Sunday, June 14, 2026

Pandai dah pilih bawang...

14 June 2026, Sunday @ 02:00pm

Pandai dah pilih bawang...

Semalam aku ke kedai SoonSoon di Desa Duyong. Taman yang aku diami dalam jarak masa 5 ke 6 tahun lamanya. Menyewa rumah biras, Abang Tapa yang merupakan seorang anggota polis. Setelah kompleks polis di bukit beruang siap sepenuhnya, anggota telah diarahkan untuk kembali duduk di quarters polis. Samada kebetulan dan bertepatan masa, cadangan menyewa rumahnya itu dipersetujui bersama. Bulanan sewanya sebanyak RM250.00. Kisah hujung 1995 atau awal 1996 seolah datang tergambarkan. Bermastautinlah kami 4 beranak sehinggalah ke pertengahan tahun 2001 millinium sebelum menetap kekal di Taman Bukit Katil sehingga kini.

Memandangkan taman ni pun baru dibuka, maka mereka yang menghuninya pun bolehlah dianggarkan lebih kurang hampir sebaya. Banyak jugalah yang sudahpun punyai anak yang ramai. Maklumlahkan mereka adalah penghuni awal. Kenangan tentulah banyak. Tidak boleh dinafikan. Cumanya sejauh sebanyak mana yang dapat diingati kekal dalam ingatan mungkin di-stimulate oleh perkara yang terkait yang berlaku dan dapat pop-up kisah lalu.

Namun tetiba sahaja sedang aku mahu memilih lada 'kurang pedas', ingatan segera terkenangkan pada sapaan kak Shidah haji omar di pasar malam seri duyong. Masanya lepas maghrib, kalau tak silaplah. Jarang aku berada dikawasan pasar malam ketika maghrib. Anekdot dipasar malam sekitar pertengahan 90-an sememangnya menyentuh perasaan.

Sebelum keluar ke pasar malam tu, orang rumah dah pesan untuk belikan bawang. Hendak angkut dia dengan dua anak yang masih kecil tentulah menyulitkan keadaan. Jadi aku berseoranganlah pergi cari cili bawang serta beberapa lagi keperluan dapur. Juga turutlah beberapa jajan pasar malam untuk dibawa pulang.

Ketika tengah syok membelek belek dan mana yang aku sukai, aku masukkanlah dalam plastik transparent di gerai penjual barangan kering keperluan dapur. Kononnya harga sedikit murah berbanding dengan di kedai runcit biasa. Aku pula jenis tak biasa memerhati memantau sekeliling tapi terus menuju ketempat yang ingin aku tujui. Rasanya dia dah lama terpandangkan aku. Menghampirilah ia hendak menegur.

Ketika ia tetiba menyebut, 'pandai dah pilih bawang...', sebagai opening remarks dia, aku terkejut berpaling kearah orang yang bersuara disebelah aku. Respond aku sekadar tersenyum tersengih tak berkata apa seolah tergamam sekejap. Tak pernah aku disapa sedemikian. Malu beb. 


                              siap buat video call ngan lovely, cili kurang pedas 

Tindakan berdiam adalah pilihan yang aku ada. Dia sedikit muda dalam 10 tahun kurang lebih dari emak aku. Tapi disebabkan 'pangkat' dalam keluarga, aku kena address dia sebagai kak shida. Spontan aku tanya, Pak Omar mana...yang seharusnya aku panggil abang Omar sahaja. Tapi macam janggal lak. Berjarak usia bahana kahwin 'dua' oleh datuk aku yang tidak pernah aku lihat.

Seingat aku, abang long ada ceritakan yang dia melihat seorang demi seorang kerabat mencium jenazahnya ketika usianya dalam 2 tahun lebih. Diapun blurr akan kenapa semua orang rapat mencium dimasa itu. Boleh imagine-lah, abang long aku ni lahir tahun 1946 dan peristiwa itu dalam anggaran sekitar dalam tahun 1949 atau 1950 rasanya. Aku belum lahir lagi. Bapak dalam usia 24 berpandukan surat kelahiran dia. Memang aku kena check-mate. But in split-second jugalah, aku alih bertanya keberadaan laki dia pula. Aku tak jawabpun tapi sekadar tersenyum tersengih saja. Memang potong stim betol lah. Tengah syok syok memilih kena ganggu lak.

Aku tidak lah begitu mesra berborak dengan dirinya mahupun juga laki dia, dek sebabkan jarak usia yang agak ketara jauhnya. Kalau kakak tunggal aku tu mungkin selesa lah hendak berborak berbual. Manakala aku, kalau mereka datang berkunjung ke Alai sekadar hormat bertanya gitu gitu sahaja. Selalunya aku berjarak menghindar. Tidak selesa kerana tidak sama 'zaman'. Lebih kepada level anak anak dia yang hampir seusia tak jauh sangat berjarak. Tentu juga tidak kekok untuk berborak. Anak anak dia pun panggil aku dengan nama sahaja, tidak pula panggil pangkat. Aku juga gitu. Panggil nama, Faridah yang paling tua, Isa, Shamsul, Lokman, Hawa, Melati dan yang lagi bawah tak berapa ingat lak aku.

Aku sekadar dengar aje 'provoke' dia keatas aku tu. Mungkin agaknya yang aku sekadar senyum senyum, dia tanyalah pula pasal kenapa Bedah tak ikut. Aku maklumi 'beliau' ni, susah sikit dia hendak ikut. Budak berdua tu masih kecil dan bawa motor saja. Baik dia jaga budak dan duduk rumah. Panjang lebar aku jelaskan. Lepas tu dia beredar berlalu. Entahlah dalam pada aku hendak mengelak elak dari bertembung dengan orang yang mengenali aku tapi terpaksa juga aku hadap. Aku tak katalah dia hendak busy body, tapi approach dia macam hendak 'mental' aku tu membuatkan aku agak terkilan. Sekadar bertegur memang aku 'no problem'. Ia lah kan, dia mengenali aku biarpun aku jarang berbual tak tentu pasal especially-nya jauh beza umur.

Aku bukanlah berrmaksud tidak suka tapi tidak selesa ditegur sedemikian rupa. Itu sahaja. Apapun insiden ini boleh lak menjelma kembali. 

What's the hell is happening...

No comments: