Monday, March 30, 2026

Pening memikirkan

30 MARCH 2026, 12:29

Pening memikirkan

Aku kini lebih fokus kepada keperluan diri. Memikirkan permasalahan orang lain, apa hal. Setiap orang akan diuji pada setiap detik. Waima senantiasa perlu bertindak sehinggalah ke penghujung hayat memasing. Terpulanglah bagaimana mahu menyantuninya. Tiada sesiapapun yang terlepas atau terkecuali dari hadapinya. 

Setiap yang bernyawa harus harungi different set of obstacles. Mungkin bagi setengah orang beranggapan yang si-canu tu atau orang itu adalah 'anak emas'. Ujian hidupnya nampak dan kelihatan oleh orang lain macam mudah sahaja. Tetiba timbul pula rasa berharap, 'alangkah elok kalau aku yang menerimanya'. Ingat as simple as that kah. You sebenarnya yang silap. 

Segala yang exclusively diperuntukkan kepada setiap makhluk ciptaan-Nya telah tersedia lebih awal lagi. Malah setiap detik perjalanan kita ini mengikut menuruti dari awal lahir sampai dijemput pulang telah tersedia mengikut perancangan Allah swt. Bukankah Allah swt itu Maha Merancang, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. 

Apa pulak kita yang menyibuk sesangat hendak tentukan itu dan ini, mahu yang itu tapi tak mahu yang ini. Asal menguntungkan hendak sahaja. Kalau sebaliknya, mulalah 'play victim', dan beranggapan kenapalah 'dunia' kejam terhadap aku.

Saturday, March 21, 2026

Pagi raya...

 3/21/2026 02:02 

Pagi raya...

Tidak dapat lelapkan mata disaat ini. Entah kenapa. Apa yang pastinya dan terlebih yakin, aku tidak sepatut selayaknya untuk beraya dalam ertikata sebenarnya. Puasa aku, dan segala bentuk peribadatan lainnya dibulan Ramadhan kali ini yang seharusnya diberi fokus yang jitu tidak capai standard. So so sahaja.Sejujurnya aku akui. Buat sekadarnya sahaja, bak kata orang yang culas lakunya, hanya syarat sahaja. 


Malu pada diri sendiri. Di usia yang kian lanjut dan dibebani pula dengan penyakit paru paru kronik bukanlah alasan untuk aku dikecualikan dari bersungguh di sepanjang Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Kita tidak akan tahu - adakah tahun hadapan diberi kesempatan ataupun tidak. Ajal maut bukanlah kita ketahui tapi datangnya tidak terduga. 


Siapapun mahu lakukan yang terbaik.Sekadar berharap tapi tindak tanduk tidak terarah ke sasaran yang sendiri tetapkan. Hampeh. Mana mungkin boleh tercapai. Memang tidak selayaknya buat aku.


Sekadar ikut merayakan hari 'mulia' ini sepertimana orang lain. Namun jauh disudut hati, kita tahu-lah sehebat manakah amalan yang dikerjakan sepanjang ramadhan yang ditinggal pergi. Termanggu memikirkan nasib diri dimasa mendatang nanti. Cepat lambatnya segala bentuk rintangan dugaan juga mungkin 'sedikit' kelegaan kegembiraan ehsan Dari-Nya perlu diharungi penuh keinsafan.


Tiada masa kalau diikutkan untuk aku especially-nya mengenang kisah lalu. Semua kita terarah ke satu 'jalan' yang sama iaitu menuju ke alam lain, alam akhirat.