Tuesday, May 7, 2024

Simpati yang ditagih menurut jangkaan aku...amat berbaloi

 07 MAY 2024, 21:55


Simpati yang ditagih menurut jangkaan aku...amat berbaloi


Siang tadi aku ke pasar besar MBMB berdepan dengan Kips Mart Jalan Batu Berendam/Bachang. Aktiviti mingguan mendapatkan 'bekalan' perishables untuk seminggu. Setiap kunjungan pastinya akan kopak sekitar RM250 - RM300. Jika adanya 'event' besar waima hendak menyambut perayaan, jumlahnya meningkat kekadang jejak RM450. Sudah sampai masanya untuk aku 'adjust' perbelanjaan bulanan lepas tidak bekerja lagi ni. Macam kerajaanlah, kena buat penstrukturan semula agar sesuai dan selari dengan gaya hidup.


Tiada apa yang ganjilnya routine ke pasar. Beli barang keperluan yang patut, bayar parking ke agent yang setia menunggu di booth pintu keluar berbayar RM1 lalu bergerak cari sarapan. Selesai menjamu mengikut 'selera' di port yang disinggahi maka bergerak pulanglah ke markas. Begitulah saban minggu sehinggalah sampai...Abang Jamil erm errm. 


Strategi ke pasar mulai berubah lepas Raya tahun ini. Kalau kebiasaannya ketika bekerja dahulunya, kepergian ke pasar lebih kepada hujung minggu. Jarang pula berkunjungan pada hari biasa. Tapi setelah tidak bekerja kini selalu juga hadir pada hari biasa. Tentunya suasana sedikit berbeza. Pilihan ikan yang pelbagai dan 'in volume' dipamirkan serta berkerumun bersesak dilaluan antara gerai peniaga yang mencuri ruang sekitar 2 kaki berjarak dari meja peragaan ikan memasing makin menyempitkan lagi laluan. Pihak pengurusan yang kerap aku terserempak membuat kerja kerja pemantauan, rasanya agak sedikit pelik jika tidak perasankan laluan yang mengecil. Mungkin juga telah ada pertemuan antara pihak pengurusan dengan peniaga dan adanya kompromi membenarkan tindakan yang diambil itu. No komen lah akan apa yang sebenarnya telah mereka sepakati.


Manakala dihari biasa yang mulai dirasai bermula Februari, kunjungan ke pasar adalah lebih santai. Boleh berbual bual menegur dan bebas memandang setiap sudut ruang dari kejauhan. Namun ada kekurangan juga yang dikesan. Apa yang pasti, pilihan ikan tidak banyak dan memperagakannya dalam quantiti yang sedikit. Alasan yang aku tanyai kepada Jalal, peniaga ikan di Gerai F-1, hari biasa customer kurang, jadi tidak berani hendak letak ikan bebanyak. Penjelasan yang diberikan ada kebenarannya. Tidak perlu lagi untuk aku dapatkan pandangan dari peniaga lain. Tidak semeriah hujung minggu berhiruk pikuk dengan peniaga tidak henti henti melayan pelanggan yang datang menghantau 'rezeki' kepada  mereka. Bak kata orang, tidak menang tanganlah. 


Disamping itu, masalah BMI yang tidak terkawal dialaminya walaupun dipantau oleh doktor KKM Ayer Keroh sejak tahun lalu tidak berjaya dikekang mengakibatkan bermasalah untuk berjalan pantas menyelit di celahan pelanggan yang menghadang pergerakan. Orang rumah mencadangkan untuk ke pasar pada hari biasa dan komen ringkasnya, 'bercinta hendak datang pada hujung minggu apatah lagi cuti umum'. Jadinya terpaksalah aku ikutkan kemahuannya sehinggalah kunjungan pada hari Selasa ini.


Selesai memunggah barang belian ke dalam Alza bergeraklah mencari pemakan pula. Menghampiri 'entrance' utama kedalam pasar, kelihatan seorang budak 'OKU' yang terlalu familiar sedang duduk dikerusi plastik ditepi laluan kereta menagih simpati pengunjung. Trademark dia dengan berjalan bertongkat sambil bersuara kekadang dibesarkan untuk menarik perhatian pengunjung yang dia berada disekitaran menyebut...'mak...mak...seringgit mak sambil bertadah tangan. Stategi sudah berubah. Sebelum ini semasa di pasar berdepan dengan Melaka Central, dia berjualan 'packet tissue' berpusing didalam pasar menarik perhatian serta simpati dari pengunjung. Mungkin badannya yang sudah semakin gempal dan dengan berkeadaan seperti terlihatkan amat menyulitkan pergerakkan membahayakan diri. Atas nasihat mereka yang prihatin agar dirinya tidak tergelincir jatuh maka kini dia statik dipintu masuk pasar. Selalu juga dia berada didepan booth bayaran parking di pintu keluar. Ikut kesesuai juga lah tu. Cuaca okay dan ramai pengunjung dia akan duduk di laluan keluar. Andai cuacatidak berapa elok, dia akan berada di 'zebra crossing' hadapan ointu utama pasar. Apapun 'rezekinya' tetap ada. Simpati orangramai yang ditagihnya berbaloi untuk saban hari.


Ketika aku memperlahankan 'jentera' utama aku ini dan menghulurkan seringgit kepadanya, pantas dia ucapkan terima kasih. Seketika kemudiannya dia bertanya samada boleh hantarkan dia ke Melaka Central. Segeralah aku menjawab boleh, membantu mana yang patut. Bingkas bangun sepantas yang dia mampu masuk kedalam kereta. Didalam kereta aku ambil peluang bertanyakan apa yang aku hendak tanya kepadanya. Katanya dia keluar rumah dari Londang, Masjid Tanah dalam pukul 6 pagi. Tentulah mendapatkan first bus ke Melaka. Bersemangat dan gigih berusaha mencari 'rezeki' via bersimpati dengan pengunjung pasar saban hari. Hujung minggu collection seganda banyaknya dari pungutan hari biasa. Komen aku, itu standard lah. Aktiviti menarik simpati orang ini telah lama dan bertahun dilakukan tanpa mengenal erti jemu. Rasanya banyak duit yang telah dikumpulnya. Setahu aku orang 'OKU' ini mendapat elaun bulanan tidak kurang dari RM350. Top-up dengan pendapatan sampingan yang dilakukan saban hari seolah berkerjaya tentunya mencecah ribuan ringgitlah juga.

Budak Londang...


Aku menurunkan dirinya di pintu masuk hentian teksi inter-daerah atas permintaannya. Jarang aku mendapat peluang memberi 'khidmat' masyarakat seperti ini. Mungkin aku telah ditakdirkan terpilih hari ini.



                                        Siapapun yang melihat akan simpati


Nasib orang apatah lagi OKU yang mengharapkan bantuan serta perlu dikasihani amat meruntun hati. Aku sendiri tidak ketahuan lagi perjalanan hidup dimasa terdekat ini. Harapnya aku diberi kemudahan dalam setiap urusan terhindar dari petaka yang membebankan.


Kita lihat nanti...

Mendengar radio ketika memandu perlu berhati hati. Tumpu kepada jalanraya demi mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini. Lebih lebih lagilah dilaluan yang sesak. Aku mendengar siaran 'Radio Klasik' sekarang. Setiap pagi, hantar anak ke sekolah, aku akan alternate pendengaran Melaka FM dengan Radio Klasik. Memulakan perjalanan sekitar 6:30 pagi, bertepatan masa petikan rakaman ceramah dari Masjid terpilih sekitar Melaka dari penceramah jemputan disiarkan. Selesai segmen dituruti pula oleh 'Jana Minda' dimana penceramah merangkap motivator memberi 'input' berguna kepada pendengar pula. Selesai ikuti kedua segmen itu, aku selalunya akan beralih ke Radio Klasik sebabnya Melaka FM, 'claimed' memainkan lagu ketuhanan dan kerohanian sepanjang pagi. Beralihlah ke Radio Klasik yang memutarkan pelbagai genre lagu iringi aku ke MHS. Bila sampai masa 7:00am, slot berita pula. Semua siaran radio akan serentak keudarakan. Pernah aku tukar ke stesen radio lain tapi sama juga, tetap siaran berita yang ke-udara. Pelbagai ‘berita’ yang dirasakan rakyat perlu tahu disampaikan. Berita serangan pengeboman Zionis di Rafah selama setengah jam lepas 10:00 malam dikhabarkan, petikan ucapan PMX berbahasa inggeris lagi di suatu majlis yang dirasmikannya dan beberapa lagilah berita yang difikirkan perlu atau disertakan memenuhi segmen masa yang ditetapkan. Dimaklumkan juga di segmen berita pagi ini yang mana seramai 863 pengundi awal akan membuang undi pada hari ini bermula jam 8:00pagi untuk PRK KKB. Tetiba diselitkan juga petikan laporan dimana Fahmi Fadzil mengulas statement dari parti lawan diperdengarkan ke seluruh negara. Cepat pantas si beliau ini 'respond' demi ‘desperate’-nya merayu undi ‘simpati’.

Samada betul lagi tepat ‘ramalan’ si Fahmi Fadzil, Ketua Penerangan PKR,  merangkap jurucakap PH membuat kenyataan terhadap PRK KKB yang bakal berlangsung pada 11 Mei 2024 nanti dan dilaporkan di slot berita 7:00pagi di media kerajaan sebagai makluman ke seluruh negara akan terjawab pada penghujung minggu. Banyakkan bersabar. Huraian bersifat ‘reverse phychology’ akan ucapan ceramah oleh ketua Setiausaha Agung Pas dari blok ‘pembangkang’ mengundang aku untuk persoalkan komennya itu.

Rujuk ni...https://www.astroawajika-ph-ditakdirkan-menang- untuk ketahui biji butirnya.

Juga hadamkan laporan di Harakah Daily kalau-ph-menang-dimana Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, meluahkan kebimbangannya tapi si beliau sekadar mengulas mana yang mendatangkan 'political mileage' kepada PH semata. Isu utamanya laporan Harakah Daily samada sengaja terlepas pandang atau andai diulas bakal 'makan' tuan pula. Sedayanya mengelaklah dari buat ulasan. 

Dalam hal ini, cepat pula dia buat 'kerja' menerangkan situasi semasa mengalih perhatian pengundi menurut sudut pandangan PH. Isu beras yang menimbulkan keresahan kepada penduduk negara akan 'security makanan negara' yang mana beras tempatan tiada dipasaran tidak pula mahu diperjelaskan dengan penuh tanggungjawab. Haru lah macam ni. Apapun cannot...

Sepatutnya segmen ‘berita’ diisi dengan maklumat yang sahih lagi tepat kepada pengetahuan seluruh rakyat. Informasi yang mengketengahkan usaha meningkatkan kesejahteraan bermasyarakat serta menerangkan perancangan pembangunan harus diutamakan. Berita kemajuan setempat yang dibantui kerajaan serta memotivasi seluruh rakyat untuk turut meniru usaha yang terbukti berjaya. Seharusnya berita berinformasi lagi sahih dan bertanggungjawab menyampaikan sesempurna mungkin akan membolehkan rakyat faham serta bertindak seiringan.

Namun bilamana segmen berita diisi dengan ‘cerita’ yang tidak pasti betul yang hanya sekadar pandangan peribadi bersifat ramalan cuma tapi diangkat dianggap ‘penting’ untuk diwar-warkan ke seluruh negara maka hal ini sesuatu yang amat mendukacitakan. Perbezaan pandangan kalangan parti politik tidak sepatutnya dicampur aduk dengan perjalanan pentadbiran negara. Apa perlunya kenyataan sedemikian dimaklumkan kepada orang ramai. Penggunaan media kerajaan untuk tujuan politik kepartian amat dikesali dan tidak sepatutnya pun. Gagal membezakan peranan sebagai kerajaan dengan gerakan parti bakal mengakibatkan salah tadbir serta fungsi yang seharusnya dilaksanakan. Sekilas pandang, nampaknya kepentingan parti lebih diutamakan dari pentadbiran negara.

Kenapakah ucapan ceramah melibatkan hanyalah Kuala Kubu Baru diberi perhatian. Apahal hendak bubuh perut kepada ‘portion’ kawasan ini sedangkan pemantauan perjalanan ditempat lain terabai. Sekadar ramalan sahaja sudah mengelupur mengelabah tidak tentu arah, apahal. Tentulah ada niat yang tidak berapa elok berselindung dengan membuat ‘counter statement’.

Nampak gayanya, si beliau ini cuba provoke atau memerli unjuran pihak ‘lawan’. Memandangkan hanyalah dirinya sahaja yang boleh gunakan media rasmi kerajaan dan pihak lawannya sekadar bercakap via media sosial sahaja, tentulah dirasai yang dirinya ada kelebihan berautoriti membuat apa apa sahaja kenyataan.

Tidak mengapa. Pertembungan perlawanan ‘persepsi’ di KKB akan terjawab Sabtu malam 11/05/2024. Kita akan lihat siapakah yang tepat ramalannya.

Sunday, May 5, 2024

Menghampiri penghujung Syawal 1445H - merenung bermuhasabah

Hari Isnin yang cerah ceria pagi ini, moga membuka lembaran baru buat aku. Apa perlunya mengeluh resah akan perkara yang belum berlaku, sekadar berkemungkinan sahaja untuk terjadi. Memang kita tidak akan mengetahui apakah yang akan kita terima dan hadapi hari ini. Segala sesuatu adalah atas kehendakNya.


27 Syawal ...beb


Seeloknya kita senantiasalah berpandangan positif. Tabah hadapi dugaan yang mendatang. Selesaikan kerumitan penuh bertanggungjawab. Diwaktu yang sama mengharapkan agar segala urusan kehidupan dipermudahkan olehNya.


Bercakap memang senang. Andailah realitinya kita pula yang harus hadapi situasi yang sukar lagi rumit untuk dirungkaikan apatah lagi sesegera mungkin, mampukah kita atasinya. Orang lain sekadar memandang sahaja. Barangkali sambil mengurut dada akan bermonologue, 'Sib baik tidak terkena kat aku....syukur...alhamdulillah'.


Kita, sejujurnya, ambil mudah kepada banyak perkara sedangkan kejadian yang terjadi keatas orang lain didepan mata adalah berupa ujian kepada kita juga. Sejauhmanakah kita menilai diri sendiri hadapi perkara yang telahpun terjadi kepada mereka yang dilingkungan andai kita pula yang terpalit.


Senarionya pasti berlainan dan tindakan yang diambil berkemungkinan ketara berlawanan. Jalur pemikiran sesama kita tidak bersamaan. Pastinya juga tindakan yang dianggap patut oleh kita dirasakan amat janggal pada penglihatan orang lain. Perkara sebegini kerap berlaku. Tidak menghairankan.


Inilah dunia. Betapa dinamiknya perubahan yang berlaku pada setiap masa. Malah tiada sesiapapun yang tahu hujung akhirnya setiap hal yang terjadi semasa ini. Kita sekadar mengharapkan perubahan kearah kebaikan yang bakal dirasai nanti.


Sebab itulah, tidak perlu rasa dan anggap yang diri adalah terpaling bernasib baik. Bila bila masa sahaja boleh berubah. Tiada yang kekal statik selamanya. Perlu diakui juga, semua kita terdedah kepada segala macam hal. Takdir atau melayunya ketetapan dariNya sememangnya telah tersurat. Tiada sesiapa yang ketahui. Berserah kepadaNya semata mengharapkan kebaikan dan sedayanya memohon agar diberi ujian seringan mungkin.


Diusia aku yang sudah 60+, menoleh kebelakang membandingkan akan perkara yang berlaku dalam kalangan kita mungkin ada 'nilai' pengajaran. Pastinya aku ada 'authority' untuk mengulas dari skop pemerhatian aku. Sudut pandangan aku mungkin tidak sebagus mana tapi setidaknya ianya adalah pandangan jujur aku. Tiada 'bias' dalam kenyataan yang aku buat biarpun mungkin ada kesilapan fakta disini sana yang tidak disengajakan terlepas pandang.


Mutakhir ini kerap berlakunya peristiwa 'malang' menimpa diri. Sekilas pandang macam berpunca dari kesilapan orang lain tapi membawa padah kepada kita pula. Perkara yang tidak terjangkakan dan mengganggu 'routine' harian memasing kekadang begitu sukar hendak menerimanya.


Rujuk selingkar kisah masyarakat untuk renungan dan bermuhasabah...suami-isteri-parah-angkara-lori-tukar-lorong-mengejut.



Kejadian di Sungkai yang dikhabarkan dan diviralkan siap bukti dashcam begitu mengejutkan. Mungkin kisahnya sudah 'basi' tapi punyai 'pengajaran' tentunya. Kegopohan orang lain membawa petaka kepada diri. Spontan akan keluar dari mulut para reader  yang selesai membaca  berita 'Sinar Harian' itu, 'naya-kan orang sahaja...'. Apa rasanya bila terjadi kepada diri sendiri. Pasti akan kesalkan tindakan yang diambil oleh orang yang akibatkan kita kemalangan. Kita selalunya gagal menghadamkan setiap kejadian yang berlaku. Melulu sahaja membuat kenyataan menyebelahi diri. 


Siapapun akan terpinga pinga hadapi situasi 'kemalangan' tidak terjangkakan ini. Sedangkan kita sedia maklum bahawa takdir Illahi akan hadir pada sebilangan masa. Tiada harus dikecohkan apatah lagi untuk pertikaikan. terima seadanya. Namun memang sifatnya manusia untuk sukar menerima realiti kehidupan ini. Ada sahaja bangkangan manisfestasi ketidakpuasan hati. Mengapa semestinya aku dan bukan orang lain yang menerimanya hal kejadian mengejut ini.


Pantasnya berubah 'pendirian' kita bilamana sesuatu yang mengejutkan itu berupa 'kurniaan' kemewahan pula. Segera ucapkan syukur yang teramat. Berbangga beruntung menayangkan pemilikan yang tidak mampu digapai oleh mereka yang dilingkungan. Kekadang tanpa kita sedari membuatkan orang lain berprasangka buruk mengatakan sombong riak dengan harta kemewahan yang tidak berkekalan itu. Mungkin boleh terjadi dan tiada apapun yang tidak berkemungkinan untuk terjadi.


Kesimpulannya, hidup kat atas dunia ini adalah permainan yang melekakan sehinggalah kita dipanggil pulang. Janji ketika bersetuju hadir kat dunia ini tidak sepatutnya sekadar tinggal janji sahaja. Lupa janji satu hal. Tapi bilamana sampai ketahap ingkar janji dan lakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadian manusia boleh selamba pula perangai  buat buat tidak tahu. Kelakuan sebegini amatlah mengusarkan diri. Apa alasan yang paling ampuh pertahankan diri bila dihadapanNya nanti..


Moga aku terhindar dari hadapi hal yang serupa ini.


Friday, May 3, 2024

Mana mungkin... terlepas pandang juga

Semalam adalah Labour Day @ Hari Buruh @ Hari Pekerja. Aku sudah tiada kena mengena lagi pasal hari 'semalam'. Tidak terbabit langsung. Walaupun sudah bertahun tahun lamanya sejak bersekolah lagi dan bila datangnya 01/05, secara otomatiknya bercuti. Siapa yang tidak sukakan 'holiday'. Bohong teramatlah. Zaman bersekolah, sekadar dapat cuti sahaja. Tetapi bila dialam pekerjaan pula, hadirnya 'Satu Mei', majoritinya akan bekerja. Tidak mahu bercuti. Berbeza lebih lebih lagilah buat pekerja bawahan bergaji rendah. Memang tidak mahu dilepaskan malah digalakkan bekerja oleh majikan.


Memang benar sebagai pengiktirafan kepada para pekerja maka satu hari telah disepakati menghormati jasa pengorbanan 'pekerja'. Mungkin diperingkat awalnya tujuan diadakan hari istimewa ini adalah untuk memberi ruang kepada pekerja yang selamanya bertungkus lumus mengkayakan 'majikan' dilepaskan berehat berbayar. Tapi konsep yang baik ini telah disalahertikan oleh pihak majikan demi kepentingan mereka yang 'kapitalis' perangainya. Sudah baik dan cantik disusun dalam hendak berdiplomasi dengan pekerja oleh kerajaan tapi pihak majikan pula secara halus beragenda mengeksploitasi tenaga pekerja. Memandangkan tiada bantahan 'kuat' dan kebanyakkannya 'laparkan' duit maka dalam terpaksa rela bekerja pada hari yang sangat istimewa ini. Dari perspektif pekerja pula, diumpankan dengan 'triple pay', mengelupur sahaja menerima tawaran untuk bekerja pada hari tersebut. Tidak berfikir panjang, terus terima sahaja adalah manifestasi situasi pekerja yang bergajian rendah. Malah memang telah dijangkakan oleh majikan yang tidak berhati perut sebegini yang si bodoh dungu akan menonong bersetuju.


Aku sudah tidak kisahkan lagi episod ini. Tumpuan aku sekarang ini adalah lebih tertumpu mengumpul bekalan untuk dibawa ke sana nanti. Lepak lepak di porch, bila penat lenguh berbaring disofa kemudian masuk ke bilik selak buku 'madina arabic' yang merupakan teks utama pembelajaran kendiri aku. In between aku membaca buku motivasi yang banyak tersimpan yang aku beli sepanjang aku bekerja sampailah sekarang. Kerap dan paksakan diri untuk membaca buku keagamaan yang jarang jarang aku sentuh. 


Semalam aku mengulangbaca buku tentang 'Fadhilat Amal' karangan Maulana Muhammad Zakariya yang ketika di ITM dulu kerap bebudak 'tabligh' bangun bergilir antara waktu selesai solat membacakan hadis nabi sebagai renungan ingatan bersama disurau asrama. Hebat gerakan tabligh masa pertengahan 80an dulu. Aku membaca penuh attentive akan 'kata pengantar' dimana penulis amat bimbangi keadaan ummah tidak mengambil endah dan tidak memberi perhatian terhadap agama. Paling ketara tentang bab 'solat' akan betapa kurangnya 'kesungguhan' masyarakat sekarang. Biarpun solat merupakan suatu ibadat terpenting selepas pengakuan keimanan namun seolah sangat dilalaikan dan diabaikan. Semua maklum yang amalan solat adalah yang pertama sekali akan disoal pada hari kiamat nanti. Aku lihat penghujung komentar 'mukadimah'nya akan tarikh nukilan dihasilkan. Walaupun ini adalah edisi cetakan  2013 tapi tarikh dia luahkan kebimbangannya sudah agak lama iaitu pada 7 Muharam 1358.


Aku berhenti sejenak memikirkan dan cuba memahami menghadamkan situasi yang berlaku sekarang. Masih jauh untuk dibanggakan. Banyak lagi yang perlu dan harus difikirkan bersama demi memantapkan 'akidah' umat Islam di negara kita ini. Tentulah amat menyedihkan bilamana tiada usaha terancang yang benar benar mantap dilakukan oleh pihak pemerintah juga tiadanya 'suara' kedengaran untuk menarik perhatian umat ke arah agama dikalangan masyarakat. Namun ada juga usaha yang tercetus dikalangan kita yang mulai mengorak langkah menyahut seruan.

 

Rujuk artikel kempen-subuh-macam-jumaat dalam sepakati usaha baik ini.


Kempen 'Subuh Macam Jumaat' yang dicetuskan oleh seorang pempengaruh 'hebat' Alif Sattar...oppss bukan anak Aziz Sattar, pelakon seangkatan P. Ramlee tu ya...membuktikan sesuatu. Gerakan 'Solat Subuh macam Solat Jumaat' via medsos dimulai pada penghujung November 2023, sekejapan sahaja mendapat sambutan serta sokongan dari netizen dan orang muda satu Malaysia. Dikira berjayalah juga mendapat perhatian ramai dek viralnya isu ini. Namun masih ada juga yang pertikaikan kerja kebaikan memujuk umat Islam mengimarahkan masjid. Suara suara sumbang ini bukannya membantu tapi macam ada usaha membantutkan matlamat semurni ini. Dunia hendak akhir zaman. Setiap kebaikan yang ingin diperjuangkan pasti akan ada yang cuba mahu mengagalkan.


Membuatkan aku rasa terkesan bilamana aku diketika ini mengulangfahamkan BK2 L11 mengenai 'verb'. Soalan no.6 untuk latihan ke-4 berkenaan verb paling sesuai untuk di-isikan pada statement yang disediakan. Memang terpukul rasanya diri.


انا اذهب الان الى المسجد


Berseorangan untuk membuat perubahan dalam masyarakat yang bersifat 'phenomenon' agak mustahil dapat dilaksanakan. Keperluan kepada satu 'gelombang' kesedaran yang digerakkan oleh kumpulan berpengaruh amat diperlukan. Kaedah yang digunapakai memang terkini iaitu 'medsos' diyakini mampu tepat ke sasaran. Istiqamah dalam melaksanakan usaha mulia sebegini perlu diperkemaskan dalam semua aspeks agar perkara yang bakal menghalangi dapat diserap sebaik mungkin.


Moga moga usaha baik mendapat ganjaran setimpal dari-Nya. Insya-Allah.


   

Saturday, April 27, 2024

Renung Sejenak

 27/4/2024 11:37 


Selesai seketika aku menonton dan jotting down maklumat untuk aku ingati mengenai 10 pattern tentang katakerja dari Form 1 sampailah ke Form X. 2 sessi aku untukkan khas pasal topik ini. Semalam petang dan pagi Sabtu ini. Banyaklah informasi yang selama ini samar samar dan hadapi kesukaran tapi ternyata presentation oleh Yusuf Rodrigues via channel dia di 'https://www.youtube.com/@yusuf.rodriguez' membantu aku memahaminya. Ada kelainan. Bilamana kita mahukan sesuatu tentulah dan 'in dire need' pula, pastilah ada lorongan yang akan dibukakan. Bak kata Shaheizy Sam dalam filem Adnan Sempit-nya, 'dimana ada kemahuan disitu ada highway'.


Sudah lama sangat hal hendak mengetahui, kalau boleh keseluruhannya akan perkara yang melingkari akan Bahasa Arab ini, secepat sepantas mungkin. Bertangguh dari tahun ke tahun dan sehinggalah kini, aku masih terkial kial. Kesungguhan yang ditunjukkan tidak bertahan. Selalu sangat tersasar. Banyak sangat komitmen yang kena aku hadap. Lumrah dunia begitulah nampaknya. Namun aku tidak berputus asa. Cuba dan akan terus mencuba.


Masih dibulan Syawal lagi dan hari ini adalah hari ke-18. Aku memulaikan 'revision' aku seawal yang mungkin tanpa lengah iaitu pada Isnin(15/4). Juggle between sambut sanak saudara berkunjungan dengan ziarahi taulan, sempat menelaah akan apa yang telah aku pelajari dahulu. Ulangbaca, ulangfahami dan banyakkan latihtubi agar ianya melekap kejap pada diri. Cuba menyibukkan diri dengan penuhi masa view video bahasa arab dan ingatkan yang disampaikan serta rujuki buku 'madina arabic' yang aku download dan print-out. Having such materials untuk rujukan tentulah handy pada diri. Untuk sebilangan masa, memudahkan aku lihat dan rujuk kembali. 


Namun selalunya yang terjadi adalah kerapnya kelupaan. Misteri bagi aku. Adakah aku ini seorang slow learner atau approach yang aku buat bersalahan tak bersesuaian. Tidak dapat aku pastikan. Tapi aku amat percaya, practice makes perfect. Biarlah aku bertatih. Tidak mengapalah aku ambil masa yang panjang untuk memahami memahirkan diri. Masa yang aku ada perlulah aku pergunakan memanfaatkan setiap hal kebaikan yang aku ingini.


Orang lain sekadar memerhati. Kitalah yang harus bekerja keras. Tiada masa menoleh kebelakang. Giat gandakan usaha, kekal istiqamah hadapi dugaan mendatang. Pedulikan cakap cakap mereka yang mahu melemahkan. Hidup perlu ada kemajuan. Mana mungkin untuk berada dikedudukan yang sama selamanya. Akuilah diri, tiada jalan pintas untuk berjaya. Perbaiki setiap kelemahan yang ada. Buangkan jauh jauh sifat malas dan apa sahaja 'attributes' yang bersifat negatif. Tidak rugi apapun. Perkukuh dan cekal harungi berbekalkan kata-kata ransangan, membujur lalu melintang patah','genggam bara api biar jadi arang, 'alang-alang seluk pekasam - biar sampai ke pangkal lengan dan puluhan lagilah ungkapan yang diperturunkan oleh orang terdahulu dari kita dalam hadapi pancaroba kehidupan didunia ini.


Hendak terasa hati akan kelebihan orang lain buat apa. Tunjukkan potensi diri yang selama ini kita biarkan ianya terbiar terkurung. Masanya adalah sekarang. Selebihnya berserah dirilah kepadaNya agar segala permintaan kita dipenuhi. Aturan dan adab untuk berjaya perlu berjalan seiringan.


Hendaknya aku dapat mengapainya lebih awal dari yang aku jangkakan.


Sunday, April 14, 2024

Hari Minggu...Hari Ke-5 raya, raya, raya...rayaaaa...

Buat diri ini, perspektif pasal raya tentulah jauh berbeza dengan bebudak yang baru mengenal dunia. Lumrah alam, yang tua akan diganti. Barisan baru pulalah yang harus menyambung apa jua legasi yang dipelopori oleh merka yang terdahulu. Baik hal yang bermanfaat juga perkara yang buruk. Peningkatan mahupun penurunan 'quality' amat bergantung kepada sejauhmanakah golongan generasi baru ini 'conform' kepada pengertian serta pemahaman tentang Eid- Mubarak ini.


Aku sebagai orang yang telahpun berusia atas 60 dan telah lalui sambutan raya saban tahun sehinggalah hari ini tentu sahaja dapat rasai perbezaannya disetiap peringkat usia. Dari zaman kanak kanak membawa ke zaman persekolahan, ketika remaja dan alam mulai bekerja bercinta, punyai keluarga sendiri, membesarkan anak dan sampailah peringkat bersaranya aku sekarang ini. Disetiap peringkat ini aku berperanan berbeza dan beransur ansur berubah dari tahun ke tahun. Semua kita andai dipanjangkan usia akan rasainya. Apa yang pasti memasing akan hadapi situasi yang berbeza berbanding dengan orang lain walaupun punyai usia sebaya. Banyak anak sekian senarionya, manakala yang tiada anak mungkin sempoi atau yang negatif pemikiran akan sayu hatinya menyambut raya. Sekadar telahan aku sahaja.


Apapun perjalanan menuju akhir tidak terhenti. Masa akan bergerak, begitu jualah dengan tempoh masa kita kat dunia ini akan menjadi semakin singkat. Bijak mengemudi kehidupan pastinya beroleh kebaikan dunia apatah lagi kebaikan akhirat sana. Sudut pandang berbeza. Setiap tindakan yang kita ambilpun tidak mungkin sama. Kekadang pada zahirnya nampak bersamaan tindakan dan usaha yang dilakukan tetapi kesan langsung dari setiap apa yang kita ambil itu berbeza pula antara sesama kita. Pelik dan hairan tentunya.


Pun begitu berkelakuan yang tersasar jauh dari norma kehidupan sebagai seorang muslim amat dibimbangi. Penampilan yang tidak menampakkan ciri islamik dan lebih barat dari 'orang barat' adalah 'agent' pemecahbelah yang menjalar dalam masyarakat melayu Islam secara senyap tanpa disedari. Bagi 'counter' gejala yang tidak 'sihat' ini, kalangan kita yang faham agama bertaraf alim dalam bidang memasing memberi kesedaran kepada umat islam tentang adab berziarah berkunjungan sempena hari raya. Menjaga pandangan, adab menghormati pihak yang dikunjungi, menjaga aib serta masa sesuai untuk datang berziarah perlu diketahui dipraktikkan. Pemahaman yang jelas serta perlaksanaan yang standard oleh kita akan mengujudkan suasana yang membawa keberkatan kepada semua.


Sayang yang teramat sangat bilamana di bulan Ramadhan yang kita nanti nantikan beramal merebut segala macam kelebihan serta berganda pahala tapi sanggup membiarkan terlepas sempena tibanya Raya. 


Aku sekadar melihat perlakuan orang kita dan budaya sambutan raya dan dilemma antara adat kebiasaan dengan tuntutan agama. Hendak merubah secara drastik mungkin akan timbul pelbagai hal yang sukar diterima. Namun dengan kerjasama semua pihak dalam mewar-warkan maklumat yang semua kita patut tahu serta fahami, moga moga semua kita akan terbuka hati membuat 'anjakan paradigma' kearah kebaikan.


Permudahkanlah usaha kami ini...Ameen.


Thursday, April 11, 2024

Raya Ke-2

Thursday, 11/04/2024 @ 10:21am

Sekejapan sahaja, hari ini dahpun second day of raya. Berbeza dan penuh kelainan. 

Aku sudah berusia 60+ dan tidak bekerja. Tiada lelorat lagi hendak fikirkan antara raya dengan 'option' bekerja Raya. Selama ini, setiap kali datang Ramadhan malah seminggu sebelum, setiap pekerja perlu plot-kan option cuti raya.

Keperluan ini perlu bagi memudahkan pihak HR prepare 'budget' untuk duit raya kepada mereka yang bertugas masa raya nanti. Disebabkan telah lama bekerja, maka option yang diambil tahun sebelumnya dijadikan asas untuk tahun berikutnya. Mudah kata, kalau tahun lalu bekerja masa raya maka pada tahun ini dibenarkan bercuti raya untuk 5 hari berturut.

Bagi yang bujang dan 'lapar' duit, terpulang pada empunya diri menawarkan diri untuk bertugas sempena raya. Pihak pengurusan tentunya mengalu-alukan mereka ini. Lebih ramai lagi baik. Aku begitu mengenali mereka yang suka bekerja pada hari raya ini. Hendak ditanya lebih lebih takut nanti ada yang sentap. Lantak dia oranglah.

Tinggal kenangan sahaja kepada diri. Aku tidaklah hendak mengulas pasal perkara ini lebih lebih. Imbauan kisah yang aku lalui dahulu akan isu bekerja time raya datang sendirinya. Biarpun begitu aku perlu move on.

Kali ini raya tentulah berbeza. No time constraints. Apa sahaja yang hendak aku lakukan, tiada kekangan. Tiada yang menegah dan tidak perlu fikirkan perkara yang mungkin berbangkit atas tindakan yang aku ambil.

Kita tidak mampu menentukan sesuatu yang diluar kawalan. Mustahil. 


Sunday, March 31, 2024

Antara Kalimah 'Allah' dengan haramkan sebut 'kafir'

Makin cacamarba pula. Dalam kita sedang berpuasa dan makin memanasnya isu Kalimah 'Allah' yang dijadikan brand stokin dan dijual oleh KK mart cepat menjadi perhatian semasa umat Melayu Islam, tetiba muncul 'mangkuk hayun' menambahkan lagi kemarahan. Samada perkara ini adalah suatu 'game' oleh pihak tertentu yang ingin menimbulkan keresahan atau punyai agenda yang lebih besar lagi terancang, perlu sesangatlah pihak yang berkepentingan membendungnya dengan bijak.



                                            Hendak alihkan perhatian ker...


Sejak memasuki Ramadhan, kita dikejutkan dengan kedai serbaneka KK Mart yang kemaruk sangat hendak membolot perniagaan runcit keatas orang Melayu Islam sehingga sanggup menjual stokin berjenama 'Allah'. Banyak sudah diulas oleh pempengaruh @ influencer yang pelbagai background mengkritik tindakan 'biadap' pengurusan perniagaan orang cina ini yang tidak pernah serik menguji sensitiviti orang islam. Menyakat sehingga ketahap yang tidak boleh hendak 'brain' sebegini bukanlah sesuatu yang terlepas pandang sepertimana yang dikatakan pihak pengurusan mereka dalam permohonan maaf ketika sidang akhbar mereka. 


Bagi yang tidak cepat melatah, perbuatan biadap sedemikian punyai motif bertujuan. Perlunya pihak yang menjaga ketenteraman awam segera bertindak mencari 'dajal' yang mengatur gerakkerja bersistematik mereka. Ikut logik akal- lah, mana mungkin orang Islam sendiri yang punya angkara. Sudahlah ekonomi orang Melayu tidak kuat walaupun pengguna Islam adalah terbesar, mahu menghasilkan produk untuk pasaran sendiripun tidak berupaya dek kerana kurangnya sokongan dari bangsanya sendiri, maka tentulah pelik menuduh angkara sabotage hendak meruntuhkan perniagaan bangsa cina.


Seperti orang membaling batu sembunyi tangan. Tidak mengaku satu hal, lebih teruk lagi menuduh orang lain pula tanpa bukti dan sekadar andaian sendiri. Agaknya sipelaku ini tidak menjangkakan yang orang Islam Melayu ini mampu sepakat hendak memboikot outlet mereka yang dibangga-banggakan telah capai  sebanyak 881 buah diseluruh negara. Gelombang kesedaran orang kita untuk saling membantu sesama yang mulai disedari mereka tentu sekali menjadi kerisauan dan bakal menjadi mimpi ngeri seandainya tidak diurusi mereka dengan bermuslihat sehabis baik.



                                            Kasi Boikot Sama Dia la...


Seminggu ini pula heboh pasal seorang Islam bertaraf menteri mewar-warkan yang dia mengharamkan anak yang dilahirkannya untuk tidak mengungkapkan perkataan 'kafir'. Apa maksud tu. Mungkin hendak mengalih perhatian umat Melayu Islam dari isu Kalimah 'Allah' atau sengaja mahu meniupkan lagi api kemarahan. Nampak kontradik dengan apa yang telah dilakukan oleh KK Mart. Kita pula disuruh lunak berlembut dengan mereka yang tidak mengaku dan ingkar perintah Allah swt.


Pelik tindakan menongkah arus yang diambil oleh 'makhluk' ini. Allah swt telah address mereka yang tidak Islam ini sebagai 'kafir', tup tup dia yang datang dari mana menegaskan untuk mengharamkan istilah 'kafir' dari digunapakai. Apa authoriti dia untuk memaksa orang Islam agar menggunakan istilah 'non-muslim' bila merujuk kepada mereka yang bukan Islam. 


Aku sekadar orang biasa sahaja. Namun bilamana dihadapkan dengan hal sedemikian, tentulah aku akan berpihak kepada membela agama yang cuba dipersendakan oleh golongan yang tidak mengakui keujudan tuhan pencipta sekalian alam ini. As simple as that. Apa yang hendak dipeningkan. Bukankah telah termaktub dalam surah Al-Kafiruun. Buatlah apa sahaja terhadap agama kamu ikut selera kamu. Tapi apa kejadahnya pula sibuk mengganggu hal ehwal agama lain. Lantak hang la.


Nampak sangatlah puak yang mendatang ini cuba bermain api. Maklumlah, konon katanya ekonomi telah mereka kuasai, kini kuasa politik sudah hampir kedalam genggaman. Maka naturally-nya akan mulai menunjukkan 'true colours' mereka.


Sudah sampai masanya dan belum terlambat untuk kita umat Melayu Islam bertaut menguatkan silaturrahim dan perkukuhkan benteng pertahanan demi menyekat dan membinasakan pakatan mereka. Mereka ini seolah tidak sabar sabar lagi hendak menguasai negara. Malah telah memasang angan angan dengan pelbagai perancangan dalam menyisihkan kepentingan orang Melayu pribumi yang merupakan tuan tanah ini.


Semoga keikhlasan dan kesatuan hati semua kita mendapat keredhaan dariNya. Ameen.

Friday, March 29, 2024

18 Ramadhan bersamaan Jumaat ke-3 berpuasa

Friday, 29 March 2024 @ 11:14


Sekejapan sahaja kita telah berada pada hari ke-18 berpuasa. Masa memangnya bergerak macam biasa. Cumanya... kitalah yang harus bertindak seiringan dan accordingly. Andai gagal cope dengan perkara yang seharus dan sesuai untuk dilakukan pada masa dan ketikanya, bermakna kitalah yang terlepas peluang merebutnya.


17 Ramadhan adalah hari nuzul quran. Hal ini semua kita sudah sedia maklum. Tidak tahulah aku dan mungkin jugalah segelintir dari kita yang tidak tahu dan lebih teruk lagi tidak mahu ambil tahu dan ambil pusing akan apa sahaja yang berlaku seiringan masa dan terkini. Bagi mereka yang 'istimewa' ini, malanglah hidupnya. Tidak ambil pot dan tidak kisahpun akan apa yang berlaku disekitar lingkungan kehidupannya. 


Bila melihat kedalam diri aku pula, terasa sesangat akan banyak perkara yang gagal aku perbuat perlakukan dalam merebut segala kelebihan bulan Ramadhan kali ini. Aku patut malu pada diri sendiri. Bercakap berhajat untuk laksanakan segala amalan baik lagi digalakkan sempena Ramadhan dengan perlaksanaan yang kerap culas amat membimbangkan. Banyak sangat hal yang seolah cuba lengahkan. Ujian yang pelbagai bentuk ini memakan masa berharga aku.


Kena sebijik aku. Bertepatan dengan Jumaat hari ini, teks khutbah lebih membicarakan tentang al-quran. Tertunduk mendengar setiap butir kata yang dilafazkan oleh Imam 2, Imam Yusuf Zakaria. Aku masih terkial kial. Perlu buat follow-up segera.


Rujuk Teks Khutbah untuk lebih maklum... Rebutlah Ganjaran Membaca al-Quran


Rungsing memikirkan hal kehidupan. Pening akan kenaikan harga hampir dalam apa jua dengan ketiadaan pendapatan dek telah bersara sejak February lalu makin menghimpit diri. Dalam masa yang sama perlu 'move on' menghadap puasa yang kini berbaki 12 hari sahaja lagi. Ikut urutannya, phasa ke-3 atau phasa terakhir Ramadhan, menjadi kebiasaan buat mereka yang ketahui dan menjadi amalan akan menggandakan peribadahan pada 10 hari terakhir Ramadhan. 


Kesempatan yang tersisa ini dan aku sendiripun tidak ketahui samada dapat bertemu pada Ramadhan yang akan datang perlulah dimaksimumkan sekarang. Bercakap memang senang. Hendak laksanakan segala bentuk peribadatan yang patut adalah cabaran buat diri.


Semoga Allah swt mempermudahkan aku. Ameen. 

Sunday, March 24, 2024

Selarikan yang dibaca dan difahamkan dan perlulah dipraktikkan...

 24 MARCH 2024, 10:15


Selarikan yang dibaca dan difahamkan dan perlulah dipraktikkan...


Pagi ini aku ambil sedikit ruang masa untuk aku ulangbaca akan bahasa arab book 2, lesson 5. Sudah sekian lama aku mengunapakai madinah arabic by Shaykh Dr. V. Abdur Raheem dengan berpandukan video tutorial dari pelbagai ustaz yang mengulasnya. Variasi dari menontonnya membuatkan diri makin mudah memahaminya. Bukan sekadar memudahkan tapi beberapa sisi yang kurang jelas yang mungkin tidak di-emphasize-kan oleh mereka yang terlepas pandang dan lagi memungkinkan aku untuk lebih mengetahui maklumat tambahan akan sesuatu topik yang dimaklumkan mereka.


Begitupun setiap apa yang di maklumi oleh mereka yang 'alim' dalam bidang memasing andai tidak diberi perhatian serta dipraktikkan tentulah tidak akan membawa aku kemana mana. Perlunya ada follow-up dan pertingkatkan lagi latihtubi agar aku benar benar mantap memahaminya. Sering sangat dicadangkan oleh mereka yang tidakpun aku kenali secara dekat apatah lagi untuk berbual bercakap berdepan agar kita sering membaca al-quran untuk kenalpasti format dan konsep grammar yang dipelajari. Kenapa sesuatu perkataan itu irab-nya dhammah, fattah mahupun kasrah. Bila ketikanya tanween dan mengapa pula ada masanya hanya dhammah. Maksudnya kita kena cekap mengenali dan akan memudahkan lagi pemahaman dalam pembacaan bahasa arab dan terutama sekalilah akan al-quran ynag menjadi matlamat utama aku.


Dalam aku membuat latihtubi akan latihan ke-empat pelajaran ke-5 berkenaan الفاعل و المفعول به , aku terpukul dengan soalan ke-8 seperti tertera dibawah ini,



سمع بلال الأذان و ذهب الى المسجد    



Setiap kali aku menulis kembali dan tandai mana satu dalam ayat itu ianya adalah الفاعل dan mana pula المفعول به , terasa sangat yang aku seperti 'gagal' untuk fahami ayat ini. Bagi yang fahami ayat ini seharusnya akan lakukan hal yang sama sepertimana Bilal lakukan. In real life, untuk menepati masa adalah suatu cabaran. Terlalu banyaknya faktor yang datang untuk alih perhatian, lengahkan atau lebih tragis lagi tidak menepati langsung. Samada ada kita mampu sampai awal sebelum azan berkumandang bergantung kepada sejauhmanakah kita sanggup mengkesampingkan perkara yang cuba mengagalkannya. Masing masing akan diuji. Jaya gagalnya membanteras adalah ujian 'besar' dariNya. 


Stigma 'tetamu yang diundang' dengan mereka yang tidak dikisahkan samada mahu segera ataupun tidak kekadang berbalah dalam diri. Begitupun untuk tergolong didalam mereka yang diiktiraf sebagai 'tetamu' pilihan pastinya menjadi impian setiap yang istiqamah. Namun terpulanglah kepadaNya jua menentukan sebaliknya. Banyak caranya untuk pastikan diri segera ke masjid. Terpulanglah kepada diri samada mahu berusaha kearah itu. Setiap kita, diyakini punyai smartphone dan senantiasa berada dalam jangkauan dan dengan menetapkan 10 minit sebagai alerting oneself sebelum masuk waktu azan rasanya bukanlah masalah besar. Hendak comply itulah yang agak musykil dapat disempurnakan selalu senantiasa. Namun berusaha ikhlas dalam mematuhi perintah Allah yang pentingnya pastinya akan dipermudahkan olehNya jua.


Moga moga dengan mengulang baca dan ulang menulisnya dalam usaha memantapkan lagi dan bertepatan dengan Ramadhan yang sedang dilalui ini, diharapkan aku akan kekal istiqamah untuk sampai awal ke masjid berjemaah selalu. Usaha bersegera ke masjid telah aku paksakan pada diri sebermulanya aku tamat bekerja bergajian pada awal February lalu. Kebiasaan yang telah aku mulai ini diketika usia sudah kepenghujungan diharapkan akan kekal istiqamah.


Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, Engkau permudahkanlah segala urusan aku dalam usaha mendekatkan diri kepadaMu. Ameen@Perkenankanlah.

Friday, March 22, 2024

Jumaat ke-dua di bulan Ramadhan 1445H

22 MARCH 2024, 11:19


Jumaat ke-dua di bulan Ramadhan 1445H


Masa sememangnya terus bergerak mengikut aturannya. Cuma kita sahajalah yang gagal menyedarinya. Sering sangat kita akan bertangguhan dalam laksanakan apa sahaja tugasan. Baik ianya berupa perintah agama mahupun tanggungjawab pada kehidupan duniawi. Bila kerap dan senantiasa melengah lengahkan segala 'obligation' dalam kehidupan maka mudahnya kita berandaian tidak kecukupan masa. Walhal, kitalah yang gagal bertindak seiringan dan accordingly dengan situasi semasa. 


Biarpun begitu bagi yang cepat tersedar akan bingkas bangkit mengejar membuat apa yang tertinggal. Lebih lebih lagilah buat diri aku yang hakikatnya tidak kecukupan masa menuju penghujung hayat. Banyak yang terlihatkan dan sedia maklum, ada dikalangan yang masih muda dan dalam usia aktif bekerja tetapi telah dijemput pulang. Lebih awal dari kita yang sudahpun melepasi usia bersara mandatory @ 60. Takdir keatas setiap orang adalah 'istimewa' dan khusus untuk dirinya. Even sehingga kini, setiap detik dan langkahan yang aku ambil begitu merungsingkan. Kita tidak ketahui akan apa yang diuntukkan dimasa mendatang ini. Bimbang dan risau senantiasa kerana diri yang kudrat yang tersisa tidak mungkin sanggup mengalas ujian yang pada pandangan diri agak berat.


Biarpun Ramadhan kali ini agak berbeza dari tahun tahun sebelumnya, aku masih terkial kial menyesuaikan diri. Banyak panduan yang diaturkan oleh mereka yang lebih 'alim' dan bertahun tahun mengulanginya setiap kali Ramadhan akan tatacara mengharungi setiap hari berpuasa, bersistematik lagi lebih bermanfaat untuk diikuti. Dalam dunia yang makin maju, segala perkara yang baik bermanfaat segera boleh dikongsikan demi kebaikan sejagat. Capaian yang mudah dan hanya perlu ikutinya sahaja dan tidak perlulah lagi mencari menyelongkar akan apakah yang sepatutnya dibuat setiap kalinya ber-Ramadhan. Malah, aku yang bukanlah alim dan sekadar biasa biasa sahaja tapi berhasrat untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya tidak patutlah aku melepaskan peluang merebut akan segala kebaikan associated dengan Ramadhan. Makanya segala 'ilmu' yang dianjurkan perlulah aku lakukan dengan tekun dan ikuti segala nasihat yang diberi berpandukan amalan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.


Siapalah kita untuk pertikai. Para ilmuan dan ustaz yang prihatin akan umat islam yang telah bersusah payah menyediakan 'package' amalan yang sesuai dan perlu dipraktik dibulan Ramadhan maka kitalah yang harus menyambut baik dan bertindak seiringan. Kita tidak perlu bersusah payah. Cuma ikuti sahajalah panduan yang dianjurkan mereka yang lebih mengetahui dari kita. Segala zikir yang dianjurkan, amalan sembahyang malam dengan segala bacaan yang perlu juga disediakan. Bukankah ini memudahkan. Semoga usaha mereka dan disampaikan kepada orang lain dalam pelbagai medium, rasanya semua kita akan mengetahuinya kepada mereka yang rajin buka facebook, tik tok dan apa sahaja apps yang ada. 


Tepuk dada dan tanyalah kemampuan dan kesediaan diri untuk beramal. Banyak artikel yang memaklumkan agar merebut peluang beramal dibulan mulia ini. Rasanya amat malanglah kepada kita yang diberi kesempatan berada dibulan Ramadhan ini tapi masih tidak mengetahui akan kelebihan bulan yang ditunggu tunggui oleh mereka yang mahu beramal. Gandaan pahala yang disediakan pastinya menjadi pemangkin buat mereka yang biasa-biasa terutamanya diri aku sendiri untuk merebutnya. Pastinya semua kita telah maklum sesangat akan perkara ini.


Kini telahpun memasuki phasa kedua(11 Ramadhan - 20 Ramadhan) dan buat mereka yang istiqamah di peringkat 10 hari yang pertama, tentunya akan lebih bersemangat mengandakan peribadatan di phasa berikutnya. Aku juga tidak mahu ketinggalan. Aku juga mahukan ganjaran yang lebih dikala usia yang makin tersisa ini. Peluang berjumpa dengan Ramadhan bukanlah kita yang mahukan tapi dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka-mereka yang Dia mahukan. 


Apakah bilamana kita yang dipilih bertindak sepi. Tentulah ada sesuatu yang 'misteri' mengikut sudut pandangan kita tapi inilah ketentuan dariNya buat diri dalam merebut setiap kebaikan dan kelebihan Ramadhan ini.


Semoga aku mampu menjalani ibadah puasa dengan segala amalan yang dianjurkan sehinggalah berakhir Ramadhan pada tahun ini.


 Insya-Allah

 

Friday, March 15, 2024

Jumaat pertama Ramadhan 1445H

15 MARCH 2024, 10:21

Jumaat pertama Ramadhan 1445H

Pagi ini sebaik bangun membersihkan diri @ 5:00am aku bersiap untuk bersahur. Manakala orang rumah pula telah dikejutkan seawal 4:00am untuk penyediaan makan sahur. Katanya lewat dari waktu itu, tidak terkejar hendak siapkan juadah. Memang telah menjadi kebiasaan atau sudah tradisi, bangun bersahur berjuadah nasi sejak anak kecil lagi. Jadinya kebiasaan yang dia lakukan saban tahun setiap Ramadhan dan berterusan mungkin sehinggalah penghujung hayat andai diizinkanNya. Aku sekadar mengikut dan andai dipertikai untuk lewatkan penyediaan sahur mungkin mood dia lari. Aku okay sahaja. Mana yang dia rasa selesa, kita turutkan.

Memang berbeza dengan sambutan Ramadhan pada tahun tahun sebelum ini. Aku kan sudah tidak bekerja lagi. Maka banyak masa dan semestinya aku bersyukur dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. Memang banyak perkara baru mahu aku laksanakan. Amalan amalan yang dianjurkan untuk diperbuat diperbanyakkan sepertimana yang dianjurkan oleh mereka yang lebih 'alim' cuba dipraktikkan bertatih perlahan lahan. Beberapa zikir yang bersesuaian dan dicadangkan oleh ustaz tempohhari sebelum menjelang bulan puasa dan dicari maklumat yang lebih rapi di internet membolehkan aku menghafal dan melafazkannya dalam meniti hari dan memanfaatkan masa disepanjang bulan Ramadhan ini.

Kalau surf internet, sememangnya banyak zikir zikir yang boleh diambil dibaca sepanjang bulan ramadhan ini. Pencarian aku lebih aku fokuskan kepada satu artikel mengalakkan viewer-nya untuk banyakkan lafazkan 4 zikir disepanjang Ramadhan.

1. Memperbanyakkan membaca kalimah tauhid La ila ha illallah'




    
2. Beristighfar @ mohon ampunan kepada-Nya




3. Memohon kepada Allah s.w.t. untuk memasuki syurga




4. Berlindung dengan-Nya daripada terjerumus ke dalam neraka




Bagi yang berkeinginan membaca artikel penuhnya, bolehlah rujuk link...empat-zikir-sepanjang-ramadhan/


Amalan bersegera ke masjid berjemaah telah aku mulai sebaik sahaja aku on mandatory retirement @ 60 since 02/02/2024. Lebih tenang menjalani kehidupan selepas tidak bekerja bergajian. Masa dipergunakan untuk mencari bekalan kesana pula. Perlakuan yang aku buat saban hari ini adalah paksaan terhadap diri yang selama ini liar mendatangi masjid. Kononnya atas alasan komitmen kepada kerja cari rezeki. Apapun aku amat berterima kasih kepadaMu, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem, yang mengizinkan aku untuk bertemu dengan Ramadhan lagi.

Macam biasalah juga setiap kali berjumaat, khutbah yang disampaikan akan bertepatan bersesuaian dengan suasana semasa. Makanya khutbah kali ini berkisar tentang Ramadhan dan peluang yang tersedia didalamnya. Isikandung khutbah hari ini buat seluruh negeri Melaka untuk dihayati bersama.


Moga aku diberi kesihatan dan kekuatan untuk beribadah dan terhindari dari sifat malas yang sering mendatangi diri seolah cuba menghalangi segala amalan yang baik yang ingin aku perbuat. Dalam sedar tidak sedar, kini kita telah berada pada hari keempat berpuasa. Hari ini juga adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Banyak perkara amalan yang baik bersempena hari jumaat ini perlu aku rebut. Kalau bukan diri ini yang lakukan siapa lagilah orangnya yang hendak lakukan. 

Semua kita berhajatkan agar diri menjadi lebih baik. Akupun tidak terkecuali sebenarnya. Harapan aku, agar Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dan lagi cemerlang. Segala perkara yang baik baik dengan amalan yang dianjurkan dilaksanakan penuh keikhlasan. Diharapkan juga ianya bukan terhenti sebaik genapnya 30 hari Ramadhan tapi berterusan dibulan seterusnya. Malah perlu digandakan lagi.

Aku bukannya mahu menunjuk kepada orang lain tapi inilah ikrar aku dan rasanya inilah yang dimahukan kepada insan lain agar berubah. Berubah dari keadaan sekarang kepada suatu peningkatan peribadahan yang lebih mantap. Memang benar setiap perubahan memerlukan pengorbanan. Ini adalah hukum alam. Mana ada tetiba sahaja berubah menjadi lebih baik tanpa adanya tindakan-tindakan yang bersesuaian kearah itu. 

Masa buat diri makin singkat. Sering dan kerap sesangat aku alami sesak nafas. Tidak boleh renyah sembarangan. Mudah penat. Sukar bernafas dan terasa sedutan udara seperti tidak kecukupan. Aku bergerak against time dirasakan. Kesuntukan masa untuk serba serbinya. Mana hendak didahulukan dan mana pula perlu disegerakan. Segalanya seolah berkecamuk. Ibarat orang tidak kecukupan masa. Segala sesuatu, kalau boleh mahu dilaksanakan serentak.

Perlunya perancangan yang lebih rapi akan bagaimana cara terbaik mengendali membahagi masa. Keutamaan harus dikenalpasti. Barulah ada aturan. Bak kata M. Zain, 'yang dulu didahulukan'. 


Tuesday, March 12, 2024

Ramadhan Kareem

 12/3/2024 05:59 


Hari ini adalah hari pertama Ramadhan 1445H. Hari ini jugalah merupakan hari yang pertama aku berpuasa dengan tiada risaukan akan komitmen kerja bergajian. Tamat sudah aku menghambakan diri mencari 'wang' dalam mengharungi kehidupan. Akan sampai suatu masa yang kita akan tinggalkan apa yang pernah kita mulakan dahulu. Inikan lumrah alam. Malah perkara ini akan berulang kepada orang lain yang terkemudian dari aku. Kisah 're-cycle' kehidupan akan berterusan tapi dengan versi dan zaman yang berlainan. Apa yang pasti ianya akan menuruti corak yang sama. Tiada banyak bezanya.


Moga lebih baik dari tahun sebelumnya...Insya-Allah


Semasa kini, dengan usia yang semakin lanjut dirasakan yang diri begitu banyak tertinggal. Momen yang patutnya diraikan ketika muda dan bertepatan tapi terasa seperti telah jauh tidak bersesuaian lagi. Samada diri tidak berkesempatan ataupun mungkin tidak berhak langsung dek kerna hambatan kepada aktiviti harian memasing. Beruntunglah kepada mereka yang menikmati pada masa yang sepatut dan seharusnya. Ingat lagi akan keperluan berbuat seperti yang dijadual ditetapkan. Tiada ruang untuk menangguh atau meninggalkan keperluan tersebut. Peraturan yang harus diikuti tanpa gagal telah menyekat kebebasan untuk melakukan sesuatu yang lain dalam masa yang serentak. Mustahil ianya dapat dilakukan. Hairanlah andai kita dapat berada didua tempat yang berlainan dalam satu masa.


Pun begitu, aku amat bersyukur dan berterimakasih kepadaMu, ya Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup. Keberadaan aku di Ramadhan kali ini tentulah telah ditakdirkan. Tentu sekali aku masih diberi peluang untuk menebus kesilapan kesalahan yang telah lalu. Seharusnya juga aku perlu berbuat dengan lebih baik bermutu dari peribadatan yang selama ini telah aku lakukan. Barangkali dan rasanya peluang yang perlu aku beranggapan buat terakhir kalinya ini harus aku manfaatkan sehabis baik. 


Dikala usia yang sudahpun memcecah 60 tahun, apakah perlu lagi aku teragak agak dan menunggu nunggu dilain masa untuk berubah. Agak weird la andai hal yang terlalu obvious masih bertangguh. Umur yang tersisa dianggapkan sebagai suatu hal yang normal sahaja. Ditambahi dengan 'isyarat' kesihatan diri yang mulai ketara. Kesukaran bernafas, penglihatan yang kian kabur, rambut hitam berkilat dulunya dah makin putih menipis, selera makan awal lagi sudah menurun dan lebih ketara lagi fizikal bentuk badan yang menyusut dengan kulit berkedut jelas terserlah. Maka maklumlah akan kesemua tanda tanda ini sebagai pengingat diri yang kita bakal dijemput pulang. Hanya detik masanya sahaja yang pasti akan sampai dan biasa diandaikan sebagai 'misteri' ketibaannya.


Bila merenungi akan rakan persekolahan dan sebaya yang telah kembali menemui sang pencipta yang mana pada pengetahuan kita lebih bernasib baik kehidupan duniawi mereka berbanding dengan diri membuat kita yang masih bernyawa termanggu memikirkan. Apakah yang kena kita hadap dimasa mendatang ini. Terlalu memikirkan akan sesuatu yang kurang jelas jadi ataupun tidaknya pasti akan membuatkan diri seolah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti sedangkan apa yang telah sekian lama Allah swt janjikan pada setiap Ramadhan selagi ada hayat tidak begitu dihiraukan. Pelik dan amat menghairankan. Kekadang kita begitu mudah dipesongkan dengan apa yang terjadi. Lebih lebih lagi yang menguntungkan pada orang yang dikenali. Tanpa berlengah lagi yang kitapun mahukan sepertimana yang telah diperolehi oleh orang lain. Sikap manusia mana mungkin beralah dengan orang lain. Prinsip kalau mereka boleh berjaya maka akupun tentu juga boleh. Bagaimanapun kita gagal 'membaca' akan kesungguhan kegigihan serta banyaknya masa yang diperuntukkan oleh mereka yang 'terpilih' untuk berjaya. Kita cuma dan hiraukan akan 'kejayaan' yang terbukti. Adakah akan menarik diri untuk bersaing sepertimana yang telah ditunjukkan oleh mereka yang berjaya ini. Terserah.


Konsentrasi kepada Ramadhan 1445H ini seharusnya lebih dan berganda dari tahun sebelumnya. Ini barulah dikatakan ada peningkatan. Bercakap berazam adalah satu hal yang berbeza dengan tindakan yang patut dilakukan. Bertindak lebih 'strenuous' walau kudrat makin melemah amat perlu dalam memastikan yang setiap usaha yang kita perbuat itu mampu menghasilkan sesuatu yang baik bermanfaat. Paling asasnya usaha kita itu mendapat balasan dan kurniaan 'pahala' dariNya. Kita tidak akan tahu akan perbuatan yang manakah lebih diterimaNya. Tugas kita dikesempatan peluang berada dibulan yang mulia ini melaksanakan dan merebut akan segala peluang membuat 'pahala' sebanyak mungkin. Masa buat aku dan yang sebaya seusia makin singkat sudah. Hendakkah lagi berlengah bertangguh.


Banyaknya cadangan dari mereka yang prihatin dalam merencana perjalanan berpuasa sebulan Ramadhan ini. Saling mengingati adalah amalan mulia yang mendatangkan kebaikan bersama. Maka bermacam macam pelan yang diutarakan. Samada berbentuk pdf, video ceramah dan panduan yang mudah lagi jelas boleh dicapai via youtube dan diperpanjangkan oleh sesama kita via facebook, instagram dan tik tok. Rasanya, takkan satupun maklumat yang sebegini baik ini tidak melalui memasing punya 'fyp'. Musykil rasanya andai tidak pernah. 

Rujuk artikel ini...sebagai pencambahan minda, 6-tips-untuk-bersedia-menerima-bulan-ramadhan-tahun-2024 dan Panduan_Amalan_di_Bulan_Ramadhan.pdf

Dimana ada kemahuan maka tentulah ada cara untuk mendapatkannya. Okay-lah...katalah kita orangnya yang tidak suka bersosial dan tidak mahu dipengaruhi dengan unsur unsur negatif dan melekakan diri. Apakah perkara kebaikan yang turut sama terdapat dalam media sosialpun hendak diketepikan begitu sahaja. Spesis orang seperti ini mungkin ada tapi bukanlah ramai manapun. Kena dengan cara menerangkan akan mudah mengikut sampai akan terpacul kekesalan, 'apasal lambat bagitahu...kalau tak lagi dulu aku dah lakukan'.


Memasing dari kita ini punyai tahap kesedaran yang berbeza. Segalanya bergantung kepada pendedahan sejak kelahiran sehinggalah ketahap usia semasa. Begitu jugalah dengan tindakan susulan yang akan diambil. Baik buruk atau betul salah perilaku yang dipilih kekadang bukan empunya diri yang mahu tapi dipengaruhi oleh faktor sekitaran. Begitulah 'takdir' mengambil tempatnya. Ketetapan Illahi mana mungkin dapat diubah menurut kemahuan sendiri. Kita cuma mampu dan perlu menuruti setiap detik kejadian dengan penuh tabah dan mengharapkan keredhaan dariNya. 


Ujian memasing adalah khusus buat diri. Manakala kita yang melihat yang terzahirkan itu perlu bermuhasabah diri. Mohon dijauhkan dari segala musibah serta berdoa mengharapkan segala kebaikan dari setiap tindakan yang kita ambil. Kita tidak akan tahu tentang apa yang diuntukkan kepada kita dimasa mendatang nanti.


Semoga tabah harungi setiap dugaan kehidupan. Ameen.


Saturday, March 9, 2024

Tiada jalan kembali

Setiap kali aku mendengari lagu ini diradio dahulunya ketika dizaman bebudak, aku akan segera berkata...apa ke bende la lagu ni. Spontan terkeluar luahan menafikan. Sering sangat diketika itu juga dan kerap jugalah diucapkan oleh ustaz ketika mendengar ceramah di masjid Alai dan ketikanya juga dialam persekolahan akan guru guru kekadang menyebut, 'sesat dihujung jalan, baliklah kepangkal jalan. Dimasa zaman bebudak dahulu memanglah tidak lekat statik. Kejap kesana kejap kesini bergaul dengan rakan sekampong bila hari cuti sekolah especially-nya masa hujung minggu. Bermain berborak sesama just to parsing time sebelum maghrib menjelang. 


                                             Betul ke....'Tiada Jalan Kembali'..., I'm in doubt.


Radio dizaman awal 70-an adalah medium hiburan utama. Lagu lagu yang akan dimainkan, tapi lebih kerap diucapkan oleh para DJ sebagai 'diputarkan', amat dinanti nantikan pendengar. Akulah orang itu bilamana tiada apa hendak dibuatkan atau adanya kekangan untuk keluar rumah misalnya hujan. Ketika itu akan melekap mendengar celotehan mereka. Santai santai mendengar and that's it. Setakat itu sahajalah. Tiadanya hendak feeling feeling layan lagu yang dikumandangkan. Namun dengan peredaran masa dan suasana, aku mulai kritis akan apa sahaja seiringan dengan peningkatan usia. 


Minat kepada mendengar serta menghayati lagu makin bercambah bilamana aku menjadikan ianya suatu obligasi untuk hadir menempel ketempat orang memasang memainkan lagu dari 'rekod atau piring hitam' dimajlis orang kahwin dikampong. Sengaja duduk dan cuba berbual mesra dengan pengendalinya yang kebiasaannya adalah tuanpunya rekod yang cari makan menyewakan perkhidmatan 'meriuhkan' majlis perkahwinan. Bila sudah kerap hadir dan pengendalinya sudah mulai comfortable dengan aku, aku akan membuat request lagu yang ingin aku dengari dan minati at that time. Jaranglah permintaan aku ditolak lebih lebih lagilah lagu itu dah ada dimeja didepan mata. Priviledge ini jarang boleh diperolehi kepada yang saja saja walk-in meminta favourite song diputarkan. Mungkin kalau bertegas dan yang me-request itu adalah kerabat tuan rumah, pengendali rekod dalam terpaksa perlu patuh. Tapi situasi ini jarang berlaku. Hanyalah mereka yang betul betul 'fanatik' dengan lagu akan sekerapnya berdamping dengan operator atau pengendali public-entertainment ini


Sambil santai santai hari ini, akupun lebih attentive-lah mendengarnya. Mendayu melodinya dengan kemasukan gitar orang india...sitta nama-nya dan bergabung dengan tabla dan percussion moden lainnya. Lenggok slow dangdut pop bersesuaian dengan lirik lagu seolah merajuk. Arrrgh, lelaki merajuk. Ya, si J. Mizan kena dendangkan ikut arahan pencipta melodi/lirik dan tentunya mendapat approval dari penerbit albumnya ini. Dari komen yang aku baca di you-tube oleh mereka yang sezaman meletopnya lagu 'Tiada Jalan Kembali' diketahuilah yang lagu ini menjadi siulan dan kegemaran adalah sekitar 1975. Tahun ini aku di darjah 5. Masih mentah untuk ketahui persoalan cintan cintun. Memang tidak terasa apa apa significant-nya lagu ini ketika sedang hadapi 'ujian' besar bersekolah iaitu Peperiksaan Penilaian Darjah 5.


Aku tak hendaklah hendak perkatakan hubungan antara kekasih. Tapi aku lebih kepada 'keadilan' dalam bercinta. Mana ada aturan yang perlu both side patuhi. Saling khianat mengkhianati adalah. Malah kebanyakan lagu 'putus' cinta ini dek kerana tiadanya kesetiaan. Namun dalam hal 'break-off' ini, pihak lelakinya tidak rugi apa apapun. Bodohnya adalah kepada sebelah perempuan. Apa sudah desperate sangatkah hendak berlaki. Kuasa memilih adalah ditangan lelaki. Manakala yang perempuan pula cuma berhak untuk menerima ataupun tidak.  Kalau tidak sudi, yang lelakinya tidak rugi apa. He can pick another girl, for sure. 


Dalam lagu yang aku dengari ini, option yang dipilihnya tiadapun salah. Dia bebas membuat decision. Biasanya yang perempuanlah yang berharap sangat yang dirinya bakal terpilih menjadi suri hidupnya. Selalunya hal ini tidak akan terjadi secara tidak sengaja. Si lelaki akan membuat beberapa ujian keserasian dalam menguji kesetiaan bakal pasangan hidup. Perempuan tidak boleh sewenang wenangnya hendak 'test' lelaki. Pantanglah pada lelaki andai diketahuinya gadis yang diidamkan digoda oleh kumbang lain dan apatah lagi terjebak mengikut. Once hal diketahui, percayalah, immediately kena reject-lah. Perempuan at the losing-end. Ini hakikat yang sukar disangkal. 


Pengalamanlah yang mendewasakan seseorang. Percintaan kali pertamanya putus ditengah jalan tapi pandai penulis lirik ini tidak diberitahunya kita akan angkara siapa. Namun melalui filter 'sekatan penilaian' based on beberapa kriteria pemilihan yang dia sendiri tetapkan, akhirnya dia telah membuat keputusan dan isytiharkan yang dirinya sudah 'berpunya'. Harap harap jodohnya berkekalan sepanjang hayat. This is baru 'real' gentleman bukannya 'gentelman'. Perkahwinan is no-nonsense business.


Malangnya siperempuan yang gagal menerima realiti kehidupan ini. Mereka adalah amat 'fragile'. Silap sikit bermakna meranalah sepanjang hidup. Itulah bila membelakangkan orang tua dalam hal memilih jodoh. Konon kata, kolotlah suruh orang tua jodohkan. Orang sekarang lebih percaya cari sendiri jodoh. Kriteria pemilihan tidak conform kepada ajaran agama. Boleh main pandai pandai sendiri. Fikir yang terlihat cuma, asal handsome saja sudah terkujat. Never realised that perkongsian dalam perkahwinan memerlukan komitmen yang bukan kepalang banyak dan ragamnya. Boleh ke gitu.


Rasakan...mendapatlah. Menyesal tidak sudah. 

 

Tuesday, March 5, 2024

Berusaha lebih gigih...

Semasa ke pasar besar Melaka, sempat berbual bual dengan Abang Amy, individu yang aku kenali sejak zaman bujang lagi, aktif berjualan ikan. Bekerja dengan towkay ikan seorang india sudah bertahun lamanya. Pertama kali aku perasan yang dia membantu niaga ikan di pasar ketikanya Pasar Besar Melaka dibangunan berhampiran bersebelahan jalan dengan Melaka Terminal. Lama dan bersungguh mencari rezeki demi membesarkan keluarga dengan 4 anak. Orang kelantan yang berhijrah bermastautin di Semabok ini mulai aku kenali ketika membeli burger jualannya yang 'unik' rasanya diawal 80-an. Mana mana pasar malam dan terpandangkan van lite-ace buruk berwarna putih, pastinya dia sedang beraksi membakar burger. Awalnya dia berseorangan berniaga. Kemudian beberapa bulan berikutnya, sudah ada pembantu. Tugas pembantunya hanyalah mengambil pesanan dan membungkus burger yang telah disiapkan daging burger oleh dia.


Bersalaman erat aku dengan dia sambil berbual bertujuan 'mengorek'. Kebiasaannya aku ke pasar besar ketika dihujung minggu. Memandangkan yang orang rumah mencadangkan mulai kali ini lebih 'comfortable' tidak berasak asak seperti kebiasaannya pada hari minggu, aku mengikut sahaja dan menerima pakai alasan yang diberi. Sebenarnya, bersimpati sesangat yang lututnya sering sakit sakit bila berdiri lama dek kerana BMI-nya terlebih dan kalau berasak berjalan akan menyukarkan pergerakan dan juga melengahkan orang lain yang berurusan di pasar. Membeli keperluanpun dalam mode santai. Tidak terkocoh kocoh dan tenang memilih mana yang berkenan. Peniaga pun tidaklah stress sangat kerana bilangan pengunjung pada pagi ini tidaklah ramai. Setiap lorong lenggang dan hendak berjalanpun tidak terhalang. Pandangan kepada ikan yang diperagakan penjual tidaklah seberapa banyak tapi memadai untuk dipilih pembeli.


Antara peniaga ikan yang regular aku beli bila ditanya memaklumkan yang dia ambil ikan sedikit sahaja kerana hari biasa selalunya tidak ramai pengunjung. Boleh lagi berborak borak santai sambil dia pula kerap kali terserempak dengan regular pelanggan yang melintas dan dalam jangkauan suaranya akan melontarkan 'opening remarks' kepada mereka. Perasan sangat yang lain orang, lain cara dia menegur. Memang peniaga kena perlu ramah. Ini penting agar mereka yang ditegur seolah dihargai dan berkemungkinan akan singgah membeli darinya. Kalau bukan pada hari ini, tentu sahaja pada masa mendatang.


Lama juga aku tidak berteguran dengan Abang Amy ni. Selalunya bila melintas digerai dia berjualan kelihatan tengah sibuk melayan pelanggan yang singgah bertanya mahu membeli ikan. Bertegurpun berjarak. Angkat tangan dan dia spontan juga akan membuat aksi yang sama dan itupun kalau dia perasan akan kehadiran kita. Namun pada hari ini kelihatan di gerainya tiada pelanggan lain yang menghampiri kecualilah aku yang sudah kedepan meninggalkan orang rumah dan 'body-guard-nya' melelau trolley-cart berisi ayam, daging serta tenggiri dari peniaga melayu. Digerai lainnya pula, dia mencadangkan untuk beli sekelau ikan pari. Gerai peniaga cina. Pantas aku cantas sambil menunjukkanikan pari yang diperagakan dikedai Abang Amy kita berniaga ini. Akur dengan cadangan aku lalu menunjukkan sekelau ikan pari yang diambil dan ditimbang oleh pembantunya. Aku berjabat erat dengan Amy ini.


Terus aku lepaskan my first salvo. Puasa ni, masuk bazaar ke? Dijawabnya, tidak. Tahun ini dia tidak aktif di Bazaar Ramadhan. Menurutnya, keempat empat anaknya telah tamat belajar. Kat Mesir, kat U Islam Malaysia kat Nilai, di Johor dan Selangor. Aku turut berbangga atas usaha gigihnya menyekolahkan anak anaknya keperingkat tertinggi. Semuanya memiliki ijazah dan salah seorang anaknya akan menyambung ke peringkat PHD. Memang berbaloi usaha berniaga burgernya menampakkan hasil yang bagus. Kerungsingan aku akan 'amaran' pegawai kat Melaka juga yang memberi amaran agar peniaga peniaga pasa malam cum bazaar ramadhan untuk tidak sewenang wenangnya menaikan harga jualan memasing fall on deaf ears. Dia seperti tidak berminat hendak komen akan statement yang aku berikan malah lebih bersemangat beria-ia menceritakan perihak anak anaknya yang telah bekerja.


Terpaksalah aku ikut tempo dia. Akupun maklumilah dia yang aku masih ada 2 anak lagi yang bersekolah. Ditambah lagi tidak bekerja dan tentunya tidak berpenghasilan makin menyukarkan diri menghadapi 'pesta' kenaikan harga. Kenaikan barangan asas, kenaikan cukai SST dan kenaikan tariff letrik dan air jelas akan membebankan orang terbanyak. Setelah siap ditimbang dan disiang kulit ikan pari oleh pembantunya, dia cuma minta dibayar RM22 sahaja dari harga asal yang dimaklumi pembantunya setelah ditimbang RM25 harganya.


Balik ke rumah, tidak lengah lagilah aku panggil si Yusree, yang sekadar melepak tidak buat apa selain makan sahaja tatkala tengah 'down' mengenang nasib yang intern atau latihan industrinya masih belum berkeputusan, untuk keluarkan barangan 'perishables' dan diangkut ke dapur. Bergegas aku ke family store di Duyung mendapatkan barangan keperluan basuhan baju yang tertangguhkan semalam. Terbayang, bangunan Abdul Hadi, orang kaya Duyung, yang menempatkan Family Store ini dikerumuni oleh orang Melayu sahaja. Pekerjanya pula adalah Bangla dan cuma juruwangnya sahaja yang menampakkan bebudak Melayu mencari rezeki. Kalau tidak dikuatkuasakan undang undang, nescayalah cashier juga turut dimonopoli oleh bangsa asing. Permainan orang yang tidak mahu melihat bangsa Melayu kuat di tanah tumpah darahnya ini.

Kita lakukan role kita...niaga bang.


Terpandangkan parkir kosong berdepan dengan Mr. D.I.Y. lalu cecepatlah masuk. Dalam pada hendak mematikan engine, kelihatanlah seorang pemuda bangsa kita tengah berborak dengan motornya sarat dengan barangan untuk pembuatan burger. Rasanya dia terlibat secara langsung dalam penjualan burger. Tentunya dia ada kiosk tepi jalan kat mana mana area yang berhampiran. Dan boleh diagakkan juga yang dia tentunya akan turut serta dalam Bazaar Ramadhan yang akan bermula pada 12/03/2024 nanti. Akan lebih bersemangatlah lagi dalam mencari rezeki untuk diri dan keluarganya. Al-maklumlah, bila masuk bulan puasa, kuasa membeli dan kemaruk hendak makan macam macam akan mencanak dalam memuaskan nafsu memasing. Ini sekadar pandangan aku. Aku sendiripun dahulunya punyai pandangan dan alami perkara yang sama. Tapi kini tidaklah. Nafsu makan tidak sehebat dulu. Makan sikitpun sudah sesak nafas. Mana mungkin pelahap macam masa muda dulu.


Dalam pada peniaga sebangsa berkira kira dan bersemangat mencari rezeki lebih di bulan ramadhan nanti, tetiba dengan sombongnya pihak yang mewakili kerajaan telah memberi amaran kepada peniaga kecil kecilan melayu untuk tidak sesuka hati sahaja menaikan harga jualan memasing. Tiada perundingan, tiada kompromi dalam soal harga makanan yang bakal dijual nanti. Anihnya bila melibatkan kenaikan barangan yang dikawal selia oleh 'cartel' makanan yang umumnya ketahui dipegang kejap oleh mereka yang berpengaruh dan punyai kata putus dalam memberi lampu hijau kepada pihak kerajaan samada okay ataupun tidak lebih ketara menikus dan pandai pula membuat kenyataan kewajaran kenapa harga barangan kawalan lagi perlu dinaikkan. Cukup berdiplomasi dengan mereka yang berpengaruh. 

Lebih sudu dari kuah nampak...dalam orang awam tengah risau pasal harga naik, bacalah berita ini, cukai-sst-naik-peniaga-bazar-ramadan-diberi-amaran. Dahulupun pada Melaka juga, isu pasal makan telur. Apapun tak boleh...

Malang dan amat malang sebenarnya, sudahlah tidak berupaya melawan tapi terus dilanyak dihukumi jika cuba menentang arahan pihak berkuasa kononnya. Nantikanlah bila mereka yang teraniaya dan sengaja dianiaya ini secara berjemaah menyumpahi mereka dan berdoa kepada Allah swt bagi yang religiously muslim akan balasan dariNya kepada mereka yang ditindas. Ketika itu mungkin kesombongan dan kebongkakkan yang entahlah kepada siapa mahu ditunjukkan kekuasaan yang sekelumit sahajanya itu mahu dibanggakan.


Bila ini ditakdirkan berlaku dan secara auto-nya tersedar, maka bak kata Hamid Gurkha pun...dah lambat dahhh...