Sunday, September 13, 2026

Apa ertinya

 Apa ertinya

Sunday, 13 September 2026, 11:23AM

Seminggu dua ni, aku kerap dihadapkan via my fyp akan tiktok vtt pasal usia seseorang. Rajin dan banyak lak masa mereka mencari memaklumkan orang 'lain' mengenai usia orang yang 'famous' dikenali. Apa sebenarnya yang mahu diberitahu kat aku. Perlukah aku berhenti sejenak mengenangkan seseorang yang ditonjolkan itu, kerap ditampilkan dari generasi 'baby boomers'. 


Katakanlah...


Onn tak Onn


Bagi golongan bebudak, apatah lagi Gen Z, hal mati kematian ni memangpun mereka tidak bubuh perut langsung. For them, ianya something very 'weird' to talk about. Berbeza pula dengan aku yang lebih dikenali sebagai geng 'baby boomers' merujuk kepada generasi yang lahir lepas Second World War or WW2. Periodnya adalah dari 1945 till 1964. Tak kisahlah siapalah yang rajin sangat membuat pengkelasan ikut suka dia aje. Namun setidak tidaknya, kita dapat bezakan dari kelompok mana datangnya sekilas ketahuan akan tarikh lahir seseorang. Ada ciri ciri yang ketara membezakan antara setiap golongan.


Barangkali mungkin mereka merasakan 'kematian' jarang datang menjemput pada golongan bebudak lepas milinium ni. Percent yang amat kecil malah kurang dari 2%, hal sedemikian tidak begitu significant. Umum merasakan kematian lebih 'dekat' kepada golongan yang berusia 60-an keatas. Peringkat usia setengah abad dan keatas menjadi fokus utama bila membicarakan soal kematian. Rata rata bagi mereka dalam segmen ini menganggapkan kematian dikalangan mereka yang berusia 50-an keatas adalah sesuatu yang normal. Lain-lah kalau yang berusia dibawah 50-an, kematian yang terjadi itu adalah sesuatu yang 'tragis'. Dirasakan tidak sepatut seharusnya terjadi.

Panduan generasi


Zack...kasi hadam okay


Namun hakikatnya, kematian boleh terjadi kepada setiap insan yang lahir kat atas dunia ini. Selagi mana seseorang itu 'bisa' bernafas maka 'date of death' sememangnya telah termaktub sejak azali lagi. Do we realized it. Anehnya kita semua setuju and sepakat menerima pengkelasan dinamakan sebagai Gen X, Gen Y dan Gen Z dan apa apa lagi pengkelasan yang bakal diujudkan kemudian nanti. Namun bila bab kematian, semua kita seakan tidak mahu akui yang mati akan 'hadir' pada bila bila masa sahaja. Antara bernafas dan berhenti bernafas itu cuma sedetik berjarak. Malah penuh yakin, buat yang baru mengenal hidup, yang jarak masa mereka adalah amat panjang.

No comments: