Tuesday, August 18, 2026

Baru dapat... @ 18/08

18 AUGUST 2026, 01:40

Baru dapat... @ 18/08

Alhamdulillah... dah masuk. Teruja sangat mahu menukilkan sesegera mungkin. Akhirnya benda yang telah diviralkan sejak minggu lepas dan menjadi semakin hampir di hari Selasa ketikanya aku ke Muar berhajatkan 'Duku Tg Rimau' dan diperbetulkan oleh penjual buah tepi jalan, Cina lagi, 'Tg Gading' terjadi pada diri. Aku lewatkan seketika sehingga habis video harfiah al-baqarah untuk ayat ke-41 & ke-42 yang tinggal beberapa minit lagi dari video berdurasi 1:05:02 keseluruhannya yang sedang aku ikuti.

Aku berhenti seketika kebilik air. Mengambil wudho'. Capai phone sesaja mahu ketahui akan baki buat permulaan hari baru, moga ada 'sesuatu'. Maka aku gegatalkan diri view 'balance' kat BIMB buat hari ini seawal 12:58am lepas ke bilik air mengambil air sembahyang untuk berehat beradu, terkejut 'beruk' sekejap. Tak sangka akan apa yang aku lihat. Pastinya atas agakkan aku, when the clock ticks 12:01, automatically baki bertambah.

Sesuatu yang dah diviralkan sejak minggu pertama August lagi membuatkan mungkin hampir kesemua 5.3 juta penerimanya berkeadaan tidak tentu arah. Banyak lak influencer atau pepengaruh sosial menyatakan dengan yakin penuh pegharapan yang wang 'bantuan' akan dikreditkan ke akaun penerima seawal minggu pertama Ogos. Maka buat mereka yang layak mendapatnya tentulah ternanti nanti. Namun dari sehari ke sehari lepas pemakluman dari pelbagai sumber dan diviralkan pula diplatform TikTok, lagilah membuatkan keresahan yang merimaskan. Selagi mana belum menerima, tahap keresahan makin meningkat.

Konon kemudiannya dikhabarkan dan 'masih' dianggap khabar yang dipercayai, ianya akan dimasukkan ke akaun memasing pada 12/08/2026 secara berperingkat. Siap bagi masa lagi dimana selewat lewatnya pada 9:30pm malam, penerima boleh memeriksa akauan memasing. Dalam hal hal seperti ini dan sesuatu yang amat diharapkan tidak boleh dibuat sesuatu yang 'main-main'. Bahaya beb. Senang sangat akan memercikkan 'api' kemarahan golongan marhaen.

Akupun turut sama risau. Sebabnya ketika singgah berziarah kakak aku di Alai, teruja dengan tarikh 12/08, aku dengan penuh 'confident-nya' maklumkan yang duit 'bantuan' akan masuk dalam bank hari ini. Nanti lepas 9:30pm dah boleh beratur kat ATM. Aku sekadar melayarkan apa yang aku tahu yang makin tersebar di media sosial. Kalau salah, malulah aku. Kalau betul, sekurang kurangnya aku sebarkan perkara yang benar. Harap harap... harap haraplah ianya bukan sebaliknya.

Sejak dari 12/08, setiap hari kekadang hampir setiap jam during 'business hour' aku periksa balance bank BIMB, sebagai akaun penerima bantuan. Hampa setiap kali aku melihat jumlah baki yang tertera. Tidak berputus asa, kerana phone senantiasa di tangan. Andailah, tiadanya kecanggihan cenggini dialami, mungkin keraplah aku singgah menjenguk kat dinding bank, mana mana bank yang berkesempatan bertanya khabar di ATM mereka.

Sekarang cukup mudah. Tergerak, on-kan saja smartphone dan clicks kat apps BIMB. Terus check current balance. Senang mudah, jimat masa. Sambil duduk duduk di verandah, minum air mineral 'sejuk' dari mini bar, dah boleh view baki terkini. 

Sukar hendak menjangkakan. Tapi tindak tanduk aku pada siang tadi yang berbelanja sakan dirasakan sedikit anih. Jarang aku berperangai sedemikian. Rupa rupanya ada kejutan.

Apa lagi yang patut aku ucapkan...Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat-Nya.

No comments: