Fri, May 22nd 2026
6:57pm Mural ... dibuktikan
Semalam pagi lepas bersarapan mee hoon goreng, aku ditugaskan sekali lagi untuk menghantar frozen karipap untuk Ita Solok Gaung, pemunya 'E-Tamar Enterprise'. Kali ini direct ke cawangan Duyong. Selalunya penghantaran adalah ke rumahnya yang merupakan HQ.
Berhentilah betul betul ditepi jalan bersebelahan gerai niaganya situated. Si Nadiah dengan rakannya mungkin tengah berbual kosong ketika aku datang menyerahkan pesanan 100 keping karipap yang dibuat semalam. Serahkan sahaja sebab pembayaran telah dilakukan oleh Ita secara online. Bila aku hendak masuk semula kedalam MAQ, aliran traffik pulak jam tu-lah bertali arus. Aku biarkan seketika sambil memantau keadaan sekeliling dibelakang kanchil.
Terpandanglah oleh aku akan 'mural' di dinding endlot rumah kedai. Mural yang sebelum ini heboh diperkata dan rancak dipersiapkan. Kelihatannya telah sempurna. Tetiba teringatkan vvt YB Helmy mengenainya yang 'terjah' ke halaman aku semalam. Video yang berdurasi dalam 3 minit tu, seolah indirectly mahu memberitahu viewer/follower YB 'situasi' perkembangan terkini akan mural tersebut. Dari perbualan Uncle Wong dengan YB maka tahu-lah aku yang owner kedai makan cina tersebut adalah milik Ah Beng. Siapa si Ah Beng ni...persoalannya. Dia adalah adik kepada Uncle Wong.
YB...trick nak tarik perhatian eeehh.Buat mereka yang hailed dari kawasan Duyong dan sekitarnya tentunya terlebih maklum akan lokasi ini. Petik saja 'Ranjini', kedai gunting 'George', Warong 'Mee Jawa' dan kedai sarapan pagi Si Latiff, pastinya segera tahu area mana yang dimaksudkan.
![]() |
| Cantik...cantikkkk cantikkkk ler sangat |
Bagi membuktikan 'kebenaran' conversation Uncle Wong tu dengan YB, memang disengajakan berlakon, aku abadikanlah gambar terkini 'mural' tersebut. Dalam hati, nakal pulak bertanya, 'Berapa agaknya telongkop duit rakyat...?'. Soalan yang tak perlukan sebarang jawaban. Faham faham sudah-lah.
Bagi aku, kalau betul caranya, proceed sahaja. Projek projek kecil juga perlu dalam menjana ekonomi. Duit dapat berpusing dalam lingkungan berperanan merancakkan ekonomi setempat. Di-istilahkan ekonomi mikro dimana gaji yang diperolehi pekerja akan syarikat yang dapat tender projek ini berbelanja untuk isirumahnya. Tentu sahaja kedai kedai yang dikunjungi mereka mendapat tempias. So putaran ekonomi makin rancak makin ligat membesar mengukuhkan pertumbuhan untuk kekuatan ekonomi negara secara keseluruhan.
YB...tolong luluskan banyak lagi projek projek micro ya. Ekonomi rancak, Rakyat sejahtera.

No comments:
Post a Comment