Monday, June 29, 2026

Spontan menyebelahi

Sunday, 28 JUNE 2026, 12:02 PM


Spontan menyebelahi


Menjadi kepantangan buat diri bilamana sesuatu yang terjadi dihadapan mata kepala aku, samada seseorang kerr atau a bunch of idiots, dare to poke fun on other without any good reason. Only because of somebody looks clumsy bodoh bodoh 'alang' and seems ignorant or not knowing how the system work, bukanlah tiket 'mudah' untuk pedajalkan orang sesuka hati. Aku sememangnya akan memihak kepada sesiapa yang cuba ditindas, yang lemah tak berdaya sewenang wenangnya. Tak kisahlah siapapun dia. Akan cuba membantu permudahkan mana yang mungkin dan tidak mengharapkan apa apa pembalasan. Tak kenal insan yang ditolong atau amat mengenali pun, tidak bermakna aku harapkan 'sesuatu'. 


Aku, in split second,  teringatkan satu hadis 'shahih' yang aku baca sebelum ini dengan penghuraian yang baik lagi teliti oleh penulis yang mengalihbahasa-kan ke bahasa melayu, menyatakan orang yang menyampaikan 'hajat' seseorang maka akan Allah permudahkan dirinya pula melintasi titian sirat nanti juga hajatnya. Cara mana dan bila masanya tentulah 'misteri' dan hanya Dia-lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Merancang. Aku praktik-kan dalam situasi ini. Seolah aku dihidangkan dengan satu 'peluang' untuk berbuat kebaikan.


Ketika aku sedang berurusan dengan pegawai 'counter' POS Malaysia berkenaan insurance dan roadtax yang mohon perbaharui, satu sosok tubuh datang merapat di kaunter sebelah kiri aku. Aku pertikaikan dengan pegawai yang aku berurusan tentang mengapa harga insuran tak banyak berubah jumlahnya dengan tahun sebelumnya. Dia senyap sepi. Terus aku minta dia untuk turunkan 'cover' dari RM30K ke paling rendah iaitu RM27K. Dia pula cuba memahamkan aku akan sebabnya yang mana tidak aku berpuashati. Aku fokus dengan permasalahan aku. Tetiba lantunan suara yang 'janggal' dipendengaran serta disambut gelak ketawa rakan sekerja termasuk sekali 'superisor' @ ketuanya mungkin, automatically membuatkan aku berpaling melihat.

Sugul poyo jerr...bila kena sound, sedih siott


Sipolan ni pula dengan selambanya, macam tiada apa apa yang berlaku, terus sahaja dia membuka bungkusan plastik transparent yang membalut passport dan beberapa kertas fotokopi. Aku terkejut bilamana, petugas dikaunter sebelah, juga seorang perempuan, bercakap menyin-nyir 'pelanggan' yang datang untuk berurusan. Dia buka fotokopi butiran passportnya dan meletakkan dikaunter. Malangnya dia diarahkan untuk ambil tiket terlebih dahulu. Mamat ni 'jump Q' ke. Tapi tiadapun tiket ditunjukkan. Menonong ke kaunter tanpa 'voice' memanggil nombor tiket tentulah tidak akan dilayan. Aku tidak salahkan 100 peratus pada petugas. Seharusnya sesuai dengan 'etika' kerja, maklumkanlah secara berhemah. Ini tidak... terus disergahnya.




Bilamana petugas yang mengurusi urusan aku ni tengah menatap skrin komputer membuat apa yang patut, aku ambil peluang menoleh kearahnya yang duduk cam sopan aje kat 'waiting bench'. Sebelum tu masa dia diarah untuk dapatkan tiket panggilan berurusan, kelihatan tercangak cangak kat mesin tiket giliran. Bila dia perhatikan orang yang baru masuk ke dalam premis menekan butang pada mesin tersebut, dia pun kemudiannya lakukan perkara yang sama. 

Terpampang...boleh salah tekan lak dia

                              

Seketika kemudian setelah dia melabuhkan bontotnya dikerusi serta menatap nombor giliran dengan kepalanya berpusing ke kiri ke kanan seolah mencari sesuatu, aku yang memandang dari kaunter '4' terpanggil untuk membantu. Sempat lagi aku snap gambarnya tanpa pengetahuannya. Aku memandang kejap kearahnya, mengharapkan yang dia akan memandang aku pula. Bila matanya beralih bergerak kearah aku semacam pergerakan camera CCTV, cecepat aku tunjukkan tiket aku padanya. Dia respond dengan tunjukkan nombor tiketnya pula. Nampak jelas nombornya, 1060. Aku spontanlah melihat kearah skrin. Nombor tu tidak 'appear' di skrin. Nombor di skrin dah ada 1061, 1062 selain nombor 2067 turut terpampang. Aku menunjukkan isyarat agar ia bersabar, telapak tangan kiri aku aku depangkan dan kebelakangkan beberapa kali. Dia angguk pula seolah faham. Aku bertanyalah pada petugas, lama lagi kah. Dia sekadar mengangguk. 


Aku bergeraklah menghampiri kearah mamat bangla ni. Berdiri di sebelahnya. Boss, urusan apa?. Passpot, ringkas jawabnya. Salah ambil nombor lah ni, aku komen sendirian. Nombor 1060 , jangan mimpilah akan dipanggil. Tak mana-nya. Tanpa disuruh suruh, menonong aje aku ke mesin tiket. Dapatkan nombor yang sepatutnya dan serahkan padanya. Nombor 1060 ditangannya, aku suruh ramas ramas dan buang dalam dustbin sambil tunjukkan arah letaknya. Aku kemudiannya berpatah balik ke kaunter 4 dimana aku sedang berurusan. Aku perhatikan yang dia perlahan bangun dan buangkan keratan resit nombor ke tempat yang aku arahkan dan kembali duduk dibangku. Patuh arahan orangnya. Ya-lah, kalau kena caranya.


Selesai urusan aku, aku merapatkan diri dan duduk di kerusi 3 sederet bersebelahan. Tanyalah macam mamam kat dia. Mana kerja...dia balas sini juga kerja...itu car wash. Datang jalan kaki kah...Dia angguk. Maknanya dekat dekat bukit baru juga, kerja dengan cina yang bisnis cuci kereta. Datang sini...apa bikin. Passport mahu kasi renew. Sini boleh arrgghhh, aku kehairanan. Macam pelik jerr. Siap aku tanyakan umur dia. Katanya, betul salah hendak menipu aku  tak kesahpun, 52 tahun. Sudah kahwin? Sudah, anak semua kampong duduk. Oooh, sini sensorang lah. Dia angguk cam faham lak. Memang boleh faham pun, bahasa melayu senang nak pick-up. Itupun kalau serius lah nak faham. Pasal nak cari makan kenalah cepat tangkap dan biasakan diri bercakap. Tetiba nombor 3079 dipanggil. Segera dia bangkit menuju ke kaunter 8.


Tak 'dan' hendak berselfie bersama sebagai pembuktian. Moga urusan dia dipermudahkan. Rasa puas bahagia dapat membantu seseorang pada petang jumaat ni.



No comments: