Showing posts with label Imbauan Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Imbauan Kenangan. Show all posts

Tuesday, July 14, 2026

Menanti terus menanti

Tue, Jul 14th 2026 @ 12:14pm

Menanti terus menanti

Dah tengahhari khamis. Aku bermalas malas di verandah, upgrade sikit, at porch area. Memang memasing bebas boleh berbuat apa sahaja yang dia mahukan. Biarpun dipandangan orang, mungkin katanya agak weird, namun bagi aku-lah biarkanlah asalkan tidak sampai menyalahi norma norma kehidupan. Salah kah bernostalgia. Aku mengganggu kau orang kah. Tidak kan. Jadi apa isunya. Apa mungkin yang kau orang semua semua ni jealous the way I'm leading my sisa sisa usia.


Entah macammana lagu nyanyian Dell pulak bermain main difikiran. Auto-spontan pula or spontaneously ianya hadir. Aku jarang kumandangkannya. Ironi-nya boleh tetiba hadir. Selalunya aku mainkan 'Aku dalam Hayalan' yang ada selingan bunyi si Dahlan ni sendawa beberapa kali bila sampai kat part chorus. Sering aku tergelak kecil sampai bertanya sendirian, boleh lak sempat bersendawa bagai. Adakah gimik disengajakan atau macammana...khusus pada lagu ni sebagai 'kelainan'. Mungkinkah begitu. Selalu juga aku akan sekalikan mendengar 'Sabda Cinta' which seems macam sequel atau sambungan kisah impian khayalan si mamat.


It's just a habit of me akan associate-kan kisah yang dinyanyikan pada diri, seolah aku-lah yang lalui alaminya. Aku mudah untuk berfantasi berkhayal. Kena bayar kah untuk berkhayal. Gratis lah, percuma gitu. Setting lagu ini adalah ditepian pantai. Malam ke siang juga berkemungkinan. More appropriate adalah disebelah petang. Aku andaikan apa yang dinyanyi dan apa yang pencipta lagu ni ingin sampaikan adalah pengharapan yang tinggi kepada sang kekasihnya akan jadi milik mutlaknya sepanjang hayat.


Keseorangan ditepian pantai lepas tongkatkan RX-Z Fairway Blue kat pantai Klebang. Memandang kearah laut yang tenang dengan mengelunjurkan kaki diatas rumput. Hingar bunyi kenderaan di jalan klebang orang berpergian ke Melaka atau balik ke rumah setelah habis bertugas tidak aku hiraukan sangat. Hati tengah deep fikirkan kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Mampu tidaknya tanggung anak orang. Berkecamuk memikirkan. Dan lagu 'menanti dan menanti' seolah menguatkan semangat dan jadi booster moga pasangan yang diidamkan jadi nyata. Timeline-nya, lepas keluar dari Kolompo, sekitar awal 1991 lepas rasakan yang KL 'keras' buat diri. 

                                                        Konon cari ketenangan la...gitu

Selebihnya, aku ikut plot cerita lagu ini. Dari berangan angan berharapkan agar ianya menjelma didepan mata meleret leret sampailah mengenggam erat bertekad wish yang ianya akan jadi isteri pula. Leka sampai ke nak ke maghrib barulah aku bergerak kembali ke rumah.


Moga menanti dan menanti 'sesuatu', akhirnya akan aku gapai sepenuhnya jadi milik. Apa yang 'hadir' sehingga saat ini adalah ehsan dari Illahi yang mendengar kelohan rintihan diri.


Akan datang tidak ketahuan lagi. Moga kehidupan aku diberkati hinggalah ke penghujung hayat. Ameen.

Sunday, July 5, 2026

Tauhu sumbat

05/07/2026 17:55

Semalam, ke Family Store di Melaka Mall. Katanya hendak buat laksa Johor. Makanya aku di suruh beli bahan tambahan yang tiada. Antaranya, daun salad, taugeh dan timun. Terlanjur dah didepan mata, aku capailah juga beli tauhu putih sebungkus. 10 pcs sebungkus. Laksa Johor konon untuk sarapan malamnya.

Semacam dah ketahuan, gabungan bahan yang ada dan impliedly-nya orang rumah dah tahu, menu tambahan apakah untuk makan tengahhari. Selain dari kari kepala ikan jenak which dia sendiri declare yang biasanya turut dibuatnya adalah sambal telur dengan gaulan bawang besar potong lebar lebar. Katanya nak matching. Aku berharap yang tauhu sumbat, automatically-lah turut akan dibuat. By instinct, aku rasakan yang dia akan prepared it also. Al-maklumlah dah lebih 30 tahun bersama. Aku dah boleh jangkakan tanpa aku mencadangkan. Namun kalau tidak dihidangnya bermaksud bukan rezeki aku-lah hendak makan pada tengahhari itu.

Antara makanan kegemaran terutamanya makanan 'selingan' waktu petang adalah tauhu sumbat. Masa zaman bebudak dahulu, orang yang berjualan berjaja, aku suka beli tauhu sumbat, epok epok, kuih jenny cake or roti lembung(manis rasanya). Yang aku sebut ni adalah feveret ketika itu-lah selain kuih kuih lain. Kalau nak disebutkan, mungkin berjela senarainya. Ada sahaja penjaja yag buka 'meja' ditepi jalan berjualan. Biarpun tidak besar mana, kehadiran mereka berjualan, membolehkan aku merasai juadah minum petang ikut selera semasa. Tergerak nak makan, kena-lah keluar mencarinya. Memandangkan sudah terlalu biasa dan selalu mendapatkannya, sudah boleh agak dimana mereka berjualan dan bila pula mereka cuti niaga. Automatically boleh tahu dan dah registered dalam kepala hotak.

Tapi apa yang lebih happening adalah bila tiba musim raya. Ramai yang ambil kesempatan membuka booth sementara biasanya dalam tempoh seminggu beraya. Maklumlah bebudak tengah 'lebat'. Dapat duit raya berkunjungan dari rumah ke rumah bagi yang rajin terjah dan lebih utama lagi 'durian runtuh' bila ikut bertakbir sesama bebudak kampong pada malam raya. Nostalgia sebagai anak kampong malam raya memang banyak kisah lucu menyakat sesama. 

Ada yang berniaga mee goreng biasa @ mee bodo ikut term viral masa kini kat media sosial tu. Juga kuih muih sesuai buat bebudak seperti tauhu sumbat, kiuh rengas, kuih bongkok, lepat pisang dan tak ketinggalan juga epok-epok dan jenny cake. Rambang mata. Duit tengah banyak. Asyik beli dan beli dan galak membeli, makan makan siap belanja 'member'. Memang tak lekat kat rumah lepas makan tengahhari. Kekadang pasal orang tua sibuk renyah melayan sanak saudara yang datang berziarah, time makan jadi tidak menentu. Pilihan yang ada ialah berjalan dalam kampong singgah kat orang kampong yang berjaja sementara ni. Selera makan tengah tajam manakala duit lak berkepok. Memang menjadi jadi-lah.

Makanan yang paling popular adalah tauhu sumbat. Ini my first choice. Kekadang sampai membandingkan yang makcik tu buat lagi sedap dari kat sini. Selera makan jenis tidak menolak dan kalau boleh semua nak dirasa. Asyik tak kenyang saja. Maklumlah dah sebulan berpuasa. Boleh sumbat lagi makanan petang yang lain. Duit pun masih banyak lagi. Pandai orang kampong ambil kesempatan 'curi' duit dari bebudak. Masa tu kita pun tak tahu 'game' mereka. Tapi amat obsess dengan makan dan terus makan something yang menyelerakan. Malah berkhayal berlagak macam orang dewasa lepak lepak berborak sambil makan. Selesai, bergerak beramai ramai beraya rumah orang pulak.

Bila mengenangkannya kembali, disaat ini, memang amat nostalgic. Manakan tidak. Orang lain mana tahu. Kita ni yang merasai melalui detik detik indah ketika bebudak tak pernah terlupakan. Malah terasa macam baru semalam laluinya. Pun begitu kita at this very minute atau di detik ini terpaksa merelakan ianya berlalu. Kita semua pastinya menyedari akan bergerak 'pergi' meninggalkan alam dunia. Mungkin sekejaaaaap lagi atau lamaaaa lagi, who knows, bergantung pada fate memasing lah. 

Andai...andailah kalau boleh 'kembali' ke zaman tersebut, rasanya semua kita berebut mahukan. Tapi sekadar mengharap sahaja-lah...tinggal pengharapan. Apa logik yang kau pakai ni... mana mungkin, bro.

Menabong jer.

Sunday, June 14, 2026

Pandai dah pilih bawang...

14 June 2026, Sunday @ 02:00pm

Pandai dah pilih bawang...

Semalam aku ke kedai SoonSoon di Desa Duyong. Taman yang aku diami dalam jarak masa 5 ke 6 tahun lamanya. Menyewa rumah biras, Abang Tapa yang merupakan seorang anggota polis. Setelah kompleks polis di bukit beruang siap sepenuhnya, anggota telah diarahkan untuk kembali duduk di quarters polis. Samada kebetulan dan bertepatan masa, cadangan menyewa rumahnya itu dipersetujui bersama. Bulanan sewanya sebanyak RM250.00. Kisah hujung 1995 atau awal 1996 seolah datang tergambarkan. Bermastautinlah kami 4 beranak sehinggalah ke pertengahan tahun 2001 millinium sebelum menetap kekal di Taman Bukit Katil sehingga kini.

Memandangkan taman ni pun baru dibuka, maka mereka yang menghuninya pun bolehlah dianggarkan lebih kurang hampir sebaya. Banyak jugalah yang sudahpun punyai anak yang ramai. Maklumlahkan mereka adalah penghuni awal. Kenangan tentulah banyak. Tidak boleh dinafikan. Cumanya sejauh sebanyak mana yang dapat diingati kekal dalam ingatan mungkin di-stimulate oleh perkara yang terkait yang berlaku dan dapat pop-up kisah lalu.

Namun tetiba sahaja sedang aku mahu memilih lada 'kurang pedas', ingatan segera terkenangkan pada sapaan kak Shidah haji omar di pasar malam seri duyong. Masanya lepas maghrib, kalau tak silaplah. Jarang aku berada dikawasan pasar malam ketika maghrib. Anekdot dipasar malam sekitar pertengahan 90-an sememangnya menyentuh perasaan.

Sebelum keluar ke pasar malam tu, orang rumah dah pesan untuk belikan bawang. Hendak angkut dia dengan dua anak yang masih kecil tentulah menyulitkan keadaan. Jadi aku berseoranganlah pergi cari cili bawang serta beberapa lagi keperluan dapur. Juga turutlah beberapa jajan pasar malam untuk dibawa pulang.

Ketika tengah syok membelek belek dan mana yang aku sukai, aku masukkanlah dalam plastik transparent di gerai penjual barangan kering keperluan dapur. Kononnya harga sedikit murah berbanding dengan di kedai runcit biasa. Aku pula jenis tak biasa memerhati memantau sekeliling tapi terus menuju ketempat yang ingin aku tujui. Rasanya dia dah lama terpandangkan aku. Menghampirilah ia hendak menegur.

Ketika ia tetiba menyebut, 'pandai dah pilih bawang...', sebagai opening remarks dia, aku terkejut berpaling kearah orang yang bersuara disebelah aku. Respond aku sekadar tersenyum tersengih tak berkata apa seolah tergamam sekejap. Tak pernah aku disapa sedemikian. Malu beb. 


                              siap buat video call ngan lovely, cili kurang pedas 

Tindakan berdiam adalah pilihan yang aku ada. Dia sedikit muda dalam 10 tahun kurang lebih dari emak aku. Tapi disebabkan 'pangkat' dalam keluarga, aku kena address dia sebagai kak shida. Spontan aku tanya, Pak Omar mana...yang seharusnya aku panggil abang Omar sahaja. Tapi macam janggal lak. Berjarak usia bahana kahwin 'dua' oleh datuk aku yang tidak pernah aku lihat.

Seingat aku, abang long ada ceritakan yang dia melihat seorang demi seorang kerabat mencium jenazahnya ketika usianya dalam 2 tahun lebih. Diapun blurr akan kenapa semua orang rapat mencium dimasa itu. Boleh imagine-lah, abang long aku ni lahir tahun 1946 dan peristiwa itu dalam anggaran sekitar dalam tahun 1949 atau 1950 rasanya. Aku belum lahir lagi. Bapak dalam usia 24 berpandukan surat kelahiran dia. Memang aku kena check-mate. But in split-second jugalah, aku alih bertanya keberadaan laki dia pula. Aku tak jawabpun tapi sekadar tersenyum tersengih saja. Memang potong stim betol lah. Tengah syok syok memilih kena ganggu lak.

Aku tidak lah begitu mesra berborak dengan dirinya mahupun juga laki dia, dek sebabkan jarak usia yang agak ketara jauhnya. Kalau kakak tunggal aku tu mungkin selesa lah hendak berborak berbual. Manakala aku, kalau mereka datang berkunjung ke Alai sekadar hormat bertanya gitu gitu sahaja. Selalunya aku berjarak menghindar. Tidak selesa kerana tidak sama 'zaman'. Lebih kepada level anak anak dia yang hampir seusia tak jauh sangat berjarak. Tentu juga tidak kekok untuk berborak. Anak anak dia pun panggil aku dengan nama sahaja, tidak pula panggil pangkat. Aku juga gitu. Panggil nama, Faridah yang paling tua, Isa, Shamsul, Lokman, Hawa, Melati dan yang lagi bawah tak berapa ingat lak aku.

Aku sekadar dengar aje 'provoke' dia keatas aku tu. Mungkin agaknya yang aku sekadar senyum senyum, dia tanyalah pula pasal kenapa Bedah tak ikut. Aku maklumi 'beliau' ni, susah sikit dia hendak ikut. Budak berdua tu masih kecil dan bawa motor saja. Baik dia jaga budak dan duduk rumah. Panjang lebar aku jelaskan. Lepas tu dia beredar berlalu. Entahlah dalam pada aku hendak mengelak elak dari bertembung dengan orang yang mengenali aku tapi terpaksa juga aku hadap. Aku tak katalah dia hendak busy body, tapi approach dia macam hendak 'mental' aku tu membuatkan aku agak terkilan. Sekadar bertegur memang aku 'no problem'. Ia lah kan, dia mengenali aku biarpun aku jarang berbual tak tentu pasal especially-nya jauh beza umur.

Aku bukanlah berrmaksud tidak suka tapi tidak selesa ditegur sedemikian rupa. Itu sahaja. Apapun insiden ini boleh lak menjelma kembali. 

What's the hell is happening...

Saturday, April 4, 2026

Mendaftar masuk ke ITM

Mendaftar masuk ke ITM

April 4, 08:59

Dipagi Sabtu ini tetiba ingatan aku menerawang or ‘flashback’ ke tahun 1984. Entah kenapa ianya muncul. Masih segar terbayang saat aku hadir ke pusat pendaftaran asrama. Asrama Perindu adalah rasminya jadi kediaman aku untuk 2 tahun pertama. Bermula dengan Perindu 4 di semester 1 kemudiannya ke Perindu 3 sebilik dengan rakan sekursus, abang Latif(paling senior disegi umur) dan saudara Roslan(sebaya). Abdul Latif bin Abdul Rahman adalah orang Kelang atau lebih tepat lagi orang kampong Delek Kanan. Tidak jauhpun dari kampus Shah Alam. Manakala Roslan ni pula adalah orang Pahang. 2 semester aku bersama mereka berdua. Buat semester ke 4, aku masuk ke Perindu 2. Latif dan Roslan telah memilih untuk mendiami Asrama Delima yang telah siap sepenuhnya pada awal tahun 1986. Mereka berdua ini memang close buddy. Aku pula selang semester mendahului aku, memohon untuk masuk ke Asrama Delima yang serba baru berpenghunikan 2 orang sebilik. Final year aku duduk 2 semester @ setahun untuk semester ke 5 dan semester akhir.

Aku datang ditemani Abang Long sekeluarga berkereta ‘Datsun’ ketempat pendaftaran sepertimana yang tertera didalam surat kemasukan pelajar baru untuk sesi Julai 1984. Masni dan Sofyian turut serta dalam ‘rombongan’ ke ITM, Shah Alam. Kak Long berusia 10 tahun dan Sufian pula berumur 8 tahun ketika itu. Lina dan Azlan masih kecil lagi, dijagai Kak Long @ Kak Adek di Sri Pahang, Bangsar. Mungkin akan datangkan kesulitan bila reramai dan rasanya lebih selesa dirumah, agak akulah pada pemikiran abang Long.
 
Sebijik cam nie...warna kuning telor



Berbeza dengan pertama kalinya aku hadir bersama keluarga berhimpit himpit dalam ‘station wagon’ 2 pintu lagi dari Alai pada tahun sebelumnya ditempat yang sama. Satu event yang besar kerana anak Nyah yang bongsu diterima masuk ke ITM, Shah Alam. Tentulah semuanya gembira. Bro, hang camner. Akupun turut jugalah happy walau terbuku rasa terkilan dihati. Ikutkan, akulah yang sepatut terlebih dahulu melangkah masuk ke institusi pengajian ‘tinggi’. Bapak juga emak tidak pula tunjukkan rasa kecewanya atau tidak ketara sangat keatas aku. Cumanya, jauh disudut hati, sejujurnya tentulah mereka berdua agak terkilan harapan melihat ‘wakil’ yang hujung hujung ni tidak sepertimana yang didambakan. Setidak tidaknya, kejayaan anak bongsunya itu mengubat luka kekecewaan atau mungkin memadam terus akan apa yang telah berlaku.

Aku tanamkan keazaman atas ‘second chance’ yang aku terima dalam membuktikan yang aku juga mahu mengembirakan keluarga dalam kapasiti yang aku miliki ketika itu. Ianya juga sebagai satu manifestasi peribadi agar tidak dianggap keterlaluan as seorang ‘born loser’, so to speak. Aku seolahnya tersedar akan betapa berharapnya mereka terutamanya mak dari gagalnya aku untuk ‘pergi’ lebih jauh lagi berbanding dengan adik aku itu. Memang dapat aku rasakan sedemikian biarpun tidak diungkapkan oleh mereka. Aku mengerti.

Bertitik tolak dari situasi yang sendiri melihatnya membuatkan aku untuk bangkit. Gagal tidak selamanya akan gagal, memujuk diri untuk gandakan usaha. Aku mengorak langkah perbaiki kesilapan memastikan ‘ujian’ peperiksaan ulangan SPM dan STPM serentak pada penghujung tahun 1983 membuahkan sesuatu. Kita merancang dan berusaha tapi perancangan Allah swt mengatasi segalanya. Tentu sahaja perancangan Allah swt lebih unggul dan sempurna. Muslihat-Nya tidak mungkin terdaya untuk diagak diandaikan dengan tepat. Biarpun result aku itu yang begitu aku harapkan agar lebih baik tapi sekadar ‘sedikit’ baik dari yang pertama kali diduduki, memadai buat diri untuk ‘lolos’ masuk ke ITM di sesi julai 1984.

Bersyukur ke-hadrat Illahi yang mendengar kelohan hati hambanya. Cabaran kehidupan kehadapan akan ditempuhi. Tiadanya istilah mengalah biarpun tidak ketahuan ‘what’s it for me’ secara khususnya. Ketika itu siapapun tidak menjangkakan besar mana atau sekejam manakah rintangan yang perlu aku tempuhi. Skrip perjalanan kehidupan aku masih diperingkat permulaan dan sedikit demi sedikit mulai jelas.

Dibatas usia aku kini, barulah mulai mengerti segala dan sesuatu yang terjadi. Biarpun roda kehidupan aku ini masih berputar dan akan terus berputar sehinggalah ‘detik’ akhir, segala kejadian yang dilalui dihadapi samada ianya dirasakan terpaling ‘terbaik’ ikut pertimbangan kita atau sememangnya menuruti ‘acuan’ yang diaturkan oleh-Nya, seharusnyalah aku redha akan ketetapan Dari-Nya.

Lu sapa hendak demand yang bukan bukan dan macam macam. Kenalah terima realiti dalam kehidupan ini. Namun, aku tetap berharap teramat yakin dimana sesuatu penuh misteri menanti.

Wednesday, November 12, 2025

Belanja Makan

Belanja makan

11/11/2025 @ 01:58am


Siang semalam, 10/11/2025, sepertimana yang dirancang dijanjikan aku menuju ke rumah No. 6, Jalan TK6, Taman Tun Kudu. Janji kenalah ditepati.


Trick abang angkat cum abang sepupu telah sedia maklum aku jangkakan. Bila dia perlukan atau pertolongan dari aku, keraplah dirinya hadir ke rumah membawa 'buah tangan' bersamanya. Ibarat perumpamaan, 'burung tempua bersarang rendah'. Atau sekilas ikan di air, sudah ketahui jantan betina-nya.


Aku memanggilnya Pak Alang. Orang masjid yang kenal dan mesra pula, menggelarnya 'Kasim Baba'. Puncanya adalah kerana DNA cina-nya jelas terserlah. Bermata sepet berkulit putih sedikit berbeza dengan melayu yang bersawo matang. Kerap bagi yang tidak mengenalinya especially orang cina akan berbahasa cina(mungkin mandarin, kantonis atau hokkien) dengannya. Memang dilemma jadi anak 'kahwin campur'. Kekadang ada kelebihannya.


Ingat lagi bilamana ada orang kampong yang kenal sesama kerja di Sin Heng Chan(SHC), kilang membuat dedak ayam just opposite Malacca Bus Station, memaklumkan dirinya selesa makan dibulan ramadhan dan tanpa diganggu didalam premis Bus Stand akan nasi campur 'kedai sultan' oleh petugas Maim yang memantau orang Islam yang makan secara terbuka di tempat awam.


Dia meminta aku membawa mesin rumputnya yang bermasalah untuk servis di kedai menjual mesin rumput dan memberi perkhidmatan baikpulih di shoplot bersebelahan dengan Dewan Hang Tuah di tengah pusat bandar.


Kawasan ini dahulunya masa zaman gemilangnya sekitar 70an dan 80an  adalah 'hub' pelbagai niaga kecil kecilan orang melayu. Macam macam jenis niaga tertumpu disini dan tidakpun sampai 50 meter adalah station bus melaka memungkinkan ramainya orang lalu lalang di premis bazaar mara ini.


Tapi kini amat sepi dan banyak kedai yang dahulunya amat meriah dengan pelanggan tidak berpenghuni. Tiada orang mahu menyewa disebabkan keujudan 'Melaka Sentral' yang menempatkan bas henti henti antara bandar dan bas express keseluruh semenanjung.


Selesai membaikpulih dan disumbatkan kembali kedalam Alza aku, dia pelawa minum. Bagi aku memang tidak sampai hati makan belanjanya. Sebaliknya aku counter untuk makan rojak Ali Lido yang telah diviralkan oleh tiktoker influencer lately. Tidakpun jauh berjarak. Cumanya aku terpaksa circle jalan hang tuah ini masuk ke kampong jawa dan lokasinya betul betul bersentangan panggung Lido yang telah lama dirobohkan. Pantas aku maklumi dia yang aku belanja.


Beli bungkus. 1 untuk dia, 2 bungkus lagi untuk kakak aku di Alai yang akan disinggahi nanti dan sebungkus lagi buat aku dengan orang rumah. Bukannya tidak mahu makan sahaja di kedai, tapi 'rugi' rasanya. Maklumlah dah makin berusia, makan sepinggan memangnya tidak habis.


Cara membungkusnya juga masih kekalkan tradisi. Membalut setiap satu dengan suratkhabar lama dengan mengikatnya dengan getah @ rubber band mengembalikan nostalgia. 


                                       Diari Gigiemas...lebih menyeluruh


                                            



Nama kedai makan Ali Lido pop-up difikiran, bilamana kerap melihat video kedai ini yang memasuki fyp aku. Aku suka melayari tiktok video dan pempengaruh yang buat content pasal makan kerap silih berganti memviralkan makanan yang dicobai agar viewer pun sama 'pergi' merasainya sendiri. Selalunya yang kerap masuk adalah Diari Melaka dengan pelapornya dan jadi trademark-nya bila akhiri komentarnya, okay...bye!. Juga Awie 'Viral Niaga' juga kerap menyebok masuk mengajak cuba rasainya. 


Ikutkan, sebagai orang Melaka jati, tidak perlulah canangkan. Sejak pertengahan 70an lagi aku telah makan mee mamak dan rojaknya ketika mana panggung Lido tengah berada dizaman kegemilangan. Masa tu ownernya yang buat. Manakala pengendali yang ada sekarang ini adalah pewaris atau suku sakat mereka. Panggung Lido yang khusus menayangkan cerita cerita hindustan jadi tumpuan kepada movie-goers yang tegar. Aku-lah salah seorangnya. Uniknya, ada 'interval' bila filem ditayangkan yang berdurasi hampir menyampai 3 jam. Rehat dalam setengah jam sementara petugas panggung mengantikan reel filem yang dibuat manually. So penonton boleh keluar panggung taking refreshment. 


Penyediaan serba pantas petugas mereka akan mee mamak, mee rebus, rojak serta cendol dan air minuman dan bersebelahan pula dengan panggung Lido ini membuatkan eatery outlet ini jadi tumpuan ramai. Aku, seingat aku-lah, dalam darjah 5 ke darjah enam. Suka venture alone. Bersendirian. Memang mengimbau kenangan disituasi aku sekarang ini. Aku dah 61 tahun. Apa yang aku sendiri saksi dan rasai, rasanya tidak mampu bebudak baru hendak 'up' membayangkannya. Suasana zaman 70an/80an jauh sangat berbeza dengan sekarang ini ditahun 2025 yang klaim zaman 'Madani' which not all Malaysian agreed.


Kenangan seolah kembali hadir.



Tuesday, September 23, 2025

RON95 at RM1.99

 

2025-09-23 06:18:23

Kecoh dibuatnya satu Malaya. Isu minyak turun rasanya sudah berlanjutan makan puluhan tahun. Namun masih terkial-kial laksanakan. Hendak mengelak ker apa. Siapa yang berjanji dan tentulah ada yang menuntut janji. Lumrahlah-kan.


Sejak sekian lama perkara ini dibincangkan dari jadi dan membawa ke tak jadinya kemudian bertangguh beralasan 'bagai'. Selepas bermacam sandiwara, akhirnya dijangkakan berkuatkuasa pada 30/09/2025 nanti ianya akan menjadi realiti.


Hebohnya macam nak kiamat dunia, walhal penurunan cuma RM0.06sen sahaja.


Rujuk berita ini, sah...RM1.99, yang tersiar semalam.


Moga hasrat yang dikhabarkan ini benar benar membawa 'kelegaan' kepada semua including aku juga. Risau pun ada. Maklumlah bila terlalu berkira dan berhati hati dalam melaksanakan 'isu' yang berpanjangan sebelum jadi PM dan kini telahpun bergelar PMX, pastinya ada 'catch' terselindung.


Di satu segi, memanglah pihak kerajaan perlu memikirkan kewajaran melakukan setiap tindakan agar tidak mendatangkan hal yang tidak elok kepada negara. Namun it's normal pada setengah setengah orang termasuklah aku untuk 'sceptical' atau rasa curiga.


Kalau hendak kata it's a save face move atau hendak jaga 'muka' bila beria-ia berjanji dahulu mungkin ia juga. Aku risaukan takut nanti ianya hanya untuk 'seketika' cuma.


Jangan kata aku tidak tunaikan janji. Nah, ini buktinya. Apa sahaja berkemungkinan. Sebagai goverment of the day, kalau hendak tarik balik pun boleh.


Segalanya berkemungkinan. Pasrah rela sahajalah kita. Sedarlah diri yang kita ni mentimun.