Monday, September 7, 2026

Terkezut kita

 07 SEPTEMBER 2026, 01:34 PM


Terkezut kita


Semalam, ketika dipetangnya hari menghampiri Maghrib, lovely memaklumkan 'makan luar' lepas solat. Aku tertanya tanya, siapa yang nak belanja ni. Dimaklumkanlah yang anak Nyah-nya yang koret hendak belanja makan. Diberitahukan yang dia baru dapat 'gaji' setelah sebulan bekerja dengan 'JnT'. Respond aku seketika itu, alhamdulillah. Tentunya kalau ditanyapun, 'on tak on... kita kasi on-lah'.


Mungkin dah terniat berhajat hendak belanjai kedua orang tua-nya hasil gaji dari bekerja 'sementara' dengan syarikat penghantaran barangan ini. Syarikat baru yang makin dominan menyaingi kehebatan shopee Xpress. Malah mulai meninggalkan jauh dibelakang akan Poslaju, Gdex, Lalamove dan beberapa pengendali lainnya.


Tentu sahaja kita terharu akan hasrat hendak belanjai kami. Kita tidak memaksa. Sure, memang tak terlintas langsung. Agaknya dia mencontohi abangnya yang kalau balik bercuti dari Johor sering dan kerap mengajak aku dan mamanya serta dia  untuk 'eating out'. Tempat yang ditujui pun bukanlah calang calang tempat. Western dan port makan yang gah dan sekali masukpun above RM150 dah tentunya tak lari.


Mamanya memilih untuk ke Ibrahim Satay di Semabok bila disuruh pilih port makan. Diperjelaskan segera yang satay disana agak sedap  berbanding tempat lain. Mungkin tak mahu demand lebih lebih. Pasti bermuslihat alasan yang diberi. Rasanya tidak mahu sampai membebankan. Aku pula seperti biasa, mengikut sahaja. Tidak mahulah berbantah berbalah biarpun rasa macam nak cuba makan kat kedai lain. 


Berbual kosong sementara menungguin 'order' sampai. Tak ada 'topik' yang serius diperkatakan. Lebih kerap memasing intai phone memasing. Sekali sekala exchanging pertanyaan dan luahkan pandangan akan hal yang remeh dari apa yang trending di-view sesama akan vtt or youtube.

As seadanya...alhamdulillah


Sampai pesanan, terus nikmati makanan yang terhidangkan. Rezeki nikmati hasil titik peluh anak dihargai dan disyukuri olehku. Aku mendoakan kehadrat Illahi agar dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. Juga agar dijauhkan dari segala mara bahaya dan petaka.


Ameen Ya Allah, Ameen Ya Rahmaan, Amin Ya Raheem.


No comments: