08/05/2026 14:21
Kali ini, hujan tetiba melebat ketikanya aku hendak ke masjid. Cecepatlah aku berlari ke MAQ. Start tak mau hidup lak. Sekali lagi aku cuba, sama jer respondnya. Sejak aku sampai ke rumah pada pukul 10 lebih, hari Ahad malam Isnin, dia terlalak berbunyi. Pergilah aku rapat menjengah selepas memberhentikan Alza di pagar rumah. Menurut kata Usop yang ikut menghantar Yusri ke Resedensi Puncak 7, kancil purple punya alarm berbunyi. Melorot ke sisi. Dah tak berbunyi tapi lampu belakang blinkling. Aku masuk ke dalam, ambil kunci dan cuba start. Sekali putar sahaja, engine dah running. Bila matikan engine dan rapatkan pintu semula, lampu menyala balik. Sah, alarm ada masalah. Kena rujuk mekanik nanti.
Tanpa berlengah lagi, aku kembali kerumah. Ambil kunci MBB pula. Azan dah lama selesai tapi aku masih terhegeh hegeh kat rumah. Lelaulah aku MBB Silver yang dah modi ni ke masjid. Parkir kat belakang rumah kedai. Selalunya aku parkir di perkarangan Pusat Giat Mara. Pasal hujan yang sederhana lebat maka aku gagahi mencari port yang paling dekat dengan masjid. Berlari anak-lah ke masjid. Belumpun sampai ditangga masjid, Imam Yusof telah mulaikan khutbah. Selesai bersembahyang sunat, mendengarlah aku akan teks khutbah yang dibacanya sampailah ke akhirnya.
Memang dah terniat hendak buat komen sikit pasal isi penting dari khutbah minggu ini mengenai peranan belia di hari muka. Unjuran yang baik. Ironinya, macam terlewat seminggu. Sepatutnya menurut pandangan aku-lah, minggu lalu paling sesuai. Ketika keresahan umat Islam terhadap kerajaan yang langsung tidak sensitif dengan persekitaran dan bantahan akan kesesuaian meneruskan 'Festival Water Rave' bersempena Tahun Melawat Malaysia bermula 30/04 hingga 03/05 di Bukit Bintang tapi tiada respond terutamanya pihak jabatan agama. Malah sengaja buat derk aje macam tiada 'isu', eeh boleh buat bodoh pekakkan telinga. Pesta yang katanya dilangsungkan selama 3 hari berturut-turut adalah something yang happening oleh pihak penganjur. Malah berbangga kerana berjaya menjana pulangan 'ekonomi' secara keseluruhan dalam anggaran RM392 juta kepada negara. Ianya dikira berdasarkan kehadiran kira kira 415 000 pengunjung sepertimana yang dilaporkan oleh Astro Awani, Sinar dan digital media lainnya yang sepakat menyiarkan berita yang serupa. Boleh percaya kerr... .
Boleh nilaikan kenyataan menteri nie...
Biarpun tepat pemaklumannya atau menipu misleading sekalipun pada rakyat terbanyak, keujudan tanpa penentangan bantahan yang kuat dari orang melayu sendiri sebagai majoriti serta membisunya dan berdiam kejung akan pihak yang menjaga kepentingan Agama dan Bangsa seolah tiada berkuasa maka tidak mustahillah yang ianya akan menjadi makin parah berleluasa di tahun tahun mendatang.
Mencabar kesabaran orang melayu pun ada. Malah bibit bibit kearah itu dah lama kedapatan dan makin galak bercambah. Hanya tunggu masa sahaja ianya untuk meletop kalau tiada sesiapa yang sanggup melawan arus mencantas.
No comments:
Post a Comment