Barang 'baik' dah sampai
Friday, 14 August 2026 @ 5:00pm
Sejak akhir akhir ini, makin menjadi jadi lak, dari satu barang ke satu barang lain aku membelinya di platform 'TikTok' Shop. Rasanya baru hari Rabu sambil duduk duduk di kerusi 'pak wan' yang diangkut siap ber-varnis lagi, aku tergerak lak hendak membeli something.
Asalnya, pada pagi Rabu tu, aku hendak trim misai yang dah mulai meliar panjang. Kelihatan dah tak semengah rupa aku yang handsome ni, kegilaan ramai. Perasan...dah tua dah...awak tu, tolong ingat ya. Aku bawak lah trimmer yang aku dah beli lama ke bilik air. Baru hendak mulai, kenapa 'lemau' lak ni. Setahu aku, selesai sesi trimming saban minggu biasanya kalau tak pagi Khamis mestilah pagi Jumaat , aku akan recharge until full sebelum menyimpannya balik dalam kotak. Pelupa orangnya. Memang trimmer ni dah bermasalah tapi aku tangguhkan untuk dapatkan yang baru. Jadinya sampai ke petang Jumaat dah ni, misai dan janggut aku ni tidak dipangkas kemas. Bertangguhan sejak seminggu. Click kat 'search column' yang icon-nya kanta pembesar, keluarlah pelbagai jenis dan bentuknya. Pilihlah mana yang 'nice' mengikut budget. Maka aku-pun memilihlah yang dah sampai dalam pukul 3:00pm 'lebih' tadi. Nampak lagi 'premium' dari yang aku ada. Harga pulak dalam jangkauan. Terus, tak ingat dunia, aku tekan 'order'.
Begitu jugalah dengan 'mouse & keyboard' wireless yang aku order selang beberapa jam kemudiannya juga dilokasi yang sama. Kali ini pada petangnya Rabu. Adalah dalam pukul 2 'lebih' lepas menyelak yelak ingatkan arabic grammar yang benak nau hendak melekat dalam kepala. Whatelse hendak aku laku selain parsing 'time' dengan bermain with my smartphone. Generasi seusia aku ditahun tahun sebelum millennium tak 'menjumpai' toy cenggini. Belipun secara tidak sengaja. Aku sebelum ini dah beli 'vesa adaptor' untuk sangkut tablet pada monitor flexible stand yang terperuk bawah katil. Daripada terbiar baiklah aku manfaatkan sebaik mungkin. Nama jerr flexible tapi sukar hendak turun naikkan ikut kesesuaian. Menepati konsep 'order lain, dapatnya lain'. Why not aku make full use of it.
Entah macammana hendak dijadikan 'cerita', kerap lak keluar kat 'TikTok' at fyp aku. Memang 'depa' ada program yang boleh masuk kat sesiapa yang tengah online TikTok apps ni. Genius. Bluetooth Keyboard plus bluetooth mouse without mousepad dan pelbagai warna dengan harga yang munasabah terjangkau, macam kejadian sebelah paginya, aku langsung terbeli. Tambahan pula mouse tak memerlukan battery tapi hanya perlu charge sahaja. Mouse ni, yang lagi mengujakan, ianya boleh diguna berasingan. Connect untuk mousenya sahaja atau boleh connect both keyboard dan mouse serentak. Sekarang ni tengah diuji oleh aku akan connectivity-nya, mesra ataupun tidak, dan se-selesa mana aku menggunakannya. So far so good. Tiada masalah lagi dikesan. Bro, okay lah tu. Bagus mana yang kau hendak...dah la beli kat TikTok, banyak songgeh lak kau ya. Aku mengujinya kat bilik sekarang ni. Tak tahulah kalau kat verandah nanti, apa agaknya obstacle-nya selain dari suasana yang sedikit hangat, hingar dengan bunyi bising. Privacy tak adalah.
Aku akan pastikan both trimmer dan bluetooth keyboard ni digunakan secara berhemah. Maklumlah dengan harga yang setara kualiti, tidak harus dilanyak cukup cukup. Rugilah aku kalau usia penggunaannya kurang dari setahun. Tak berbaloi. Kehadiran kedua items yang dipesan pada Rabu, masing masingnya Trimmer pada sebelah pagi dan Wireless keyboard & mouse pada sebelah petang amat mengembirakan aku. Apatah lagi sampainya serentak. Disaat memikirkan status 'kewangan' makin kritikal, ianya adalah penyelamat meredakan keresahan dihati. Lega dan puas. Both toys for older boy, berada ditangan, mungkin melekakan hari hari yang mendatang ni dari terlalu memikirkan hal yang tidak bersangkutan juga yang merugikan masa berrharga aku. It's better for me dalam upscaling my capabilities dalam pelbagai bidang.
![]() |
| Kemel ganti Razor |
![]() |
| Bluetooth 5.4...paling latest |
Pun begitu, dalam banyak banyak hajat dan impian yang aku kira dalam jangkauan tapi macam terasa makin jauh dan perlahan lahan semakin menjauhi. Entahlah. Ianya bukanpun sesuatu yang 'pelik' dan tak pernah dibuat orang. Namun bagi aku biarpun dah lama idam idamkan sejak mulai bersara, ianya masih belum jadi realiti. Sejak kecil lagi aku memang suka dengar lagu. All sort of songs yang seusia aku membesarlah. Dari lelagu 60an, 70an, 80an membawalah sehingga 'la' ni, mana mana lagu yang berjaya tarik perhatian aku, maka akan berulang ulanglah aku mendengarinya.
Sesuatu yang berbeza, mungkinlah, dengan orang lain ialah amat menyukai lagu yang bunyi 'bass'-nya yang mantap padu. Lebih lebih lagilah yang menonjol petikan guitar bass-nya. Minat kepada bunyi bass membawa aku kepada hasrat mahu memiliki sebuah guitar bass. Sejak kecil lagi hasrat mahu punyainya. Malangnya sehinggalah ke hari ini masih tinggal impian. Masalahnya aku ni lefthanded. Kebanyakkan yang appeared di online shopping platform ni memperagakan guitar bass biasa iaitu right handling punya. Ada tu ada tapi agak 'rare'. Sejak itu aku mulai macam tawar hati. Namun akhir akhir ini, banyak lak yang turut siarkan lefthanded version. Pelbagai bentuk lak tu. Boleh pilih hendak 4 strings atau 5 strings. Buat beginner atau yang lagi advance terkini. Boleh pilih ikut budget. Rambang mata dibuatnya. Ni baru kat shopee.
4 String Left-handed Hofner Bass Mini Travel Black Electric Guitar Bass
After Voucher
Aku dah aim akan beberapa model yang mungkin sesuai buat 'beginner' macam aku ni. Beginner apa...pegang pun belum. Beli dulu lerr...baru boleh cerita lah. Relaxs bro, kalau tiada aral, aku akan dapat milikinya soon.... pretty soon.
Memang payah sukar buat diri untuk move on begitu sahaja tanpa aku mengetahui sendiri dengan pasti sebab musabab dari memilikinya. Seolah aku dapat rasai yang hasrat impian aku ini dihalangi. Agaknya 'kasihan' akan diri yang meleka dari mudanya sampai dah tua bangka ni. Buangkan masa kepada hal yang tidak berfaedah menguntungkan. Guided yang didatangkan secara indirectly memang sukar dimengertikan. Banyak muslihat yang kena 'pandai' mengikut tatacaranya menyingkap 'hakikat'. Tidak boleh sembrono menafsirkan.
Misteri selagi mana kita tidak mampu merungkai akan isyarat yang dihadirkan. Ini bolek lak mengigal gigal hendakkan 'guitar bass' ni. Sedangkan Dia-lah Yang Maha Mengetahui, Maha Merancang buat semua insan. Kalau dapat mestilah bersebab dan kalau tidak sememangnya ada lagi banyak faktornya. Perencanaan Allah tentulah lebih baik sempurna dari perancangan kita yang singkat pemikiran dan pandangan. Kita cuma mikirkan apa yang kononnya 'baik' setakat hidup kat atas dunia ni semata sedangkan Allah swt beyond menjangkau alam nyata dan alam ghaib.
Bagi menyedarkan diri sendiri, aku teringatkan akan sepupu dari sebelah emak aku, yang mana Abang Dol(menantu) dan Kak Inah(anak Che Mah Buang) punyai zuriat perempuan semuanya. Berkat berdoa memohon, dia akhirnya dikurniakan seorang anak lelaki. Diperingkat awal tentulah gembira. Tapi skrip kehidupan tidak menepati hajatnya. Semasa baru lahir tidak ketara permasalahan yang kena hadapi. Tapi pada usia yang sepatutnya sudah mampu bangkit merangkak dan bertatih berdiri tapi tidak berlaku pada anak lelaki kesayangan yang dikurniakan. Kegembiraan seketika cuma kerana 'hardship' yang sianak mungkin unbearable sifatnya sampailah 'ketentuan' ketikanya untuk diri kembali menemui sang penciptanya. Berkesempatan sampai usia anaknya kurang dari sepuloh tahun lamanya.
Segalanya telah tertulis. Pasrah menerima hakikat. So, for you Zaini...jangan terlalu mendesak okay. Keep calm always. Tak ingat nak mampos ke. Tak rasa kesuntukkan masa. Banyak yang tetiba saja dah 'arwah'. Ingat boleh bertahan lagi kerr. Tolehlah kiri kanan, selalu. Mana perginya member sekolah, kerabat handai yang dulunya berjumpa dan berbual sesama.
Lu pikirlah.


No comments:
Post a Comment