Monday, February 16, 2026

Nak cepat...kan dah dapat padahnya


Nak cepat...kan dah dapat padahnya

Monday, 16/02/2026 @ 18:32

Semalam, sampai dah berkumandangnya azan maghrib baru sampai barang yang dipesan pada Khamis atau Jumaat kalau tak silaplah. Di smartphone thru whatapps, aku telah dimaklumi yang 2 items akan serentak tibanya. Jenuh menungguinya semalam. Lepas Asar, akupun lepak lepaklah di sofa antique di veranda. Sambil sambil tu, selaklah catatan tentang Madina Arabic Grammar bagi memastikan yang aku tidak kelupaan akan konsep penting dan berguna dalam pembacaan al-quran. 


Kalau dah tahu dan maklum maka mudahlah dalam pembacaan dan gigihkan diri untuk memahami isikandungan al-quran. Kebiasaannya kita akan 'lemah' bila disuruh membuat sesuatu yang kita tidak berapa pasti dan agak sukar melakukannya. Ini lumrah. Tapi bila ianya sesuatu yang sudah terbiasa dan selalu pula dilakukan, percayalah, tak payah disuruh suruh maka longkah benar dan segera melakukan.


Aku tidak menjangkakan, 2 pesanan berturutan hari akan tiba serentak. Ini amat mengejutkan. Rasanya baru lagi aku membuat pesanan. Tup tup, semalam(15/02/2026) hari minggu lagi aku telah diingatkan untuk menerimanya. Message whatapps dari budak JnT aku terima sekitar 13:13 untuk pencuci tandas dan 13:21 pula untuk rotating tap.


bukti pemberitahuan



Segera pasang

Capai sahaja dari Sis Umairah, lepas dah scan qr ler, menonong aku masuk bilik. Unboxing terus. Awalnya, lepaskanlah Maghrib dahulu baru pasang. Tapinya, temptation amat kuat sekali. Mahukan jam itu juga hendak ganti pasang. Alasan, bukannya sukarpun. Tanggal yang lama dan gantikan yang baru. Tidak mahu bertelagah dan berfikir lama, terus aku keluarkan dari toolbox akan adjustable spanner ke bilik air. 

Semangat siooot. Dalam aku memutar 'anti-clockwise' akan water tap, tetiba rasa macam lain pula. Tepuk dahi aku. Rupanya tread pipe itu patah didalam. Maklumlah, besi paip tu bukannya 'metal' tapi besi kotor. Menyembor air keluar mengenai tuala mandi aku. 

Adoi... . Inilah padahnya kalau tidak menyempat yempat hendak buat. Macam dah tak ada hari lain. Mengigal mahu buat jam itu juga. Over-excited lak. Tak siapapun yang menyuruh.

Rasakan.

No comments: