku akan 'on'-kan chrome book 'Samsung' secondhand pembelian via Shoppe for the price of RM89.00 yang senantiasa ada diatas patio table. Tak menang tangan aku kalau nak layan ketiga-tiganya serentak. Ikut kesesuaian. Begitulah hari hari sehinggalah Abang Jamil 'mamposs', bak kata Cik Rohani si nombor 3.

Pasal dah terlanjor bersarapan diluar, dan memang rancang nak rayau cari pisang untuk digoreng for sarapan malam-nya, tak kisahlah nangka ka, tandok ka, pisang raja ka atau nipah, whatever yang ada seketika itu maka itulah juga yang akan aku beli.

Namun bila menghampiri ke persimpangan Duyong-Bkt Baru, aku kekal berada di lorong sebelah kanan. By right, aku sepatutnya beri signal ke kiri dan masuk susur kiri untuk ke Duyong. Wife segera bertanya, 'nak ke mana...'. Aku balas singgah Alai jap, jengah berziarah. Dia diam dan seketika kemudian bilamana dah hendak membelok ke kanan masuk ke Kandang di AMJ kat Jembatan Duyong, dia mencadangkan untuk bawa-lah juadah sarapan bersama. In split second aku terbayangkan gerai Hssan Mee rebus kat padang temu. Cecepatlah aku membelok masuk ke jalan kampong tambak sebelong, jalan pintas, ke padang temu. Aku berharapkan Hassan mee rebus beroperasi pagi ni. Ada 'rezeki'. Dari kejauhan, terlihatkan banyak kereta parkir di bahu jalan menandakan dia berniaga.

Berdiri aku betul betul tempat Abg Hassan berdiri beraksi merebus mee tapi kini diambil-alih oleh anaknya, aku seketika itu jugalah menalipon kakak tunggal aku. Mulanya ke phone dia tapi tidak berjawab. Bukan sekali tapi 2 kali rasanya. Bukan apa, kalau tiada dirumah, membazir kalau beli tapi tiada orang hendak makan. Aku cuba-lah pula call talian tetap...06-2687034. Pasal dah terbiasa maka automatically-lah tangan ni menyentuh screen. Tidak silap aku...baru perasan...ni no. tetap rumah ni. La patutlah 'tiada dalam perkhidmatan'. Bila aku search 'alai', maka appeared-lah nombor Alai. Cepatlah aku buat call dan segera pula diangkat ganggangnya. Aku segera tanya nak pasti ada atau tak kat rumah lalu cadangkan menu 'mee rebus'. Kata kakak aku ... okay...boleh. Immediately aku maklumkan kan anak Pak Hassan untuk bungkuskan 2 mee rebus.

Singgah sejak zaman bujang lagi



Sambil menanti menyiapkan, aku scan-lah QR code yang dipamirkan buat pembayaran. Aku melihat kecekapan dia mengendalikan operasi menghasilkan mee rebus saling tak tumpah skill macam bapak dia. Pastinya, lepas bapak dia berpuashati akan teknik kaedah yang betul dan capai 'par' standard yang disyaratkan, maka agaknya barulah dia membenarkan si Alif Hazreen ni ambil alih 'legacy' untuk dipertahankan selagi mampu. Sempat lagi bertanya akan keberadaan ayahnya. Katanya, dia dah tak berapa sihat sekarang ni. Dah dekat tiga tahun saya ambilalih perniagaan dia. Aku rangsanglah dia, buat yang terbaik...ikut macammana ayah kau dulu buat ya. Dia senyum ajerr. Siap, akupun tekan amount RM12.00 dan tunjukkan transaksi yang dah complete ke arahnya. Selesai, apalagi...blah la.

Sampai kat alai, kelihatanlah abang Razak dengan kakak di penjuru halaman. Abang Razak tengah mesin rumput yang 'segar' merimbun panjangnya dengan kakak aku tengah mengaut rumput berselerakan mengemas. Adalah dalam setengah jam berborak bercerita yang bukan bukan. Lebih mendominasi adalah lovely dengan kakak aku. Aku sekadar menyampok menambah 'perisa' as to keep the conversation momentum. Hampir ke tengahhari, abang Razak pun stop-lah mesin berehat di meja batu berkerusi empat, sambil kakak aku mengambil piring dari dapor hidangkan sebungkus mee rebus dibahagi dua kedalam dua piring. Aku subsequently, minta izin untuk balik pasal dah lama 'lepak'. Apa yang pasti, pasal ada tempat lain yang hendak dituju. Itu yang sebetul sebenau-nya.

Destinasi seterusnya tentulah ke kedai gemok. Jalan menuju kekedainya agak lenggang. Budak sekolah belum keluar lagi untuk tahap 1. Mungkin dalam 12:30...sesaklah. Tapi deretan kereta mak ayah depa semua dah memanjang berbaris dikedua dua arah berdepan dengan pintu pagar sekolah. Untung budak budak sekarang ni. Pergi berhantau , balik berjemput. Kalau tak pandai nie...tak patut. From a distant, dah nampak banyak sisir pisang untuk 'ratah' ranum dan untuk tujuan goreng bergantungan. Himpit tepi-lah aku. Segeralah lovely keluar memilih sambil aku ingatkan untuk ambil sekali pisang untuk di-ratah.

Time nak bayar, katanya line 'slow'. Pasal tak mahu bertangguh, aku longkah pulak keluarkan phone dan minta si Gemok @ Shah unjukkan kad QR kepada aku yang duduk di seat pemanduan. Sekilas terpandangkan nama yang tertera, aku terus sakatlah dia, fuyooo...penyanyi 'lama' terkenal gitu. Dia blurr mungkin tak kenalpun siapa tu Shah Effendy. Saja sekadar selingan. Terus aku scan QR account atas nama dia, owner kedai, budak lagi tapi telah ambil alih business bapak dia. Tentu juga atas faktor usia diserah dikendalikan oleh anaknya pula. Kopak another RM24.00.

On the way hendak balik ke 'markas', aku cilok masuk ke deretan kedai kat Taman Pengkalan Indah @ TPI. Even dalam perjalanan pulang tu, aku hendak pekena aiskrim 'calong' yang tertangguh. Ketika itu, lepas bersarapan di Seri Bahagia, bergerak menuju ke Mydin Taman Rini, JB membeli bahan yang tidak ada untuk mee hoon tomyam. Anak Nyah nak makan sebelah malam nanti. Masa di Mydin, ucop dari tempat kerja barunya menalipon mamanya bertanyakan berada dimana kerana budak yang hantar mesin basuh dah ada didepan rumah. Cepat nau, aku dipersalahkan. Manalah nak tahu dia akan hantar bila. Semalamnya, pada petang Ahad 2 Ogos, 2026, keluar mencari washer baru. Pihak kedai akan hantar ke rumah pada petang Senin, kalau ikut perancangan. So, bagi aku, tidak clash 'time' kerana keluar sekejap pun dan sampai sebelum 1:00 petang. Maknanya, dia yang tercepat hantar. Maka bergegaslah balik lepas beli bunga kantan yang tidak kedapatan masa singgah di Midas Mart lepas beli mesin basuh.

Aku dah plan, lepas beli barangan kat Mydin, singgah duduk duduk santai depan kiosk mixue berhampiran main entrance sambil saling menjilat aiskrim vanilla/chocolate. Rupanya tak kesampaian sehinggalah ke tengahhari 17/8 pula. Akhirnya hajat tertunai. Dapatlah rasa cuma satu flavour sahaja terjual seketika itu. Nikmatinya dalam kereta, ajak duduk kat dalam kedai dia tak mau. Aku mengerti kepayahan hendak melangkah masuk dan sekadar berpuashati beraircond dalam kereta cuma.

For the two of us...



Habis sorang se-calong, bergerak baliklah ke rumah. Dalam pemanduan, aku kehairanan sendirian. Kenapa aku begitu 'pemurah' lak hari ini. Belanja sakan. 3 transactions gunakan QR berselang berjarak dalam 2 jam sahaja. Macam tengah mengamok berbelanja sakan. Tak kodokut.

Ada 'sesuatu' for me...soon. My instinct dan dapat aku rasainya tapi tak ketahuan 'apakah itu' dan bila bakal terjadinya.





Baru dapat... @ 18/08

18 AUGUST 2026, 01:40

Baru dapat... @ 18/08

Alhamdulillah... dah masuk. Teruja sangat mahu menukilkan sesegera mungkin. Akhirnya benda yang telah diviralkan sejak minggu lepas dan menjadi semakin hampir di hari Selasa ketikanya aku ke Muar berhajatkan 'Duku Tg Rimau' dan diperbetulkan oleh penjual buah tepi jalan, Cina lagi, 'Tg Gading' terjadi pada diri. Aku lewatkan seketika sehingga habis video harfiah al-baqarah untuk ayat ke-41 & ke-42 yang tinggal beberapa minit lagi dari video berdurasi 1:05:02 keseluruhannya yang sedang aku ikuti.

Aku berhenti seketika kebilik air. Mengambil wudho'. Capai phone sesaja mahu ketahui akan baki buat permulaan hari baru, moga ada 'sesuatu'. Maka aku gegatalkan diri view 'balance' kat BIMB buat hari ini seawal 12:58am lepas ke bilik air mengambil air sembahyang untuk berehat beradu, terkejut 'beruk' sekejap. Tak sangka akan apa yang aku lihat. Pastinya atas agakkan aku, when the clock ticks 12:01, automatically baki bertambah.

Sesuatu yang dah diviralkan sejak minggu pertama August lagi membuatkan mungkin hampir kesemua 5.3 juta penerimanya berkeadaan tidak tentu arah. Banyak lak influencer atau pepengaruh sosial menyatakan dengan yakin penuh pegharapan yang wang 'bantuan' akan dikreditkan ke akaun penerima seawal minggu pertama Ogos. Maka buat mereka yang layak mendapatnya tentulah ternanti nanti. Namun dari sehari ke sehari lepas pemakluman dari pelbagai sumber dan diviralkan pula diplatform TikTok, lagilah membuatkan keresahan yang merimaskan. Selagi mana belum menerima, tahap keresahan makin meningkat.

Konon kemudiannya dikhabarkan dan 'masih' dianggap khabar yang dipercayai, ianya akan dimasukkan ke akaun memasing pada 12/08/2026 secara berperingkat. Siap bagi masa lagi dimana selewat lewatnya pada 9:30pm malam, penerima boleh memeriksa akauan memasing. Dalam hal hal seperti ini dan sesuatu yang amat diharapkan tidak boleh dibuat sesuatu yang 'main-main'. Bahaya beb. Senang sangat akan memercikkan 'api' kemarahan golongan marhaen.

Akupun turut sama risau. Sebabnya ketika singgah berziarah kakak aku di Alai, teruja dengan tarikh 12/08, aku dengan penuh 'confident-nya' maklumkan yang duit 'bantuan' akan masuk dalam bank hari ini. Nanti lepas 9:30pm dah boleh beratur kat ATM. Aku sekadar melayarkan apa yang aku tahu yang makin tersebar di media sosial. Kalau salah, malulah aku. Kalau betul, sekurang kurangnya aku sebarkan perkara yang benar. Harap harap... harap haraplah ianya bukan sebaliknya.

Sejak dari 12/08, setiap hari kekadang hampir setiap jam during 'business hour' aku periksa balance bank BIMB, sebagai akaun penerima bantuan. Hampa setiap kali aku melihat jumlah baki yang tertera. Tidak berputus asa, kerana phone senantiasa di tangan. Andailah, tiadanya kecanggihan cenggini dialami, mungkin keraplah aku singgah menjenguk kat dinding bank, mana mana bank yang berkesempatan bertanya khabar di ATM mereka.

Sekarang cukup mudah. Tergerak, on-kan saja smartphone dan clicks kat apps BIMB. Terus check current balance. Senang mudah, jimat masa. Sambil duduk duduk di verandah, minum air mineral 'sejuk' dari mini bar, dah boleh view baki terkini. 

Sukar hendak menjangkakan. Tapi tindak tanduk aku pada siang tadi yang berbelanja sakan dirasakan sedikit anih. Jarang aku berperangai sedemikian. Rupa rupanya ada kejutan.

Apa lagi yang patut aku ucapkan...Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat-Nya.

Saturday, August 15, 2026

Kemalangan boleh berlaku at any time kat mana mana


Kemalangan boleh berlaku at any time kat mana mana

Saturday, 15 August 2026 @ 2:18pm


Sejak semalam lagi aku maklumi 'lovely' hendak mencari nenas 'masak' lawankan dengan sepat masin. Macam dah kat 'tekak'. So, lepas bersarapankan 'karipap sardin' yang aku request bilamana Ita Solok Gaung buat order pada petang semalam yang dia segera menyiapkan, aku santai santai nengok tv seketika. Youtube pasal hal TH yang lelorat semua yang ada ruang untuk bersuara. Masing masing bebas mengeluarkan pandangan pendapat serta pertikaikan hal yang nampak macam tak 'clean' pengendalian samada dalam operasi 'perniagaan' pelaburan oleh pihak pengurusannya juga cara mereka yang ada intention mahu 'menyakau', bak kata PMX. 


Both side ada kelemahan. And now, memasing bergelutlah cari method yang 'terbaik' untuk keluar dari kemelut yang sendiri cari. Mana yang hotak penipu dan tak sanggup berdepan 'masalah' akan transform diri jadi 'belut'. Manakala yang keras kepala akan bertindak jadi ular tedung selar @ king cobra. Rela head ons, tak mahu mengaku. Sesuailah dengan perangainya yang perasan as a predator unggul, mengembangkan leher dengan bunyi 'hissing' sound exclusively cuma dia saja yang ada konon hendak menakutkan lawan dan aggresif menyerang dengan semburan 'bisa' mematikan. 


Selesai hajat 'melabur' dan perut berkeadaan agak selesa, akupun mengenakan pakaian 'kebiasaan' aku, berseluar panjang yang dah lusuh, dengan kemeja lengan pendek yang dibeli time jualan murah sempena ubahsuai Aeon Melaka beberapa bulan lagi sebelum aku bersara 'mandatory' yang juga mulai pudar warna. Malu...apa lak nak malu. Barang milik aku, aku belilah bukannya mencuri. Apa lak nak malu. Peduli-lah pada cakap cakap orang.


Memandu santai-lah aku ke kedai SoonSoon di Duyong. Mencari ikan sepat masin 'lambak', pilih ikut saiz dan freshness yang terlihat dari kotak peragaan didepan kedai. Semasa membelok ke kiri dipersimpangan Bkt Duyong, sebuah lori beras separuh kosong dengan kanvas lorinya dah berikat kemas elok dengan bahagian hujungnya macam 'pony' tail berjuntai berbuai buai. Aku beri laluan kepadanya sebelum aku mengekori dari belakang. Didinding lori, bagi aku-lah macam self-proclaimed jerrr...'Best quality rice' ber-font italic bold berwarna putih. Terserlah dengan dinding body lorry berwarna hijau. Ekor punya ekor, rupanya sama tujuan. Mungkin last destination menurunkan kesemua beras kampit 10kg dari lori. Stuck pulak. Dia dah masuk ke simpang ke kedai manakala aku masih di jalan utama taman. Tak bergerak pasal banyak kereta yang menyekat lori untuk masuk betul betul didepan kedai. Bontot lori ni ngam ngam lepas dari jalan utama. Arah bertentangan.


Ni rupa lori tu

                                                            

Aku ambil 'option' untuk circle blok taman dengan memandu ke simpang didepan dan membelok masuk ke first row rumah kediaman menghadap padang yang parallel dengan rumah kedai dibahagian hadapan. Aku belok kemudiannya ke kanan bilamana lori tadinya yang menyekat aku untuk sampai dan parkir kat 'mini' tok pekong yang mobile binaannya. First of all, aku jengah jengahlah akan ikan kurau masin which for me more menyelerakan dari sepat masin. Ada, tapi tinggal sedikit dan itupun macam comel comel keciknya dan berhabuk macam 'barang' dah lama. Aku abaikan. Terus langkahan aku ke spot ikan sepat masin berada. Tinggal half-full dalam kotaknya. Namun 'penampilan-nya' agak baik dan gemuk gemuk lak. Banyak isi. Bila aku sentuh, terasa sejuk macam baru keluar dari freezer. Maybe-lah diletakkan kat shelf peragaan bila mulai niaga at 10:00 pagi tadi.


Aku belek belek dan pick-up lah dalam 4 ekor. Masukkan dalam plastik transparent 6x10. Kemudian menjengahlah kat bakul yang menempatkan nenas. Banyak...tapi semuanya tidak pula berkulit kekuningan. Memang sah sah masam lagi. Tak sesuai buat gulai lemak nenas sepat masin. Melangkah masuk hendak membayar kat kaunter. Panjang lak queue. Terlanjor dah masuk dan sementara tunggukan line 'clear', aku tengok tengok lah ke shelf peragakan pelbagai biskut 'timbang'. Kalau ada 'wafer' cokelat atau coffee, mahu gak sambar sebungkus yang selalunya dalam setengah kilo. Kalau terasa macam banyak sangat, carilah yang 300gram atau yang sesuai dengan harganya. Kata nak budget.


Tetiba terdengarkan, bunyi barangan jatuh ke lantai. Bila menoleh ke kanan, hah nah kau, telur 30's sepapan yang disusun bertingkat di gondola end adalah dalam 20 papan rebah macam 'highland tower'. Mengelongsor jatuh dengan beberapa biji telor pecah di lantai simen. Budak yang menolak 'P shape hand truck' penuh dengan beras 10kg dalam 30 kampit mengeluh panjang. Dia segera minta rakannya yang berada dibelakangnya mengalihkan telur yang bersepah dilaluan menghantar beras ke setor dibahagian belakang kedai. Bahagian dapor telah di-convert jadi tempat simpanan beras pelbagai brand. Gelabah-lah dia, kena ganti balik. Mungkin kena potong gaji. Apa yang pasti kemalangan yang merugikan telah berlaku. Dalam penat penat selesaikan tugas terakhir ini, perkara yang tidak diingini pula terjadi. Kena hadaplah.


Sebijik macam ni...hand truck dia, tapi dia punya warna hijau


Aku perhatikan budak yang menolak bebanan beras dalam 30 kampit beras 10kg setiap satu ni macam sugul. Kasihan pun ada. Dalam usia awal 20-an mungkin pengalaman mengawal 'hand truck' ni agak kurang cekap melalui celahan yang sempit kopet. Agaknya 'overload' tu. Moga menjadi 'pengajaran' agar lebih berhati hati masa bertugas. Tentunya ada rasa kesal pada diri. Andailah, kalau aku berhati hati dan tidak tergesa gesa, tidaklah terjadi insiden ni. Aku biarkan saja dia dengan permasalahan dia. Tapi macam aku pula yang hadapinya.


Anak tokay yang menimbang sepat 4 ekor aku tu, memaklumkan harga yang siap ditimbangnya. RM12... . Mak aii, aku pulak yang mengeluh. Mahalnya, 4 keping RM12, bermakna sekor tu RM3.00. Mengeluh dalam hati jerr. Ikan masin pun dah tak macam dulu. Harga mencanak naik. Pasal hendak makan bebenor, terima aje lah hakikat. Masih half-way ni. Lawannya masih belum berbeli. Hendak kena rayau kat tempat lain. The only place that pop-up adalah Family Store. Aku lebih cenderung ke Melaka Mall dari ke Taman Pengkalan Indah @ TPI yang baru dibuka. 


Setibanya kat Melaka Mall, menononglah ke tempat berjualan ikan. Seharusnya pergilah ke tempat dimana nenas diperagakan. Aku tidak perlu risaukan sangat kerana banyak jenis nenas tersedia untuk dipilih. Kat bahagian ikan ni pun sama. Harga rata ratanya dah naik. Tak ada lagi yang bawah RM10/kg. Aku capai 'parang' sekor. Itupun dah RM19.99/kg. Sebelum sebelum ni dalam jajaran 14.99/kg to 16.99/kg. Turut aku sambar adalah ikan serkut sekor yang sederhana besar. Sekilo lebih juga beratnya. Biasa dalam harga RM19/kg dah lepasi RM20. Terkini harganya RM21.99/kg. Both ikan parang dan serkut ni, usually-nya, buat gulai asam pedas lerr. My favourite dish. Selagi boleh makan...makan. Jangan ditahan tahan selera tu. Ada yang kempunan.


My lunch menu for the day

Close-up lemak nenas ikan masin


Apapun dalam perjalanan pulang ke markas, memang terasa peritnya lebih lebih lagilah buat aku yang tidak bekerja berpenghasilan. Memipih sikit sikit simpanan yang tinggal berbaki sehinggalah habis. Samada tabung yang kering dulu atau aku yang pergi dulu. Wa Allahu Ak'lam.


Pastinya petang ni, dapatlah jamah makan berlauk-kan yang dihajati sejak semalam.


Jemput makan....eeemmm.

Friday, August 14, 2026

Barang 'baik' dah sampai

Barang 'baik' dah sampai

Friday, 14 August 2026 @ 5:00pm

Sejak akhir akhir ini, makin menjadi jadi lak, dari satu barang ke satu barang lain aku membelinya di platform 'TikTok' Shop. Rasanya baru hari Rabu sambil duduk duduk di kerusi 'pak wan' yang diangkut siap ber-varnis lagi, aku tergerak lak hendak membeli something. 


Asalnya, pada pagi Rabu tu, aku hendak trim misai yang dah mulai meliar panjang. Kelihatan dah tak semengah rupa aku yang handsome ni, kegilaan ramai. Perasan...dah tua dah...awak tu, tolong ingat ya. Aku bawak lah trimmer yang  aku dah beli lama ke bilik air. Baru hendak mulai, kenapa 'lemau' lak ni. Setahu aku, selesai sesi trimming saban minggu biasanya kalau tak pagi Khamis mestilah pagi Jumaat , aku akan recharge until full sebelum menyimpannya balik dalam kotak. Pelupa orangnya. Memang trimmer ni dah bermasalah tapi aku tangguhkan untuk dapatkan yang baru. Jadinya sampai ke petang Jumaat dah ni, misai dan janggut aku ni tidak dipangkas kemas. Bertangguhan sejak seminggu. Click kat 'search column' yang icon-nya kanta pembesar, keluarlah pelbagai jenis dan bentuknya. Pilihlah mana yang 'nice' mengikut budget. Maka aku-pun memilihlah yang dah sampai dalam pukul 3:00pm 'lebih' tadi. Nampak lagi 'premium' dari yang aku ada. Harga pulak dalam jangkauan. Terus, tak ingat dunia, aku tekan 'order'.


Begitu jugalah dengan 'mouse & keyboard' wireless yang aku order selang beberapa jam kemudiannya juga dilokasi yang sama. Kali ini pada petangnya Rabu. Adalah dalam pukul 2 'lebih' lepas menyelak yelak ingatkan arabic grammar yang benak nau hendak melekat dalam kepala. Whatelse hendak aku lakukan selain passing 'time' dengan bermain with my smartphone. Generasi seusia aku ditahun tahun sebelum millennium tak 'menjumpai' toy cenggini. Belipun secara tidak sengaja. Aku sebelum ini dah beli 'vesa adaptor' untuk sangkut tablet pada monitor flexible stand yang terperuk bawah katil. Daripada terbiar baiklah aku manfaatkan sebaik mungkin. Nama jerr flexible tapi sukar hendak turun naikkan ikut kesesuaian. Menepati konsep 'order lain, dapatnya lain'. Why not aku make full use of it.


Entah macammana hendak dijadikan 'cerita', kerap lak keluar kat 'TikTok' at fyp aku. Memang 'depa' ada program yang boleh masuk kat sesiapa yang tengah online TikTok apps ni. Genius. Bluetooth Keyboard plus bluetooth mouse without mousepad dan pelbagai warna dengan harga yang munasabah terjangkau, macam kejadian sebelah paginya, aku langsung terbeli. Tambahan pula mouse ni tak memerlukan battery tapi hanya perlu charge sahaja. Mouse ni juga, yang lagi mengujakan, boleh diguna berasingan. Connect untuk mousenya sahaja atau boleh connect both keyboard dan mouse serentak. Sekarang ni tengah diuji oleh aku akan connectivity-nya, mesra ataupun tidak, dan se-selesa mana aku menggunakannya. So far so good. Tiada masalah lagi dikesan. Bro, okay lah tu. Bagus mana yang kau hendak...dah la beli kat TikTok, banyak songgeh lak kau ya. Kau dendiam lerr. Aku mengujinya kat bilik sekarang ni. Tak tahulah kalau kat verandah nanti, apa agaknya obstacle-nya selain dari suasana yang sedikit hangat, hingar dengan bunyi bising. Privacy tak adalah. 


Aku akan pastikan both trimmer dan bluetooth keyboard ni digunakan secara berhemah. Maklumlah dengan harga yang setara kualiti, tidak harus dilanyak cukup cukup. Rugilah aku kalau usia penggunaannya kurang dari setahun. Tak berbaloi. Kehadiran kedua items yang dipesan pada Rabu, masing masingnya Trimmer pada sebelah pagi dan Wireless keyboard & mouse pada sebelah petang amat mengembirakan aku. Apatah lagi sampainya serentak. Disaat memikirkan status 'kewangan' makin kritikal, ianya adalah penyelamat meredakan keresahan dihati. Lega dan puas. Both toys for older boy, berada ditangan, mungkin melekakan hari hari yang mendatang ni dari terlalu memikirkan hal yang tidak bersangkutan juga yang merugikan masa berrharga aku. It's better for me dalam upscaling my capabilities dalam pelbagai bidang. 

Kemei ganti Razor

Bluetooth 5.4...paling latest


Pun begitu, dalam banyak banyak hajat dan impian yang aku kira dalam jangkauan tapi macam terasa makin jauh dan perlahan lahan semakin menjauhi. Entahlah. Ianya bukanpun sesuatu yang 'pelik' dan tak pernah dibuat orang. Namun bagi aku biarpun dah lama idam idamkan sejak mulai bersara, ianya masih belum jadi realiti. Sejak kecil lagi aku memang suka dengar lagu. All sort of songs yang seusia aku membesarlah. Dari lelagu 60an, 70an, 80an membawalah sehingga 'la' ni, mana mana lagu yang berjaya tarik perhatian aku, maka akan berulang ulanglah aku mendengarinya.


Sesuatu yang berbeza, mungkinlah, dengan orang lain ialah amat menyukai lagu yang bunyi 'bass'-nya yang mantap padu. Lebih lebih lagilah yang menonjol petikan guitar bass-nya. Minat kepada bunyi bass membawa aku kepada hasrat mahu memiliki sebuah guitar bass. Sejak kecil lagi hasrat mahu punyainya. Malangnya sehinggalah ke hari ini masih tinggal impian. Masalahnya aku ni lefthanded. Kebanyakkan yang appeared di online shopping platform ni memperagakan guitar bass biasa iaitu right handling punya. Ada tu ada tapi agak 'rare'. Sejak itu aku mulai macam tawar hati. Namun akhir akhir ini, banyak lak yang turut siarkan lefthanded version. Pelbagai bentuk lak tu. Boleh pilih hendak 4 strings atau 5 strings. Buat beginner atau yang lagi advance terkini. Boleh pilih ikut budget. Rambang mata dibuatnya. Ni baru kat shopee.


4 String Left-handed Hofner Bass Mini Travel Black Electric Guitar Bass

4 String Left-handed Hofner Bass Mini Travel Black Electric Guitar Bass with Gigbag

3 Sold
icon help
RM730.67
final price indicator icon

After Voucher



Aku dah aim akan beberapa model yang mungkin sesuai buat 'beginner' macam aku ni. Beginner apa...pegang pun belum. Beli dulu lerr...baru boleh cerita lah. Relaxs bro, kalau tiada aral, aku akan dapat milikinya soon.... pretty soon.


Memang payah sukar buat diri untuk move on begitu sahaja tanpa aku mengetahui sendiri dengan pasti sebab musabab dari memilikinya. Seolah aku dapat rasai yang hasrat impian aku ini dihalangi. Agaknya 'kasihan' akan diri yang meleka dari mudanya sampai dah tua bangka ni. Buangkan masa kepada hal yang tidak berfaedah menguntungkan. Guided yang didatangkan secara indirectly memang sukar dimengertikan. Banyak muslihat yang kena 'pandai' mengikut tatacaranya menyingkap 'hakikat'. Tidak boleh sembrono menafsirkan.


Misteri selagi mana kita tidak mampu merungkai akan isyarat yang dihadirkan. Ini bolek lak mengigal gigal hendakkan 'guitar bass' ni. Sedangkan Dia-lah Yang Maha Mengetahui, Maha Merancang buat semua insan. Kalau dapat mestilah bersebab dan kalau tidak sememangnya ada lagi banyak faktornya. Perencanaan Allah tentulah lebih baik sempurna dari perancangan kita yang singkat pemikiran dan pandangan. Kita cuma mikirkan apa yang kononnya 'baik' setakat hidup kat atas dunia ni semata sedangkan Allah swt beyond menjangkau alam nyata dan alam ghaib.


Bagi menyedarkan diri sendiri, aku teringatkan akan sepupu dari sebelah emak aku, yang mana Abang Dol(menantu) dan Kak Timah(anak Che Mah Buang) punyai zuriat perempuan semuanya. Berkat berdoa memohon, dia akhirnya dikurniakan seorang anak lelaki. Diperingkat awal tentulah gembira. Tapi skrip kehidupan tidak menepati hajatnya. Semasa baru lahir tidak ketara permasalahan yang kena hadapi. Tapi pada usia yang sepatutnya sudah mampu bangkit merangkak dan bertatih berdiri tapi tidak berlaku pada anak lelaki kesayangan yang dikurniakan. Kegembiraan seketika cuma kerana 'hardship' yang sianak mungkin unbearable sifatnya sampailah 'ketentuan' ketikanya untuk diri kembali menemui sang penciptanya. Berkesempatan sampai usia anaknya kurang dari sepuloh tahun lamanya.


Segalanya telah tertulis. Pasrah menerima hakikat. So, for you Zaini...jangan terlalu mendesak okay. Keep calm always. Tak ingat nak mampos ke. Tak rasa kesuntukkan masa. Banyak yang tetiba saja dah 'arwah'. Ingat boleh bertahan lagi kerr. Tolehlah kiri kanan, selalu. Mana perginya member sekolah, kerabat handai yang dulunya berjumpa dan berbual sesama. 


Lu pikirlah.

Ijtimak kat Masjid Al-Azim

14 AUGUST 2026, 10:03

Ijtimak kat Masjid Al-Azim

Dua minggu lalu ketika makmum selesai mengerjakan sembahyang sunat, pengerusi atau wakil pengerusi/jurucakap memberitahu hadirin akan perkumpulan orang islam berkampong di masjid negeri pada 14 August bermula Asar sehinggalah selesai bersurai selepas Zohor pada Ahad, 16/8 ni. Perhimpunan bertujuan menyemarakkan ukhwah umat islam seluruh Melaka dan juga Johor yang julung julung kalinya diadakan. Dimaklumkanlah kepada anak anak khariah untuk turut sertai program ini bagi menyemai dan membiasakan diri dalam suasana keislaman yang sebenar. Selebihnya memantapkan diri masing masing dalam menghadapi cabaran semasa yang mengganggu gugat syiar Islam di Malaysia. 

Kini dan hari ini, di pagi Jumaat ni tentulah segala persiapan program telah hampir sempurna menunggui pelancaran pada Asar nanti. Kebetulan pada Isnin, 10/08 aku ada berurusan di Pejabat Pos Melaka dan singgah bersembahyang Zohor di Masjid Al-Azim. Kelihatanlah ramai petugas tengah mendirikan khemas besar disekitaran MAIM yang berdepan dengan masjid. Ada yang telah siap tersergam memenuhi jalan pintas antara masjid dengan bangunan MAIM menyampaikan ke persimpangan untuk ke Hospital via pintu belakang. Ada cuma bumbung khemah siap berpasang dan belum didirikan lagi. Sedikit tidak teratur terurus dikawasan berhampiran perkarangan masjid dengan besi tiang khemah serta kanvas berserakan di dataran masjid mungkin khemah utamanya. Rasanya petugas berehat seketika untuk sesama berjemaah Zohor. 




Perkara baik ini telah diwar warkan, cuma menantikan 'hasil' nya, samada bersambut baik atau dipandang sepi sahaja. Berpandukan gahnya persiapan dan promosi disebarkan via media sosial buat masyarakat setempat, harapan penganjur program ini tentulah sambutan yang luarbiasa 'bakal' dihadirkan oleh masyarakat setempat. Sejauhmana berkesannya promosi dan sehebat mana sambutan yang diterima bakal diketahui pada petang nanti. 

Aku berharap segala yang dirancang mencapai kejayaan.

Saturday, August 8, 2026

Bersantai di verandah sambil merapu menulis

Bersantai di verandah sambil merapu menulis

Saturday, 8 August 2026 @ 11:47am

Memang macam sukar dipisahkan dari diri. Diketikanya, kudrat makin melemah dengan kesihatan yang terumbang ambing, pilihan yang aku ada makin terhad. Terhad untuk bergerak, terhad juga untuk memilih juga tidak boleh lakukan kerja yang berat berat apatah lagi yang bersifat 'extreme' .Jadinya, lebih kerap kena berehat. Paru paru kena kerja lebih keras mengepam dan lebih laju andai aku memaksa diri berkeras kepala batu mahu buat sesuatu yang diluar kemampuan 'tenaga' yang kian berkurang, maka padah menunggu.

Aktiviti harian lebih kepada duduk duduk membaca, berzikir berdoa dan kerapnya menukil kisah kisah yang aku lalui selama ini yang aku ingati sebagai kenangan 'kisah' masa lalu. Biarpun begitu, semangat tetap kental. Hadap selagi mana boleh hadap. 

Entahlah, selama mana perlu berkeadaan begini dan setabah apapun maka perlu harus berwaspada. Ingatan masa pertemuan on 30/07/2026 yang ketiga untuk tahun 2026 dengan doktor bagi mengetahui progress kebergantungan dengan menyedut Tiotropium/Olodaterol iaitu sebatian kimia sebanyak 2 puff setiap harian dengan setiap 'puff' mengandungi 2.5 microgram ber-brand-kan 'Spiolto Respimat' sekadar satu formaliti saja. Tiada perkembangan yang mengembirakan misalnya tak perlu ambil sedutan lagi ke kerana sudah pulih sepenuhnya. Atau ibaratnya menjatuhkan 'bomb shell tepat tepat on target, 'Pakcik dah bebas, tak perlukan rawatan lagi'.

Inhaler dengan chop dagangan ini ditentukan oleh doktor 'pakar' yang pakarlah sangat mengesyorkan keatas aku pada pertemuan awal tahun 2026 @ Friday 2 January. Pada perjumpaan berikutnya pula iaitu 01/04 or on April Fool day, sekali lagi aku being fool around.  Kena teruskan mengguna dak 'Spiolto' ni yang katanya sedikit sebanyak membantu menyeimbangkan atau menormalkan pernafasan. Ia-kan ajerr lah.

Entahlah. Ikutkan hati, mahu sahaja aku 'tinggal'kan terus alat bantuan pernafasan ni. Merimaskan. Bukannya apa. Kalau maklumkan kepada mereka yang tidak punyai 'masalah' cam yang aku hadap ni, sekadar makluman cuma dan angguk saja. Deritaan yang dialami bukannya dapat mereka rasai. Luaran sahaja 'seolah bersimpati' sedangkan mana dia tahu. Cakap banyakpun tak guna-lah. Bak kata Gaya Zakry, biarlah 'Derita Hati Ku Tanggung Sendiri'.

                                                    Biarlah si Gayah ni...dodoikan aku


Sampai bila dan sehingga bila perlu bergantung hanya masa-lah yang menentukan. Relaxs Zaini, tenang tenangkan hati tu. Kalau 'modal' besar, pergilah healing healing ke luar negara, sebagai contoh, ke Paris ker, atau Gold Coast atau nak lebih jauh lagi ke Balkan. 

Pandai-lah kau. Siot la... . Nak perli pun, patut patut la.

Friday, August 7, 2026

Beri makan kat Emma...

Beri makan kat Emma...

Friday, 07 August 2026 @ 18:10

Alhamdulillah, selamat sampai ke 'home sweet home' as dijangkakan. Smooth perjalanan pagi ni dari Seri Bahagia balik ke Bukit Katil. Sebab itulah aku mahu gerak pagi agar sampai sebelum sembahyang Jumaat. Menepati perancangan. Exactly reached by 12:30pm. Dapatlah berehat sekejap sebelum keluar ke masjid. 

Siapapun mengharapkan yang baik baik untuk terjadi. Tiada siapa yang mahu hal buruk buruk dari berlaku pada diri. Lumrah manusia memang begitulah tindak tanduknya. Tak boleh nak kata apa. Begitu jugalah buat diri. Sebelum Ucop keluar ke tempat kerja barunya, dia bersalaman dengan aku, dapatkan aku dibilik depan. Aku harapkan agar berhati hati naik motor. Aku bangkit dari meja tulis ikut dia dari belakang ke verandah.

Aku ingatkan dia untuk bawa kunci rumah bersama, takot nanti bila balik tak boleh nak buka pintu. Kekadang 'slightest' careless pun boleh menyebabkan masalah kemudiannya. Aku ambil gugus kunci rumahnya, membuka pintu pagar. Nga nga-kan agar dia boleh terus bergerak. Aku macam beri arahan dan akan rapatkan kembali sambil serahkan kunci rumah padanya. Ini bagi memastikan yang kunci tu safely berada dalam pegangannya.




tengah sarapan


Dah selesa duduk santai dalam rumah

Atas kerusi kau ya...layak beborak ker tu


Wah...Emma, atas sejadah kau tidur ya



Ketika aku membuka pagar, dia dah hidupkan engin motor, tapi tidak kelihatan oleh aku akan dia bila aku menoleh kearah motornya. Terlindung. Rupanya dia tengah terbongkok bongkok memberi makan kucing 'jiran' yang kerap muncul setiap pagi, katanya. Setelah dia beredar pergi dan aku tutup kembali pintu pagar, Emma dan boy dia, Dak kuning tengah tunduk pulun 'breakfast'. Cecepat aku masuk ambil phone dan rakam moment yang aku lihat ni.

Pastinya, both dak Emma dengan dak Kuning, naturallynya ucapkan tq pada Ucop yang saban pagi akan sediakan 'sarapan' untuk mereka. Even kitapun sesama manusia, sifat universal cenggini, setakat ucapkan TQ adalah suatu kebiasaan. To me, aku admire dirinya yang kasihan dan sanggup bersusah susah beri makan pada stray cat. Masa memula datang menyewa, tak adapun stray cat berkeliaran kat depan rumah sewanya. Pernah dulu ketika kami sampai dari Melaka. Kami referred to me, myself and lovely la. Bila buka pagar, mencicit lari keluar ketakutan si Emma ni, dulunya tak tahu nama dia which kita namai sebagai kucing belang saja yang menumpang teduh di verandah dari panas mentari.

Bila kerap datang berrkunjung, ternampak saja Alza merah didepan rumah, cepat sahaja dia menyeberang jalan masuk ke depan pintu rumah. Dah berani dia dan tak merasa terancam takut. Bila dibukakan pintu rumah, dia lebih dulu masuk mendahului kami. Betapa 'bertuah'-nya dia dapat layanan baik dari Ucop. Malah stok makan dia berjenama lagi, Friskies dan satu bag besar 'biscuits' imported lagi sebagai makanan tambahan mengelak kejemuan setakat satu jenis 'food' saja. Bergolek gelantang dalam rumah dan kekadang numpang tidur kat katil usop yang ber-air-cond yang dah anggap dia sebagai tuan-nya.

Beruntung kau...Emma.