Saturday, April 4, 2026

Mendaftar masuk ke ITM

Mendaftar masuk ke ITM

April 4, 08:59

Dipagi Sabtu ini tetiba ingatan aku menerawang or ‘flashback’ ke tahun 1984. Entah kenapa ianya muncul. Masih segar terbayang saat aku hadir ke pusat pendaftaran asrama. Asrama Perindu adalah rasminya jadi kediaman aku untuk 2 tahun pertama. Bermula dengan Perindu 4 di semester 1 kemudiannya ke Perindu 3 sebilik dengan rakan sekursus, abang Latif(paling senior disegi umur) dan saudara Roslan(sebaya). Abdul Latif bin Abdul Rahman adalah orang Kelang atau lebih tepat lagi orang kampong Delek Kanan. Tidak jauhpun dari kampus Shah Alam. Manakala Roslan ni pula adalah orang Pahang. 2 semester aku bersama mereka berdua. Buat semester ke 4, aku masuk ke Perindu 2. Latif dan Roslan telah memilih untuk mendiami Asrama Delima yang telah siap sepenuhnya pada awal tahun 1986. Mereka berdua ini memang close buddy. Aku pula selang semester mendahului aku, memohon untuk masuk ke Asrama Delima yang serba baru berpenghunikan 2 orang sebilik. Final year aku duduk 2 semester @ setahun untuk semester ke 5 dan semester akhir.

Aku datang ditemani Abang Long sekeluarga berkereta ‘Datsun’ ketempat pendaftaran sepertimana yang tertera didalam surat kemasukan pelajar baru untuk sesi Julai 1984. Masni dan Sofyian turut serta dalam ‘rombongan’ ke ITM, Shah Alam. Kak Long berusia 10 tahun dan Sufian pula berumur 8 tahun ketika itu. Lina dan Azlan masih kecil lagi, dijagai Kak Long @ Kak Adek di Sri Pahang, Bangsar. Mungkin akan datangkan kesulitan bila reramai dan rasanya lebih selesa dirumah, agak akulah pada pemikiran abang Long.
 
Sebijik cam nie...warna kuning telor



Berbeza dengan pertama kalinya aku hadir bersama keluarga berhimpit himpit dalam ‘station wagon’ 2 pintu lagi dari Alai pada tahun sebelumnya ditempat yang sama. Satu event yang besar kerana anak Nyah yang bongsu diterima masuk ke ITM, Shah Alam. Tentulah semuanya gembira. Bro, hang camner. Akupun turut jugalah happy walau terbuku rasa terkilan dihati. Ikutkan, akulah yang sepatut terlebih dahulu melangkah masuk ke institusi pengajian ‘tinggi’. Bapak juga emak tidak pula tunjukkan rasa kecewanya atau tidak ketara sangat keatas aku. Cumanya, jauh disudut hati, sejujurnya tentulah mereka berdua agak terkilan harapan melihat ‘wakil’ yang hujung hujung ni tidak sepertimana yang didambakan. Setidak tidaknya, kejayaan anak bongsunya itu mengubat luka kekecewaan atau mungkin memadam terus akan apa yang telah berlaku.

Aku tanamkan keazaman atas ‘second chance’ yang aku terima dalam membuktikan yang aku juga mahu mengembirakan keluarga dalam kapasiti yang aku miliki ketika itu. Ianya juga sebagai satu manifestasi peribadi agar tidak dianggap keterlaluan as seorang ‘born loser’, so to speak. Aku seolahnya tersedar akan betapa berharapnya mereka terutamanya mak dari gagalnya aku untuk ‘pergi’ lebih jauh lagi berbanding dengan adik aku itu. Memang dapat aku rasakan sedemikian biarpun tidak diungkapkan oleh mereka. Aku mengerti.

Bertitik tolak dari situasi yang sendiri melihatnya membuatkan aku untuk bangkit. Gagal tidak selamanya akan gagal, memujuk diri untuk gandakan usaha. Aku mengorak langkah perbaiki kesilapan memastikan ‘ujian’ peperiksaan ulangan SPM dan STPM serentak pada penghujung tahun 1983 membuahkan sesuatu. Kita merancang dan berusaha tapi perancangan Allah swt mengatasi segalanya. Tentu sahaja perancangan Allah swt lebih unggul dan sempurna. Muslihat-Nya tidak mungkin terdaya untuk diagak diandaikan dengan tepat. Biarpun result aku itu yang begitu aku harapkan agar lebih baik tapi sekadar ‘sedikit’ baik dari yang pertama kali diduduki, memadai buat diri untuk ‘lolos’ masuk ke ITM di sesi julai 1984.

Bersyukur ke-hadrat Illahi yang mendengar kelohan hati hambanya. Cabaran kehidupan kehadapan akan ditempuhi. Tiadanya istilah mengalah biarpun tidak ketahuan ‘what’s it for me’ secara khususnya. Ketika itu siapapun tidak menjangkakan besar mana atau sekejam manakah rintangan yang perlu aku tempuhi. Skrip perjalanan kehidupan aku masih diperingkat permulaan dan sedikit demi sedikit mulai jelas.

Dibatas usia aku kini, barulah mulai mengerti segala dan sesuatu yang terjadi. Biarpun roda kehidupan aku ini masih berputar dan akan terus berputar sehinggalah ‘detik’ akhir, segala kejadian yang dilalui dihadapi samada ianya dirasakan terpaling ‘terbaik’ ikut pertimbangan kita atau sememangnya menuruti ‘acuan’ yang diaturkan oleh-Nya, seharusnyalah aku redha akan ketetapan Dari-Nya.

Lu sapa hendak demand yang bukan bukan dan macam macam. Kenalah terima realiti dalam kehidupan ini. Namun, aku tetap berharap teramat yakin dimana sesuatu penuh misteri menanti.

No comments: