5:48pm
Thu, May 14th, 2026
Kereta banggaan sekadar dipandang sepi kini
Bukanlah aku bermaksud merasakan diri disaat ini lebih baik berbanding orang lain tapi sekadar merenung insafi diri. Kita tidak pernah akan tahu apakah esok memihak menguntungkan. Atau mungkin dilanda masalah yang makin merumit membebankan. You all boleh tahu ker. So, adakah salah buat diri bimbangi akan segala kemungkinan.
Pada pagi Selasa @ 12/5/2026, selepas hantarkan karipap tempahan Ita Solok Gaung, bergeraklah aku ke Semabok pula. Ita juga namanya, Ita isteri kepada Din Roti canai. Dia memaklumkan hendak beli karipap frozen 4 bungkus semasa kat rumah saudara Rahman Ismail di Padang Temu. Respond aku ketika itu, insya-Allah, nanti saya hantarkan kat rumah.
![]() |
| Perjumpaan disini |
![]() |
| Bergambar kenangan bersama |
Setibanya aku kat rumah hendak menyerahkan 4 bungkusan karipap bernilai RM20, kelihatanlah halaman rumahnya yang tidak berapa terurus. Rumput menjalar tinggi tidak berpotong dan kedapatan banyaknya 'booby trap' ditanah berpasir menyampaikan ke pintu sisi. Mengelak berjalan agar tidak terpijak. Sesampai dipintu berpagar jaring elak kucing menyelinap masuk tapi daun pintunya ternganga terbuka, akupun ucapkan salam. Pantas berjawab oleh dak Din. Tapi ruang tamunya agak sedikit malap tidak ketahuan pula aku akan dari mana datang suaranya itu.
Akupun merapatlah menjenguk. Nampaklah kelibatnya tengah berbaringan diatas katil 'hospita[' dermaan YB Helmy, ADUN Duyong bermajoriti 300 undi tu. Sedih dihati melihatnya. Penagan 'gout'. Tidak berapa sihat dirinya. Tanyalah lagi, saja nak nampak ramah, tinggal berdua ke... gelap aje ni. Pantas dia jawab, bertiga. Ooo, dengan anak pompuan dia. Tengah terbongkang tidur di tengah rumah. Seorang anak down syndrome dalam usia awal 20an. Seketika kemudian, si Ita keluar dari dapor sambil mengajak masuk. Aku katakan hendak cepat, tak sempat hendak masuk berbual. Rasanya dia faham situasi ketika itu. Tentu sekali tidak selesa menerima tetamu saat itu.
Dia keluarkan duit dari dompet yang diletak dialmari hiasan berhampiran sambil menyerahkan kat aku. Total RM25. Katanya upah menghantar. Terimakasih aku ucapkan. Dia cecepat tanya Bedah ada ikut ker. Aku kata...dia dalam kereta. Hendak berjalanpun dah agak payah tu. Terhempap hempap sambil aku tunjukkan aksi. Ketawa kecil dia serta minta sampaikan salam.
Ketika berpaling bergerak ke Alza, aku scan-lah Estima Hitam mengiring dipintu. Agak lama disitu rasanya. Rumput meliar ditepi roda membuktikan. Kalau 'tuan'nya masih sihat, tentu dah kena lelau kemana mana. Dari dalam kereta aku memandangnya penuh arti. Aku pula yang terover. Sedih dan pilu sesangat moment ni.
Teringatlah aku seketika itu akan Honda Sedan model lama di-verandah rumah Hj. Abdul Rahman Ismail. Tentulah miliknya hasil bekerja. Gambar rumah dan lokasi rumahnya di-post dalam grup pada hari 'get together' kat rumahnya on 6/5/2026. Tuan-nya juga tidak berapa sihat. Kena mild stroke beberapa bulan lepas bersara. Pernahkah kita terfikir akan terjadi sedemikian. Rasanya tidak terlintas langsung even sekelumitpun jua. Tapi inilah realitinya, mungkin 'pahit' untuk ditelan.
Perspektif setiap kita tentang kehidupan mana pernah sama. Kita berpandangan sekian sekian tapi orang lain mungkin beza ketara sudut pandangnya. Memang sukar dimengertikan. Umum tentunya ketahui ujian yang didatangkan kekadang silih berganti itu adalah 'proses' penyucian diri dari segala dosa yang dilakukan sebelum itu. Ini adalah cara Allah SWT menggugurkan dosa dan mengangkat 'darjat' seorang Muslim selagi mana sabar serta redha hadapinya.
Kebiasaannya kita diuji dengan sakit fizikal juga kesusahan hidup. Orang lain yang melihat zahirnya sahaja, merasakan sedih kasihan akan sahabat dikenali ditimpa musibah atau 'kesusahan'. Umum beranggapan musibah yang dihadapi sebagai suatu bentuk 'azab'. Jarang atau sedikit sangat ianya suatu tanda kasih Allah yang ingin menyucikan hamba-Nya.
Adab menyantuni 'musibah' telah diterang dijelas malah dihuraikan oleh mereka yang maklum sesangat dalam bab agama, khususnya para ulama. Rajin rajinlah mendengar ceramah oleh ustaz yang mengajar pelbagai kitab 'live' di masjid saban minggu. Bagi yang faham akan tentu sahaja tenang hadapi musibah. Manakala yang 'slack' pula akan senantiasa berkeluh kesah dan mudah sangat berputus asa berputus harapan menyalah 'takdir' yang tidak memihak. Ada banyak 'doa' yang baik untuk diamalkan bagi memberi kekuatan kepada diri dalam 'menyerap' kesedihan kegelisahan akan package musibah yang dihadapi.
| amalkanlah |
Apapun, tak orang tak kita. Belum tentu lagi kita mampu sama seperti orang lain menyantuni musibah. Mungkin lebih teruk tak terurus bila berdepan dugaan.
Berserah dirilah kepada Yang Maha Esa dan Maha Merancang dan Maha Mengetahui agar kita dipermudahkan didalam segala urusan kehidupan. Ameen.


No comments:
Post a Comment