Sunday, July 5, 2026

Tauhu sumbat

05/07/2026 17:55

Semalam, ke Family Store di Melaka Mall. Katanya hendak buat laksa Johor. Makanya aku di suruh beli bahan tambahan yang tiada. Antaranya, daun salad, taugeh dan timun. Terlanjur dah didepan mata, aku capailah juga beli tauhu putih sebungkus. 10 pcs sebungkus. Laksa Johor konon untuk sarapan malamnya.

Semacam dah ketahuan, gabungan bahan yang ada dan impliedly-nya orang rumah dah tahu, menu tambahan apakah untuk makan tengahhari. Selain dari kari kepala ikan jenak which dia sendiri declare yang biasanya turut dibuatnya adalah sambal telur dengan gaulan bawang besar potong lebar lebar. Katanya nak matching. Aku berharap yang tauhu sumbat, automatically-lah turut akan dibuat. By instinct, aku rasakan yang dia akan prepared it also. Al-maklumlah dah lebih 30 tahun bersama. Aku dah boleh jangkakan tanpa aku mencadangkan. Namun kalau tidak dihidangnya bermaksud bukan rezeki aku-lah hendak makan pada tengahhari itu.

Antara makanan kegemaran terutamanya makanan 'selingan' waktu petang adalah tauhu sumbat. Masa zaman bebudak dahulu, orang yang berjualan berjaja, aku suka beli tauhu sumbat, epok epok, kuih jenny cake or roti lembung(manis rasanya). Yang aku sebut ni adalah feveret ketika itu-lah selain kuih kuih lain. Kalau nak disebutkan, mungkin berjela senarainya. Ada sahaja penjaja yag buka 'meja' ditepi jalan berjualan. Biarpun tidak besar mana, kehadiran mereka berjualan, membolehkan aku merasai juadah minum petang ikut selera semasa. Tergerak nak makan, kena-lah keluar mencarinya. Memandangkan sudah terlalu biasa dan selalu mendapatkannya, sudah boleh agak dimana mereka berjualan dan bila pula mereka cuti niaga. Automatically boleh tahu dan dah registered dalam kepala hotak.

Tapi apa yang lebih happening adalah bila tiba musim raya. Ramai yang ambil kesempatan membuka booth sementara biasanya dalam tempoh seminggu beraya. Maklumlah bebudak tengah 'lebat'. Dapat duit raya berkunjungan dari rumah ke rumah bagi yang rajin terjah dan lebih utama lagi 'durian runtuh' bila ikut bertakbir sesama bebudak kampong pada malam raya. Nostalgia sebagai anak kampong malam raya memang banyak kisah lucu menyakat sesama. 

Ada yang berniaga mee goreng biasa @ mee bodo ikut term viral masa kini kat media sosial tu. Juga kuih muih sesuai buat bebudak seperti tauhu sumbat, kiuh rengas, kuih bongkok, lepat pisang dan tak ketinggalan juga epok-epok dan jenny cake. Rambang mata. Duit tengah banyak. Asyik beli dan beli dan galak membeli, makan makan siap belanja 'member'. Memang tak lekat kat rumah lepas makan tengahhari. Kekadang pasal orang tua sibuk renyah melayan sanak saudara yang datang berziarah, time makan jadi tidak menentu. Pilihan yang ada ialah berjalan dalam kampong singgah kat orang kampong yang berjaja sementara ni. Selera makan tengah tajam manakala duit lak berkepok. Memang menjadi jadi-lah.

Makanan yang paling popular adalah tauhu sumbat. Ini my first choice. Kekadang sampai membandingkan yang makcik tu buat lagi sedap dari kat sini. Selera makan jenis tidak menolak dan kalau boleh semua nak dirasa. Asyik tak kenyang saja. Maklumlah dah sebulan berpuasa. Boleh sumbat lagi makanan petang yang lain. Duit pun masih banyak lagi. Pandai orang kampong ambil kesempatan 'curi' duit dari bebudak. Masa tu kita pun tak tahu 'game' mereka. Tapi amat obsess dengan makan dan terus makan something yang menyelerakan. Malah berkhayal berlagak macam orang dewasa lepak lepak berborak sambil makan. Selesai, bergerak beramai ramai beraya rumah orang pulak.

Bila mengenangkannya kembali, disaat ini, memang amat nostalgic. Manakan tidak. Orang lain mana tahu. Kita ni yang merasai melalui detik detik indah ketika bebudak tak pernah terlupakan. Malah terasa macam baru semalam laluinya. Pun begitu kita at this very minute atau di detik ini terpaksa merelakan ianya berlalu. Kita semua pastinya menyedari akan bergerak 'pergi' meninggalkan alam dunia. Mungkin sekejaaaaap lagi atau lamaaaa lagi, who knows, bergantung pada fate memasing lah. 

Andai...andailah kalau boleh 'kembali' ke zaman tersebut, rasanya semua kita berebut mahukan. Tapi sekadar mengharap sahaja-lah...tinggal pengharapan. Apa logik yang kau pakai ni... mana mungkin, bro.

Menabong jer.

No comments: