Shopping spree turns to shopping rampage
Tuesday, 18 August 2026 @ 11@07am
Semalam, bersarapan pagi di Infasha Bukit Katil di ajakin sama 'lovely', aku melelau-lah minah majid di sekitaran vicinity. Konon mahu mencari pisang 'nangka' buat gorengan minum kala malam nanti. Port yang sering dikunjungi adalah kat kedai gemok berdepan dengan SK Ayer Molek, betul betul ditepi jalan sebelum sampai jambatan rentasi sungai 'Duyong'.
Lepas bersarapan kalau-lah dirumah, dia tentunya dah bergolek sambil nonton youtube sampai 'lelap' dragged hingga ke tengahhari. Itulah routine hariannya dirumah. Sedangkan aku, lepas sarapan, lek lek sambil buat nukilan merapu di verandah nungguin time untuk masuk jamban. Berak lerr. It's just satu kebiasaan.
To be more precise, lepas aku mandi dan mengenakan pakaian, aku sedut 2 'puff' Spiolto dan selang sepuluh minit gitu barulah bersarapan. Selesai makan juadah pagi, aku beralih tempat duduk di verandah pula. Kalau tak sambung baca autobiography, terkini 'The size of the world' of Jeff Greenwald, aku capai nota ringkas pasal grammar Arab yang aku pelajari secara kendiri bagi kekal ingati akan 'lenggok' bahasa Arab dan kalau datang mood mahu berkarya, aku akan 'on'-kan chrome book 'Samsung' secondhand pembelian via Shoppe for the price of RM89.00 yang senantiasa ada diatas patio table. Tak menang tangan aku kalau nak layan ketiga-tiganya serentak. Ikut kesesuaian. Begitulah hari hari sehinggalah Abang Jamil 'mamposs', bak kata Cik Rohani si nombor 3.
Pasal dah terlanjor bersarapan diluar, dan memang rancang nak rayau cari pisang untuk digoreng for sarapan malam-nya, tak kisahlah nangka ka, tandok ka, pisang raja ka atau nipah, whatever yang ada seketika itu maka itulah juga yang akan aku beli.
Namun bila menghampiri ke persimpangan Duyong-Bkt Baru, aku kekal berada di lorong sebelah kanan. By right, aku sepatutnya beri signal ke kiri dan masuk susur kiri untuk ke Duyong. Wife segera bertanya, 'nak ke mana...'. Aku balas singgah Alai jap, jengah berziarah. Dia diam dan seketika kemudian bilamana dah hendak membelok ke kanan masuk ke Kandang di AMJ kat Jembatan Duyong, dia mencadangkan untuk bawa-lah juadah sarapan bersama. In split second aku terbayangkan gerai Hssan Mee rebus kat padang temu. Cecepatlah aku membelok masuk ke jalan kampong tambak sebelong, jalan pintas, ke padang temu. Aku berharapkan Hassan mee rebus beroperasi pagi ni. Ada 'rezeki'. Dari kejauhan, terlihatkan banyak kereta parkir di bahu jalan menandakan dia berniaga.
Berdiri aku betul betul tempat Abg Hassan berdiri beraksi merebus mee tapi kini diambil-alih oleh anaknya, aku seketika itu jugalah menalipon kakak tunggal aku. Mulanya ke phone dia tapi tidak berjawab. Bukan sekali tapi 2 kali rasanya. Bukan apa, kalau tiada dirumah, membazir kalau beli tapi tiada orang hendak makan. Aku cuba-lah pula call talian tetap...06-2687034. Pasal dah terbiasa maka automatically-lah tangan ni menyentuh screen. Tidak silap aku...baru perasan...ni no. tetap rumah ni. La patutlah 'tiada dalam perkhidmatan'. Bila aku search 'alai', maka appeared-lah nombor Alai. Cepatlah aku buat call dan segera pula diangkat ganggangnya. Aku segera tanya nak pasti ada atau tak kat rumah lalu cadangkan menu 'mee rebus'. Kata kakak aku ... okay...boleh. Immediately aku maklumkan kan anak Pak Hassan untuk bungkuskan 2 mee rebus.
| Singgah sejak zaman bujang lagi |
Sambil menanti menyiapkan, aku scan-lah QR code yang dipamirkan buat pembayaran. Aku melihat kecekapan dia mengendalikan operasi menghasilkan mee rebus saling tak tumpah skill macam bapak dia. Pastinya, lepas bapak dia berpuashati akan teknik kaedah yang betul dan capai 'par' standard yang disyaratkan, maka agaknya barulah dia membenarkan si Alif Hazreen ni ambil alih 'legacy' untuk dipertahankan selagi mampu. Sempat lagi bertanya akan keberadaan ayahnya. Katanya, dia dah tak berapa sihat sekarang ni. Dah dekat tiga tahun saya ambilalih perniagaan dia. Aku rangsanglah dia, buat yang terbaik...ikut macammana ayah kau dulu buat ya. Dia senyum ajerr. Siap, akupun tekan amount RM12.00 dan tunjukkan transaksi yang dah complete ke arahnya. Selesai, apalagi...blah la.
Sampai kat alai, kelihatanlah abang Razak dengan kakak di penjuru halaman. Abang Razak tengah mesin rumput yang 'segar' merimbun panjangnya dengan kakak aku tengah mengaut rumput berselerakan mengemas. Adalah dalam setengah jam berborak bercerita yang bukan bukan. Lebih mendominasi adalah lovely dengan kakak aku. Aku sekadar menyampok menambah 'perisa' as to keep the conversation momentum. Hampir ke tengahhari, abang Razak pun stop-lah mesin berehat di meja batu berkerusi empat, sambil kakak aku mengambil piring dari dapor hidangkan sebungkus mee rebus dibahagi dua kedalam dua piring. Aku subsequently, minta izin untuk balik pasal dah lama 'lepak'. Apa yang pasti, pasal ada tempat lain yang hendak dituju. Itu yang sebetul sebenau-nya.
Destinasi seterusnya tentulah ke kedai gemok. Jalan menuju kekedainya agak lenggang. Budak sekolah belum keluar lagi untuk tahap 1. Mungkin dalam 12:30...sesaklah. Tapi deretan kereta mak ayah depa semua dah memanjang berbaris dikedua dua arah berdepan dengan pintu pagar sekolah. Untung budak budak sekarang ni. Pergi berhantau , balik berjemput. Kalau tak pandai nie...tak patut. From a distant, dah nampak banyak sisir pisang untuk 'ratah' ranum dan untuk tujuan goreng bergantungan. Himpit tepi-lah aku. Segeralah lovely keluar memilih sambil aku ingatkan untuk ambil sekali pisang untuk di-ratah.
Time nak bayar, katanya line 'slow'. Pasal tak mahu bertangguh, aku longkah pulak keluarkan phone dan minta si Gemok @ Shah unjukkan kad QR kepada aku yang duduk di seat pemanduan. Sekilas terpandangkan nama yang tertera, aku terus sakatlah dia, fuyooo...penyanyi 'lama' terkenal gitu. Dia blurr mungkin tak kenalpun siapa tu Shah Effendy. Saja sekadar selingan. Terus aku scan QR account atas nama dia, owner kedai, budak lagi tapi telah ambil alih business bapak dia. Tentu juga atas faktor usia diserah dikendalikan oleh anaknya pula. Kopak another RM24.00.
On the way hendak balik ke 'markas', aku cilok masuk ke deretan kedai kat Taman Pengkalan Indah @ TPI. Even dalam perjalanan pulang tu, aku hendak pekena aiskrim 'calong' yang tertangguh. Ketika itu, lepas bersarapan di Seri Bahagia, bergerak menuju ke Mydin Taman Rini, JB membeli bahan yang tidak ada untuk mee hoon tomyam. Anak Nyah nak makan sebelah malam nanti. Masa di Mydin, ucop dari tempat kerja barunya menalipon mamanya bertanyakan berada dimana kerana budak yang hantar mesin basuh dah ada didepan rumah. Cepat nau, aku dipersalahkan. Manalah nak tahu dia akan hantar bila. Semalamnya, pada petang Ahad 2 Ogos, 2026, keluar mencari washer baru. Pihak kedai akan hantar ke rumah pada petang Senin, kalau ikut perancangan. So, bagi aku, tidak clash 'time' kerana keluar sekejap pun dan sampai sebelum 1:00 petang. Maknanya, dia yang tercepat hantar. Maka bergegaslah balik lepas beli bunga kantan yang tidak kedapatan masa singgah di Midas Mart lepas beli mesin basuh.
Aku dah plan, lepas beli barangan kat Mydin, singgah duduk duduk santai depan kiosk mixue berhampiran main entrance sambil saling menjilat aiskrim vanilla/chocolate. Rupanya tak kesampaian sehinggalah ke tengahhari 17/8 pula. Akhirnya hajat tertunai. Dapatlah rasa cuma satu flavour sahaja terjual seketika itu. Nikmatinya dalam kereta, ajak duduk kat dalam kedai dia tak mau. Aku mengerti kepayahan hendak melangkah masuk dan sekadar berpuashati beraircond dalam kereta cuma.
| For the two of us... |
Habis sorang se-calong, bergerak baliklah ke rumah. Dalam pemanduan, aku kehairanan sendirian. Kenapa aku begitu 'pemurah' lak hari ini. Belanja sakan. 3 transactions gunakan QR berselang berjarak dalam 2 jam sahaja. Macam tengah mengamok berbelanja sakan. Tak kodokut.
Ada 'sesuatu' for me...soon. My instinct dan dapat aku rasainya tapi tak ketahuan 'apakah itu' dan bila bakal terjadinya.
No comments:
Post a Comment