14 September, 2024 Wednesday 06:13pm
Mahkota dipertandingkan
Bermulalah lagi orang orang Melayu yang memangnya suka dan amat ketagih dengan 'politik' akan berentap sesama. Kita seronok beratur berbaris beramai ramai sambil berbual berborak seawal 8:00pagi untuk memangkah di kertas undi. Siapa menang siapa kalah tidak begitu dihajapkan asalkan dapat bertemu sesama berhimpun pada temasya 5 tahun sekali dan kalau ada 'rezeki' pada 'by-election' pula.
Disebelah pagi tadi adalah hari penamaan calon bagi DUN Mahkota. Ikut data yang disimpan kemas oleh SPM @ Suruhanjaya Pemilihan Malaysia, penggundi Melayu di Mahkota adalah 54%. Keputusan PRU ke 15 lalu, calon BN memenanginya. Namun disebabkan berlaku kematian kepada penyandangnya, maka terpaksalah diadakan pemilihan semula kurang lebih 2 minggu dari sekarang.
Dalam apa apa pertandingan memilih calon untuk ke Parlimen atau hanya ke DUN, lebih galak dan lebih meriah suasananya bilamana melibatkan parti melayu. Semacam suatu pesta pula. Manakala baik Cina mahupun India, keterlibatan mereka sekadar mencukupkan syarat. Andailah, andailah pertandingan pemilihan dikawasan bermajoriti 'cina', aura pertandingan tidaklah sehebat mana.
Hal ini aku simpulkan berdasarkan pemerhatian aku kepada ketaranya 'sambutan' bilamana tidak melibatkan orang melayu. Bagi aku lagi, kawasan yang calonnya biasanya lawanpun adalah dari orang sebangsa maka automatiknya kawasan itu akan menjadi pegangan Cina buat selamanya. Aku tidak pastilah samada orang yang bermain politik ini nampak akan apa yang aku risaukan bakal terjadi dimasa hadapan.
Jauh disudut hati orang melayu sebagaimana telah diingatkan oleh pemikir dan pujangga lama, janganlah kita sekadar menang sorak tapi tergadai kampong. Dalam maknanya buat mereka yang punyai jatidiri melayu yang tinggi. Memang sukar dan rasanya jumlah spesis ini menjadi sasaran pihak tertentu. Mereka yang berniat ini akan cuba dan terus terusan mencuba dengan pelbagai cara tipu muslihat beragenda lagi tersusun gerak kerja mereka agar melayu yang kukuh pendirian ini dapat dijinakkan. Bergerak dalam senyap tanpa kita sedari hanya menunggu masa untuk menafikan keberadaan orang Melayu yang merupakan orang 'asal' Tanah Melayu ini.
Nampak bukannya tak nampak...tapi what to do.
No comments:
Post a Comment