Selasa, 07/07/2026 @ 11:27am
Gelisah menunggu
Hari ini dah hari Selasa, 7/7/2026. Sejak DUN Johor dibubarkan pada awal Jun, aku rapat mengikuti kisah dan persoalan tentang siapa menang siapa pula yang akan kalah berebut kerusi. Dikala tidak lagi bekerja dan lebih banyak masa aku 'lepak' kat rumah, tv menjadi 'gadget' tatapan setiap hari. TikTok dan Youtube menjadi sumber utama. Makanya setiap perkembangan dan perjalanan kempen pilihanraya negeri Johor yang diberitakan mahupun dipropagandakan diketahui as per real-time.
Selain dari membuat routine harian, informasi semasa aku akses via media sosial di phone dan android tv. Jaranglah aku keluar tanpa bersebab. Berbeza dari sebelum milinium dimana cara berkempen lebih memihak kepada parti yang memerintah. Sekarang ini 'permainan' hampir boleh dikira at the same level. Media arus perdana, siaran tv 'percuma' RTM/TV3 atau Astro TV serta suratkhabar tidak lagi 'significant' membantu berkempen sepihak untuk kerajaan of the day.
Sumber maklumat dari media sosial, samada akhbar digital juga ulasan serta komen oleh netizen secara real time siap bergambar lagi memang sukar ditepis oleh pihak yang kena 'serang'. Perlawanan menjadi semakin terbuka telus. Pepandailah pihak yang mengakses data mengiakan kebenaran atau mahu menepisnya berbukti yang sahih.
Bilamana semua yang mencalonkan diri yakin akan menang merebut 56 kerusi, bagi aku...ya...bagi aku-lah seolah satu 'game', makin menarik untuk ketahui 'keputusan' pada malam Sabtu ni, 11/07/2026. Mental kena kuat pada para petanding or contender. Dan dari sejumlah 176 orang yang mencuba nasib bergelar YB yang akan punyai pencen sekurang kurangnya mendapat habuan RM5K sebulan setelah tamat berkhidmat sepenggal nanti, tentunya ada yang 'menangis dibucu katil' menjelang tengah malam hari pengumuman.
Sam Ketot ... buat hal lakTetiba pagi ni, dah viral pulak pasal video yang dimuatnaik-kan oleh Shamsul Iskandar aka Sam Ketot, mantan MP Hang Tuah Jaya yang sebelumnya adalah parlimen Bukit Katil. Masa tu, nama beliau ini 'meletop' sebagai 'giant killer'. Kalahkan penyandang iaitu Datuk Seri Ali Rustam. Tak terfikir lak yang dia boleh buat video men-talkin-kin or mengajar tatacara kepada pengundi pengundi Johor memilih bakal ADUN mereka pada sabtu nanti. Memang haru.
Apapun, kemunculan video yang mendapat perhatian khususnya kepada pengundi Johor dan kepada rakyat Malaysia am-nya memeriahkan suasana. Kelainan sebegini mungkin jadi pemangkin faktor menang kalahnya buat mereka yang bertanding merebut kerusi.
Wait and see sahaja-lah. Apa yang pasti, the best will 'WIN' lah.
No comments:
Post a Comment