Wednesday, June 17, 2026

Awal Muharram 1448H

 

Awal Muharram 1448H

Wednesday, 17/6/2026 07:42 

Hari ini adalah permulaan takwim Islam. Sudah menjangkau 1448 tahun. Malu pada diri sendiri. Kekadang memang sukar untuk aku mengerti. Sebabnya, alasan gagal laksanakan atau ada sesuatu yang menghalangi. Semalam bersemangat sangat, kononnya akan sertai berjemaah di masjid sempena kedatangan tahun baru. Info mengenainya telah dimaklumi oleh jawatankuasa masjid dalam sesi 'pemberitahuan maklumat semasa' sebelum memulainya khutbah jumaat pada 12/06/2026. Dikhabarkan akan diadakan bacaan yasin selepas pembacaan doa awal tahun lepas maghrib pada Selasa malam Rabu. Jamuan makan disediakan se-usai sembahyang Isyak.


Berzohor-lah aku dimasjid semalam bersama para makmum yang 'regular' dan rata-ratanya kalangan seusia dan ramai lagi yang lebih berusia dari aku. Aku ni pula walau tergolong 'warga' emas tapi tidak dalam kelompok mereka. Aku lebih kepada golongan budak muda yang datang ke masjid pun secara on and off. Tidak konsisten. Macam manalah hendak 'associate' myself dengan hardcore geng masjid. Any how, aku akan cuba dan paksa diri untuk lebih kerap hadir ke masjid untuk setiap waktu sembahyang. Moga aku mampu merealisasikannya.


Saban tahun bila munculnya tahun baru maka azampun akan diperbaharui. Dah jadi kebiasaan pula. Tapi, ironinya tiada kesungguhan untuk tunai laksanakan dengan sepenuh 'jiwa'. Dah tua ganyut-pun masih berperangai bebudak. Memang sedih dan patutnya berasa malu pada diri sendiri. Perkara untuk kebaikan kesempurnaan diri sendiri-pun boleh dibuat main main. 'Lu...nak jadi apa ni Zaini', dah tua pun masih tak sedarkah?.


Memang sukar hendak dihuraikan dengan 'tuntas'. Terasa macam ada sesuatu 'kuasa' yang mendorong. Kadang condong longkah berbuat sesuatu dan kerapnya liat mengelat pula biarpun tahu dan sedar ianya akan membawa kebaikan. Misteri bersifat mistik. Harus adanya kekuatan dalaman or inner-self dan tidak hanya bertindak mengikut instinct semata.


Apapun, hari hari mendatang ini kenalah disantuni dengan penuh berhemah. Setiap yang dilakukan harus tidak terpesong dari unjuran agama. Tentunya mendekatkan diri dengan Allah swt menjadi fokus utama. Mana lagi harus ditujui. Sisa perjalanan kat atas dunia ini boleh berakhir tetiba dan sekelipan mata sahaja. Bersahaja berselamba jalani kehidupan harian menunggui saat kematian umpama tiada berpanduan. Dah macam haiwan ternak. Lapar makan, kenyang tidur dan itu sahajalah yang diulang ulang. Hal lain tidak dihiraukan. 

No comments: