Melucukan
15 Jan 2026, 14:12
Sebentar tadi, selesai menunaikan solat Zohor di Raudhatul-Jannah, aku bergerak pulang. Kancil yang dilelau tetiba bermasalah. Awalnya biasa tiada hal yang jadi syak. Start engine, sekali putar kunci aje dah hidup engine. Bergeraklah ikuti laluan yang biasa. Tetiba bila hendak keluar dari celahan deretan rumah di Bayan 1 membelok ke kanan menuju Bayan 8, engine pulak mati. Start sekali lagi, hidup and then mati. Cuba lagi sekali, sama juga. Hidup kejap dan mati. Kemudiannya dah tak boleh hidup lagi. Terpaksalah aku keluar menolak ke bahu jalan. Pemandu X-trail yang terhalang dek kancil aku turun membantu menolak ketepi bilamana terlihatkan aku terkial kial.
Symptom yang sebegini adalah disebabkan kehabisan minyak. Ini paling pasti. Sebabnya sudah beberapa kali aku terkena. Ingatkan minyak masih berbaki tapi sangkaan aku kerap tersasar. Memarkir ditepi jalan dan menapaklah balik ke rumah. Hangatlah juga badan untuk menyampaikan ke rumah.
Jarum penunjuk takat minyak sudah agak lama tidak berfungsi. Pernah bertanya tanya pada pomen yang biasa dan tentunya boleh aku percayai, mencadang menyuruh tukar panel meter satu set terus. Harga yang diucapkan agak 'keras' dalam anggaran RM300 atas. Pada mulanya ingatkan hanya tukar 'kabel' sahaja sudah memadai. Rupanya tidak. Mungkin mereka tidak mahu renyah kerja. Lebih mudah tukar satu set. Itu pandangan mereka yang terpaksa hadapi. Ikut logik, ada cara lebih mudah buat apa susahkan diri hadap kerumitan yang memakan masa. Kita ni yang keluarkan duit-lah yang lebih pedih menanggung. Mereka dapat upah, so jual mahal lah ambil kesempatan.
Sebenarnya aku lengah hendak ke stesyen minyak 'BHP' yang paling hampir. Ingatkan boleh tunggu seminggu lagi. Rupanya, hah ... ambik kau.
Moga 'peristiwa' menolak kancil kali ini menjadi yang terakhir. Tak ingin rasanya untuk aku laluinya lagi. Cukuplah kali ini sahaja. Harap harap lah. Ingat baik baik tarikh menuang RM20 pada hari ini(16/01/2026) dan dalam tempoh tidak lebih dari 10 hari, aku tetapkan berdasarkan kekerapan penggunaan kancil ni, maka tidak dapat tidak pada 26/01/2026 perlulah dituang lagi. Ingat date ni...okay. Baik Boss
Berbalik kepada insiden 'lucu', mungkin balasannya aku kena menolak kancil...biar kau rasa. Suka suka hendak ketawakan orang kau ya. Ingat, Allah bayar 'cash' tu. Something yang normal-lah, adegan yang agak pelik ganjil mengelikan hati akan jadi bahan cerita aku. Sesuatu yang membuatkan aku terhibur sendirian. Bukan bermaksud mahu menghina. Tidak sama sekali. Ianya lebih kepada 'sesuatu' yang perlu aku raikan sensorang.
Bangkit dari mengaminkan doa yang imam bacakan, aku bergegas ke belakang menuju pintu 'side entrance'. Entah macammana, jahatnya mata ini terpandangkan seorang yang seusia sebaya aku tengah bersila mungkin baru selesai solat qabliah zohor tidak bersama berwirid dan mengaminkan doa imam di saf hujung, terpandangkan kopiah putih-nya yang bertenunkan 'brand' kopiah yang dipakainya betul betul didepan kepala. Tetiba aku terbayangkan 'cap' komunis' PKM. Macammana aku boleh associatekan cara pemakaiannya dengan topi komunis. Hawau betul. Benda ni spontan munculnya. Melorot sahaja rasa geli hati datang. Orang sekeliling tidak tahu tidak perasan. Hendak gelak takut menguris hati, gelak aje-lah dalam hati. Kot ya pun, patut patut-lah. Kita hendak mengadap yang Maha Mulia. Adab kenalah jaga dan senantiasalah pantau secara kendiri. Takkan-lah inipun hendak kena cakap. Sendiri mahu ingat-lah.
Apa pun, insiden ini membuatkan hari aku jadi 'merrier' atau lebih meriah.
No comments:
Post a Comment