Saturday, June 27, 2026

Beli lagi baik...

22 Jun 2026, Isnin @ 10:18am

Beli lagi baik...

Finally, akhirnya, aku ambil keputusan setelah sekian lama aku teragak agak. Bukanlah disebabkan harga atau apa ke benda-nya, tapi aku merasakan biarlah diri rasa tenang tidak dikata orang. Taking advantage, ambil kesempatan tidak mahu membeli sendiri.

terima whatapps @ 08:22am, Ahad June 21


Aku sebenarnya risau memikirkan sekiranya orang lain membuat 'dosa' dengan tindakan aku. Kata kata yang tidak elok dilafazkan yang mungkin tidak disengajakan akan menjadi penyebab menuduh mengata ikut suka akan sesuatu yang tidak betul. Sejauh setakat mana yang mungkin, aku cuba hindarinya. Biarpun untuk berjaya sangatlah sukar.

boleh lah...santai santai


Awalnya, aku ingin dapatkan sofa yang berlebihan ada tapi segan hendak minta. Sudahlah diambil 2 unit single seater kerusinya terdahulu dan dipulangkan semula kemudian ambil yang lain dan mahu siap siap dengan sofa kushionnya sekali. Banyak songgeh lak.


Selesai varnish kerusi kayu tu jadi 'brand' new, gatal lak nak minta set kushion sofanya pula. Dua hari berikutnya aku memandang 'kosong' kerusi ini di verandah rumah. Khamis, pada pagi, aku ke Alai hendak cecuba minta. Ada sedan silver keluaran korea di kawasan lapang berdepan 'gazebo'. Gerangan siapakah yang datang berkunjung.


Sebaik melangkah masuk lepas memberi salam, ternyata insan yang aku kenali tengah berbual bual dengan kakak aku di meja makan. Kak Faridah of Taman Merdeka berkunjung ziarah rakan sekerja di Transicoil Batu Berendam.


Niat dan hajat terkubur serta merta. Layankan berborak sampailah dia beredar pulang. Akupun lat beberapa ketika kemudian turut mohon bergerak balik singgah zohor kat mana masjid yang sempat. Kalau lengah bertindak tentulah tidak tercapai hajat. Aku akuinya.


Namun aku merasakan adalah lebih 'afdal' untuk aku membelinya sahaja online. Hargapun tidak seberapa dan of course ianya 'stok' baru. Dipagi jumaatnya iaitu selepas ke Alai tu, aku scroll tiktok shop mengintai intai. Tapi di platform Shopee lebih organise. Malah harga ternyata lebih murah untuk barangan yang sama. Gambarpun sama di kedua dua platform.


Malaslah hendak bertangguh tangguh, lalu aku place order. Tak perlupun bersusah susah bertanya mencari kedai perabot dan tawar tawar harga. Everything terpampang. Pilih mana yang disukai mengikut budget. Pejam mata aje lah. Stand by RM42.80 bila sampainya nanti.


Dan tak sangka pula seawal ni tibanya. Pagi Ahad Rasidi dah terpacak depan rumah. Kebiasaan dan selalunya parcel akan sampai lepas tengahhari. Awal awalpun dalam pukul 3:00 petang. Kerap tiba adalah sekitar 5:00 ke 7:00 petang.


Apapun, aku berasa lega. 

No comments: