Hambar jadinya
Wednesday, 06th of November, 2024
Sejak aku di-sekolahkan oleh anak pada Jumaat lepas, aku paksa diri untuk tidak surf atau elak dari menyelusuri platform penjualan dalam talian. Memang terkesan sungguh. Kepercayaan serta keyakinan aku letakkan kepada ketelusan dan ke-professional-an pengendali rangkaian amatlah tinggi kini bagai kaca jatuh terhempas. Berkecai, punah segala sanjungan yang aku berikan.
Kecewa sesangat akan bagaimana ianya boleh 'terlepas' dari pemantauan. Betullah kata-kata mereka yang pernah melaluinya menyimpulkan, too good to be truth, murah tidak bererti bagus dan banyak lagilah yang sama maknanya. Dalam maksud lain, terjebak kena tipu. Memang tidak aku sangkakan hal sebegini boleh berlaku sekarang malah terang terangan lagi, under one's nose. Kita yang begitu bergantung meyakini yang pihak pengendali penjualan online akan berbuat usaha pencegahan dari berlakunya 'penipuan' semacam gagal berfungsi dengan baik. Nampak gayanya terpaksalah juga aku dindingi dengan langkah precautions yang perlu aku 'create' sendiri. Tidak harus seratus peratus mengharapkan 'mereka'. Kekadang merekapun dua kali lima. Tentunya ada dikalangan petugas dalaman yang 'sabotage' ataupun mahu 'duit' lebih dengan berbuat perkara yang tidak sepatutnya.
Bayangkanlah, punyalah semangat menantikan ketibaan produk yang aku inginkan tapi ternyata ianya hanyalah sekadar pengharapan cuma. Sejak buat pesanan, aku ikuti perjalanannya dari China sehinggalah ke Bukit Katil. Setiap kali status pesanan aku periksa, setiap kali itulah terasa teringin sangat hendak menyentuhnya. Siapa yang tidak teruja bilamana SSD berkapasiti 2TB sekadar RM24.90 sahaja. Percuma pulak tu penghantarannya.
![]() |
| punah harapan |
Baru tersedar. Rupanya penipuan ujud dan boleh berlaku pada bila bila masa. Mangsanya pula tidak mengenal usia, kecerdikan dan tahap kewibawaan seseorang. Sesiapa sahaja boleh 'dilanggarnya'. Bilamana bermain dengan pelbagai faktor yang rumit dan makin menyulitkan, maka makin mudahlah buat pihak yang berkepentingan hendak menipu ini menjalankan rancangan mereka. Kita pula begitu mudah disihirkan dengan kemurahan harga maka makin senanglah hendak ditipunya kita.
Bagi yang cepat tersedar tentulah akan lebih berhati hati. Malangnya merekapun telah menjangkakan hal sedemikian. Lalu mereka perbuatlah kaedah lain yang tidak mudah terhidu oleh mangsa yang sama untuk ditipunya berulangkali. Jahat dan rakusnya mereka memangsakan pengguna.
