Sunday, 19/07/2026 @ 11:42am
Do it...now!!!
Sudah beberapa kali aku ingin berkarya pasal hal ini. Tidak berkesempatan. Tapi pada kali ini terbuka ruang. Selesai bersarapan mee bodo home-made dengan pau kacang merah yang dibeli frozen on Tuesday di gerai buah buahan orang kita di Sungai Putat, macam biasa yandau kat kerusi antique sambil intai youtube. Klip video berkisar kisah dan cerita PRN Negeri Sembilan yang telah dimulai dengan penamaan calon semalam. Pemenang akan diketahui pada Sabtu malam Ahad, 01/08/2026. Best of luck, bro!
Potong stim, tengah asyik nonton, orang rumah lak suruh belikan sardin. Ucop yang being warded genap seminggu hari ini, suruh bawakan sambal sardin for lunch. Lagi aku lengahkan lagi kerap lak lovely menyuruh pergi ke kedai dapatkan Sardin Ayam Brand satu tin besar, bukan cap ayam punya ya. Beza tu.
Bukan malas ataupun apanya tapi hujan agak sedikit lebat masa bersarapan dan ketika sedang tengok youtube. Bila sudah teduh dan sekadar renyai, cecepatlah aku melelau Kancil purple ke 99 Speedmart mencarinya. Tak lah jauh nau. Below 10 minutes saja dari pergi dan balik semula ke markas. Menonong serahkan pada lovely dan segeralah aku on-kan chromebook Samsung buruk aku ni yang tersedia di meja patio di verandah untuk menukilkan idea yang tetiba melintas difikiran semasa pemanduan balik.
Sedang syok syok jari menekan keyboard selari dengan idea yang hadir dengan mata tertumpu pada screen chromebook akan segala yang aku perkatakan, hujan mulai kembali melebat. Aku berhenti sekejap. Siap ambil video pembuktian yang aku ni bukannya 'no non-sense' person. Setiap yang aku buat, apa jua aku perkatakan dan hadirkan pernyataan, ada acountability-nya. Hendak berbohong buat apa. Berprinsip. Barulah kita akan merasa aman dan tidak timbul rasa bersalah dalam diri. Speak the truth. Ceritakan apa yang benar sebenar dan tidak berselindung atas apa jua alasan dari perspektif kita sendiri. Tidak dipengaruhi oleh siapa siapa.
Real time conditionSeboleh mungkin, dalam apa jual transaksi melibatkan duit, aku lebih suka dan rela guna aplikasi pembayaran. Bukan apa, ianya pantas dan mudah. Lagipun penggunaan wang tunai terpaksa diguna-pakai bilamana tiada kemungkinan cara membuat pembayaran secara 'maya' or virtual. Dunia sekarang ini bergerak kearah 'cashless community' atau literally-nya masyarakat tanpa tunai. Kalau kita kita ini tidak strenghten-kan dan membudayakan dalam masyarakat mana mungkin datangnya kepercayaan seluruhan warga terutama sekali buat mereka yang dalam kategory 'laggard'. Bilamana semua sudah boleh menerima, everythings will be smooth. Hopefully-lah.
Jadinya, masa hendak membuat pembayaran, aku maklumlah kat budak pompuan yang jadi cashier yang aku hendak bayar pakai 'qr'. Spontan dia key-in button amount di screen dan kat mobile terminal tertera qr code together dengan amount yang perlu dibayar. Melalui phone aku lak, aku buka mae e-wallet untuk di-scan qr-nya. Dia halakan mobile terminal merapat ke phone aku yang aku paparkan qr of my bank account. In split second sahaja, pembayaran selesai. Secara auto-nya juga, printer keluarkan resit pembelian seperti mana yang aku snap gambarnya ini. Kalau dengan bebudak JnT atau ShopeeXpress, aku 'tembak' kat phone depa tapi kat cashier counter ni, budak cashier 'tembak' pakai mobile terminal dia ke phone aku.
![]() |
| Diguna-pakai at 99 Speedmart |
Sistem pembayaran telah semakin canggih berevolusi sejak penghujung 70an sehinggalah kini. Aku pernah saksi dan kendalikan juga. Dahulu dikenali sebagai 'wang plastik' merujuk kepada kredit kad. At that time, those yang mampu memilikinya berbangga beb walhal berhutang dengan bank. Bila selesai shopping, cuma keluarkan kad yang kemudiannya akan di-letakkan di 'zig-zag' machine untuk duplicate transaksi for carbonised payment slip. Satu salinan diserahkan kat pelanggan, satu lagi untuk rujukan company dan 'original-nya' untuk klaim dengan bank. Berlapis lapis kerja sebelum dapatkan wang dari bank. Agak leceh tapi itulah dianggap moden.
Kemudian di-upgrade terminal pembacaan kad kredit dengan slide sahaja. Segala data transaksi being captured. Kemudian keluarlah resit pembayaran. Dari manual menjadi makin pantas. Selari dengan kemajuan, diperkenalkan pula debit kad. Kad debit dikenali sebagai kad 'tunai', kad kredit pula adalah kad 'hutang'. Jadinya makin rancak dan pelbagai cara membuat pembayaran. Terminal pembayaran yang telah di-upgrade ni perkenalkan sistem pembayaran secara 'gelombang'. Paywave payment dengan merapatkan pada terminal untuk dicapture transaksi pembelian. Kemudian resit pembelian akan keluar dari terminal.
Kini pembayaran via QR makin menyeluruh dan melata. Even, makcik berjualan kuih dan nasi lemak kat tepi jalan pun dah ada terpampang QR card bersaiz A4 gitu dimeja jualan mereka. Cepat berkembang dek setiap individu memiliki smartphone. Malah semua phone memang compatible dengan aplikasi bank mereka. Tiada masalah membuat bayaran tanpa wang tunai. Kesemua bank yang beroperasi kini telah ter-intergrated dengan satu aplikasi yang dikenali 'DuitNow'.
Malaysia’s DuitNow QR to make payments at retail acceptance points in Malaysia. Please look out for the DuitNow acceptance mark and their participating partners’ logos, indicating that the merchant accepts QR payments through Malaysia’s QR.
![]() |
| Warung Pak Uda @ Jln Tun Kudu... ada QR |
![]() |
| Lama dah... I'm using it |
So, selamat datang ke dunia 'cashless' guysss.


.jpeg)
No comments:
Post a Comment