Khutbah berserampang berrmaksud. Macam biasa kehadiran aku ke masjid setelah selesai muazzin mengkumandangkan azan. Tempat kita ni selalunya disebut 'pak bilal'. Orang kita pasal gelar mengelar memang cekap. Bagi yang sedia maklum dan baru ketahuan, Bilal Bin Rabah adalah antara sahabat nabi yang sering ditugaskan melaungkan azan. Bagi mengabadikan orangnya, maka sesiapa yang ditugaskan melaungkan azan maka begitu mudahnya di gelar 'Pak Bilal'.
Bagi aku, tiada masalahpun. Biar sesiapapun yang dipertanggungjawabkan untuk melaungkan azan pada setiap kalinya masuk waktu sembahyang sebenarnya melakukan amalan yang mulia. Mengajak menyeru setiap insan lelaki di khariah mendirikan sembahyang fardhu di masjid amatlah dipuji.
Jumaat kali ini...hah kau, setepek kena kat muka. Imam dalam khutbah yang disampaikan pada hari ini begitu bersemangat 'hentam' jamaah yang sering 'gagal' hadir ke masjid setiap kali waktu sembahyang. He got the point.
Errrm...aku termasuk sekalilah. Apa alasan untuk menidakkannya. Alasan sedangkal manapun waima se-complicated pun, kitalah dipihak yang perlu bertindak untuk hadir.
Dalam hidup ini banyak perkara yang kita anggapkan tidak begitu penting dan mendesak untuk diberi keutamaan.
Terpulanglah kepada diri memasing untuk memberi keutamaan dalam kehidupan yang dijalani saban hari.
No comments:
Post a Comment