Saturday, September 14, 2024

Fokus melebihi yang lain

12 SEPTEMBER 2024, 07:33 

Fokus melebihi yang lain 

Hampir beberapa hari aku tidak menyentuh Samsung Tablet, Chromebook dan juga desktop HP menukil mencoret sesuatu di digital journal yang tersedia aku khaskan. Aku deeply terkesan dengan isikandungan khutbah jumaat minggu lalu yang bertajuk 'Sabar dan Keluhan'. Teksnya aku baca berulang kali semata mata untuk aku memahaminya sebaik mungkin. Lagi kerap aku ulangbaca maka makin jelas maksud takdir. Perspektif yang cuba diterapkan oleh panel penulis khutbah dan disampaikan dengan baik oleh Imam Yusuf Zakaria, yang dulunya hanyalah imam 2 tapi dengan pertukaran 'kerajaan' berjaya memintas Imam Nasmie selaku imam utama khariah sekarang ini, membuatkan aku seolah baru 'dikejutkan' dengan konsep baru. Walhal ianya cuma dilihat dari sudut yang berbeza akan perkara yang sama. 

Sejak Jumaat lalu penumpuan aku lebih terarah kepada latihtubi dan pemahaman akan konsep grammar Arabic yang masih longgar yang aku rasakan. Lebih banyak masa aku untukkan sehinggakan aktiviti menulis melaporkan peristiwa yang sedang aku lalui terpaksalah dikesampingkan. Aku perasan yang banyak luahan aku sebelum ini lebih kepada pertikaikan perbandingkan dan persoalkan kelebihan yang kedapatan pada orang lain. Juganya merasakan yang diri adalah lebih baik bernasib baik dari mereka yang dikenali.

Sepatutnya aku merasa malu kepada diri. Bukankah setiap sesuatu yang terjadi itu ada 'muslihat' yang kita tidak mampu 'membaca' dengan tepat. Khutbah minggu lalu amat mengesankan sehinggakan aku semacam takut takut hendak meluahkan sesuatu. Dek sebabkan hal inilah, aku melebihkan tumpuan kepada memantapkan akan pemahaman al-quran. Semoga usaha aku ini dipermudahkan. Selain dari menyelak membaca akan nota yang aku catat dan menonton kembali video penerangan berpandukan teks, aku juga cuba memahamkan berpengantaraan bahasa Melayu bagi lebih memantapkan penguasaan. Cara mengajar Us. Sauqi Saleh berkelulusan dalam Bahasa Arab dari Universiti di Maghribi yang pernah aku ikuti secara berdepan agak unik berbahasa melayu lagi dalam penghuraian dan penerangan. Kekadang 'terma' yang digunanya seolah janggal ditelinga yang selama ini aku lebih kepada sebutan bahasa Arab dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh us yang beroperasi dari UK dan lainnya aka ustaz 'youtube' via channel kendalian mereka. Versi pengajaran dalam bahasa Melayu ini moga moga akan lebih memantapkan pemahaman aku.

Tidak mampu untuk aku ulas akan isikandungan jumaat yang disampaikan oleh Imam Yusuf. Aku sekadar membacainyauntuk pemahaman sendiri.

Moga menjadi panduan berguna dalam harungi kehidupan sampailah kepenghujung usia nanti.

No comments: