Monday, October 5, 2026

Gonna make you sweat...

05 OCTOBER 2026, 06:08 PM


Gonna make you sweat...


Kus semangat... nyaris aku tidak melanggar 'makhluk' dua beranak yang tetiba melintas. Memang mereka bernasib baik. Aku tidak apply menekan minyak ketikanya aku mendaki bukit memasuki taman aku ini. Segalanya macam dah direncanakan untuk berlaku. Ibu monyet dengan anak-nya yang begayut didada mamanya macam kilat seberangi jalan dalam taman berhampiran port operasi pembuatan 'nasi ayam' peniaga nasi ayam pasar malam. Dah hendak masuk ke 6:30pm, masih lagi dua beranak ni keluar berkeliaran. Mungkin cari sisa makanan disitu agaknya. Berpeloh dibuatnya. Kalau tak, tentu berdosa aku membunuh melanggar dua beranak tanpa sengaja.

                                                                Kasi korang berpeluh...

Awal lepas bersarapan, aku telah dikerah mendapatkan gas memasak buat 'stand-by'. Order musim hendak PRN ni agak bertujai lak masuknya. So, tidak lengah lagilah aku laksanakan 'misi' mendapatkannya. Sering aku ke U-center, kedainya buruk tak tersusun, tapi tetap ada pengunjung datang membeli. Tapi buat kali ini, aku ke kedai orang kita pula. 'Kedai Jimat' milik Shamsuri B. Hj Jaya yang betul betul berdepan dengan masjid Raudhatu Al-Jannah. Sempat berbual bertanya. Kalau call for delivery, harga yang di-charged adalah RM30.00, berbanding RM26.60 andai self service. Terasa renyahnya angkut yang kosong dan tatang yang 'penuh' masuk ke dalam rumah. Diusia yang cenggini, rasanya aku kena buat pilihan. Even tokay kedai auntie Minnie of 'Wellcome Mini Market' dalam taman ni yang masih muda alias laki dia-lah dalam awal 50-an gitu, dah kena 'slip-disc'. Dikhabarkan lama ditahan wad dan aktivitinya makin terhad dan terus tidak lakukan tugasan menghantar 'gas door-to-door' lagi. Wife ada tanya lah kat auntie Minnie ni masa dia singgah kat kedainya, lalu dikhabarkan yang laki dia confined kat rumah berkerusi roda dek penangan 'slip-disc'.


Sesampai dirumah, badan macam dedau bila angkat masuk gas 'penuh berisi'. 16.5kg per tong. Berpeloh dibuatnya. Ditanya lovely, makanan dak 'put'(kependekan gelaran buat kucing Siam yang dinamai 'Putih') tak beli ke. Aku balas nanti lepas Asar baru gerak pergi. Alasan aku, beli gas kat kedai jimat depan masjid.

phobia...bab angkat mengangkat ni


Around 5:00pm, aku mulai memandu santai akan Kanchil 'purple' penuh nostalgia aku ni, menuju ke Family Store di Melaka Mall. Smooth saja pergerakan aku ke sana. Capai apa yang patut aku capai. Tak lengah lagilah, balik ke markas. Lelama kat luar apa bikin. Senior citizen cam aku ni dan sensorang pula, it's much better for me lingering kat rumah. Banyak hal yang bermanfaat boleh aku lakukan. Aktiviti seharian, day in day out, adalah hafali fahami grammar 'quranic arabic' dan bila moods datang, berkaryalah aku di digital journal about somethings yang menarik perhatian seketika itu. Tapi pada petang ni, aku 'have to'. Janji mesti ditunaikan.

                                                    Put...Put..., pasal kau, aku kena pi beli.

Pemanduan ke Melaka Mall, aku secara auto-nya didendangkan dengan lelagu yang aku download ke dalam pendrive. Once aku start engine, android player akan terus sambung main lagu dari folder. Kali ini, tajuk lagunya dengan lagu yang didengari macam tak sama. Di screen tertera...Gonna make you sweat..., tapi lagu yang sering didengari dan tidak asing ni, asyik meratibkan Everybody dance now, sekejap sekejap diulangi akan everybody dance now. Lama tak dengau.


Kita layannn...


No comments: