Monday, 26 October, 2026 @ 04:17pm
3-Way Adaptor with switch
Mencari sesuatu 'keperluan' yang praktikal bukan boleh main pakai 'beli' aje. Kena teliti lebih dahulu. Memang banyak dipasaran kedapatan. Namun, pengalaman yang sering tertipu dikelirukan membuatkan aku lebih berhati hati sebelum memilih sesuatu jenama untuk pembelian.
Memang mudah via online. Bermacam macam jenama dan bentuk diperagakan oleh 'influencer' yang jadi 'affiliate' sesuatu produk. Gaya penerangan dengan celoteh yang memikat memungkin sesiapa jua akan terkesima mahu memilikinya. Tambahan pula harga yang ditawarkan itu adalah dalam jangkauan.
Dipermudahkan lagi dengan pembayaran atas talian atau yang agak laggard memilih COD jer, dan kecepatan penghantaran dalam tempoh kurang dari seminggu untuk berada di doorstep rumah memasing, maka makin longkah-lah membelinya. Aku juga tidak terkecuali, terperangkap terjebak.
![]() |
| beli terus kat Mr DIY |
Namun pada 'pembelian' kali ini, aku makin berhati hati. Dahulunya, asal murah sahaja dipromosikan oleh 'influencer' dan sekarang ni lebih kerap oleh A-I generated video, maka tanpa fikir lama apatah lagi berfikir panjang, terus sahaja tekan 'buy' button.
Credit to : Tik Tok . EmmaNaufal2
Aku paksa diri untuk lebih 'behave' agar tidak lagi mudah terjebak. Bilamana singgah kat Mr. D.I.Y. dimana mana dan gegatal membandingkan harga untuk item yang sama serupa dan function, ternyata harganya agak berbeza murahnya dalam beberapa ringgit. Memang rasa kena game. Banyak kalilah dah terkena. Moral of the story, andai berkesempatan, rasanya baiklah buat window shopping sebelum beli secara online. Kerap kali harga di counter lebih murah.
Beberapa hari ni, aku asyik mengintai tengok akan 3-Way Adaptor di vtt. Macam macam design dengan beberapa cirinya atau specs demi untuk memikat hati. Harganya pula berbeza beza. Targetnya adalah cuba tarik viewer yang ada taruk minat hendak membeli agar tekan button order. Andai pancingan mengena, tentulah dia akan dapat komisen. Lagi ramai yang beli thru account dia, maka makin besarlah fulus yang akan dia dapat.
I've learnt my lesson. Janganlah 'terbulu bulu' bak kata mp dap kat parlimen tu. Setelah memikirkan 'seriuosly' dan dengan harga yang mampu beli ni, aku test-lah kat testing board berhampiran cashier counter. Kelihatan macam dan memangpun padu. Beza cuma RM1 jer ngan kat tiktok. Praktikalnya, indicator setiap plug just above it. Tak mau guna, cuma off-kan jerr. Lampu akan terpadam. Tak perlu hendak cabut buka berulang kali. Let's remain melekap kat switch adaptor tu. Bila perlu sahaja baru tanggalkan.
Okay...done. I'm satisfied with it.

No comments:
Post a Comment