28 JUNE 2026, 02:22 PM
Dihari persandingan mu
Hari minggu hari ini. Semalam dalam haluan balik ke rumah dari berziarah biras yang mengejut kematiannya menumpang HRV MDV XXXX milik biras dari Durian Tunggal ke Temerloh, lagu yang catchy mendayu dari koleksi 80an, dalam Alza ini menarik perhatian untuk aku ulas.
Selain aku mengulang memantapkan pemahaman dan kelancaran membaca al-quran by knowing every aspects related to quranic words, biasanya aku take a break seketika dengan lakukan aktiviti lain. Paling aku minati adalah mengulas whatever issue yang hadir menjengah. Entah kenapa lagu dari Abang Mokhtar ini kembali mengembalikan nostalgia tahun tahun 80an. Kerap jugalah aktiviti menulis dan mendengar lagu aku sekalikan. Both aktiviti ini setidak tidaknya pleased-kan diri sendiri which aku tidak jemu. Orang lain mungkin berbeza cara untuk healing healing. Pergi mampuzz...bak kat Diva AA.
Lenggok dangdut meluahkan kesedihan seolah aku pula yang merasa melaluinya episod duka ini. 'Sudah nasib untung badan, kekasih menjadi... milik orang'. Tapi 'gentle' mengharap mendoakan agar kekasihnya itu berbahagia dengan suami, moga hidup sentosa aman damai berumahtangga.
layankan ajer...Sebelum sampai ke situasi yang membuatkan insan terluka kecewa ni pastilah adanya 'plot' twist. Akan ada yang play victim tersakiti. Bilamana mahu break off dan tidak mahu blame sesiapa maka sesuatu tindakan kena ambil. Kita tidak tahu apa punca. Sebab musabab menjadi 'teka teki' Tiada siapapun yang mampu menelaah dengan tepat. Adakah hubungan tidak direstui keluarga atau mungkin ada pakwe baru. Siapa khianati siapa sebenarnya. Apahal yang betinanya entah ke gatal jer ajak couple. Desperate sangatkah nak berlaki. Tapi yang jadi mangsa keadaan adalah aku yang bersungguh bersetia mahu bikin kasi jadi. Siottt lah.
Sesuatu yang terjadi biasanya ada punca termulanya. Semua tu terkait. Seharusnya kedua pihak kena akui dengan penuh yakin yang ianya adalah Ketentuan @ Takdir Illahi. Hati kita akan dibolak balik bersebab tentunya. Semuanya adalah perancangan Dari-Nya. Kita sekadar berandaian yang bukan bukan. Kekadang amat jauh tersasar kerana kita ni tidak tahu apa apa. Firasat dan jangkaan amat terbatas sifatnya. Do we all ever know what will happen in the future. Definitely, it's a big 'NO'.
Bukankah telah disimpul dimuktamadkan oleh orang terdahulu dari kita yang mana, 'Jodoh pertemuan, ajal maut' bukannya kita yang tetapkan. Obviously, kita tidak ada kemampuan menentukan. Adakah kita menyedarinya. Ada sesiapa yang berani mahu menafikan. Ada...kalau ada, aku nak tengok orangnya.
Terimalah hakikat ini dengan tenang sabar. Pastinya akan ada jodoh yang sempurna sesuai buat diri. Masanya akan tiba jua. Antara lambat dengan cepat.
C'mon bro., Tak mau sedeh sedeh arrgh.
No comments:
Post a Comment