Friday, June 26, 2026

Berkunjungan lagi...kelapa muda

 Fri, Jun 26th 2026

11:50am Berkunjungan lagi

Semalam, selesai aku mengambil 'ration' di Hospital Melaka dan setelah bersarapan, berpergian lagi ke Econsave, Batu Berendam. Agak lama juga aku tidak kesana selepas Raya Haji. Kali ini hanya kami berdua sahaja.


Setelah adanya 'kemudahan' phone pintar ni, apa sahaja yang berlainan berbeza dan kelihatan janggal pada pandangan dan pemerhatian aku, segeralah aku merakamkannya. Tabiat yang semacam 'built-in' makin terserlah. Dahulunya aku rakamkan situasi yang dialami via penulisan. Lakaran suasana mengikut apa yang aku rasa itu diungkap dalam bentuk tulisan semata. Terpulanglah untuk 'reader' membayang mengambarkan. Mungkin tepat bersamaan tapi rasanya kerap sangatlah tersasar jauh. Tapi kini dengan 'snap' digitally, sekeping gambar membawa seribu pengertian. Sekali lagi terpulanglah bagaimana kita menafsirkannya.


Moment yang mungkin biasa sahaja buat sesiapa tapi penuh arti pada diri. Memanglah sudut pandang antara kita berbeza. Sebabnya suasana dan pengalaman yang kita lalui sangat sangat berbeza. Beberapa bulan terdahulu, aku ada ambil gambar 'kelapa muda' diperagakan oleh Econsave cawangan Batu Berendam ni. Bukan sekali tapi beberapa kali disetiap kesempatan aku melangkah masuk ke sana. Mungkin dah terbiasa, maklumlahkan 32 tahun lebih sikit aku bergelumang dalam industri peruncitan.


Aku cuma concerned akan sejauh manakah idea memasarkan kelapa muda biji 'viable' di pasaraya. Brilliant idea siapakah yang beria-ia mahu mencubanya. Kalau berjaya, si polan yang mencadangkan tentulah akan proud berbangga dengan usahanya itu. Jika sebaliknya pula, pihak pengurusan akan sceptical dan lebih meneliti akan setiap proposal darinya dalam sales meeting. Mana syarikat-lah yang hendak rugi. Orang niaga tentulah berorientasikan keuntungan.


Pembentangan data jualan harian, mingguan dan bulanan tentunya mengambarkan prestasi 'idea' bernasnya itu. Memang kena backfire-lah. Selalunya keputusan menerus atau 'scrap' phase out, mengambil kira hal untung/rugi. I know it sebab aku adalah sebahagian dari 'perancang pelaksana' setiap decision yang collectively dibuat dalam weekly or monthly meeting.


Tinggal kenangan sudah. As apa yang aku perhati lihat dari gambar yang aku snap dahulu dan dibandingkan yang aku ambil kini, jelas peragaannya seolah sekadar ada sahaja. Tiada 'ummpph'. Seolah terabai terbiar. Tak tahulah berapa lama lagi ianya akan hilang dari pandangan. Mungkin bukan pelanggan biasa yang tidak menghiraukan keujudannya tapi bagi diri aku, kalau boleh, segerakanlah digantikan dengan 'produk' yang lebih berdaya saing sesuai diperagakan dalam hypermarket. Rugi 'space' tak produktif untuk setiap sq/feet. 


Biarlah gambar 'berbicara'.


awalnya...Mon, Jul 07, 2025



ini @ 24/8/2025

terkini pula pada khamis 25/6/2026




 

No comments: