Tuesday, 30th of June 2026 @ 9:01am
Sudah pertengahan tahun 2026
Kurang beberapa jam sahaja lagi, kalau ikut kiraan Islam, lepas maghrib nanti dah bermulanya separuh lagi perjalanan untuk tahun ini. Tidak pasti pula sampai atau tidaknya aku ni ke penghujung tahun. Amat sukar diramal dijangka. Segalanya mengikut urutan pertimbangan perencanaan Allah swt.
Apa yang pasti kejap kejap diberitakan pasal kematian. Tidak orang ini, orang itu. Ada yang tidak terjangka biar muda usia tapi mengejut pula kematiannya. Kalau yang dah berusia, kematian mungkin dinanti ditunggui. Malah dianggap normal meninggal diusia lanjut. Mungkin ada yang beranggapan yang lewat hadirnya kematian seseorang adalah sesuatu yang bernasib baik.
Namun kita tidak tahu akan apa sebenarnya. Hakikat realiti yang terpamir didepan mata kita yang masih hidup tidak dapat dirungkaikan dengan pasti. Macam ayam terkurung didalam sangkar menanti untuk disembelih. Satu per satu akan dikeluarkan bilamana 'terpilih' oleh pembeli. Yang tidak terpilih tetap disitu menunggu masa. Bukan bermaksud, he's so lucky, tapi belum tiba masanya.
Analogy sebegini bagi memudahkan pemahaman. Buat aku-lah. Rasanya debaran penantian makin 'kencang'. Ada yang ambil option 'tidak kisah' dan ada pula yang terlalu terlalu rungsingkan. Berbeza pandangan tentang kematian. Terpulanglah pada empunya diri. Tiada halangan, ikut suka kau-lah.
Sepertimana yang sedia maklum, dan kerap sangat diungkapkan dibaca, setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. This is fact. Tiada sesiapapun berani menafikannya.
Namun, buat mereka yang tahu, senantiasa berdoa memohon agar dimatikan dengan husnul-khatimah dan bukannya suqul-khatimah. Kita memohon. Tentunya Allah jua-lah yang menentukan. Bukan pula mahu membandingkan, tapi bagaimana buat mereka yang buat derk sahaja pasal kematian. Tak ada kerisauan langsung. Sampai terkeluar, 'kalau dah hendak mati, mati sahaja-lah'. Ikut kepala sendiri. Golongan ini boleh selamba jer atau mungkin terlepas pandang yang 'kita kita' ini ada pemiliknya.
At this persimpangan, nobody knows bila, dimana dan bagaimana kita yang akan sampai saatnya nanti akan dimatikan. Memasing tertanya tanya memikirkan. Setiap orang sudah ditetapkan. Enggak perlu lelorat rungsingkan sesuatu yang diluar kawalan. Seeloknya lakukanlah kebaikan beramal diatas dunia ini selagi belum tiba masa dan ketikanya.
Bro Z, boleh awak berjanji. Apa lak hendak berjanji sakan. Sudah memang jadi tugasan sebagai seorang 'hamba' kenalah menuruti setiap perintah arahan dan jauhi segala larangan. Jika berfikir secara waras dan renunginya jauh sejauhnya dan dalam sedalamnya tentulah semua itu adalah untuk kebaikan diri sendiri. Kita tiadanya sixth sense selain dari 'panca indera' yang sedia ada. Kita tiada keupayaan mengetahui sesuatu hal yang akan terjadi. Memang tiada keupayaan.
Apapun, destiny memasing memang dah tersedia ada. Tunggu sahajalah harinya dengan penuh kesabaran.
No comments:
Post a Comment