Wednesday, July 15, 2026

Resah mengelisah

Resah mengelisah

15 Jul 2026, Wednesday @ 05:02pm

Diusia sebegini, keinginan dan keperluan amat ketara berbeza dari yang dahulu. Semuanya bersebabkan fitrah kejadian kita ini. Kita berubah dari kecil setapak tangan ketika lahir kemudiannya membesar kuat lagi gagah dan bilamana telah sampai masanya akan lemah tidak berdaya. Sudah banyak kali kita diingatkan yang dunia ini bersifat sementara sahaja. Manakala yang kekal selamanya adalah di alam akhirat. Suatu alam yang belum dilihat nyata tapi akan bergerak menuju kesana.


Sebaik berakhirnya kehidupan kat dunia ni, kita akan ditempatkan sementara di alam barzakh. We all also maklum yang kehidupan di alam barzakh ini adalah lebih lama dari alam duniawi. Kita beranggapan 100 tahun usia dan lebih lebih sikit dari 100 tu macam canu canu tu dikira amat sangat bernasib baik. How do you know it for sure. Begitu yakin kau ya... . Sampai saatnya, semua kita akan dikumpulkan di Mahsyar, juga dinamai sebagai hari kebangkitan, hari perhimpunan, hari perhitungan dan hari pembalasan . Adakah selepas selesainya 'event' di Mahsyar tu kita yakin akan menuju ke syurga ataupun ke neraka. Depends pada amalan memasing masa atas dunia dahulu.


Buat diri yang punyai baki sisa usia sekarang ni, takkan-lah masih hendak relaxs relaxs jer, kenalah manfaatkan semaksimum mungkin. Ingat, at any moment from now onwards, kita juga akan dijemput pulang. Be prepared ya. Berani cakap lah, bila tetamu yang paling pasti akan hadir dipenghujung hayat 'alias' malaikat maut... it's time to go, boleh mintak tempoh lagi ker. Apapun, bukan permulaan yang diberatkan tapi pengakhiran lepas sedar insafi akan kesilapan serta berusaha bersungguh perbaiki adalah lebih dipandang diberi penilaian sewajarnya.


Buat mereka yang seusia aku, pastinya telah melalui setiap peringkat 'life cycle'. We are now at the final stage or final countdown of leaving 'ground' bak kata bebudak band 'Europe'. Curve atau lengkung yang meningkat dipertengahan usia dan mencapai titik maksima mulai menurun perlahan lahan berkadaran dengan 'fate' memasing atas dunia ini. Ada yang sharp declined dan ada pula yang melandai seolah 'buying time' menyampaikan ke penghujung hayat. Itu yang boleh pergi lepasi 100 tahun.


Anyhow, tangan yang mencincang berani berani nau sampai tak ingat dunia maka bahu sendirilah juga yang harus memikul bebanan akibat tindakan kita. Pasrah dengan ketentuan Illahi. Sabar dengan setiap ujian rintangan. Hadap dengan penuh teliti dan meyakini setiap tindakan kita itu diredhai jua oleh-Nya.


Berserah bertawakkal kepada-Nya.

No comments: