Monday 08 June 2026 @ 05:30pm
Kegembiraan diragut
Sejak beberapa hari ini, fyp aku disinggahi oleh kisah tragis memilukan berlaku di Kedah. Bukan semua orang yang mahu beri perhatian kepada peristiwa sedemikian, biarpun 'kematian' akan mendatangi setiap yang bernyawa. Hakikat ini tiada siapapun 'berani' menyangkal walau sedangkal manapun seseorang itu.
Mungkin sebahagian atau barangkalinya 'majoriti' kita yang membaca berita dan melihat 'bukti' kejadian tidak memberi perhatian dan cuma sekadar maklum akan kisahnya semata. Apatah lagi mahu merenungi jauh jauh serta memikirkannya dalam dalam ibarat jauh api dari panggang tapi tidak buat aku. Aku lebih rela or dare to be different.
X50 yang didambakanBayangkan bagaimana disaat sedang meraikan 'kegembiraan' sekeluarga direzekikan dengan sebuah X50 yang terbaru, sekelipan mata pula, 6 anggota keluarga 'pergi' buat selamanya. Tidak terfikir dan tidak terduga oleh mereka, mungkinlah aku sekadar andaikan, pada detik ketikanya mereka beramai ramai mahu merasai alami sendiri duduk didalam sebuah SUV baru.
Hakikatnya, bila detik dan ketikanya 'nyawa' akan dipisahkan dari jasad oleh Malaikat Maut, sesaatpun tidak tercepat atau terlewatkan. We all know akan 'persoalan' ini. Death can be at anytime for each and every of us. Tiada yang terkecuali. Ada sesiapa yang mahu membantah akan 'statement' ini. Cubalah argue...hendak juga aku ketahui pendapat orang lain. Manalah tahu, kalau ada 'logik'-nya, tapi mustahil ianya ada.
Tetiba datangnya rasa 'takut' berdebar debar akan bagaimanakah kematian buat diri sendiri. Bila ketikanya datang detik dimatikan, tempatnya juga cara dimatikan tidak ketahuan sememangnya membuatkan hati dan perasaan tertanya tanya penuh kerisauan. Aku bukanlah bermaksud mahu mendahului 'takdir', kerana ianya bukan dalam 'urusan' sendiri tapi segalanya ada dalam pengetahuan dan perancangan Allah swt. Dia-lah Yang Maha Mengetahui, Maha Merancang dan Maha Berkuasa.
Takkanlah kita sekadar rungsing pasal kematian saja tapi gagal laksanakan tugas hakiki sebagai seorang hamba. Seharusnya kita lebih risaukan tentang cukupkah amalan untuk kembali 'kesana'. Begitu jugalah silap laku yang selama ini diperbuat dengan selamba sengajanya mengingkari atau memangnya tidak ketahuan sifatnya telah benar benar bertaubat mohon ampunan Dari-Nya.
Di peringkat ini dan di detik ini, semacam kena 'checkmate'. Tidak mampu bergerak berdalih lagi. Harus muhasabah diri dan lebih serius lebih berhati hati harungi kehidupan mendatang ini.
No comments:
Post a Comment