Imbauan Kenangan

Page ini diujudkan bagi membolehkan aku mengenangkan peristiwa yang berlaku pada diri, juga pada tetangga yang dilihat dengan mata kepala aku ini serta kisah yang dilaporkan di lingkungan. 

Ruangan ini juga turut perkatakan 'impak' yang membuatkan aku sering tersentap yang selalunya negatif dan kekadang merubah keyakinan diri serta jadi 'pembakar' semangat bilamana hal hal yang bersifat 'intrinsic' bertembung dengan faktor luaran. Ianya memberi kesan langsung 'mengubah' persepsi diri memahami sesuatu kisah juga perspektif atau cara pandang orang terhadap diri ini.

Luahan rasa aku ini, setidak tidaknya dapat meredakan keresahan dari berpanjangan yang mengesankan sehinggalah ke penghujung usia. Melupakan 'terus' tidak mungkin kerana inilah perjalanan hidup aku.

Aku tidak kesal akan 'sesuatu' yang menimpa diri. Malah bila mengenangkannya sekarang ini, diketikanya umur sudahpun lepasi 60 tahun, berbanggalah juga dapat mengemudi perjalanan ini dengan Izinan Dari-Nya dan tidak rebah mengalah dengan ujian kehidupan.

Catatan aku ini adalah bukti kecekalan hati yang 'memeranjatkan' dan tidak tersangkakan. Perkara yang telah aku lalui mengubah segalanya dan cuba membuat penilaian semula.

Inilah nasib-ku

zaini642

Tuesday, October 21, 2025



No comments: