
Harga subsidi jerrr pun...RM1.99 
melopong menunggu
Serik...perit untuk diulangi
Hari ini, selepas ke Family Store membeli keperluan dapor keseorangan, aku melencong ke BHP Bukit Katil memenuhkan tangki Kanchil 660 keluaran 2002. Sepatutnya semalam lagilah aku dah tuang tapi tidak kesampaian.
Ikutkan 'schedule' yang aku tetapkan, genap sahaja 10 hari maka perlulah aku isi semula. Vow atau ikrar yang aku buat sampai tidak sempat untuk dipatuhi. Puncanya selesai sahaja zohor semalam, aku melelau Alza menemui menjemput abang utih aku untuk hadir ke majlis nikah anak pada 06/02/2026 nanti. Lebih tepat lagi pada Jumaat malam Sabtu. Manakala majlis perkahwinan bakal diadakan keesokkan harinya, Sabtu @ 07/02. Harapan aku agar tiadalah hal yang tidak diingini berlaku lagi. Aku luahkan kepadanya tatkala kami berbual bual di verandah rumahnya. Tentu sekali dia faham akan apa yang telah berlaku, bersimpati sekadar berdiam diri mendengar luahan aku.
Selesai 'misi' tersebut, akupun balik ke 'markas' dan sempat berjemaah di Raudahtu Al-Jannah for Asar. Sampai dirumah melekap di verandah di sofa antique layankan vtt @ video tiktok. Leka sampai ke petang. Ertikata lain terlupa hendak tuangkan minyak kat kanchil.
Selepas bersarapankan roti canai 'kosong' D' Bayan, aku mulailah perancangan pergerakan. Initially ke BHP dan kemudiannya barulah ke Famiy Store at Melaka Mall. Tapi bila sudah didalam kereta didendangkan dengan lagu retro 80an, tetiba membelok ke kiri bilamana sampai ke lampu trafik. Asalnya hendak tuang minyak dahulu, so automatically berubah, lepas selesai di family store akan ke BHP pula.
Begitulah ceritanya.
No comments:
Post a Comment