Wednesday, August 27, 2025

Terasa janggal

Terasa janggal

Aug 26, 2025, 11:39 AM

Semalam, adalah dalam kurang lebih ke 5:45pm, aku bersantai di verandah. Bersilang kaki, kaki kanan atas kaki kiri disofa ‘antique’. Pandangan aku menghala keluar. Amat sunyi terasa. Tiadanya pergerakan kenderaan di jalan Bayan 7. Sebiji kereta mahupun motosikal yang melintas depan rumah.

Tidak seperti beberapa tahun yang telah berlalu. Petang lepas Zohor, ramailah bebudak berbasikal beriringan sesama ke sekolah agama terlihatkan. Begitu jugalah lepas habis sesi sekolah petang, berdedailah berlomba berbasikal di depan rumah balik ke rumah memasing. Manakala yang mengambil anaknya menonggang motosikal pun ramai. Meriah rasanya bila lepak petang petang di minggu persekolahan.

Namun pada petang semalam memang terasa amat ketara berbeza. Sunyi sepi. Tiada sebarang pergerakan kat atas jalan. Tetiba baru aku sedar, kemana pergi ‘bangla’ berjualan ais krim berkeliling taman dengan motor roda tiga macam era sebelum millinium. Lagu ‘Paddle Pop’ diulang ulang, membingitkan suasana petang, bergerak dari satu lorong ke lorong yang lain. Kekadang dua tiga kali pusing melintas didepan rumah. 

Patutpun dia tidak lalu lagi kerana biasanya rumah tepi 6 pintu sederet suka sangat beli. Anak anaknya yang ramai dalam 6 orang yang masih diusia sekolah itu tidak tidur petang rasanya. Riuh rendah dibuatnya. Berbasikal berlomba lomba berkeliling, kekadang menendang bola ditepi rumah dan bila dah naik ‘sheikh’ beralih diatas jalan didepan rumah aku. Risau pulak. Takut hal yang tidak elok berlaku. Hendak ditegur, takut ada pula - ibu atau bapanya - tersalah anggap. Tapi kalau dibiarkan, makin menjadi-jadi pulanya nanti. Serba salah dibuatnya.

Menambahkan lagi keriuhan suasana petang yang bagi akulah sepatutnya tenang sepi mendamaikan tidak akan pernah hadir. Apa tidaknya, bangla berjualan ais krim saban petang terlalak lalak dengan ‘Paddle Pop’-nya berkeliling didalam taman. Hampir setiap petang kecualilah jika mereka tiada dirumah akan menahan bangla membeli ais krim. Agaknya mungkin sudah ada pelanggan tetapnya maka selalulah dia melintas didepan rumah.

Rasanya sebulan lepas Raya Puasa, sekeluarga yang menyewa rumah tepi ini telah berpindah. Entahlah, tak tahu mana mereka berambus. Menyibuk hal orang, apa kejadahnya. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Pening kepala memikirkan ‘nasib’ mereka tentunya tiada kesudahan. Diri sendirilah yang lebih harus dirungsingkan. Cukup-kah bekalan ke ‘sana’ nanti. Hal inilah yang patut aku utamakan. Tak gitu, Pak Abu.

Senyap sepi...dah pindah



Baru kini aku perasan mengapa dan kenapa si bangla penjual ais krim tidak lalu depan rumah. Lama jugalah tidak terlihatkan. Agaknya lepas beberapa minggu selepas keluarga penyewa mengosongkan rumah, ketiadaan pelanggan tetapnya ini, dia jarang dan mulai tidak berjualan di taman. Atau mungkin juga ada pihak - pihak yang komplen kehairanan akan kehadiran bangla berjualan kepada KPDN. Dah kena ‘sound’ agaknya. Mana kita tahu.

Apapun suasana tenang damai di petangnya hari, amat sesuailah buat aku bersantai 'healing - healing' menunggu maghrib.

Whatelse...to be done.

Sunday, August 17, 2025

Carta yang kena hafali

 





Aku ambil initiatif untuk 'paste' di coretan agar dalam masa selak menyelak nukilan nantinya bolehlah aku ingat ingatkan kembali 'wazan' perkataan arab. It's normal sebagai seorang insan biasa biasa ni tentunya mudah lupa lebih lebih lagilah akan perkara yang jarang diaplikasi dalam kehidupan seharian.

Lumrah manusia untuk mudah lupa. Satu cara memastikan ianya boleh kekal dingatan adalah dengan sering mengulang ulang sehinggalah ianya menjadi 'second' nature pada diri. Dalam masa yang sama, aku telah cetak dalam bentuk A4 dan juga A5, berwarna lagi sebagai rujukan pantas bila menelaah kitab 'grammar' arab yang dipelajari semasa iaitu 'Madina Arabic' dari Book 1 hingga Book 3. Disamping ianya menjadi induk pembelajaran bahasa Arab aku ini, buku buku lain yang berkaitan kerap aku rujuki juga sebagai 'variasi' dalam memahamkan sehabis baik. Explaination setiap buku adalah berbeza.

Kalau ikutkan masa yang telah aku untukkan kearah pemahaman bahasa dan matlamat akhirnya buat diri memahami isi kandungan al-quran via directly in Quranic Arabic selain terjemahan serta tafsir untuk permudahkan 'taddabur' yang merupakan matlamat akhir sudah berlanjutan belasan tahun lamanya.

Outcome sehingga 'detik' ini masih kurang jelas. Mungkin tidak bersungguh. Tidak fokus. Kerap bertangguh juga tidak serius adalah antara faktor yang melengahkan mencapai target. Biarpun begitu, aku tidak jemu jemu meneruskan ikhtiar dipenghujung usia aku ini.

Pencarian belum berakhir selagi mana belum menemui 'sesuatu' yang berharga yang dicari. Bila ketikanya, hanyalah masa yang menentukan.

Moga aku menjumpainya sebelum menutup mata. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem, kau permudahkanlah usaha aku ini dan percepatkanlah buat aku memilikinya....Ameen.