26 JULY 2026, 13:44
Sampaikan hajat
Semalam, dari pagi membawa ke tengahhari, hujan turun dengan sederhana lebat. Sejak dari Suboh lagi. Berlanjutan sampai aku selesai sembahyang Zohor. Lu tak gi masjid kerr? Tak..., kat rumah jerr. Hajat hendak ke rumah sahabat sebermula dia post message kat aku dengan balasan akan hadir menyusul lepas aku ucapkan tahniah terima menantu. Seboleh mungkin aku tidak mahu hampakan hajatnya itu.
Aku sedikit cuak pada hari majlis walimatulurus-nya berlangsung. Hujan menotos tak berhenti. Timbul rasa sedih kasihan kepadanya. Aku-pun sebagai seorang bapa tentulah mengharapkan majlis yang diadakan agar senantiasa dipermudahkan akan segala urusan. Tidak terkecuali bagi dirinya. Segala perancangan yang selama ini diatur berharap moga terhindar dari segala rintangan halangan. Namun 'realiti' yang kena hadapi adalah ketetapan Takdir dari-Nya. Tenang terima-lah seadanya. Aku dapat selami perasaan hatinya seolah olah aku yang lalui permasalahan ini. Sempat titipkan doa lepas Zohor moga majlisnya sempurna sehingga kepenghujung.
Hampir ke 2:00pm, aku mulai perjalanan ke Solok Gaung. Tak perlu guna maps ataupun waze. Aku dah sedia maklum rumahnya itu. Just hit the road. Selamat sampai aku ke destinasi kurang dari setengah jam jugak. Lalulintas agak sibuk juga terutamanya dari bukit katil ke duyong menyampaikan ke AMJ ke Semabok tu. Belok mendaki bukit Duyong menuju Ayer Molek. Walau tak berapa sibuk, tetap kena hadap arus pergerakan kereta bumper to bumper selain dari lampu trafik memasuki Desa Duyong dan di Seri Duyong. Lepas round about Ayer Molek, barulah lenggang menyampaikan ke Solok Gaung. That's why it took me about half and hour to reach Musa's house.
Masa sampai, terus aku mendapatkan dia, berdakapan sambil bertanya khabar. Ucapkan tahniah terima menantu. Dalam pada berborak tu terpandangkan orang rumahnya sedondon mengenakan kurung merah cokelat dipintu depan rumah berkerusi roda. Segeralah bertanya, orang rumah tak sihat ker? Dijawabnya dah kena potong kaki bahana kencing manis. Ringkas padat jawabnya. Segera aku tenangkan, bertabah-lah. Pantas pulak dia menyuruh anak buahnya snapkan gambar selfie berdua. Mungkin tanda kehadiran atau sebagai gambar kenangan. Aku layankan jerr. Dia serahkan beg goodies kat aku sambil pelawa makan. Angguk dan menonong sendirian ke buffet table, layan diri. Ditegur lak oleh ketua penyaji yang kenal amat kat jejaka handsome ni. Rupanya guna catering si Hanafi juga.
Selesai menjamu selera, makan sensorang, kembalilah aku mengadap bapa pengantin bersalaman sekali lagi. Bertanyalah akan sahabat lain yang hadir berkunjungan ke majlis sambut menantunya ini. Katanya, ramai gak yang hadir terutamanya ex-bluewave. Kalangan sesama anggota semacam ada strong bond. Sejak mulai majlis biarpun hujan petos tak berhenti. Padu persahabatan mereka. Aku amat admire dalam bab ni. Bersahabat biar dah lama bersara.
On the way balik, banyak lak kenangan aku dengan Pak Musa datang. Macam macam 'slide' muncul. Paling menonjol, boleh terpacul tersebut yang bila mana dah tak bekerja lagi, dapur rumah dia 'tak tersumbat'. Wife cikgu, bulan bulan ada pencen apa. Tak cukup, wife boleh cover. Macam aku, sebagai perbandingan, kena tetap mencari, kalau tak ... tak berasap dapor. Dia, masa tu, sekadar senyum sahaja sambil cakap, kau ni ada ada saja... . Dia ni jenis cool, jarang balas balik menyerang, kurang lebih tak aggressif dan tak vokal orangnya. Aku kalau fikirkan balik, macammana boleh terpacul statement sedemikian. Mengeleng geleng kepala aku sendirian didalam MBB menuju haluan balik ke 'markas'.
Tak siapa sangka dan tak siapapun menduga. Inilah sebahagian kisah realiti kehidupan. Insaf dan sedar diri. Segala galanya berkemungkinan untuk terjadi.

No comments:
Post a Comment