Tue, Jul 14th 2026 @ 12:14pm
Menanti terus menanti
Dah tengahhari khamis. Aku bermalas malas di verandah, upgrade sikit, at porch area. Memang memasing bebas boleh berbuat apa sahaja yang dia mahukan. Biarpun dipandangan orang, mungkin katanya agak weird, namun bagi aku-lah biarkanlah asalkan tidak sampai menyalahi norma norma kehidupan. Salah kah bernostalgia. Aku mengganggu kau orang kah. Tidak kan. Jadi apa isunya. Apa mungkin yang kau orang semua semua ni jealous the way I'm leading my sisa sisa usia.
Entah macammana lagu nyanyian Dell pulak bermain main difikiran. Auto-spontan pula or spontaneously ianya hadir. Aku jarang kumandangkannya. Ironi-nya boleh tetiba hadir. Selalunya aku mainkan 'Aku dalam Hayalan' yang ada selingan bunyi si Dahlan ni sendawa beberapa kali bila sampai kat part chorus. Sering aku tergelak kecil sampai bertanya sendirian, boleh lak sempat bersendawa bagai. Adakah gimik disengajakan atau macammana...khusus pada lagu ni sebagai 'kelainan'. Mungkinkah begitu. Selalu juga aku akan sekalikan mendengar 'Sabda Cinta' which seems macam sequel atau sambungan kisah impian khayalan si mamat.
It's just a habit of me akan associate-kan kisah yang dinyanyikan pada diri, seolah aku-lah yang lalui alaminya. Aku mudah untuk berfantasi berkhayal. Kena bayar kah untuk berkhayal. Gratis lah, percuma gitu. Setting lagu ini adalah ditepian pantai. Malam ke siang juga berkemungkinan. More appropriate adalah disebelah petang. Aku andaikan apa yang dinyanyi dan apa yang pencipta lagu ni ingin sampaikan adalah pengharapan yang tinggi kepada sang kekasihnya akan jadi milik mutlaknya sepanjang hayat.
Keseorangan ditepian pantai lepas tongkatkan RX-Z Fairway Blue kat pantai Klebang. Memandang kearah laut yang tenang dengan mengelunjurkan kaki diatas rumput. Hingar bunyi kenderaan di jalan klebang orang berpergian ke Melaka atau balik ke rumah setelah habis bertugas tidak aku hiraukan sangat. Hati tengah deep fikirkan kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Mampu tidaknya tanggung anak orang. Berkecamuk memikirkan. Dan lagu 'menanti dan menanti' seolah menguatkan semangat dan jadi booster moga pasangan yang diidamkan jadi nyata. Timeline-nya, lepas keluar dari Kolompo, sekitar awal 1991 lepas rasakan yang KL 'keras' buat diri.
Konon cari ketenangan la...gituSelebihnya, aku ikut plot cerita lagu ini. Dari berangan angan berharapkan agar ianya menjelma didepan mata meleret leret sampailah mengenggam erat bertekad wish yang ianya akan jadi isteri pula. Leka sampai ke nak ke maghrib barulah aku bergerak kembali ke rumah.
Moga menanti dan menanti 'sesuatu', akhirnya akan aku gapai sepenuhnya jadi milik. Apa yang 'hadir' sehingga saat ini adalah ehsan dari Illahi yang mendengar kelohan rintihan diri.
Akan datang tidak ketahuan lagi. Moga kehidupan aku diberkati hinggalah ke penghujung hayat. Ameen.
No comments:
Post a Comment