Beri makan kat Emma...
Friday, 07 August 2026 @ 18:10
Alhamdulillah, selamat sampai ke 'home sweet home' as dijangkakan. Smooth perjalanan pagi ni dari Seri Bahagia balik ke Bukit Katil. Sebab itulah aku mahu gerak pagi agar sampai sebelum sembahyang Jumaat. Menepati perancangan. Exactly reached by 12:30pm. Dapatlah berehat sekejap sebelum keluar ke masjid.
Siapapun mengharapkan yang baik baik untuk terjadi. Tiada siapa yang mahu hal buruk buruk dari berlaku pada diri. Lumrah manusia memang begitulah tindak tanduknya. Tak boleh nak kata apa. Begitu jugalah buat diri. Sebelum Ucop keluar ke tempat kerja barunya, dia bersalaman dengan aku, dapatkan aku dibilik depan. Aku harapkan agar berhati hati naik motor. Aku bangkit dari meja tulis ikut dia dari belakang ke verandah.
Aku ingatkan dia untuk bawa kunci rumah bersama, takot nanti bila balik tak boleh nak buka pintu. Kekadang 'slightest' careless pun boleh menyebabkan masalah kemudiannya. Aku ambil gugus kunci rumahnya, membuka pintu pagar. Nga nga-kan agar dia boleh terus bergerak. Aku macam beri arahan dan akan rapatkan kembali sambil serahkan kunci rumah padanya. Ini bagi memastikan yang kunci tu safely berada dalam pegangannya.
![]() |
| tengah sarapan |
![]() |
| Dah selesa duduk santai dalam rumah |
![]() |
| Atas kerusi kau ya...layak beborak ker tu |
![]() |
| Wah...Emma, atas sejadah kau tidur ya |
Ketika aku membuka pagar, dia dah hidupkan engin motor, tapi tidak kelihatan oleh aku akan dia bila aku menoleh kearah motornya. Terlindung. Rupanya dia tengah terbongkok bongkok memberi makan kucing 'jiran' yang kerap muncul setiap pagi, katanya. Setelah dia beredar pergi dan aku tutup kembali pintu pagar, Emma dan boy dia, Dak kuning tengah tunduk pulun 'breakfast'. Cecepat aku masuk ambil phone dan rakam moment yang aku lihat ni.
Pastinya, both dak Emma dengan dak Kuning, naturallynya ucapkan tq pada Ucop yang saban pagi akan sediakan 'sarapan' untuk mereka. Even kitapun sesama manusia, sifat universal cenggini, setakat ucapkan TQ adalah suatu kebiasaan. To me, aku admire dirinya yang kasihan dan sanggup bersusah susah beri makan pada stray cat. Masa memula datang menyewa, tak adapun stray cat berkeliaran kat depan rumah sewanya. Pernah dulu ketika kami sampai dari Melaka. Kami referred to me, myself and lovely la. Bila buka pagar, mencicit lari keluar ketakutan si Emma ni, dulunya tak tahu nama dia which kita namai sebagai kucing belang saja yang menumpang teduh di verandah dari panas mentari.
Bila kerap datang berrkunjung, ternampak saja Alza merah didepan rumah, cepat sahaja dia menyeberang jalan masuk ke depan pintu rumah. Dah berani dia dan tak merasa terancam takut. Bila dibukakan pintu rumah, dia lebih dulu masuk mendahului kami. Betapa 'bertuah'-nya dia dapat layanan baik dari Ucop. Malah stok makan dia berjenama lagi, Friskies dan satu bag besar 'biscuits' imported lagi sebagai makanan tambahan mengelak kejemuan setakat satu jenis 'food' saja. Bergolek gelantang dalam rumah dan kekadang numpang tidur kat katil usop yang ber-air-cond yang dah anggap dia sebagai tuan-nya.
Beruntung kau...Emma.




No comments:
Post a Comment