Wednesday, April 22, 2026

Hendak buang masa atau memanfaatkannya...up to you

Hendak buang masa atau memanfaatkannya...up to you

21 Apr 2026, 11:05am


Pagi Selasa ini, aku ambil ruang masa untuk pleased-kan diri sendiri. Buat sesuatu yang sememangnya aku longing mahu lakukan. Bukanlah untuk sepanjang waktu tapi hanyalah untuk seketika yang aku rasakan harus buat. Semua kita pastinya ada sesuatu yang diminati. Samada ianya memberi manfaat atau tidak. Sendirilah yang kena fikirkan.


Apa yang paling ketara dan tiada sesiapapun mampu menidakkan adalah 'masa' yang tersisa dalam hidup kat atas dunia ini makin berkurangan. Berbanding dengan mereka yang seusia aku(60 keatas ni) ditahun tahun ketikanya aku masih bebudak lagi dan mulai mengerti akan kehidupan ini, rasanya terbatas aktiviti yang boleh mereka lakukan, ikut pemerhatian aku dimasa ini. 


Dikala itu sebagai perbandingan, agak mudah dan santai. Bagi yang tidak bekerja ketikanya di awal 70an itu lebih banyaklah yang lepak di kedai kopi. Berborak berbual sambil menghirup teh tarik ker atau kopi panas lawankan goreng pisang atau kuih juadah minum petang. Rata ratanya, bekerja 'sendiri' yakni kebendang atau menoreh disebelah paginya. Dipetangnya hari, lepas Asar, kedai kopilah golongan 60-yo plus akan bertumpu.


Apa kejadahnya hendak bersukan lak. Tenaga semakin kurang, pergerakan mulai melemah takkanlah hendak ber-takraw pula. Hendak melenting menyepak melibas 'gulong' atas jaring, ianya sesuatu yang sudah berlalu. Sudahlah refleksi makin berkurang, kang ada yang patah terkehel terseliuh kaki. Tiada kojo cari kojo.


Minat aku pada lelagu lama sesuai dengan zaman aku adalah lelagu 60an membawa ke penghujung 80an. Rasanya diketika itu andai ada kesempatan dan sedap dipendengaran, pantas sahaja aku ke kedai rekod(kedai jual piring hitam) mencari membelinya. Akan aku mainkan untuk halwa pendengaran sendiri di bilik guna portable record player. Tapi kini makin mudah. Teringin teringat hendak dengar apa sahaja lagu, cuma search tajuk lagu di youtube dan tersedia deretan lagunya dengan pelbagai versi. Hendak versi asal, hendak versi rakaman baru dan tekini ada lak versi 'AI' yang lagi advance malah 'mantap' music arrangement-nya.


Pilihan ditangan sendiri. Seperkara lagi aku juga minat menulis kisah yang telah aku lalui sebagai dokumen 'sejarah' kehidupan aku. Terpengaruh dengan pembacaan 'autobiography' mereka yang boleh dikatakan telah 'berjaya' dalam hidup ikut penilaian mereka dan masyarakat setempat mereka. Penceritaan dari sejak lahir dan sehinggalah saat menunggu kematian mungkin sebagai satu cara 'healing' melalui fasa terakhir kehidupan. Aku-pun mahu menghasilkan seumpamanya. Tiada yang mustahilkan.


Diketika ini, headphone ditelinga tengah kedengaran lagu S. Jibeng, Setahun Janji...@ Inai Dijari, sedang diwaktu yang sama aku tengah menukilkan coretan yang apa-apa ni di platform 'Notepad Free'. Canggihkan. Boleh lakukan dua 'kerja' dalam satu masa. Buat mereka yang telah meninggalkan kita sebelum kita pula menyusul kemudian, tidak berpeluang rasai akan apa yang kita rasai. Dizaman awal 70an di Malaysia yang baru hendak mengorak langkah dengan segala serbinya kekurangan tentulah tidak terfikirkan.


Ini cara aku manfaatkan masa. Dikala tahap kesihatan yang tidak memungkinkan aktif bergerak terlalu extreme dan perlu kawali diri dari renyah tak tentu arah yang mana akan memudaratkan kesihatan, so option yang aku ada amatlah terhad. Aku harus terima kenyataan ini. Pernah aku buat 'nakal' tidak dengari nasihat doktor. Kesannya macam hendak habis nyawa. Bernafas tersekat sekat. Rasa sakit tidak keruan. Serik alami maka aku kini lebih berhati hati membuat apa sahaja kerja lebih lebih lagilah yang melibatkan banyak pergerakan.


Most of the time, aku confined myself di rumah. Ketikanya hendak solat, memandulah ke masjid. Cari sarapan atau perlu dapatkan keperluan harian on and off sifatnya, menujulah aku with lovely ke destinasi tujuan. So, tiada yang lainnya seharian. Hari balik hari, perkara yang samalah aku buat.


Bagi memenuhi masa, sudah bertahun jugalah aku ikuti 'kelas' pada awalnya berdepan dan sekarang ni secara 'online' akan bahasa Arab Al-Quran. Belajar demi memahami Al-Quran berperingkat peringkat. Capaian internet yang makin cekap lagi pantas menjadi pemangkin kearah percepat usaha untuk fahami dan 'taddabur' setiap ayat yang dibaca.


Harapan dihati moga tercapai hajat ini. Ya Allah, perkenankanlah....Ameen. 

No comments: